Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Part B : Adila

SEBAB KEBANGKITAN GERAKAN ANTI PENYERAHAN DI SARAWAK

1. PENYERAHAN SARAWAK MELANGGAR PERLEMBAGAAN 1941


Raja Vyner Brooke kembali ke Sarawak pada 15 April 1946 dan British Borneo Civil
Affairs Unit (BBCAU) menyerahkan semula kerajaan Sarawak kepadanya. Penduduk
Sarawak amat gembira dengan pengembalian Vyner Brooke ke Sarawak dengan harapan
negeri Sarawak dapat dipulihkan seperti sebelum perang. Hakikatnya, telah wujud
banyak perubahan dengan kemaraan tentera Jepun ke Sarawak sejak bulan Disember
1941 dan kemudian penaklukan Jepun ke atas negeri itu.
Pendudukan Jepun dan Perang Dunia Kedua telah menyebabkan banyak kemusnahan
dari aspek ekonomi, sosial, dan infrastruktur kepada negeri Sarawak. Pembinaan semula
negeri Sarawak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Kemusnahan padang-padang
minyak, kebun-kebun, kemudahan pendidikan, jalan raya, dan lapangan terbang
menunjukkan keadaan ekonomi negeri Sarawak yang amat menyedihkan. Vyner Brooke
menyatakan bahawa Sarawak tidak mampu untuk membangunkan semula negerinya.
Beliau berpendapat hanya kerajaan British yang mampu dan bersedia untuk memulihkan
Sarawak daripada kemusnahan perang. Oleh itu, Raja Vyner Brooke berharap Sarawak
akan menjadi sebuah negeri moden di bawah kerajaan British kerana ia mempunyai
sumber kewangan yang kukuh dan pengalaman teknikal yang diperlukan untuk
pembangunan sebuah negeri moden.1
Dalam pada itu, usia Vyner Brooke yang telah lanjut iaitu 72 tahun dan tidak mempunyai
waris lelaki yang boleh menggantikan tempatnya sebagai Raja Sarawak turut
mempengaruhi keputusan Raja Vyner Brooke untuk menyerahkan Sarawak kepada
British.
Menurut wasiat bapanya iaitu Charles Brooke, hanya anak lelaki yang boleh mewarisi
takhta kerajaan Sarawak. Vyner Brooke merasa keberakan untuk menyerahkan
pentadbiran Sarawak kepada anak saudaranya, Anthony Brooke. Ini kerana beliau tidak
yakin kepada penggantinya untuk memerintah Sarawak dengan baik. Beliau berkata
“Saya tidak yakin bahawa Anthony akan menjadi pemimpin baik baik. Saya telah
memberinya 3 kali peluang untuk membuktikan kelayakan tetapi dia gagal”.
Sejak 1930-an lagi Raja Vyner Brooke telah memikirkan motif kewangan keluarganya di
mana kemudian beliau telah mengadakan satu rundingan rahsia dengan Kerajaan Britain

1
Ho Hui Ling, GERAKAN ANTIPENYERAHAN DI SARAWAK, 1946-1949: PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP
PENJAJAH BRITISH, Journal of Al-Tamaddun, 14 (1), 2019, hlm 75
untuk menjual kuasa autokratiknya di Sarawak kepada Jawatankuasa Pentadbiran pada
tahun 1941 agi memperoleh 2,000,000 pound.2
Raja Charles Vyner Brooke membuat pengumuman pertama pada 24 April 1946 3 kepada
penduduk Sarawak memberi penjelasan tentang penyerahan sarawak sejak
pengumuman pada bulan Februari lalu. Beliau berjanji adat resam lama tidak akan
dihapuskan dan perlembagaan sarawak tahun 1941 akan dihormati.
Walaupun dokumen penyerahan sarawak telah ditandatangani pada 21 mei 1946 dan
berkuatkuasa mulai 1 julai 1946, namun cerita penyerahan sarawak tidak berakhir begitu
sahaja dan tidak menghalang tindakan penduduk sarawak untuk terus berjuang
terhadap Kolonialisme Barat. Ini kerana soal penyerahan Sarawak kepada pihak
berkuasa di London tidak mendapat sokongan padu di sarawak. Sebaliknya ianya telah
menimbulkan kemarahan di kalangan anak tempatan sarawak tentang pembaharuan
kedudukan politik sarawak.

Mereka tidak putus-putus menyampaikan bangkahan dan bidasan atas perkara tersebut,
khasnya dalam kalangan orang Melayu. Mereka yang yang menyokong penyerahan Sarawak
dianggap sebagai orang tanah jajahan dan bagi yang menentang pula digelar sebagai orang
Brooke atau orang Sarawak. Tindakan mereka itu jelas memperlihatkan penduduk
tempatan, khasnya orang Melayu tidak sanggup menerima perubahan kedudukan politik
sarawak dan mula lahir bibit-bibit semangat nasionalisme di kalangan mereka.

Keadaan tersebut akhirnya menimbulkan satu peristiwa yang penting dalam sejarah sarawak
yang dikenali sebagai gerakan anti-penyerahan. perjuangan penduduk sarawak timbul
daripada anggapan mereka bahawa penyerahan Sarawak adalah “hara”. Hal ini dikatakan
demikian kerana penyerahan Sarawak tidak diterima oleh penduduknya tetapi Charles Vyner
Brooke terus menyerahkan. Sarawak dan diterima oleh kerajaan British, sedangkan Sarawak
adalah tanah milik penduduk Sarawak.

2
Sabihah Osman, 1990, THE MALAY-MUSLIM RESPONSE TO CESSION OF SARAWAK TO THE BRITISH CROWN 1946-
51. Jebat, 18, hlm 145-174.
3
Nordi Achie, 2000, Pemikiran Pejuang Anti Penyerahan: Satu Tinjauan Khusus Terhadap Utusan Sarawak 1949-1950,
Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaysia, No. 8, hlm 196-211

You might also like