Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 29

BAHASA MELAYU UNDANG-UNDANG (BMU558)

ANALISIS TEKS TERJEMAHAN (50 MARKAH)

AHLI KUMPULAN 3

NO NAMA PENUH NO PELAJAR

1. AISYAH HANNA BINTI BABA HADIL 2021488432

2. NUR IZZA ARINAH BINTI MOHD AZMI 2021488258

3. AMIEN FARHAD BIN AZMIE 2021485478

4. NASYRAH BINTI AZIZAN 2021488232

DISERAH KEPADA:

MADAM NURUL NADIA BINTI SAMUD

TARIKH PENYERAHAN:

3 JULAI 2023
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 2
ANALISIS TEKS 2
1. Syarat-syarat yang perlu ada bagi seseorang penterjemah. 2
1.1 Penguasaan Bahasa Sumber 3
1.2 Penguasaan Bahasa Sasaran 3
1.3 Pemahaman Terhadap Bidang atau Subjek Teks Terjemahan 3
1.4 Penguasaan Teori-teori Penterjemahan 4
1.5 Pengetahuan Tentang Kumpulan Pembaca Sasaran 4
2. Kelainan bahasa dalam terjemahan (Analisis Kontrastif). 4
2.1 Perbandingan Pada Peringkat Kata 4
2.1.1 Penggunaan Kata Ganti Nama Untuk Jantina 4
2.1.2 Penggunaan Kata Kerja 5
2.1.3 Penjamakan Kata Nama 6
2.2 Perbandingan Pada Peringkat Frasa 7
2.2.1 Frasa Nama 7
2.2.2 Frasa Nama dan Frasa Adjektif 8
3. Kaedah terjemahan yang digunakan (Kaedah Terjemahan Vinay & Darbelnet) 9
3.1 Kaedah Terjemahan Pinjaman 9
3.1.1 Pinjaman langsung 10
3.1.2 Pinjam dan Ubah Suai 11
3.2 Kaedah Terjemahan Peniruan 13
3.2.1 Peniruan Penyampaian 13
3.2.2 Peniruan Struktur 15
3.3 Kaedah Terjemahan Literal 15
3.4 Kaedah Terjemahan Transposisi 17
3.5 Kaedah Terjemahan Modulasi 18
3.6 Kaedah Terjemahan Persamaan 20
3.7 Kaedah Terjemahan Adaptasi (Penyesuaian) 22
4. Peristilahan : Kaedah-kaedah menterjemah istilah yang terlibat 24
4.1 Kaedah penggantian 24
4.2 Kaedah pinjaman langsung 25
4.3 Kaedah pinjaman ubah suai 26
4.4 Kaedah pinjaman separa 26
4.5 Kaedah pinjaman terjemah 27
4.6 Kaedah menterjemah fungsi 28
4.7 Kaedah menterjemah bentuk / rupa 28
KESIMPULAN 29
RUJUKAN 30

1
PENGENALAN

Terjemah” berasal daripada perkataan Arab “tarjamah” yang bermaksud


menafsirkan perkataan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain. Penterjemahan
merujuk kepada perbuatan mengalih bahasa atau mentafsirkan sesebuah teks kepada bahasa
yang lain. Perbuatan menterjemah sesebuah teks sumber kepada bahasa yang lain adalah
bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap makna dan konteks teks tersebut kepada
masyarakat asing tanpa mengubah makna asal yang cuba disampaikan. Melalui kaedah
penterjemahan inilah ilmu pengetahuan dapat disebarkan dengan luas meskipun teks sumber
dihasilkan dalam sebuah bahasa yang asing kepada pembaca. Menurut kajian, aktiviti
menterjemah telah wujud seawal 3500 tahun sebelum Masihi sewaktu kewujudan tamadun
Mesopotamia yang mana telah mentafsirkan epik Gilgamesh kepada pelbagai bahasa di benua
Asia. Tanpa penterjemahan, sesebuah masyarakat akan sukar untuk menyebar dan menerima
idea demi perkembangan politik, sosial dan ekonomi.

Teks yang digunakan bagi tujuan analisis teks terjemahan ini diambil dari Bab 8
novel The Fault in Our Stars hasil nukilan John Green. Teks ini secara teliti telah dianalisis
dengan merujuk kepada kelainan bahasa dalam terjemahan, kaedah terjemahan yang
digunakan, dan kaedah menterjemah istilah yang terlibat. Justifikasi kepada pemilihan Bab 8
sebagai tumpuan kertas kerja ini adalah kerana kandungannya yang banyak berbanding
bab-bab lain serta teks terjemahannya yang dianggap menarik dan sesuai untuk dianalisis.

ANALISIS TEKS

1. Syarat-syarat yang perlu ada bagi seseorang penterjemah.

Untuk menjadi seorang penterjemah yang baik, terdapat beberapa aspek yang perlu
dipatuhi dalam menterjemah teks sumber kepada teks sasaran. Antara syarat utama untuk
menjadi seorang penterjemah yang cekap adalah (1) penterjemah hendaklah menguasai
bahasa sumber, (2) penterjemah juga menguasai bahasa sasaran, (3) penterjemah mestilah
memahami bidang atau subjek teks terjemahan, (4) penterjemah menguasai teori-teori
penterjemahan dan akhir sekali, (5) penterjemah mempunyai pengetahuan tentang kumpulan
pembaca yang disasar.

2
1.1 Penguasaan Bahasa Sumber

Bahasa sumber ialah bahasa yang digunakan dalam teks sumber yang akan
diterjemah kepada bahasa sasaran. Seseorang penterjemah harus menguasai dengan
mendalam bahasa yang digunakan dalam teks sumber kerana kemahiran dalam bahasa
tersebut sangat penting dalam memahami dan mentafsir makna teks dengan tepat. Dengan
menguasai bahasa sumber, penterjemah dapat memahami konteks teks sumber dengan lebih
berkesan. Ini termasuk pemahaman terhadap aspek linguistik yang terkandung dalam bahasa
tersebut. Ini dapat memastikan terjemahan yang dihasilkan mengekalkan makna asal dan
bersesuaian dengan konteks. Dalam teks terjemahan ini, penterjemah menunjukkan
kebolehan mendalam dalam bahasa Inggeris iaitu bahasa sumber teks asal melalui
terjemahan yang tidak mempunyai perubahan yang ketara.

1.2 Penguasaan Bahasa Sasaran

Bahasa sasaran ialah bahasa yang akan diterjemah dari bahasa asal teks sumber.
Seseorang penterjemah harus menguasai bahasa sasaran teks terjemahan dengan baik bagi
memastikan makna dapat disampaikan secara efektif kepada pembaca atau pendengar dalam
bahasa yang mereka fahami. Dengan memiliki pemahaman yang mendalam tentang struktur
ayat, kosa kata, dan tatabahasa bahasa sasaran, mereka dapat menghasilkan terjemahan yang
tepat. Penguasaan bahasa sasaran turut membantu penterjemah untuk memahami dan
menghormati budaya pembaca. Setiap bahasa memiliki cara unik untuk menyampaikan
makna dan perlu diperhatikan bagi mengelakkan kekeliruan. Dalam teks sasaran ini,
penterjemah mempamerkan penguasaan yang bagus dalam bahasa Melayu.

1.3 Pemahaman Terhadap Bidang atau Subjek Teks Terjemahan

Seorang penterjemah yang memahami bidang atau subjek teks terjemahan memiliki
keunggulan dalam menyampaikan makna yang jitu dan relevan dengan konteks yang
diketengahkan. Setiap bidang atau subjek memiliki terminologi khusus yang digunakan.
Dengan pemahaman yang mendalam tentang bidang tersebut, penterjemah dapat
menggunakan istilah yang tepat dan konsisten dalam hasil terjemahan mereka. Ini penting
bagi mengekalkan makna asal terutamanya dalam teks-teks yang bersifat kompleks atau
spesifik. Dalam teks terjemahan ini, penterjemah menunjukkan kefahaman dalam budaya,
jenaka puns dan gaya bahasa di Amerika dan masih berjaya menterjemahnya kedalam
bahasa Malaysia tanpa menjejaskan makna asal.

3
1.4 Penguasaan Teori-teori Penterjemahan

Bidang penterjemahan mempunyai teori dan kaedah ilmiahnya sendiri.


Penguasaan teori penterjemahan adalah penting bagi seorang penterjemah untuk
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang pelbagai pendekatan dan strategi yang
boleh digunakan dalam proses menterjemah. Terdapat pelbagai teori dan pendekatan
penterjemahan, seperti penterjemahan secara literal, peniruan, kaedah terjemahan transposisi
dan banyak lagi. Penterjemah yang memiliki pemahaman mendalam tentang teori-teori ini
dapat memilih pendekatan yang paling sesuai untuk teks yang akan diterjemahkan selain
dapat mengekalkan kredibiliti dan profesionalisme sebagai seorang penterjemah yang baik.
Sebagai contoh, dalam teks terjemahan ini, penterjemah telah menggunakan pelbagai kaedah
berbeza untuk menterjemah novel hiburan ini untuk pemahaman masyarakat Malaysia.

1.5 Pengetahuan Tentang Kumpulan Pembaca Sasaran

Seorang penterjemah harus juga mengetahui kumpulan pembaca sasaran teks terjemahan
supaya dapat menjaga laras bahasa yang digunakan. Pengetahuan tentang kumpulan
pembaca dapat membantu penterjemah dalam memilih perkataan, frasa, dan gaya bahasa
yang sesuai dengan tahap pemahaman, dan latar belakang budaya pembaca. Dengan
memahami audiens yang dituju, penterjemah dapat menyampaikan pesan dengan cara yang
lebih efektif dan mudah difahami. Selain itu, pengetahuan tentang kumpulan pembaca
sasaran juga penting bagi menjaga laras bahasa. Sebagai contoh, sekiranya kumpulan
pembaca terdiri daripada kanak-kanak, maka laras bahasa yang digunakan mestilah selaras
dan bersesuaian dengan golongan kanak-kanak. Dalam novel ini, audiens yang disasar
adalah golongan remaja dan dewasa yang boleh didedahkan dengan kandungan matang.
Oleh itu, penggunaan perkataan kesat dalam bahasa Inggeris seperti ‘shit’ tetap diterjemah
kepada bahasa kesatnya di dalam bahasa melayu iaitu tahi.

2. Kelainan bahasa dalam terjemahan (Analisis Kontrastif).

Analisis kontranstif merujuk kepada perbandingan dua bahasa atau lebih untuk
mengenal pasti perbezaan dan persamaan daripada aspek linguistik dan budaya berdasarkan
bahasa-bahasa tersebut. Hal ini penting untuk memudahkan penterjemah memahami
perbezaan antara bahasa sumber dan bahasa sasaran.

4
2.1 Perbandingan Pada Peringkat Kata

2.1.1 Penggunaan Kata Ganti Nama Untuk Jantina

Menurut laman web PRPM, kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk
menggantikan kata nama lain. Manakala dalam Bahasa Inggeris, kata ganti nama
dikenali sebagai ‘personal pronouns’. Sesetengah bahasa mempunyai kata ganti nama
yang khusus untuk jantina. Namun, Bahasa Inggeris mempunyai jantina yang khusus.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka Surat: 1 bab 8 Teks Sumber She hugged me when I


got there

Muka Surat: 1 bab 8 Teks Sasaran: Dia memeluk aku apabila


aku sampai

Berdasarkan contoh di atas, bahasa sumber menggunakan kata ganti nama


‘she’ untuk menunjukkan bahawa individu tersebut adalah seorang wanita. Manakala,
teks sasaran menggantikan perkataan she kepada dia. Perkataan dia dalam Bahasa
Melayu bersifat universal dan tidak mengkhususkan kepada satu jantina sahaja,
walaupun teks asal menunjukkan bahawa individu tersebut adalah seorang wanita.
Hal ini kerana, dalam Bahasa Melayu, semua kata ganti nama boleh digunakan pada
jantina yang berlainan.

2.1.2 Penggunaan Kata Kerja

Secara amnya, Bahasa Melayu tidak mempunyai sistem kala seperti Bahasa
Inggeris untuk menggambarkan waktu suatu pekerjaan dilakukan. (Karim dan
Maslinda, 2013) Penggunaan kata kerja dalam Bahasa Inggeris bergantung pada
konteks masa perkara tersebut dilakukan. Perubahan kata kerja bergantung sama ada
kata kerja tersebut akan berlaku, sedang berlaku atau telah berlaku. Manakala, dalam
Bahasa Melayu, penggunaan kata kerja akan disokong dengan kata bantu atau waktu.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka Surat: 3 bab 8 Teks Sumber I was already in bed

Muka Surat: 5 bab 8 Teks Sasaran Aku dah berbaring di atas

5
katil

Berdasarkan contoh di atas, teks asal menggunakan perkataan ‘was’. Dalam


Bahasa Inggeris, penggunaan ‘was’ untuk menunjukkan bahawa perkara tersebut
telah dilakukan. Perkataan ‘was’ ini digantikan kepada perkataan ‘dah’ dalam teks
sasaran untuk menunjukkan perkara tersebut telah dilakukan dan karakter tersebut
telah berbaring di atas katll. Kata bantu ‘dah’ digunakan untuk menunjukkan
perbezaan masa lampau.

2.1.3 Penjamakan Kata Nama

Dalam Bahasa Inggeris, penjamakan dilakukan dengan mengubah bentuk


asal kata nama tersebut dan perkataan tersebut akan mempunyai imbuhan seperti
(-s,es). Namun, dalam Bahasa Melayu penjamakan berlaku dengan menggandakan
sesuatu perkataan tersebut.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka Surat: Teks Sumber I would never share any information about the
4 bab 8 characters with anyone.

Muka Surat: Sleeping with the BiPAP all night made my


1 bab 8 lungs feel almost normal.

Muka Surat: Teks Sasaran Aku takkan kongsi apa-apa maklumat tentang
7 bab 8 karakter-karakter itu dengan sesiapapun

Muka Surat: Tidur dipasang dengan BiPAP sepanjang malam


1 bab 8 membuatkan paru-paru aku rasa seakan
normal

Berdasarkan contoh pertama, teks asal meletakkan imbuhan ‘-s’ untuk


menunjukkan perkataan jamak. Manakala, penjamakan dalam teks sasaran adalah
berbeza. Hal ini kerana, teks sasaran menggandakan perkataan tersebut kepada
‘karakter-karakter’ untuk menunjukkan penggandaan bagi perkataan ‘characters’
dalam teks asal. Contoh kedua juga menggunakan teknik yang sama. Teks asal
menggunakan imbuhan ‘-s’ dan perkataan tersebut digandakan dalam teks sasaran
bagi menunjukkan kata jamak bagi paru-paru.

6
2.2 Perbandingan Pada Peringkat Frasa

2.2.1 Frasa Nama

Dari aspek frasa, terdapat perbezaan antara Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Contohnya penggunaan hukum DM. Menurut laman sesawang Pusat
Rujukan Persuratan Melayu, hukum DM ialah rumus tatabahasa yang membawa
maksud, D=diterangkan dan M=menerangkan. Berdasarkan hukum ini, unsur yang
diterangkan perlu hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir
pada kedudukan kedua. Dalam Bahasa Inggeris pula, unsur menerangkan diletakkan
di hadapan dan unsur diterangkan diletakkan di belakang.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka Surat: 4 bab 8 Teks Sumber Conference Room

Muka Surat: 1 bab 8 Lung Transplant

Muka Surat: 2 bab 8 Long-term effects

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka Surat: 4 bab 8 Teks Sasaran Bilik persidangan

Muka Surat: 1 bab 8 Transplant paru-paru

Muka Surat: 2 bab 8 Kesan jangka panjang

Berdasarkan contoh pertama di atas, conference room diubah kepada bilik


persidangan dalam teks sasaran. Hal ini kerana, perkataan ‘bilik’ mempunyai unsur
diterangkan. Manakala perkataan ‘persidangan’ digunakan untuk menerangkan jenis
bilik tersebut. Berbeza dengan Bahasa Inggeris yang menggunakan unsur
menerangkan di hadapan. Teknik sama digunakan dalam contoh kedua. Frasa nama
yang perlu diterangkan adalah perkataan ‘transplant. Manakala, perkataan ‘paru-paru’
untuk menerangkan jenis transplant. Dalam contoh ketiga pula, perkataan ‘panjang’
diletakkan di belakang frasa. Hal ini kerana, sistem frasa dalam Bahasa Inggeris
berbeza dengan hukum DM. Kata sifat atau kata adjektif dalam Bahasa Inggeris
digunaan sebelum kehadiran kata nama.

2.2.2 Frasa Nama dan Frasa Adjektif

7
Dalam Bahasa Inggeris, kata adjektif ditulis sebelum penggunaan kata nama.
Manakala, dalam Bahasa Melayu, kata nama ditulis sebelum kata adjektif.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka Surat: 8 bab 8 Teks Sumber Threadbare pink towel

Muka Surat: 2 bab 8 A strong candidate

Muka Surat: 4 bab 8 Smaller circle

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka Surat: 14 bab 8 Teks Sasaran Tuala pink yang lusuh

Muka Surat: 3 bab 8 Calon yang sesuai

Muka Surat: 6 bab 8 Bulatan kecil

Berdasarkan contoh pertama, dalam teks sumber, frasa adjektif ‘threadbare


diletakkan di belakang kata nama ‘pink towel. Perbezaan boleh dilihat dalam teks
sasaran yang meletakkan kata nama ‘tuala pink’ di hadapan dan kata adjektif “lusuh”
selepas kata nama. Berdasarkan contoh kedua pula, dalam teks sasaran, kata adjektif
‘sesuai diletakkan di belakang kata nama. Posisi kata nama dan adjektif adalah
berbeza dalam teks sumber. Contoh ketiga juga menggunakan teknik yang sama.
Dalam teks sasaran, perkataan adjektif ‘kecil’ diletakkan sebelum kata nama ‘bulatan’

3. Kaedah terjemahan yang digunakan (Kaedah Terjemahan Vinay &


Darbelnet)

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, frasa terjemah atau menterjemah
memberi maksud memindahkan daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain1. Erti kata
nama lainnya ialah mengalihbahasakan. (dewan) Menurut Catford (1965) dalam karyanya
“A Linguistic Theory of Translation”, beliau mendefinisikan penterjemahan sebagai
penggantian bahan tekstual dalam suatu bahasa dengan bahasa tekstual yang padan dalam
bahasa lain. Menurut Arizah Ardi dalam bukunya Pengantar Prinsip Penterjemah pada
tahun 1950an, banyak kaedah yang digunakan untuk menterjemah dan menganalisis
terjemahan.

1
Kamus Dewan. Edisi keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.

8
Kaedah terjemahan Vinay & Darbelnet 1958/1995 diperkenalkan pada tahun 1958
melalui buku Stylistique compare du Francais et de l’anglaise. Mengikut kaedah ini, ia
terbahagi kepada dua prosedur terjemahan iaitu secara langsung dan tidak langsung.
Merangkumi semua kaedah terjemahan langsung dan tidak langsung, terdapat tujuh kaedah
terjemahan secara keseluruhannya yang diperkenalkan oleh Vinay & Darbelnet.

Pertama sekali, terjemahan langsung yang dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kaedah
terjemahan pinjaman, literal, dan peniruan manakala kaedah terjemahan tidak langsung pula
merangkumi kaedah terjemahan transposisi, modulasi, persamaan, dan juga adaptasi.
Kaedah-kaedah ini menjadi rujukan untuk sarjana terjemahan dan linguistik yang terkemuka
lain seperti Newmark (1988) dan Nida (1964).

3.1 Kaedah Terjemahan Pinjaman

Pertamanya, kaedah terjemahan melalui pinjaman. Menurut Kamus Dewan Bahasa


dan Pustaka, ‘pinjaman’ membawa maksud barang yang dipinjam atau dipinjamkan2. Seorang
sarjana dalam dalam linguistik Arab telah mentakrifkan “peminjaman” sebagai proses
memperkenalkan elemen bahasa asing kepada sesuatu bahasa3. Kaedah ini digunakan apabila
sesuatu unsur itu tidak wujud dalam bahasa sasaran. Contohnya, dari segi teknik, konsep,
peristilahan, dan seumpamanya. Menurut, Vinay dan Dalbenet, peminjaman bukan sahaja
berperanan untuk menyelesaikan masalah ketiadaan padanan satu lawan satu dalam bahasa
sasaran, tetapi juga berperanan dalam mengekalkan karakter dan nilai asal yang wujud dalam
bahasa sumber.

3.1.1 Pinjaman langsung

Pinjaman langsung atau dikenali sebagai pinjam langsung adalah pinjam secara
keseluruhan tanpa perubahaan ejaan, makna, dan sebutan. Sebagai contoh, perkataan
pinjaman seperti bank, pen, dan hospital.

Berdasarkan teks di bawah, teks sumber Bahasa Inggeris diterjemah ke teks sasaran
Bahasa Melayu yang menggambarkan penggunaan kaedah pinjaman.

2
Kamus Dewan. Edisi keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.
3
Maryam Al-Ayyash. (n.d.). Pengantar Penterjemahan. Academia. Diakses pada June
29, 2023, daripada
https://www.academia.edu/45609770/PENGANTAR_PENTERJEMAHAN

9
Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 5 Teks Sumber It was Augustus, wearing khaki pants and a
Perenggan: short-sleeve plaid button-down.
Terakhir

Muka surat: 132 Teks Augustus, memakai seluar khaki dengan baju lengan
Perenggan: 3 Terjemahan pendek kotak-kotak.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka “khaki” membawa maksud yang sama
seperti “khaki” dalam bahasa sumber iaitu kain tebal berwarna kuning tua atau kuning gelap
yang digunakan untuk membuat pakaian seragam polis atau tentera4.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 8 Teks Sumber Your hotel, the Filosoof, is just one street away from
Perenggan: 6 Peter’s home.

Muka surat: 136 Teks Hotel kamu, Filosoof, hanya berselang satu lorong
Perenggan: 7 Terjemahan saja dari rumah Peter.

Perkataan “hotel” dipinjam daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu


menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Perkataan “hotel” merujuk kepada tempat
penginapan berbayar juga menyediakan pelbagai perkhidmatan lain untuk pengunjungnya.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 4 Teks Sumber That swing set was still back there, weeds growing
Perenggan: out of the title ditch I’d created from kicking
Terakhir myself higher as a little kid.

Muka surat: 130 Teks Set buaian itu masih ada di belakang, dan rumpai
Perenggan: Terjemahan tumbuh dari lopak kecil yang aku buat sendiri masa
Terakhir kecil dengan menendang tanah sekuat hati untuk
melayang lebih tinggi.

4
Kamus Dewan. Edisi keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.

10
Perkataan “set” yang dipinjam merujuk kepada sekumpulan benda. Perkataan “set”
dipinjam daripada bahasa Inggeris tanpa menukar ejaan dan makna perkataan.

3.1.2 Pinjam dan Ubah Suai

Pinjam dan ubah suai adalah kaedah terjemahan yang melibatkan peminjaman dan
pengubasuaian ejaan mengikut kesesuaian bunyi dalam bahasa sasaran. Contohnya, chip - cip,
communication - komunikasi, dan organisation - organisasi.

Berdasarkan teks dibawah, menunjukkan contoh-contoh peminjaman perkataan teks


sumber dan mengubahsuai ejaan perkataan kepada kesesuaian bunyi bahasa sasaran.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 5 Teks Sumber It’s not like I had some utterly poignant, well-lit
Perenggan: 7 memory of a healthy father pushing a healthy child
and the child saying higher higher higher or some
other metaphorically resonant moment.

Muka surat: 132 Teks Bukannya aku ada memori silam yang memilukan
Perenggan: 2 Terjemahan dan tak boleh dilupakan tentang seorang bapa yang
sihat sedang menolak seorang budak yang sihat
dan budak itu berkata tinggi lagi tinggi tinggi
ataupun detik lain yang membawa simbol metafora
yang kuat.

Perkataan “memory” diubah suai ejaannya kepada “memori” dengan menukarkan


huruf “y” kepada huruf “i”.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 8 Teks Sumber When I finally felt like getting up, I removed the
Perenggan: 3 BiPAP snout from my nose, put my oxygen
nibbens in, turned them on, and then grabbed my
laptop from beneath my bed, where I’d stashed it

11
the night before.

Muka surat: 136 Teks Apabila aku rasa nak bangun, aku buka muncung
Perenggan: 4 Terjemahan BiPAP dari hidung aku, dan masukkan tiub
oksigen di hidung, pasang tangki, dan kemudian
ambil laptop di bawah katil, tempat di mana aku
simpan pada malam berikutnya.

Perkataan “oxygen” yang dipinjam dari bahasa inggeris ditukar ejaannya kepada
“oksigen” dalam bahasa Melayu mengikut kesesuaian bunyinya. Ejaannya ditukar daripada
penggunaan huruf “xy” dalam teks sumber kepada penggunaan huruf “ksi” dalam teks
sasaran.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 9 Teks Sumber “But then I would’ve had a probably fatal episode
Perenggan: 9 of deoxygenation in Amsterdam, and my body
would have been shipped home in the cargo hold
of an airplane,” I said.

Muka surat: 128 Teks “Tapi saya mungkin sesak nafas teruk di
Perenggan: 6 Terjemahan Amsterdam, dan mayat saya saja yang akan balik
naik kargo plane,” kataku.

Perkataan “cargo” diubahsuai ejaannya kepada “kargo” kerana mengikut bahasa


sasaran bunyi cargo disebut sebagai “kar-go” dan bukannya “car-go”

3.2 Kaedah Terjemahan Peniruan

Kaedah terjemahan peniruan, yang juga dikenali sebagai Calque adalah kaedah yang
berlaku apabila istilahnya ditiru sama ada dari segi penyampaian atau struktur. Ia juga
dikenali sebagai pinjam terjemah. Kaedah ini berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman ke
dalam bahasa sasaran namun istilahnya sahaja yang diikuti dan diterjemah5. Terdapat dua
jenis kaedah terjemahan peniruan iaitu peniruan penyampaian dan peniruan struktur.

5
Firdaus Mazlee. (2012, 28 Mac) Kaedah Proses Penterjemahan. Diakses pada Jun 29, 2023,
Daripada https://www.scribd.com/doc/87053043/KAEDAH-PROSES-PENTERJEMAHAN#

12
3.2.1 Peniruan Penyampaian

Kaedah ini melibatkan terjemahan dilakukan melalui peniruan bunyi atau sebutan
atau perkataan bahasa sumber. Mahupun begitu, kaedah ini tetap meggunakan struktur bahasa
sasaran iaitu mengikut hukum D-M, Diterangi - Menerangi, dalam bahasa Melayu.
Tamsilnya, bus station - stesen bas dan Government Operations - Operasi Kerajaan.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 1 Teks Sumber Every so often, a bunch of doctors and social
Perenggan: 1 workers and physical therapists and whoever else
got together around a big table in a conference
room and discussed my situation.

Muka surat: 124 Teks Kadang-kadang sekumpulan doktor dan pekerja


Perenggan: 1 Terjemahan sosial dan ahli terapi fizikal semuanya duduk
bersama di sekeliling meja di bilik persidangan dan
bebincang tentang situasi aku.

Frasa “physical therapists” apabila diterjemahkan mengikut hukum D-M, ahli terapi
diterangkan terlebih dahulu diikuti dengan “fizikal” yang menerangi jenis ahli terapi.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 1 Teks Sumber Every so often, a bunch of doctors and social
Perenggan: 1 workers and physical therapists and whoever else
got together around a big table in a conference
room and discussed my situation.

Muka surat: 124 Teks Kadang-kadang sekumpulan doktor dan pekerja


Perenggan: 1 Terjemahan sosial dan ahli terapi fizikal semuanya duduk
bersama di sekeliling meja di bilik persidangan dan
bebincang tentang situasi aku.

13
Sama juga seperti “social workers”, mengikut hukum D-M pekerja ditulis terlebih
dahulu kerana ingin diterangi perkataan pekerja berikutan dengan perkataan sosial yang
merujuk kepada jenis pekerja tersebut.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 8 Teks Sumber Executive Assistant to Mr. Peter Van Houten,
Perenggan: 8 author of An Imperial Affliction.

Muka surat:137 Teks Penolong Eksekutif kepada Mr. Peter Van Houten,
Perenggan: 2 Terjemahan penulis An Imperial Affliction.

Frasa “Executive Assistant” diubah suai menjadi “Penolong Eksekutif” kerana


kaedah terjemahan yang digunakan ialah kaedah peniruan penyampaian yang mengikut
hukum D-M tatabahasa bahasa Melayu.

3.2.2 Peniruan Struktur

Kaedah ini dilakukan menggunakan perkataan dalam bahasa sasaran tetapi


strukturnya mengikut bahasa sumber. Sebagai contoh, Prime Minister - Perdana Menteri dan
Chief Judge - Ketua Hakim.

Bagi kaedah terjemahan ini tiada contoh yang dapat diberikan daripada teks sumber
dan teks sasaran yang dikaji.

3.3 Kaedah Terjemahan Literal

Kaedah terjemahan ini digunakan dengan cara menterjemah terus setiap kata dan
makna teks sumber ke dalam teks sasaran dengan padanannya dan memastikan kegramatisan
ayat dan persamaan maknanya dikekalkan. Kaedah ini digunakan tanpa melakukan perubahan
yang besar terhadap kedudukan struktur atau susunannya. Erti kata lain, kaedah ini
menggunakan ayat yang mudah semasa menterjemahkan ayat dari teks sumber. Sebagai
contoh, teks sumber menulis “my father is a doctor” manakala ayat dari teks sasaran
menterjemahnya terus tanpa melakukan perubahan besar kepada “ayah saya seorang doktor.”

Rujukan Jenis Teks Teks

14
Muka surat: 1 Teks Sumber Dr. Maria led the meeting.
Perenggan: 2

Muka surat: 124 Teks Dr. Maria mengetuai mesyuarat itu.


Perenggan: 2 Terjemahan

Ayat dari teks sumber diterjemah terus kepada bahasa sasaran tanpa mengubah jenis
frasa atau makna. Ayat dari teks sumber “Dr. Maria led the meeting” diterjemah terus
kepada teks sasaran “Dr. Maria mengetuai mensyuarat itu” tanpa mengubah makna
asalnya.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 1 Teks Sumber She hugged me when I got there.


Perenggan: 2

Muka surat: 124 Teks Dia memeluk aku apabila aku sampai.
Perenggan: 2 Terjemahan

Ayat “she hugged me when I got there” diterjemah secara literal kepada “dia
memeluk aku apabila aku sampai” mengekalkan makna yang sama dari teks sumber kepada
teks sasaran.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 1 Teks Sumber So the question is, how should we proceed?
Perenggan: 4

Muka surat: 124 Teks Jadi soalannya, bagaimana kita nak teruskan?
Perenggan: 4 Terjemahan

Contoh di atas, menggunakan kaedah terjemahan literal tanpa mengubah makna dan
jenis frasa yang digunakan dalam bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Teks sumber
diterjemah secara terus dari “so the question is, how should we proceed?” kepada teks
sasaran, “jadi soalannya, bagaimana kita nak teruskan?”.

15
3.4 Kaedah Terjemahan Transposisi

Kaedah transposisi ialah kaedah terjemahan yang mengubah golongan kata atau
mengubah kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta
atau maklumat teks sumber6. Kaedah ini melibatkan penterjemahan dengan menggantikan
perkataan atau frasa dalam ayat serta mengubah kedudukannya dalam struktur ayat.

Tujuan kaedah ini digunakan adalah untuk menyampaikan warta dalam bahasa
sasaran yang paling bersahaja dan menjelaskan lagi kandungan warta yang mungkin boleh
mengelirukan jika kaedah transposisi tidak digunakan. Tamsilnya, teks sumber menulis
“before she gets up…” diterjemahkan kepada bahasa sasaran sama ada sebagai “sebelum dia
bangun tidur…” atau “sebelum kebangkitannya…”. Frasa kerja dalam teks sumber diterjemah
kepada frasa kerja atau frasa nama.

Terdapat dua contoh yang dapat diberikan dari hasil kajian ini.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 1 dalam bab 8 Teks Sumber She was a hugger.


Perenggan: 2

Muka surat: 124 Teks Dia memang suka peluk orang.


Perenggan: 2 Terjemahan

Perkataan “hugger” adalah kata nama dalam bahasa Inggeris yang bermaksud dia
adalah seorang pemeluk. Perkataan tersebut diterjemahkan kepada bahasa Melayu dengan
menukar kata nama tersebut kepada kata nama kerja iaitu “suka peluk orang.” terjemahan
yang dilakukan adalah terjemahan transposisi yang melibatkan penggantian kata nama kepada
kata kerja.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 7 dalam bab 8 Teks Sumber “Friendly,” he said.


Perenggan: Terakhir

6
Firdaus Mazlee. (2012, 28 Mac) Kaedah Proses Penterjemahan. Diakses pada Jun 29, 2023,
Daripada https://www.scribd.com/doc/87053043/KAEDAH-PROSES-PENTERJEMAHAN#

16
Muka surat: 135 Teks “Tanda persahabatan,” katanya.
Perenggan: Terakhir Terjemahan

Bahasa sumber “friendly” dalam bahasa Inggeris ialah kata adjektif. Perkataan
tersebut membawa maksud seorang yang suka berkawan. Perkataan dari teks sumber ini
diterjemah kepada bahasa sasaran kepada frasa “tanda persahabatan” yang dikategorikan
sebagai kata nama.

3.5 Kaedah Terjemahan Modulasi

Objektif kaedah ini adalah juga untuk menyampaikan makna dengan cara yang paling
bersahaja7. Kaedah ini digunakan apabila terjemahan yang terhasil tidak menepati hukum
tatabahasa, janggal, atau menyimpang maknanya walaupun terjemahan secara transposisi atau
literal digunakan.

Sebagai contoh, teks dari bahasa sumber ditulis sebagai “Saturday night”. Teks
sasarannya diterjemahkan sebagai “malam minggu”. Tambahan lagi, kaedah ini menterjemah
peribahasa, ujaran lisan, simpulan bahasa, bentuk-bentuk idomatik, dan sebagainya. Kaedah
ini juga apabila diterjemahkan boleh berubah dari makna yang positif kepada negatif atau
sebaliknya. Tamsilnya, “please be seated” apabila diterjemahkan menjadi “tolong duduk”.

Dua contoh dapat diberikan daripada hasil kajian ini.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 9 dalam bab 8 Teks Sumber “Keep your shit together,” I whispered to
Perenggan: Terakhir my lungs.

Muka surat: 138 Teks “Jangan buat taik dengan aku,” aku
Perenggan: Terakhir Terjemahan berbisik dengan paru-paruku.

Kaedah yang dilakukan bagi menterjemah ayat “keep your shit together” kepada
“janagan buat taik dengan aku” ialah kaedah modulasi. Ayat di atas diterjemah secara
bersahaja dan ditukarkan sifatnya dari ayat yang positif kepada ayat yang negatif. Hal ini

7
Firdaus Mazlee. (2012, 28 Mac) Kaedah Proses Penterjemahan. Diakses pada Jun 29, 2023,
Daripada https://www.scribd.com/doc/87053043/KAEDAH-PROSES-PENTERJEMAHAN#

17
kerana, ayat yang digunakan dalam teks sumber ialah ayat positif yang menggunakan
perkataan “keep” manakala dalm teks sasaran, ayat yang digunakan bersifat negatif kerana
perkataan yang digunakan ialah “jangan”. Objektif kaedah ini tercapai oleh kerana cara
penyampaian makna yang bersahaja seperti kaedah transposisi.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 6 dalam bab 8 Teks Sumber “You realize that trying to keep your
Perenggan: 4 distance from me will not lessen my
affection for you,” he said.

Muka surat: 133 Teks “Awak sedar kan yang cubaan untuk
Perenggan: 1 Terjemahan menjauhkan diri dari saya takkan
kurangkan perasaan saya pada awak,”
katanya.

Kaedah modulasi yang digunakan bagi menukar sifat positif ayat dalam teks sumber
“keep your distance” kepada ayat yang bersifat negatif dalam teks sasaran iaitu “menjauhkan
diri”. Jika ayat tersebut diterjemah secara literal, teks sasarannya akan diterjemah sebagai
“mengekalkan jarak anda”. Oleh itu, bagi mengekalkan makna ayat walaupun tidak menepati
hukum tatabahasa dan terjemahan literal, terjemahan modulasi dilakukan.

3.6 Kaedah Terjemahan Persamaan

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, persamaan dapat didefinisikan sebagai
perihal yang sama melalui sifat-sifatnya8. Ia juga membawa maksud perbandingan dan
perumpamaan. Kaedah persamaan ini dapat didefinisikan menurut kepada Nida (1964) dalam
karya penulisannya The Theory and Practical of Translation. Menurut beliau, persamaan
yang perlu dilakukan oleh seseorang penterjemah ialah persamaan yang paling hampir dan
persamaan yang paling lazim. Kaedah ini dijalankan dengan menggantikan situasi teks
sumber dengan teks sasaran yang setanding atau membawa maksud yang sama.

Ia merupakan penggantian situasi teks sumber dengan teks sasaran yang setanding
atau yang membawa maksud yang sama. Kaedah ini banyak digunakan untuk menterjemah
peribahasa, perumpamaan, metafora, dan bahasa figuratif. Contohnya, teks sumber yang

8
Kamus Dewan. Edisi keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.

18
ditulis sebagai “better safe than sorry” diterjemahkan setanding dengan “ingat sebelum kena,
berjimat sebelum habis.”

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 2 dalam bab 8 Teks They might be glad to have me around, but I
Perenggan: 6 Sumber was the alpha and the omega of my
parents’ suffering.

Muka surat: 126 Teks Mereka memang suka aku berada bersama
Perenggan: 3 Terjemahan mereka, tapi akulah sebab utama kenapa
mereka menderita.

Berdasarkan teks di atas, perumpamaan dalam bahasa Inggeris “the alpha and the
omega” ditafsir kepada teks sumber sebagai “sebab utama”. Perumpamaan dalam bahasa
sumber tersebut memberi maksud yang sama dan setanding dengan teks sasaran tersebut.
Teks ini menggunakan kaedah penterjemahan persamaan yang telah diperkenalkan oleh
Vinyll dan Dalbenet.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 2 dalam bab 8 Teks Sumber It gutted me pretty badly.


Perenggan: 7

Muka surat: 126 Teks Hati aku pecah berderai.


Perenggan: 4 Terjemahan

Jika perkataan “gutted” diterjemah secara terus, ia bermaksud sangat sedih.


Penterjemahan yang dilakukan adalah kaedah persamaan dimana penggantian teks sumber
kepada teks sasaran membawa maksud yang sama tetapi khas untuk perumpamaan atau
peribahasa. Seperti teks di atas, perkataan dari teks sumber tersebut ditafsir kepada
perumpamaan “hati aku pecah berderai” yang membawa maksud yang sama dengan
“sangat sedih”.

Rujukan Jenis Teks Teks

19
Muka surat: 2 dalam bab 8 Teks Sumber Dr. Maria’s lips shrank into her mouth.
Perenggan: 6

Muka surat: 126 Teks Terjemahan Dr. Maria mengetap bibir.


Perenggan: 2

Perkataan “shrank” dalam bahasa sumber, menurut kamus Cambridge membawa


maksud kepada mengecut. Kaedah yang digunakan untuk terjemah bahasa sumber di atas
ialah kaedah persamaan yang membawa maksud yang setanding dengan perkataan “shrank”.
Perkataan tersebut diterjemahkan kepada “mengetap” yang membawa maksud yang sama
dengan “mengecut” apabila diaplikasikan kepada perbuatan yang melibatkan anggota badan
bibir.

3.7 Kaedah Terjemahan Adaptasi (Penyesuaian)

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, adaptasi didefinisikan sebagai


penyesuaian dengan keadaan yang baru atau berbeza9. Kaedah ini merupakan penggantian
terhadap perbezaan budaya yang terdapat dalam dua bahasa iaitu bahasa sumber dan bahasa
sasaran. Kaedah ini adalah kaedah yang paling bebas kerana digunakan untuk menterjemah
lakonan dan puisi. Tujuan kaedah ini adalah untuk menghormati bahasa dan menjaya
sensitiviti masyarakat. Kaedah ini juga digunakan bagi menjaga kesopanan dan pantang
larang agama yang dititikberatkan delam masyarakat Melayu.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 8 dalam bab 8 Teks She ran in wearing a threadbare pink towel
Perenggan: Terakhir Sumber under her armpits, dripping, vaguely
panicked. “What’s wrong?”

Muka surat: 137 Teks Dia berlari masuk berkemban dengan tuala
Perenggan: 4 Terjemahan pink yang lusuh, air menitik-nitik, sedikit
panik. “Apa yang tak kena?”

Berdasarkan teks di atas, ayat yang digunakan dari teks sumber “wearing a
threadbare pink towel under her armpits”, ditafsir kepada bahasa sasaran sebagai

9
Kamus Dewan. Edisi keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.

20
“berkemban dengan tuala pink yang lusuh”, yang menunjukkan terjemahan yang sopan
digunakan bagi menjaga sensitiviti masyarakat. Terjemahan teks sasaran adalah sopan kerana
ayat tersebut tidak terjemah secara literal yang membawa maksud kepada “memakai tuala
berwarna merah jambu yang lusuh di bawah ketiaknya.”

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 6 Teks Sumber It took him a second to sit down on the
Perenggan: 2 ground next to me, and he grimaced as he
landed rather ungracefully on his ass.

Muka surat: 132 Teks Dia mengambil masa sesaat untuk duduk di
Perenggan: 4 Terjemahan tanah di sebelah aku, dan dia mengerutkan
muka apabila dia membenam punggungnya
dengan ganasnya.

Terjemahan dalam contoh di atas menggunakan kaedah adaptasi yang diterjemah


dengan menjaga kesopanan bahasa sasaran. Perkataan yang digunakan bagi mentafsir
perkataan “his ass” ialah “punggungnya”. Perkataan lain yang boleh digunakan selain
“punggungnya” adalah tidak sopan dan tidak membawa kepada objektif menyesuaikan
perkataan mengikut situasi dan budaya.

Rujukan Jenis Teks Teks

Muka surat: 5 Teks Sumber He’d insisted on swinging on it first to test


Perenggan: 1 it, and the thing damn near broke.

Muka surat: 131 Teks Terjemahan Dia berkeras nak naik dulu untuk cuba, dan
Perenggan: 1 benda alahnya sipi lagi nak patah.

Berdasarkan contoh di atas, perkataan “damn” diterjemah kepada bahasa sasaran


mengikut kesopanan dan kesesuaian budaya. Perkataan tersebut diterjemahkan sebagai
“alahnya”. Lebih baik dari sebaliknya dimana perkataan tersebut diterjemah terus kepada
perkataan yang kurang sopan iaitu perkataan “sial”.

4. Peristilahan : Kaedah-kaedah menterjemah istilah yang terlibat

21
Berasal dari bahasa arab, istilah membawa maksud kata atau gabungan kata yang
mempunyai makna khusus bagi menerangkan maksud, konsep, proses, situasi atau ciri-ciri
tertentu dalam bidang tertentu.10 Sebagai contoh, mens rea adalah istilah bidang
undang-undang dan nusyuz pula istilah bidang agama. Terdapat 7 kaedah penggantian istilah
iaitu kaedah penggantian, kaedah pinjaman langsung, kaedah pinjaman ubahsuai, kaedah
pinjaman separa, kaedah pinjam terjemah, kaedah terjemah fungsi dan kaedah terjemah
bentuk atau rupa. Berikut merupakan kaedah telah digunakan bagi menterjemah istilah dalam
dari teks sumber beserta penerangannya:

4.1 Kaedah penggantian

Kaedah penggantian merujuk kepada penggunaan perkataan yang sudah wujud


dalam bahasa sasaran sebagai terjemahan istilah. Kaedah ini digunakan apabila terdapat
istilah yang serupa dalam kedua-dua bahasa, dan apabila perkataan yang digunakan dalam
bahasa sasaran mempunyai fungsi dan maksud yang sama seperti dalam bahasa asal.11

Rujukan Istilah Teks Sumber

Muka surat 1, perenggan 3 Lungs

Muka surat 2, perenggan 7 Miracle

Muka surat 5, perenggan 2 Wish

Rujukan Istilah Teks Sasaran

Muka surat 124, perenggan 3 Paru-paru

Muka surat 126, perenggan 4 Keajaiban

Muka surat 131, perenggan 2 Hajat

Berdasarkan jadual diatas, kaedah penggantian telah digunakan bagi menterjemah


istilah dari teks sumber. Istilah paru-paru, Keajaiban, dan Hajat telah sedia ada dan wujud di
dalam teks sasaran Bahasa Melayu dan mempunyai fungsi dan maksud yang sama seperti di

10
Sabariah Hassan, Kamaruddin P. Mohd (2015) Bahasa Melayu Komunikasi Perundangan
(Dewan Bahasa dan Pustaka) at p 37
11
Termizi, N. (2017, May 15). Kaedah menterjemah. Jpatitama.
http://jpatitama.blogspot.com/2017/05/kaedah-menterjemah.html

22
dalam teks sumber

4.2 Kaedah pinjaman langsung

Kaedah ini mengusulkan agar istilah diterjemahkan dengan mengambil secara


langsung atau sepenuhnya dari bahasa sumber. Kaedah ini sering digunakan untuk unsur
yang tidak memiliki padanan yang sesuai dalam bahasa sasaran dari segi teknik, konsep, dan
sebagainya. Ini melibatkan peminjaman secara seluruh tanpa mengubah ejaan, makna, dan
sebutan dari bahasa sumber ke bahasa sasaran.12 sebagai contohnya istilah tort atau bona
fide.

Rujukan Istilah Teks Sumber

Muka surat 1, perenggan 4 Phalanxifor

Muka surat 1, perenggan 9 Edema

Muka surat 1, perenggan 3 BiPAP

Rujukan Istilah Teks Sasaran

Muka surat 124, perenggan 4 Phalanxifor

Muka surat 125, perenggan 3 Edema

Muka surat 124, perenggan 3 BiPAP

Berdasarkan jadual diatas, istilah seperti Phalanxifor, Edema dan BiPAP


diterjemahkan secara langsung tanpa mengubah ejaan, makna dan sebutan pada teks sasaran.
Ini kerana istilah istilah tersebut mempunyai makna khusus dan istimewa bagi konsep
perubatan.

4.3 Kaedah pinjaman ubah suai

Kaedah menterjemah istilah dengan cara pinjaman ubah suai ialah apabila istilah
dari bahasa sumber diambil dan diterjemahkan dalam bahasa sasaran dengan hanya menukar
ejaannya bagi menyesuaikan istilah tersebut dengan sistem sebutan bahasa sasaran.13 Sebagai

12
literal. (2023). https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/literal
13
Guest. (n.d.). group assignment bm.docx - PDFCOFFEE.COM. pdfcoffee.com.
https://pdfcoffee.com/group-assignment-bmdocx-pdf-free.html

23
contoh, computer menjadi komputer.

Rujukan Istilah Teks Sumber

Muka surat 1, perenggan 1 Cancer

Muka surat 2, perenggan 6 Comment

Muka surat 3, perenggan 11 Romantic

Muka surat 1, perenggan 1 Doktor

Rujukan Istilah Teks Sasaran

Muka surat 124, perenggan 1 Kanser

Muka surat 126, perenggan 2 Komen

Muka surat 128, perenggan 7 Romantik

Muka surat 124, perenggan 1 Doctor

Istilah Cancer, Comment, Romantic dan Doctor telah diterjemahkan menjadi


kanser, komen, romantik dan doktor bagi menyesuaikan ejaan istilah tersebut di dalam
sistem penulisan bahasa melayu.

4.4 Kaedah pinjaman separa

Kaedah ini digunakan apabila hanya sebahagian daripada kata dalam istilah yang
dipinjam, sementara sebahagian kata yang lain diberikan padanan dalam bahasa sasaran.
Sebagai contoh, istilah life policy diterjemahkan menjadi polisi hayat.

Rujukan Istilah Teks Sumber

Muka surat 1, perenggan 1 Social workers

Muka surat 4, perenggan 2 Social engagements

Muka surat 4, perenggan 2 Children’s hospital

Rujukan Istilah Teks Sasaran

24
Muka surat 124, perenggan 1 Pekerja sosial

Muka surat 129, perenggan 5 Pergaulan sosial

Muka surat 129, perenggan 5 Hospital kanak-kanak

Berdasarkan jadual diatas, perkataan “sosial” dari social workers dan social
engagements, dan juga “hospital” dari children’s hospital masih digunapakai di teks sumber
bagi terjemahannya ke bahasa melayu.

4.5 Kaedah pinjaman terjemah

Kaedah pinjaman terjemah atau literal translation dilakukan dengan cara


meminjam konsep istilah dan menterjemahkan secara literal.14 Dalam konsep ini, struktur
bahasa atau susunan ayat asal ditetapkan dan hanya bahasa gunaan yang diterjemahkan.
Sebagai contoh, istilah footnote diterjemahkan kepada nota kaki.

Rujukan Istilah Teks Sumber

Muka surat 1, perenggan 1 Conference room

Muka surat 3, perenggan 5 Medical agreement

Muka surat 1, perenggan 4 Fluid accumulation

Rujukan Istilah Teks Sasaran

Muka surat 124, perenggan 1 Bilik persidangan

Muka surah 128, perenggan 1 Persetujuan perubatan

Muka surat 124, perenggan 4 Pengumpulan cecair

Istilah “bilik persidangan”, “Persetujuan perubatan” dan “Pengumpulan cecair”


telah diterjemah secara literal dari conference room, medical agreement dan fluid
accumulation tanpa mengubah apa apa maksud ayat.

14
Unknown. (n.d.). Usratii Jannatii.
http://zurina8481.blogspot.com/2013/03/kaedah-dan-strategi-terjemahan.html

25
4.6 Kaedah menterjemah fungsi

Melalui kaedah ini, istilah tidak diterjemahkan secara langsung mengikut bentuk
literalnya. Sebaliknya, istilah tersebut dinamakan semula dalam bahasa sasaran mengikut
fungsi sebenar objek tersebut. Sebagai contoh, rice cooker menjadi periuk nasi, dan
wheelbarrow menjadi kereta sorong.

Rujukan Istilah Teks Sumber

Muka surat 4, perenggan 7 Swing

Muka surat 3, perenggan 1 airplane

Muka surat 6, perenggan 1 sleeve

Rujukan Istilah Teks Sasaran

Muka surat 130, perenggan 4 Buaian

Muka surat 127, perenggan 1 Kapal terbang

Muka surat 132, perenggan 3 Lengan baju

Istilah swing diterjemahkan menjadi Buaian kerana fungsi dan bentuk swing yang
berayun sesuai dengan istilah bahasa melayu iaitu buaian. Selain itu, airplane diterjemah
kepada kapal terbang kerana ia adalah sebuah kapal yang boleh terbang. Akhir sekali, sleeve
adalah kain baju di bahagian lengan, iaitu sesuai dengan terjemahan bahasa melayu lengan
baju.

4.7 Kaedah menterjemah bentuk / rupa

Kaedah menterjemah rupa pula membawa maksud istilah tidak diterjemahkan


secara langsung mengikut bentuk atau fungsi, malah ia dinamakan semula di bahasa sasaran
mengikut rupa bentuknya.15 Sebagai contoh, armoured car menjadi kereta kebal dan
landmine menjadi periuk api.

Rujukan Istilah Teks Sumber

15
Sobrina Fitri Nabilah. (n.d.). Kaedah Terjemahan Istilah. Scribd.
https://www.scribd.com/presentation/650807747/Kaedah-Terjemahan-Istilah#

26
Muka surat 1, perenggan 9 Forefinger

Muka surat 2, perenggan 4 fluid

Muka surat 5, perenggan 10 tears

Rujukan Istilah Teks Sasaran

Muka surat 125, perenggan 3 Telunjuknya

Muka surat 125, perenggan 6 Cecair

Muka surat 131, perenggan terakhir Air mata

Berdasarkan contoh diatas, istilah forefinger iaitu jari kedua diterjemahkan kepada
“telunjuk” kerana ia sesuai dengan fungsi jari kedua yang digunakan untuk menunjuk di
bahasa sasaran. Selain itu, fungsi dan rupa fluid yang cair menyebabkan perkataan “cecair”
adalah istilah yang sesuai untuk menjadi terjemahannya. Akhir sekali, istilah tears adalah air
yang bertakung di kawasan mata, menjadikan terjemahan “air mata” sesuai mengikut fungsi
istilah di bahasa sumber.

KESIMPULAN

Dalam konteks teks terjemahan yang telah dipilih, penterjemah telah jelas
menggunakan pelbagai kaedah menterjemah yang sesuai untuk sebuah novel cinta selaras
dengan budaya negara asal novel tersebut tanpa mengubah dengan ketara makna asal.
Terdapat juga beberapa perkataan yang menjadi norma di Amerika tetapi telah diterjemah
kepada bahasa yang lebih sopan demi menjaga kesesuaian teks terjemahan dengan
masyarakat Malaysia. Tuntasnya, untuk sebuah teks hiburan, penterjemah telah melaksanakan
terjemahan dengan baik.

Sebagai pemanis penutup kata, jelaslah bahawa penterjemahan merupakan sebuah


aspek penting dalam dunia bahasa yang berfungsi sebagai wadah untuk berkongsi ilmu
pengetahuan mahupun sekadar hiburan. Pemilihan kaedah penterjemahan yang tepat juga
penting bagi seorang penterjemah agar audiens yang disasar mampu memahami makna asal
dari teks sumber tanpa perubahan yang ketara. Tanpa pakar bahasa yang bertanggungjawab
menterjemah sesebuah teks sumber kepada teks sasaran yang kita fahami, tidak mungkinlah
masyarakat kita mampu berkembang maju selaras dengan negara lain.

27
RUJUKAN

Buku

Kamus Dewan. Edisi keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.

Sabariah Hassan, Kamaruddin P. Mohd (2015) Bahasa Melayu Komunikasi Perundangan


(Dewan Bahasa dan Pustaka) at p 37

Laman Sesawang

Guest. (n.d.). group assignment bm.docx - PDFCOFFEE.COM. pdfcoffee.com.


https://pdfcoffee.com/group-assignment-bmdocx-pdf-free.html

Maryam Al-Ayyash. (n.d.). Pengantar Penterjemahan. Academia. Diakses pada June 29,
2023, daripada
https://www.academia.edu/45609770/PENGANTAR_PENTERJEMAHAN

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (n.d.). Diakses pada June 30, 2023, daripada
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kata+ganti+nama

Sobrina Fitri Nabilah. (n.d.). Kaedah Terjemahan Istilah. Scribd.


https://www.scribd.com/presentation/650807747/Kaedah-Terjemahan-Istilah#

Termizi, N. (2017, May 15). Kaedah menterjemah. Jpatitama.


http://jpatitama.blogspot.com/2017/05/kaedah-menterjemah.html

literal. (2023). https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/literal

Unknown. (n.d.). Usratii Jannatii.


http://zurina8481.blogspot.com/2013/03/kaedah-dan-strategi-terjemahan.html

Jurnal Artikel

Firdaus Mazlee. (2012, 28 Mac) Kaedah Proses Penterjemahan. Diakses pada Jun 29, 2023,
Daripada
https://www.scribd.com/doc/87053043/KAEDAH-PROSES-PENTERJEMAHAN#

Harun, K., & Yusof, M. (2013). Aspek Kala Dalam Nahu Melayu Abad ke-17: Perspektif

Orang Belanda. Journal of Language Studies, 13(2), 135. Diakses pada June 30, 2023,
Daripada http://journalarticle.ukm.my/6335/1/3310-7246-1-SM.pdf

28

You might also like