Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Bahan Resepi Nasi Ganja:

5 pot beras basmathi – rendam 30 min, kemudian tos..


1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin
1 paket kecil rempah sup( serbuk)*
5 ulas bawang putih*
7 ulas bawang merah*
1/2 inci halia*
1 buku pati ayam
6 sb sos cili
1 ikat sup bunjut
1 btg kecil kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih Tips:
3 helai daun pandan- disimpul
Saya hanya kacau nasi sekali sahaja, waktu air
1 sudu kecil pewarna kuning
hampir kering.. Dan selepas tu saya tak kacau
Sedikit garam
lagi sbb jika terlebih kacau nasi akan patah
Cara masak Nasi Ganja: dan tak kelihatan panjang2 teksturnya..

1. Panaskan minyak sapi + marjerin dalam periuk..

2. Tumis bahan2 kisar bersama bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga ,bunga
cengkih, sup bunjut dan daun pandan.. Kacau sehingga naik bau..setelah itu masukkan
air mengikut sukatan beras.. Biarkan mendidih..

3. Kemudian masukkan pati ayam & sos cili..

4. Seterusnya masukkan beras yg telah di tos bersama pewarna kuning dan sedikit
garam..Dan biarkan nasi masak seperti biasa sehingga masak..

Resepi Kuah Kari Mamak Nasi Ganja


2 paket kecil serbuk rempah kari daging
1.5 paket kecil serbuk rempah kari ikan
1 sudu serbuk cili
( semua rempah & serbuk cili dicampur dan gaul dng air 1/2 cawan, kacau sebati)

1 biji bwg besar*


3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*

(Semua bahan bertanda * di kisar@ ditumbuk halus)

2 buku kiub pati ayam


Gula
Garam

Air asam jawa


Air secukup nya
Minyak 3/4 cawan
2 tangkai daun kari

Cara masak kuah kari:

-Panaskan minyak dlm periuk…bila panas tumis bahan2 kisar tadi…Bila dah harum
masukkan rempah2 dan serbuk cili yg dah di bancuh tadi..

– kemudian kacau2 hingga naik minyak..bila nampak rempah dah warna merah dan
ada minyak diatasnya maka segera tambahkan air…Biarkan ia mendidih hingga
sedikit kering,kemudian tambah lagi air dan biarkan ia mendidih sekali lagi.. Proses ni
yg akan menyedapkan kuah kari..

– Selepas itu masukkan kiub pati ayam,gula, garam, pes asam jawa adabi 1/2 sudu
besar atau kalau guna air asam jawa pekat letaklah 1 sudu besar..

– Biarkan mendidih berkali kali sampai kuah pekat dan jadi sedap… last sekali bila
hampir selesai bubuh daun kari.. Rasa dulu sblm selesai kan masak ye..

-Dah siap kuah mamak dan boleh taruh atas ayam.

***resepi kuah mamak ini hanya perlu buat jika anda buat ayam goreng berempah
sahaja tetapi jika anda buat kari ayam@daging maka tak perlulah buat kari mamak
lagi ye..

Kari mamak ini juga jika suka anda boleh terus masukkan ayam atau daging semasa
tumisan rempah dah masak tadi… Baru masukkan air.
Resepi Ayam Goreng Berempah Nasi Ganja:
Satu ekor ayam potong 4@8@12
2 sudu besar serbuk kunyit
2 bungkus kecil rempah kari ayam
1 sudu serbuk ketumbar – optional
1 sudu kecil jintan manis – optional
sedikit garam dan gula
3 tangkai daun kari dimayang

5 ulas bawang merah*


5 ulas bawang putih*
1 inci halia *
1 inci lengkuas*
3 btg serai *- dimayang nipis2 sblm kisar

Cara masak ayam goreng nasi ganja:

Kisarkan semua bahan


*
Kemudian campurkan semua bahan dan rempah2 ke dalam mangkuk besar…pastikan
adunan kental dan dapat menyalut iisi ayam dengan sempurna…

– bila dah sebati rempah tu semua masukkan ayam, gaul2 rata…perap sekurang
kurangnya 3 jam… kalau lagi lama lagi bagus sbb lebih sedap.. Saya suka perap
semalaman.. Kemudian boleh lah digoreng dengan api yg sederhana perlahan.. Api
kena control betul2 ye, supaya isi ayam di bahagian dalam dapat masak
sekata….kalau tak control api dengan baik nanti rempah yg menyaluti ayam tu yg
akan cepat hangus pula dan rasa pahit.. jadi jgn lupa ye..

You might also like