Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

HASIL MODUL

Pada akhir modul peserta kursus memahami Pelajaran Pentadbiran Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM), Pentadbiran Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
Laut, Pakaian Seragam Lain-Lain Pangkat (LLP) TLDM/PKBM (L), Kepakaran dan
Pangkat LLP TLDM serta Watch and Station Bill.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menerangkan Pentadbiran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


2. Menerangkan Pentadbiran Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Laut.
3. Menerangkan Pakaian Seragam Lain-Lain Pangkat (LLP) TLDM/PKBM (L).
4. Menerangkan Kepakaran dan Pangkat LLP TLDM.
5. Menerangkan Watch and Station Bill.

1. Pentadbiran Tentera Laut Diraja Malaysia


Tajuk Pelajaran
(TLDM)

1.1 Pengenalan
Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dengan pengambilan orang-orang
Melayu dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat di
Singapura. Kanun Straits Settlement No 3 tahun 1934, memberi kuasa untuk
menubuhkan ‘The Straits Settlement Royal Naval Volunteer Reserve’ (SSRNVR)
pada 27 April 1934. SSRNVR kemudian dikenali sebagai Malayan Royal Navy
Volunteer Reserve (MRNVR). Keanggotaan pasukan simpanan ini sebelum Perang
Dunia Kedua ialah seramai 650 laskar terdiri daripada anak tempatan dan 158
Pegawai Inggeris. Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan
cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera
Laut Diraja Malaya. Pasukan ini dikerah sepenuh masa untuk pertama kali pada 4
September 1939.

Gambar Sempena Pertukaran Nama Kepada Tentera laut Diraja Malaysia

1
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

Untuk memperkuatkan pertahanan Tanah Melayu, pengambilan secara


berkumpulan bermula pertengahan tahun 1939 di HMS PELANDOK yang menjadi
pangkalan dan Pusat Latihan Malay Navy. Menjelang Perang Dunia Kedua, seksyen
Melayu di bawah kepimpinan Lt Kdr H.Vickers, dalam Royal Navy telah ditubuhkan
dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430 anggota pada tahun 1941. Selepas
kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera Laut
Malaya telah berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur. Anggota -anggota ini
kembali ke Malaya apabila perang tamat. Malangnya disebabkan kekurangan
kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telah dibubarkan pada bulan April
1947.

Setelah HMS PELANDOK musnah akibat serangan Tentera Udara Jepun


pada 11 Februari 1942, anak-anak kapal yang terselamat dikumpulkan bersama
anggota MRNVR di HMS LABURNUM yang berpangkalan di Teluk Air Basin,
Singapura. Setelah tamat perang, semua pasukan sukarela tempatan termasuk
MRNVR dibubarkan pada 26 Februari 1946 sementara pasukan Malay Navy pula
dibubarkan pada 27 April 1947.

Pada 24 Disember 1948, Ordinan Pasukan Tentera Laut Malaya 1948


diluluskan oleh Majlis Perundangan Singapura, diikuti dengan Warta Peraturan
Pasukan Tentera Laut Malaya 1949 pada 4 Mac 1949. Pasukan Tentera Laut
Malaya atau Malayan Naval Force (MNF) yang diperintah oleh Captain H.E.H
Nicholls telah mendapat sebuah kapal latihan, HMS TEST, daripada Kerajaan
Britain. Pada 8 April tahun yang sama, Kerajaan Britain telah menderma sebuah
“landing craft tank” yang kemudiannya ditauliahkan sebagai HMS PELANDOK.

Apabila darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah
dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949. Tentera Laut Malaya
dianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II dan perubahan nama
Royal Malayan Navy selesai pada 29 Ogos 1952. Tentera Laut Diraja Malaya yang
selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy telah dipindahkan dari
Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan ini,
panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan panji-panji Persekutuan Tentera Laut
Diraja Malaya. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai
Tentera Laut Diraja Malaysia dan bendera putih berlambangkan TLDM telah
berkibar buat pertama kali menggantikan bendera biru Tentera Laut Diraja British.

Perkembangan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam dekad 70an dengan


zaman pembaharuannya adalah berhubungkait, baik dari segi urutan peristiwanya,
mahupun dari aspek kepimpinannya. Justeru, di dalam zaman pembaharuan banyak
urutan peristiwa berkisar di dalam dekat 70an. Sejajar dengan pembesaran
Angkatan Tentera, pada 1hb Jan 1973 Menteri Pertahanan Tun Abdul Razak bin
Hussein telah mengumumkan kenaikan pangkat beberapa orang pegawai tinggi
Angkatan Tentera Malaysia. Di antara pegawai-pegawai itu ialah Komander Dato' K.
Tbanabalasingam telah dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda,dan Komander
Udara Dato' Sulaiman bin Sujak (Ketua Turus Tentera Udara) dinaikkan ke pangkat
Naib Marsyal Udara. Setahun kemudian, iaitu pada 1 Februari 1974 Kepten
Mohamad Zain bin Mohamad Salleh TLDM telah dinaikkan ke pangkat Komander,
menjawat jawatan Timbalan Ketua Turus Tentera Laut.

2
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

Sejak penubuhannya, TLDM telah melaksanakan pelbagai modenisasi dalam


memikul tanggungjawab yang digalas. Keupayaan dan kekuatan TLDM ketika itu
terdiri daripada pangkalan operasi dan latihan iaitu KD MALAYA di Woodlands,
Singapura serta beberapa buah kapal penyapu periuk api yang diambil alih daripada
Kerajaan British.

Pembelian kapal-kapal peronda yang lebih besar selepas tahun 1967


menambahkan lagi kekuatan TLDM. Bagi melengkapi kemampuan armadanya,
TLDM telah melaksanakan pembelian kapal penyerang laju yang dilengkapi dengan
peluru berpandu dari beberapa Negara Eropah pada awal tahun 1970-an. Pada 23
September 1976, peluru berpandu jenis Exocet MM38 dilancarkan buat pertama kali
oleh kapal KD PERDANA dalam satu latihan ex TAMING SARI di Laut China
Selatan dan tepat mengenai sasarannya sejauh 21.6 bn.

Dua buah kapal Offshore Patrol Vessel (OPV) buatan tempatan dan Korea
Selatan telah dibeli pada tahun 1984 untuk mengawal perairan Kawasan Zon
Ekonomi Eksklusif. Pada April 1985 dua buah kapal Corvette (Kasturi Class) buatan
Jerman Barat telah mula beroperasi di dalam Armada TLDM dalam
memperlengkapkan keupayaan armadanya. Dalam meningkatkan keupayaan
peperangan menangkis ranjau kerajaan telah membuat pembelian Mine Counter
Measure Vessel (MCMV) dari Itali pada tahun 1986.

1.2 Penubuhan Markas Pemerintahan Armada Timur dan Markas


Pemerintahan Armada Barat

Tentera Laut Diraja Malaysia telah melaksanakan Pelancaran Penubuhan


Markas Pemerintahan Armada Timur dan Armada Barat pada 27 April 2017.
Pelancaran ini dilihat sebagai satu keperluan penting dan kritikal bagi memastikan
kedaulatan di kawasan perairan negara sentiasa terpelihara. Penubuhan itu juga
sejajar dengan pelaksanaan teras hala tuju kementeriannya yang menekankan
aspek kesiapsiagaan serta keselamatan negara berada pada tahap tertinggi.

Markas Pemerintahan
Armada Timur

Markas Pemerintahan
Armada Barat

Lokasi Markas Pemerintahan Armada Timur dan Armada Barat

3
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

Sebelum penubuhannya, segala penugasan operasi di kawasan perairan


Semenanjung, Sabah dan Serawak dilaksanakan serta dipantau di Markas
Pemerintahan Armada yang berpangkalan di TLDM Lumut, Perak. Melalui
pelaksanaan sistem pemerintahan dua wilayah ini, penugasan operasi di perairan
Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan di Markas Pemerintahan Armada Timur
yang berpangkalan di TLDM Teluk Sepanggar manakala perintah dan kawalan
operasi di kawasan perairan Semenanjung kekal di Pangkalan TLDM Lumut.

Penubuhan Markas Pemerintahan Armada Timur dan Armada Barat adalah


sejajar dengan Pelan Transformasi 15 kelima yang dilaksanakan oleh TLDM. Selain
mengurangkan bilangan pengkelasan kapal daripada 15 kepada lima. TLDM turut
merancang penyusunan semula pengurusan organisasi serta aset dari semasa ke
semasa bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keberkesanan entiti.

Penubuhan markas pemerintahan ini turut seiring dengan penubuhan Markas


Pemerintahan Medan Barat di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Markas
Pemerintahan Medan Timur di Kuching, Sarawak oleh Tentera Darat serta
penubuhan Markas Wilayah Udara 1 di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Markas
Wilayah Udara 2 di Labuan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

1.3 Misi, Visi dan Cogankata TLDM

a. Misi - Melindungi Kedaulatan dan Kepentingan Maritim Negara

Penerangan: Misi ini bermaksud tugas khas yang telah


dipertanggungjawabkan dalam menyedia dan mengatur gerak
angkatan laut untuk memastikan keselamatan perairan negara semasa
aman dan memastikan kemenangan ketika perang.

b. Visi - Menjadi Sebuah Angkatan Laut yang Kredibel dan Versatil


Menjelang 2030

Penerangan: Visi ini bermaksud TLDM berhasrat untuk menjadi


sebagai sebuah angkatan laut yang sentiasa bersiap sedia dalam
aspek operasi, sumber manusia yang berkeupayaan dan pengurusan
projek yang cemerlang

c. Cogankata TLDM - SEDIA BERKORBAN

Penerangan: Siap atau sanggup menghadapi sebarang kesulitan dan


dengan sukarela kehilangan sesuatu walau nyawa sekalipun demi
untuk kepentingan nusa dan bangsa

4
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

1.4 Organisasi TLDM


Struktur Organisasi TLDM
PANGLIMA TENTERA LAUT

TIMBALAN PANGLIMA TENTERA LAUT

MARKAS TENTERA LAUT * Lampiran 1 KETUA STAF

N1 - 1 BAHAGIAN SUMBER MANUSIA N3 BAHAGIAN OPERASI DAN EKSESAIS N5 BAHAGIAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN N8 BAHAGIAN PASUKAN SIMPANAN TLDM

N1 - 2 BAHAGIAN PENTADBIRAN N4 – 1 BAHAGIAN MATERIEL N6 BAHAGIAN KOMUNIKASI DAN SISTEM INFORMASI N10 BAHAGIAN INSPEKTORAT JENERAL

N2 BAHAGIAN PERISIKAN LAUT N4 – 2 BAHAGIAN KEJURUTERAAN N7 BAHAGIAN PERHUBUNGAN STRATEGIK

MARKAS PEMERINTAHAN * Lampiran 2 MARKAS PEMERINTAHAN * Lampiran 3 MARKAS PEMERINTAHAN PUSAT HIDROGRAFI
ARMADA BARAT ARMADA TIMUR PENDIDIKAN DAN NASIONAL
PANGLIMA ARMADA BARAT PANGLIMA ARMADA TIMUR LATIHAN TLDM KETUA PENGARAH
PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN HIDROGRAFI

TIMBALAN PANGLIMA TIMBALAN PANGLIMA


ARMADA BARAT ARMADA TIMUR KD PELANDOK KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH
KD SULTAN ISMAIL Skn Kapal Hidro
KD SULTAN IDRIS I
MARKAS WILAYAH MARKAS WILAYAH MARKAS WILAYAH MARKAS LOGISTIK Pusat Kepimpinan TLDM
LAUT 1 LAUT 3 LAUT 2 TIMUR Skn Kapal Latihan MARKAS PEMERINTAHAN
PANGLIMA WILAYAH LAUT 1 PANGLIMA WILAYAH LAUT 3 PANGLIMA WILAYAH LAUT 2 PANGLIMA LOGISTIK TIMUR PASUKAN SIMPANAN TLDM

SRI KUANTAN KD SULTAN BADLISHAH Pangkalan Laut Tun Sharifah Depot Senggara Armada Timur MARKAS PEMERINTAHAN
Depot Peluru dan Bahan Depot Logistik Wilayah Laut 3 Rodziah Depot Bekalan Armada Timur KAPAL SELAM
Unit Bantuan Utara TLDM PANGLIMA KAPAL SELAM
Letupan Wilayah Laut 1 Stn Lima TLDM Depot Bantuan Timur KD SRI PINANG PSTL SETIU
Depot Logistik Wilayah Laut 1 Pejabat Wakil Tentera Laut Stn Uniform TLDM Depot Peluru dan Bahan Letupan KD SRI MANJUNG PSTL KUANTAN
SKTLDM Kuantan Pulau Pinang Stn Mike TLDM Timur Pusat Latihan Kapal Selam KD SRI KLANG PSTL KUCHING
PROTELA Kuantan SKTLDM Langkawi Stn Sierra TLDM Skn Kapal Selam KD SRI MEDINI PSTL LABUAN
Kapal-Kapal di Tg Gelang PROTELA Langkawi Stn Papa TLDM KD SRI LIKAS PSTL SANDAKAN
Kapal-Kapal di Langkawi Kapal-Kapal di Sabah MARKAS PEMERINTAHAN PALAPES UUM PSTL TAWAU
MARKAS PANGKALAN
PASUKAN KHAS LAUT PALAPES USM
LUMUT MARKAS MARKAS PANGKALAN PANGKALAN OPERASI HADAPAN PANGLIMA PASUKAN KHAS LAUT
KOMANDER PANGKALAN
PALAPES UM
UDARA TLDM KOTA KINABALU SANDAKAN PALAPES UPM
PANGLIMA UDARA TLDM KOMANDER PANGKALAN KOMANDER PANGKALAN
KD MALAYA OPERASI HADAPAN PALAPES UiTM
KD PANGLIMA HITAM
Wisma Samudera PALAPES UTM
KD RAJAWALI KD SRI KOTA KINABALU KD SRI SEMPORNA
PROTELA Lumut KD SRI SANDAKAN PALAPES UMP
Skn 501 (LYNX) PROTELA Kota Kinabalu
PPU TLDM Lumut PALAPES UMT
Skn 502 (FENNEC) PPU TLDM Kota Kinabalu
- - - 96 HAT Lumut PALAPES UMS
- - - HAT Kota
PALAPES ALAM
MARKAS SELAM DAN Kinabalu MARKAS WILAYAH
PEPERANGAN PERIUK API MARKAS LOGISTIK LAUT 4
KD SRI TAWAU
KOMANDER
BARAT PUSTAKMAR
PANGLIMA LOGISTIK BARAT
KD DUYONG SKTLDM Kota Kinabalu
Skn Kapal Penangkis Periuk Api Depot Senggara Armada Barat Lampiran:
Depot Bekalan Armada Barat Pejabat Wakil Tentera Laut 1. Struktur Organisasi Markas Tentera Laut.
SKTLDM Lumut Depot Bantuan Barat Kuching = Saluran pemerintahan pentadbiran
2. Struktur Organisasi Markas Pemerintahan Armada Barat.
SKTLDM Sitiawan Depot Peluru dan Bahan 3. Struktur Organisasi Markas Pemerintahan Armada Timur.
SKTLDM Parit Letupan Barat Unit Udara Kota Kinabalu = Dalam perancangan hadapan
Kapal-Kapal di Lumut Depot Kenderaan TLDM 5
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

2. Pentadbiran Pasukan Kadet Bersatu Malaysia


Tajuk Pelajaran
(PKBM) Laut

2.1 Pengenalan

Kegiatan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) bermula dengan


tertubuhnya Ordinan Kor Kadet Persekutuan Tanah Melayu 1952 (No.46). Ordinan
tersebut telah diganti dengan Akta Pasukan Kadet Bersatu Malaysia 1967 (Akta 417)
- Disemak 1989. Berdasarkan Akta ini Menteri Pelajaran selepas berunding dengan
Majlis Angkatan Tentera (MAT) diberi kuasa untuk membuat kaedah-kaedah
berhubung dengan:

a. Tahap latihan yang perlu dijalani dan taraf yang perlu dicapai oleh
anggota-anggota PKBM (L) dari semasa ke semasa.

b. Kehadiran anggota untuk latihan dan kursus.

c. Pakaian seragam, senjata dan kelengkapan pasukan.

d. Kelulusan keselamatan untuk anggota-anggota.

Akta ini juga membolehkan MAT mengeluarkan perintah-perintah tetap atau


peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah berhubung dengan pengelolaan,
pentadbiran dan latihan menyeluruh pasukan khususnya perkara-perkara berikut:

a. Pengeluaran dan penggunaan senjata, peralatan, bahan letupan, bekalan,


pakaian dan kelengkapan.

b. Penyata-penyata, buku-buku dan surat menyurat.

c. Penyediaan kapal untuk latihan laut.

2.2 Matlamat

Matlamat PKBM (L) adalah untuk melahirkan individu yang sihat,


berdisiplin, patriotik dan mempunyai daya kepemimpinan berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan memberi kesedaran terhadap budaya maritim
TLDM.

2.3 Pendekatan

PKBM (L) ditubuhkan bagi mencapai matlamat di atas, pendekatan berikut


diambil untuk memberi kesedaran kepada generasi muda terhadap budaya
maritim dan pengenalan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) termasuk:

a. Mengadakan aktiviti fizikal seperti aktiviti kelautan dan pelayaran.

b. Mengadakan kelas dan aktiviti yang membina disiplin seperti

6
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

latihan kawad.

c. Melaksanakan tugas dan aktiviti yang membina daya kepimpinan


yang berkualiti seperti aktiviti pengembaraan dan kepimpinan amali.

d. Menerap dan membina sikap bertanggungjawab melalui pembahagian


penugasan.

e. Mengadakan aktiviti maritim yang melambangkan TLDM.

f. Mengadakan aktiviti untuk meningkatkan kematangan berfikir,


berkeyakinan diri, kreatif, berinovasi dan mampu membuat keputusan.

g. Mengerat dan meningkatkan kefahaman mengenai TLDM melalui interaksi


dengan warga TLDM dan lawatan.

h. Mendedahkan anggota-anggota PKBM (L) kepada budaya kerja warga


TLDM.

2.4 Penubuhan

Bagi menubuhkan PKBM (L), prosedur berikut hendaklah dipatuhi:

a. Pengetua sekolah hendaklah membuat permohonan secara bertulis


kepada Pengarah Bahagian Kesenian dan Kokurikulum (BKK), Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Surat tersebut hendaklah melalui Pengarah
Pendidikan Negeri masing-masing.

b. Bagi sekolah-sekolah bukan di bawah pentadbiran KPM, permohonan


mestilah disokong oleh Ketua Penolong Pengarah Kokurikulum Agensi
berkenaan terlebih dahulu.

c. Bahagian Kesenian dan Kokurikulum KPM atau Agensi Pendidikan yang


berkenaan akan membuat kajian keperluan dan majukan permohonan ke Sel
PKBM (L) MPPL TLDM.

d. Seterusnya, MPPL TLDM akan membuat pertimbangan dari segi


kemampuan peruntukan kewangan, peralatan, jurulatih dan unit penyelaras.

e. Kelulusan akan diberi setelah mendapat sokongan Panglima Pendidikan


dan Latihan (PPL) dan kelulusan Panglima Tentera Laut (PTL). Tatacara
permohonan seperti di Kembaran C dan D Bahagian I.

7
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

2.5 a. Carta Organisasi PKBM (L)

Carta Pengurusan PKBM (L)

Markas Tentera Laut

Lembaga Gabenor Kementerian Pendidikan


Pendidikan dan Latihan Malaysia (KPM)
TLDM
Kementerian
Pembangunan Luar
Bandar dan Wilayah
(MARA)
Markas Pemerintahan Bahagian Kokurikulum
Pendidikan dan Latihan dan Kesenian KPM
(Sel PKBM (L)
Bahagian Pendidkan
Menengah MARA

Unit Penyelaras Jabatan Pendidikan


PKBM (L) Setiap Zon Negeri
(Unit Kokurikulum)

Unit PKBM (L)


(Sekolah-Sekolah)

8
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

b. Carta Organisasi Perjawatan Unit PKBM (L) Sekolah

Pengetua
(Penaung)

Guru Penyelaras PKBM (L)


(1 X Guru)
(Lt PKBM (L)

Penolong Guru Penyelaras


PKBM (L)
(1 X Guru)
(Lt Dya/Lt Muda PKBM (L)

Ketua Pasukan
(1 X Kadet (PW II)

Awasan Port (Merah) Awasan Stbd (Hijau)

1 X Kadet BK (Bendahari Pasukan) 1 X Kadet BK (Bendahari Pasukan)


2 X Kadet BM (Anggota Stor) 2 X Kadet BM (Anggota Stor)
4 X Kadet LK 4 X Kadet LK
9 X Kadet 9 X Kadet

Nota: Tugas Kadet 1. Setiausaha Pasukan - Mencatat Kehadiran.


2. Bendahari Pasukan - Kewangan.
3. Anggota Stor - Merekodkan pembekalan
pakaian awasan masing-
masing dan penjagaan
stor di sekolah.

9
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

c. Carta Jawatankuasa Penasihat Latihan PKBM (L)

Pengerusi Bersama
1. Timbalan Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM.
2. Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia/Agensi Pendidikan yang
berkenaan.

Setiausaha Bersama
1. AKS Pengurusan Kompetensi dan Kapal Latihan MPPL
TLDM.
2. Ketua Penolong Pengarah (Pasukan Badan Beruniform)
Bahagian Kesenian dan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia/Agensi Pendidikan yang berkenaan.

Ahli-ahli
1. Pegawai Unit Penyelaras.
2. Ketua Unit Kokurikulum JPN.
3. Pegawai Pendidikan Daerah.
4. Guru Penyelaras PKBM Laut.

10
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

3. Pakaian Seragam Lain-Lain Pangkat (LLP)


Tajuk Pelajaran
TLDM/PKBM (L)
3.1 Pakaian Seragam LLP TLDM

Pakaian Seberang Pakaian Seberang


Laut No 5 LLP Laut No 5 LLP
TLDM TLDM

Pakaian Istiadat Pakaian Istiadat


(No.1) (No.1)
Pegawai Waren Pegawai Waren
Lelaki TLDM Wanita TLDM

11
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

Pakaian Istiadat Pakaian Istiadat


(No.1) (No.1)
Bintara Lelaki Bintara Wanita
TLDM TLDM

Pakaian Istiadat Pakaian Istiadat


(No.1) (No.1)
Lasykar Lelaki Lasykar Wanita
TLDM TLDM

12
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

Pakaian Bush Pakaian Bush


Jacket No.2 Jacket No.2
Pegawai Waren Pegawai Waren
Lelaki TLDM Wanita TLDM

Pakaian Kerja 2A Pakaian Kerja 2A


Pegawai Waren Pegawai Waren
Lelaki TLDM Wanita TLDM

13
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

Pakaian Kerja 2A Pakaian Kerja 2A


Bintara Lelaki Bintara Wanita
TLDM TLDM

Pakaian Malam Pakaian Malam


Pegawai Waren Pegawai Waren
Lelaki TLDM Wanita TLDM

14
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

Pakaian Operasi Pakaian Operasi


Digital (POD) 3C Digital (POD) 3C
Pegawai Waren Pegawai Waren
Lelaki TLDM Wanita TLDM

Pakaian Operasi Pakaian Operasi


Digital (POD) 3C Digital (POD) 3C
Bintara Lelaki Bintara Wanita
TLDM TLDM

15
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

Pakaian Operasi Pakaian Operasi


Digital (POD) 3C Digital (POD) 3C
Lasykar Lelaki Lasykar Wanita
TLDM TLDM

Pakaian Pakaian
Kebangsaan Kebangsaan
Lengkap Lasykar Lengkap Lasykar
Lelaki TLDM WanitaTLDM

16
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

Pakaian Rasmi Pakaian Rasmi


Malam No.4 Malam No.4
Pegawai Waren Bintara Wanita
Lelaki TLDM TLDM

Pakaian Tukang Pakaian Tukang


Masak Lasykar Masak Lasykar
Lelaki TLDM Wanita TLDM

17
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

Pakaian Bertindak Pakaian Kuarter


(Action Station) Master
Unit Kapal TLDM Helikopter (LLP)
Unit Rajawali TLDM

Pakaian Senyawa Pakaian Senyawa


LLP Lelaki TLDM LLP Wanita TLDM

18
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

Pakaian Tempur Pakaian Celoreng


PASKAL PASKAL TLDM

Pakaian Celoreng Pakaian Celoreng


Pasukan Pasukan
Pertahanan Udara Pertahanan Udara
(PPU) Lelaki TLDM (PPU) wanita TLDM

19
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

3.2 Pakaian Seragam Ahli PKBM (L)

Pakaian Operasi Pakaian Operasi


Digital (L) (POD) 3C Digital (P) (POD) 3C
Ahli PKBM LAUT Ahli PKBM LAUT
TLDM TLDM

20
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

Tajuk Pelajaran 4. Kepakaran dan Pangkat LLP TLDM

4.1 Kepakaran dan Pangkat

Secara umumnya perkhidmatan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia


terbahagi kepada 3 cawangan utama seperti berikut:

a. Cawangan Pelaut.

b. Cawangan Bekalan dan Urus Setia.

c. Cawangan Kejuruteraan.

4.2 Kepakaran.

Anggota lain-lain pangkat (LLP) TLDM dipecahkan kepada beberapa jurusan


kepakaran. Singkatan kepada kepakaran adalah seperti berikut:

Cawangan Pelaut
Siri Kepakaran Singkatan
a. Provos Tentera Laut PRL
b. Peperangan Atas Permukaan PAP
c. Peperangan Bawah Permukaan PBS
d. Peperangan Bawah Permukaan(Kawalan) PBK
e. Juruplot Taktikal Peperangan JTP
f. Komunikasi KOM
g. Penyelam Ranjau PLM
h. Jurulatih Jasmani JJM
i. Hidrografi HDI
j. Pasukan Khas Laut PKL

Cawangan Bekalan dan Pengurusan


Siri Kepakaran Singkatan
1. Pentadbiran dan Kewangan PNK
2. Teknisyen Logistik TNL
3. Bendari BDI
4. Petugas Wisma Pegawai (Pewiga) PWP
5. Pancaragam PGM

21
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

Cawangan Teknikal
Siri Kepakaran Singkatan
1. Teknisyen Marin Kuasagerak TMK
2. Teknisyen Elektrik (Radio) TLR
3. Teknisyen Elektrik (Senjata & Kuasa) TLS
4. Teknisyen Marin Serimala TMS

4.3 Bentuk Lencana

a. Cawangan Pelaut

(1) Lencana Kepakaran Provos Tentera Laut (PRL).

(2) Lencana Kepakaran Peperangan Atas Permukaan (PAP).

(3) Lencana Kepakaran Peperangan Bawah Permukaan (PBS).

22
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

(4) Lencana Kepakaran Peperangan Bawah Permukaan (PBK).

(5) Lencana Kepakaran Juruplot Taktikal Peperangan (JTP).

(6) Lencana Kepakaran Komunikasi (KOM)

(7) Lencana Kepakaran Penyelam Ranjau (PLM).

23
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

(8) Lencana Kepakaran Jurulatih Jasmani (JJM).

(9) Lencana Kepakaran Hidrografi (HDI).

b. Cawangan Bekalan dan Urus Setia

(1) Lencana Kepakaran Pentadbiran dan Kewangan (PNK).

(2) Lencana Kepakaran Teknisyen Logistik (TNL)

24
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

(3) Lencana Kepakaran Bendari (BDI).

(4) Lencana Kepakaran Petugas Wisma Pegawai (PWP).

(5) Lencana Kepakaran Pancaragam (PGM).

25
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

c. Cawangan Kejuruteraan
(1) Lencana Kepakaran Teknisyen Marin Kuasa Gerak (TMK).

(2) Lencana Kepakaran Teknisyen Srimala (TMS).

(3) Lencana Kepakaran Teknisyen Letrik Senjata (TLS).

(4) Lencana Kepakaran Teknisyen Letrik Radio (TLR).

26
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

d. Lain-lain Pangkat
(1) Laskar Muda - Tiada Lencana kepakaran dan Pangkat.

(2) Laskar Kelas II - Satu sauh kecil menegak yang dilingkari


tali dan satu garisan nipis berbentuk ‘V’ di
sebelah kiri lengan baju.

(3) Laskar Kelas I - Satu sauh besar menegak yang dilingkari


tali dan satu garisan tebal berbentuk ‘V’.

(4) Laskar Kanan - Satu sauh menegak yang dilingkari tali


dan dua garisan tebal berbentuk ‘V’.

(5) Bintara Muda - Lambang sauh bersilang dan tiga garisan


tebal berbentuk ‘V’ di sebelah kiri lengan
baju.

(6) Bintara Kanan - Lambang sauh bersilang, dua tangkai


bunga padi (bawah) dan tiga garisan tebal
berbentuk ‘V’.

(7) Pegawai Waren II - Pangkat di bahu mengandungi lambang


sauh bersilang, bunga padi dan tanda
kebesaran dua jalur kecil berbentuk ‘W’.
Tiada lencana pangkat dan kepakaran di
lengan.

(8) Pegawai Waren I - Pangkat di bahu mengandungi lambang


sauh bersilang, bunga padi dan satu jalur
besar berbentuk ‘W’.

Laskar Kelas II Laskar Kelas I Laskar Kanan

27
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

Bintara Muda Bintara Kanan

Pegawai Waran II Pegawai Waran I

28
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

Tajuk Pelajaran 5. Watch and Station Bill

5.1 Pengenalan

Setiap anggota kapal diperuntukkan tugas dan kerja yang disatukan mengikut
bahagian-bahagian tertentu kapal semasa aman dan juga waktu kecemasan/
peperangan. Untuk tujuan ini tugas-tugas semua anggota disenaraikan dan dicatat
pada bil awasan dan stesen. Bil ini dipasang kebiasaannya di pejabat juragan atau
ruang umum. Semua anggota dikehendaki mengetahui tugas-tugas dan lokasi
masing-masing apabila sesuatu keadaan seperti di bil tersebut dikuatkuasakan.
Semua hendaklah membaca dan mematuhi keperluan bil awasan dan stesen
sebaik sahaja diturunkan di pasukan baru.

5.2 Sistem Penugasan Awasan

Sistem Awasan terbahagi kepada 3 iaitu:

a. 2 Awasan – Tugas-tugas dipecahkan kepada 2 bahagian: Awasan


Merah(Port) dan Awasan Hijau (Starboard). Awasan jenis-jenis ini sering
diamalkan untuk stesen bertahan. Di pelabuhan satu awasan akan bertugas
manakala satu awasan bebas untuk mendarat.

b. 3 Awasan – Tugas-tugas dipecahkan kepada 3 bahagian: Awasan Merah


(Red), Putih (White), Biru (Blue). Sering diamalkan oleh kapal-kapal kecil. Di
pelabuhan bila tugas awasan dilaksanakan, satu awasan akan bertugas
manakala 2 awasan lagi dibenarkan mendarat.

c. 4 awasan – Ini adalah pecahan dari sistem 2 awasan di mana terdapat


Merah Pertama, Merah Kedua, Hijau Pertama, Hijau Kedua. Awasan jenis ini
sering diamalkan di kapal-kapal besar dan pangkalan yang mempunyai ramai
anak-anak kapal. Di dalam keadaan aman ia boleh dipraktikkan sama ada di
laut ataupun didarat.

5.3 Maklumat Dalam Watch and Station Bill

Maklumat-maklumat yang terdapat untuk tiap-tiap anggota di dalam bil


adalah:
a. Butir-butir peribadi:
(1) Nama.
(2) Pangkat.
(3) Tred.

b. Peruntukkan tugas-tugas awasan:


(1) 2 Awasan.
(2) 3 Awasan.
(3) 4 Awasan.

29
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

c. Lokasi untuk stesen-stesen:


(1) Bahagian Kerja (Part of Ship).
(2) Stesen Pengawasan (Watch Keeping Station).
(3) Stesen Petugas Khas Laut (Special Sea Dutymen).
(4) Stesen Bertindak.
(5) Stesen Bertahan.
(6) Stesen Kecemasan.
(7) Stesen Rakit.
(8) Stesen Penerbangan.
(9) Stesen Mendarat.
(10) Stesen Menggeledah.
(11) Stesen Penerbangan.

5.4 Jadual Kerja

Dalam tempoh 24 jam, waktu kerja dibahagikan kepada 7 waktu ditandakan


oleh 4 angka di mana 2 angka pertama menunjukkan jam manakala 2 angka
belakang menandakan minit. Awasan-Awasan tersebut dikenali:

Siri Awasan Tempoh Masa

1. Middle Watch 0000 - 0400

2. Morning Watch 0400 - 0800

3. Forenoon Watch 0800 - 1230

4. Afternoon Watch 1230 - 1600

5. First Dog Watch 1600 - 1800

6. Last Dog Watch 1800 - 2000

7. First Watch 2000 - 2359

30

You might also like