Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


Semester III Tahun 1

UJIAN TERBUKA (OPEN BOOK TEST-OBT) : Jun 2022

KAMPUS : BAHASA MELAYU

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : BMMB3033


KURSUS : KESUSASTERAAN MELAYU
MASA : 2 JAM
JUMLAH MARKAH : 60 Markah

ARAHAN KEPADA CALON


1. Buku soalan ini mengandungi dua bahagian:
Bahagian A : 1 soalan esei (20 markah)
Bahagian B : 3 soalan esei (40 markah)

2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan Bahagian B

3. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, dan langkau 1.5 baris.

4. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di


sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

5. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

6. Panjang esei adalah antara 400 – 450 patah perkataan.

7. Nyatakan sekurang-kurangnya dua sumber rujukan utama yang digunakan


untuk setiap jawapan.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 3 HALAMAN BERCETAK

© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT BMMB3033

BAHAGIAN A
( 20 markah )

Jawab semua soalan

1. Soalan 1 berdasarkan petikan syair yang berikut:

Seraya keluar dari peraduan,


kelakuan muda kepilu-piluan,
seraya bertitah sultan bangsawan,
marilah sembahyang sekalian tuan. (SSZPC:32).

Hidungnya mancung lehernya jinjang,


pinggangnya ramping dadanya bidang,
terlalu elok sederhana sedang,
sedap manis mata memandang. (SSZPC : 44)

(Syair Siti Zubaidah Perang Cina)

Berikan pendapat anda tentang syair dengan menghuraikan peranan syair dalam
kehidupan masyarakat di alam Melayu.

[20 markah]

© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


2
SULIT BMMB3033

BAHAGIAN B
( 40 markah )

Jawab DUA soalan

1. Cerita lipur lara amat popular berbanding dengan cerita naratif lisan yang lain seperti
mitos, lagenda dan cerita rakyat. Lipur lara juga dianggap sebagai roman rakyat.
Buktikan keistimewaan yang terdapat dalam cerita lipur lara yang menyebabkan cerita
tersebut amat digemari oleh masyarakat tradisional.

[ 20 markah ]

2. Kritikan sastera ialah usaha menilai dan mentafsir sesebuah karya sastera yang wujud
(kritikan deskriptif) bahkan juga untuk membimbing penulis tentang cara-cara menulis
yang baik dan betul (kritikan legislatif) dan kritikan membentuk teori sastera (kritikan
teori).

Banding bezakan Teori Pengkaedahan Melayu dengan Teori Takmilah sebagai suatu
disiplin ilmu kesusasteraan

[ 20 markah ]

3. Sejarah kritikan kesusasteraan Melayu moden bermula pada tahun 1935, berikutan
tersiarnya tulisan Keris Melayu, iaitu nama pena Muhammad Yasin Maamor, seorang
guru yang terkenal sebagai pelopor penulisan puisi Melayu moden. Artikelnya, “Tun
Seri Lanang dan Munsyi Abdullah”, dianalisis dari dua aspek iaitu isi dan gaya bahasa
buku Sejarah Melayu dan, pendirian dan sikap Munsyi Abdullah dalam karya-karya
beliau.

Perjelaskan secara ringkas perkembangan kritikan kesusasteraan Melayu moden.

[ 20 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


3

You might also like