Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Hasan Assujari

Ketua Pemuda,
Rantau Panjang, Klang
Selangor D.E.
Tarikh : 3/3/2022
_______________________________________________________________________________________________

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) Melalui Email


BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH, TING.1 info@jais.gov.my
MENARA SELATAN, NO.2 PERSIARAN MASJID
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Tuan,

PER: BANTAHAN SOP DUA DOS VAKSIN & DOS PENGGALAK


____________________________________________________

Saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Saya seperti nama yang tertera di atas seorang muslim warganegara Malaysia dengan ini
membantah sekerasnya syarat dua dos vaksin berserta dos penggalak sebelum dibenarkan menunaikan
solat jumaat di masjid-masjid negeri Selangor.

3. Sukacita saya ingatkan terlebih dahulu tentang slogan JAIS sendiri “Berkhidmat Kerana Allah Untuk
Negara”.

4. Saya terpanggil dan tertanya-tanya mungkinkah slogan di atas hanya slogan kosong kerana Allah
dan RasulNya TIDAK pernah mensyaratkan sebarang ubatan apatah lagi vaksin untuk dimasukkan ke dalam
badan sebelum aktiviti solat boleh dibenarkan.

5. Malahan, TIADA dinyatakan dalam rukun dan syarat wajib solat untuk menyuntik dalam badan kita
jenis ubatan tertentu untuk dijadikan syarat sebelum sesuatu ibadah itu boleh dilaksanakan. Ini tidak
pernah berlaku sebelum ini. Adakah kita telah mengubah-ubah peraturan agama atas alasan menjaga
kesihatan yang TIADA asas sekalipun?

6. Malahan terdapat banyak makanan Sunnah sekalipun yang termasuk di dalam kategori “super
foods” yang sangat bagus untuk kesihatan namun ia tidak pernah diwajibkan oleh syariat sama sekali.
Mengapa pula vaksin COVID-19 yang masih dalam status kajian dan mempunyai kesan sampingan sama
ada kecil, sederhana dan berbahaya pula diletakkan sebagai wajib untuk diambil oleh pihak JAIS sebelum
dibenarkan solat di masjid?

7. Adakah JAIS tidak mempunyai pegawai atau kakitangan yang jujur dengan kemampuan berfikir
yang waras? Hal-ehwal agama Islam telah dipermainkan dengan hanya mengikut telunjuk Word Health
Organisation (WHO). Saya lampirkan saranan oleh WHO sendiri berkenaan penjarakkan saf, pemakaian
pelitup muka dan pelbagai sekatan lagi melalui SOP upacara agama, dan adakah JAIS patuh dan akur
kepada nasihat WHO ini?

Lampiran: Practical considerations and recommendations for religious leaders and faith-based
communities in the context of COVID-19 by World Health Organization (WHO).

1
ALASAN UNTUK KESELAMATAN

8. Saya maklumkan kepada pihak JAIS bahawa di dalam Borang Persetujuan Suntikan Covid-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (“Borang Persetujuan KKM”) telah dinyatakan dengan jelas bahawa
suntikan vaksin itu sendiri tidak menjamin mereka yang telah disuntik untuk tidak terkena jangkitan virus
Covid-19. Jika yang disuntik belum tentu selamat dari jangkitan, apakah rasionalnya untuk mereka yang
tidak disuntik atau tidak disuntik dengan lengkap pula dikategorikan sebagai bahaya dan dilarang
memasuki masjid untuk solat?

Sesalinan Borang Persetujuan KKM tersebut saya lampirkan disini untuk rujukan semua kakitangan JAIS
yang mungkin baru pertama kali membaca kandungan Borang Persetujuan KKM tersebut.

9. Saya maklumkan juga bahawa melalui maklumat dalam Helaian Program PICK (Program Imunisasi
Kebangsaan Covid-19), imunisasi melalui vaksin bukan untuk mencegah jangkitan Covid-19 tetapi untuk
mengurangkan kesan jangkitan semata-mata. Maka, untuk rekod, mana-mana individu yang sudah atau
belum disuntik dengan vaksin Covid-19 ini tidak akan meyebabkan atau menjejaskan kemungkinan individu
lain boleh dijangkiti dengan Covid-19 atau tidak. Ini sangat jelas.

10. Adakah pihak JAIS membuat peraturan tanpa meneliti dan mengkaji sekurang-kurangnya dua
dokumen rasmi yang dirujuk diatas. Jika ye, maka semua anggota penjawat awam dalam JAIS hendaklah
meletakkan jawatan kerana mereka bukan sahaja telah gagal menjalankan tanggungjawap dengan jujur
malahan dengan sikap tersebut telah merosakkan dan lari dari ajaran Islam yang sebenar.

SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 MEMPUNYAI KESAN SAMPINGAN


11. Di dalam Borang Persetujuan KKM tersebut juga dinyatakan bahawa suntikan tersebut mempunyai
kesan sampingan yang boleh berlaku dari masa ke semasa, dan adakah mana-mana kakitangan JAIS sendiri
juga telah meneliti dan mengkaji bahawa antara maksud kesan sampingan serius seperti yang dinyatakan
sendiri oleh pengeluar vaksin adalah cedera, cacat dan kematian.
12. Memaksa seorang muslim yang lain untuk mengambil ubatan yang mempunyai risiko kesan
sampingan hinggakan kepada kecederaan, kecacatan malahan kematian adakah selari dengan ajaran
Islam? Bukankah kita diajar jika perkara itu syubahat, meragukan, boleh membahayakan dan membawa
mudarat wajib kita tinggalkan dan halang pula orang lain dari terjerumus ke jalan yang sama. Tetapi JAIS
nampaknya melakukan perkara yang sama sekali bertentangan dan mengaku berkhidmat kerana Allah?
REALITI
13. Negara kita sudah memasuki fasa pandemik ini hampir tiga tahun. Kita sudah berjaya
menganjurkan pula beberapa pilihanraya dan pesta perlawanan bolasepak di stadium yang penuh. Ini
semua telah tidak dihalang walau kita masih dalam fasa Pandemik Covid-19. Jumlah orang yang terlibat
dengan pilihanraya dan memenuhi stadium bola pastikan bukan jumlah kecil dan seiring dengan jumlah
muslim yang mampu dan boleh hadir untuk solat jumaat juga. Kenapakah pihak JAIS membuat halangan
untuk para muslim menunaikan syariat agama atas faktor keselamatan kesihatan yang tiada asas pun?

2
ARAHAN GOLONGAN ATASAN?
14. Sebagai seorang muslim saya perlu bertanya kepada pihak JAIS adakah perintah Allah SWT dan
Sunnah Nabi SAW boleh dinafikan melalui tandatangan permerintah atau golongan atasan? Adakah
sesuatu perintah dengan cop mohor pembesar mana sekalipun tanpa justifikasi undang-undang dan
kesihatan apatah agama boleh mendahului ketetapan Allah dan RasulNya?
15. Sukacita saya maklumkan bahawa Program PICK adalah sukarela bukan bersifat mandatori. Oleh
kerana itu setiap individu yang bersetuju untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 ini wajib
menandatangani Borang Persetujuan KKM tersebut kerana dinyatakan kesan sampingan boleh berlaku dari
masa ke semasa dan perlu ditanggung pula oleh penerima vaksin itu sendiri.
16. Malahan tiada mana-mana pembesar, menteri, ahli politik, jemaah masjid malahan kerajaan sendiri
bersetuju akan menanggung dan mengambil tanggungjawap jika berlaku kesan sampingan kepada
penerima vaksin. Lebih ajaib lagi para pengeluar vaksin juga telah lebih awal dikecualikan dari mengambil
tanggungjawap ini.
17. Jadi di manakah rasionalnya pihak JAIS menggunakan bidang-kuasanya keatas masjid/ surau
seluruh negeri Selangor membuat pemaksaan mewajibkan dua dos vaksin dan dos penggalak?
18. Saya nyatakan sekali lagi bahawa semua SOP yang berlawanan dengan ajaran Islam dan Sunnah
Nabi SAW, tanpa sokongan dan bukti saintifik yang hanya kerana akur kepada WHO bukan setakat salah
dan mengelirukan tetapi juga batil.
19. MAKA, saya menuntut:-
(i) SYIAR Islam seperti ajaran sebenar Al-Quran dan RasulNya dikembalikan termasuklah solat
jemaah dan solat Jumaat dibenarkan tanpa syarat.
(ii) pihak JAIS melakukan siasatan sepenuhnya antaranya dengan meneliti semua maklumat
yang dikeluarkan oleh badan bebas tanpa kepentingan berkenaan sama ada wujud
pandemik sebenar yang merbahaya sehingga “mewajibkan” pengambilan vaksin sehingga
dijadikan syarat sebelum memasuki masjid, hingga mengubah ajaran Al- Quran dan Sunnah
Nabi SAW, sama ada kandungan dalam vaksin telah disepakati dan dikaji melalui isi
kandungan yang dinyatakan sendiri oleh pengeluar vaksin bahawa ianya merupakan bahan
yang dijamin selamat dan berkesan, sama ada pihak yang terlibat termasuklah WHO, KKM
dan para pemimpin negara ini boleh dikatakan telah menjalankan tugas dan tanggungjawap
mereka dengan jujur dan telus untuk kepentingan rakyat?
(iii) pihak JAIS mengkaji semula semua polisi pematuhan kepada SOP yang dikeluarkan oleh
KKM atas nasihat WHO.
20. Dengan ini saya ingin mengingatkan setiap warga kerja JAIS bahawa yang batil tidak akan menutup
yang hak dan kesudahan yang kesal dan menyakitkan untuk mereka yang terlibat dan akur dengan apa
sahaja bentuk kezaliman yang dilakukan keatas setiap rakyat/ umat Islam atas alasan apa sekalipun.

Yang benar,
Hasan Assujari

You might also like