Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

BACHELOR OF ACCOUNTING

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2022

MPU3192

FALSAFAH DAN ISU SEMASA 2

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENDAHULUAN 2-3

TUGASAN 1 (a) 4-8

TUGASAN 1 (b) 9 - 10

TUGASAN 2 11 - 13

TUGASAN 3 14 - 16

RUJUKAN 17

PENDAHULUAN
 

Pada masa kini perkembangan ilmu falsafah sangat menggalakkan disebabkan


aktiviti-aktiviti intelektual seperti perbahasan dan penyelidikan oleh ahli-ahli falsafah
dalam mencari hakikat kebenaran dan tabiat sesuatu ilmu berdasarkan kemampuan akal.
Takrifan falsafah adalah sejagat seperti kecintaan terhadap ilmu, kebenaran, akhlak dan

1
sistem metafizik menerusi kewarasan akal yang jitu. Falsafah yang dibina akan
membentuk objektif, metodologi, wasilah, sistem dan prasarana Pendidikan. Bidang
falsafah merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji dan membahaskan tentang
hakikat atau kebenaran segala sesuatu. Falsafah Islam pula adalah suatu skop
perbahasan dan penelitian yang luas merangkumi pelbagai konsep pemikiran yang
berasaskan kepada pandangan alam Islam.

Metafizik merupakan ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai dalam usaha kita
membangunkan falsafah sejahtera. Hal ini demikian kerana metafizik merupakan bidang
yang penting di bawah disiplin falsafah. Metafizik ialah ilmu yang menghubungkan
antara insan, alam, dan Tuhan dengan cara yang lebih luas. Namun, metafizik merupakan
satu cabang ilmu bawah falsafah yang sukar untuk difahami dan ia mula diteroka pada
zaman pra-Socrates hingga awal zaman falsafah. Malah, hingga hari ini, kita masih
membincangkan tentang ilmu metafizik.

Istilah metafizik berasal daripada bahasa Yunani iaitu meta bermaksud


melampaui dan fizik bermaksud alam bersifat material ataupun fizikal. Oleh itu metafizik
bermaksud suatu yang melampaui batasan fizikal. Pengertian utama metafizik berunsur
falsafah ialah kajian pada peringkat yang paling umum mengenai sesuatu perkara atau
fenomena alam. Selain itu, pengertian metafizik berkaitan keagamaan bermaksud
fenomena di luar alam nyata. Contohnya ialah kehidupan manusia selepas mati sama ada
di syurga atau neraka. Metafizik merupakan perkara ghaib yang tidak boleh dibuktikan
dengan deria yang bukan rasional dan empirikal.

Objektif tugasa ini ialah untuk menilai kebolehan pelajar mengenai kepelbagaian
agama di Malaysia dan peranan agama dalam mengatasi konflik beragama dalam
kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, tugasan ini juga adalah untuk memahami
kepercayaan agama yang utama serta mengamalkan sikap tolak ansur dalam konteks
kebebasan agama di Malaysia.

2
Rujukan primer yang digunakan dalam menyiapkan tugasan ini ialah merujuk
kepada buku Falsafah dan Isu Semasa 2 yang ditulis oleh Mohd Syariefudin Abdullah
dan Dr Ahmad Firdaus Mohd Noor yang diterbitkan oleh OUM.

TUGASAN 1

(A) KONSEP METAFIZIK (KEMATIAN) AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Kematian merupakan sesuatu yang lumrah bagi semua jenis bentuk kehidupan di
muka bumi. Definisi kematian memberi kesan tindak balas pemahaman sosial dan asas
kemanusian diantara kematian dan kehidupan. Kematian merupakan perkara yang pasti
akan berlaku pada manusia tanpa mengira usia sama ada tua atau muda. Isu sensitif

3
berkenaan kematian akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap emosi ahli
keluarga dan rakan terdekat yang ditinggalkan tidak mengira bangsa dan agama.
Rumusannya, setiap penganut agama di dunia ini mengetahui dan mempercayai kematian
akan berlaku pada setiap insan di dunia ini. Setiap agama juga mempercayai tentang
kewujudan kehidupan selepas mati sama ada agama Islam, Buddha, Hindu, Sikh dan
Kristian. Setiap agama mempunyai cara tersendiri dalam mengendalikan kematian seperti
menguruskan pengebumian mayat mengikut kepercayaan dan fahaman agama masing-
masing.

Konsep metafizik kematian agama Islam

Islam merupakan agama yang suci dan indah yang di sampaikan oleh Rasulullah
S.A.W. Dalam agama Islam, manusia merupakan makhluk yang unik ciptaan Allah
S.W.T. yang Maha Berkuasa. Semua kehidupan wujud berasal dari kehendak dan kuasa
Allah S.W.T. Kehidupan merupakan sesuatu yang suci berdasarkan hukum Tuhan.
Kehidupan sebagai umat Islam adalah wajib menunaikan ibadah kepada Tuhan yang
maha Esa seperti solat lima waktu, berpuasa, menunaikan zakat dan lain-lain. Kehidupan
manusia di dunia yang fana ini akan dihisab di akhirat kelak. Manusia yang beriman
kepada Allah dan berbuat baik akan dimasukkan kedalam syurga manakala manusia yang
tidak beriman dan berbuat jahat akan dimasukkan ke dalam neraka.

Dalam agama Islam, upacara pengebumian bertujuan untuk menyediakan proses


pengebumian yang terancang dengan baik bagi si mati dan untuk membantu keluarga si
mati supaya selesa dengan memberi sokongan yang sepatutnya. Proses pengebumian
dalam Islam akan dilakukan dengan secepat mungkin dan pembakaran mayat dalam
agama ini adalah dilarang sama sekali. Jenazah akan dibersihkan dan dimandikan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan mengikut tradisi penduduk setempat. Selepas
memandikan jenazah akan dikafankan dengan kain kafan berwarna putih yang tidak
berjahit sebagai pakaian terakhir dan kemudian dibawa ke masjid untuk disolatkan
seterusnya dikebumikan.

4
Kehidupan seterusnya selepas kematian yang dipercayai dalam agama Islam ialah
kehidupan di alam barzakh yang sangat bergantung kepada amalan semasa persinggahan
hidup di dunia ini. Manusia yang sentiasa beriman dan beramal soleh kuburnya akan
sentiasa diterangi cahaya dan sentiasa didoakan oleh makhluk lain, manakala manusia
yang tidak beramal soleh dan sering melakukan kejahatan akan di seksa di alam kubur
sehinggalah tiba hari Kiamat.

Konsep metafizik kematian agama Kristian

Agama Kristian mempunyai tiga mazhab iaitu Mazhab Orthodox, Mazhab Roman
Katolik dan Mazhab Protestant. Mazhab - mazhab tersebut adalah pemahaman yang
kompleks. Namun begitu, penganutnya berkongsi beberapa kepercayaan yang sama
dengan agama Islam dan Yahudi. Antaranya adalah kehidupan yang telah ditentukan oleh
tuhan sungguh bernilai dan sangat suci. Orang Kristian mempercayai perhitungan
terhadap amal kebajikan yang dilakukan mereka sepanjang hidup. Pegangan masyarakat
Kristian tradisional mempercayai kewujudan syurga dan neraka. Justeru itu, masyarakat
Roman Catholics percaya bahawa mereka yang baik akan terus masuk syurga selepas
mati manakala majoriti yang lain akan dihimpunkan di tempat persediaan sebelum masuk
syurga kelak yang dikenali sebagai purgatory.

Penganut Kristian yang utama iaitu Kristian Orthodox dan Kristian Protestant
mempunyai kaedah ritualnya yang tersendiri dalam proses pengebumian mayat. Bagi
penganut Mazhab Orthodox pengebumian akan dilakukan dengan menanam mayat. Oleh
itu, proses pembakaran mayat adalah diharamkan. Tetamu yang ingin hadir ketika proses
tersebut adalah bergantung dari jemputan ahli keluarga simati dan tidak diwajibkan.
Proses ritual dimulakan dengan meletakan mayat di dalam keranda yang dibuka supaya
tetamu boleh melihat dan memberi penghormatan terakhir.

Menurut penganut agama tersebut, apabila keranda akan dibawa masuk ke gereja
semua tetamu akan melutut antara nave menghadap altar dan keranda akan dibuka dan
tanda salib akan diletakan pada tangan simati yang berada di bahagian dada. Seterusnya,

5
ketua paderi akan melakukan simbol salib tangan pada mayat. Lilin akan diberikan
kepada keluarga yang bergabung oleh paderi dan dipegang hingga upacara tamat. Akhir
upacara, ahli keluarga, kawan-kawan dan kenalan si mati perlu berbaris melihat mayat
yang berada di dalam keranda. Ritual ini diikuti dengan nyanyian hymm serta palungan
loceng yang dipukul secara perlahan. Kemudiannya, keranda akan dimasukkan ke dalam
liang setelah dibaca doa pengabumian riskan oleh paderi. Akhir sekali, bunga akan
diletakkan di atas kubur yang telah ditimbus dengan tanah.

Konsep metafizik kematian agama Hindu

Masyarakat agama Hindu mempercayai bahawa manusia disifatkan tidak


dilahirkan dan roh yang tidak mati (atman). Roh tersebut akan dihidupkan berulang kali
dalam bentuk yang berbeza sama ada dalam bentuk manusia, haiwan atau tumbuhan.
Bentuk kejadian seterusnya adalah bergantung dengan apa yang telah dilakukan semasa
hayat sebelum itu. Oleh itu, tujuan utama mereka ialah untuk menghentikan proses
kejadian semula ini. Dalam konteks lain, kehidupan yang baik boleh membawa kepada
pengakhiran kelahiran semula yang akhirnya bersatu dengan sifat yang sempurna iaitu
Brahman. Kepercayaan ini memberi kesan terhadap penganut agama hindu ketika
mengalami kematian. Perkara yang difikirkan oleh penganut agama Hindu ialah kelahiran
semula akan berlaku tetapi tidak tahu dalam bentuk apakah ia akan berlaku. Selepas
kematian berlaku terdapat tiga kemungkinan yang berlaku dalam agama ini. Pertama, roh
(Atman) menunggu di syurga sebelum dilahirkan semula. Kedua , roh (Atman) akan terus
dilahirkan sebaik sahaja selepas kematian berlaku. Akhirnya, roh (Atman) akan mencapai
tahap yang sama denga Brahman dan tidak dilahirkan semula.

Apabila berlakunya kematian penganut agama Hindu, mayat akan dimandikan


dan dipakaikan dengan pakaiaan baru dan bunga akan diletakkan mengelilingi mayat.
Mayat tersebut akan dibakar kerana bagi penganut agama Hindu api merupakan simbol
pembebasan roh daripada jasad yang kemudiannya akan dilahirkan semula dalam bentuk
yang lain. Di India, lokasi pembakaran mayat selalu berada di tepi sungai bagi
memudahkan abu mayat dihanyutkan ke dalam sungai Ganges supaya mengelakkan roh

6
si mati dilahirkan semula. Roh tersebut akan mencapai satu tahap yang disebut Moksha
iaitu berakhirnya putaran kelahiran dengan serta-merta.

Konsep metafizik kematian masyarakat Cina Malaysia

Masyarakat Cina berpegang teguh dengan adat resam berkaitan kematian. Apabila
berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan seterusnya disapu dengan
minyak wangi dan disolek. Tujuannya ialah untuk mengharumkan si mati apabila berada
di alam akhirat. Mayat juga akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik, lazimnya
pakaian tersebut ialah pakaian yang dipakai pada hari perkahwinan. Selain itu, mayat
wanita akan dipakaikan aksesori seterusnya dimasukkan kedalam keranda kayu yang
diukir dengan ukiran menarik.

Ahli keluarga dan kenalan perlu meratapi kematian simati dan tagisan perlu
dilakukan dengan kuat dan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati
telah membuat jasa yang baik ketika mayat diletakkan di ruang tamu sehingga di usung
ke kawasan perkuburan. Tagisan dengan mengungkit keburukan si mati adalah dilarang
sama sekali kerana akan menyebabkan roh si mati tidak tenteram dan terseksa. Bagi
masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting kerana
menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah meninggal
dunia. Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi adalah lebih baik jika
dibandingkan dengan tanah yang rata. Kebanyakan tanah perkuburan terletak di kawasan
yang berhampiran jalan raya. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti
itu akan memudahkan roh si mati menemui jalan pulang.

Rumusan

Sebagai umat Islam saya percaya bahawa kematian adalah ketentuan Allah yang
pasti akan terjadi dan kita tidak dapat lari daripadanya tidak kira di mana pun kita berada.
Apabila ajal sampai, tidak ada apa-apa lagi di dunia kecuali amalan baik atau buruk yang
akan kembali kepada diri sebagai bekalan. Apabila seseorang telah selesai dikebumikan

7
dan itu berada di alam barzakh, maka mereka akan berhadapan dengan soalan daripada
dua malaikat di dalam kubur. Ketika itu, Allah SWT mengembalikan semula roh,
pendengaran dan penglihatan kemudian disusuli pertanyaan oleh malaikat Munkar dan
Nakir tentang tuhan, agama dan nabinya. Si mati akan memperolehi nikmat atau azab
kubur berdasarkan kebaikan dan keburukan yang dilakukan semasa hidup.

Apabila tiba hari Kiamat orang yang telah mati akan bangkit dari kubur dan
berkumpul di padang Mahsyar untuk menerima catatan amalan selama hidup di dunia
sama ada yang baik ataupun yang buruk. Kemudian, pada hari perhitungan amal kita
akan mendapat pembalasan berdasarkan seluruh amal selama hidup di dunia. Setelah
selesai ditimbang amalan semasa hidup, kita akan mendapat balasan dari Allah
bergantung pada apa yang telah kita lakukan semasa di dunia. Orang yang beramal baik
akan dimasukkan ke Syurga yang penuh kenikmatan. Manakala, orang yang melakukan
dosa akan dimasukkan ke dalam neraka. Sesungguhnya ajal pasti akan datang tanpa
mengira waktu, keadaan dan usia dan setiap yang bernyawa pasti akan mati, mati adalah
terputusnya perhubungan antara roh dan jasad dan detik permulaan menuju ke alam
akhirat. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk menjadi umat Islam yang beriman dan
bertaqwa dengan mendekatkan diri kepada Allah, melaksanakan suruhanNya dengan
sempurna.

(B) PENGALAMAN KEHILANGAN ORANG TERSAYANG

Sebagai manusia biasa kita pasti akan merasai kehilangan seseorang yang di
kenali dan bersedih atas kehilangannya. Setiap kematian itu pasti akan berlaku sama ada
cepat atau lambat. Kehilangan datuk saya telah meninggalkan impak besar terhadap tahap
emosi saya yang ketika itu hanya berusia 14 tahun. Datuk saya tinggal dengan saya
sekeluarga sejak saya baru dilahirkan selepas kematian nenek ayah saya membawa datuk
tinggal bersama kerana risau akan keselamatannya. Sepanjang zaman kanak-kanak, saya
sentiasa bermain dengan datuk kerana ibu dan ayah sibuk bekerja. Datuklah yang banyak

8
mencipta kenangan semasa saya kecil. Oleh itu, pemergiannya secara mengejut memberi
kesan terhadap emosi dan fizikal saya.

Peristiwa ini berlaku apabila datuk saya mengalami strok dan jatuh di bilik air.
Saya merasa amat takut ketika itu kerana terkejut. Ayah saya terus membawanya ke
hospital untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Seluruh ahli keluarga hadir ke
hospital ketika itu. Setelah menerima rawatan datuk saya akhirnya sedarkan diri buat
seketika tetapi tidak dapat bercakap dan bergerak seperti biasa. Hal ini amat
membimbangkan kami sekeluarga. Setelah seminggu doktor membenarkan kami untuk
membawa datuk pulang berehat di rumah. Selang beberapa bulan datuk saya mengalamai
strok semula dan dibawa ke hospital lagi untuk mendapatkan rawatan denga kadar segera.
Setelah berjuang beberapa minggu , datuk saya telah menghembuskan nafas yang terakhir
di hospital. Saya berasa amat sedih dan kecewa kerana tidak dapat menemaninya ketika
hembusan nafas yang terakhir kerana sedang berada disekolah pada ketika itu.

Setelah jenazah dibawa pulang ke rumah, saya sentiasa berada di sisi jenazah dan
membacakan Al-Quran di sisinya bersama-sama ahli keluarga yang lain. Ayah saya
menguruskan jenazah dengan kadar segera dengan dibantu oleh ahli keluarga dan jiran
tetangga. Setelah siap dimandikan dan dikafankan, saya berasa sangat sedih ketika
menatap datuk kesayangan saya buat kali terakhir. Seterusnya, jenazah dibawa ke masjid
untuk disolatkan buat kali terakhir sebelum dibawa ke kubur. Setelah selesai
dikebumikan, iman membacakan talqin yang merupakan sunnah ketika pengebumian.

Selain itu, setelah selesai urusan pengebumian, kami sekeluarga merasa amat
berat hati untuk meninggalkan kubur arwah datuk, ibu memujuk saya agar tidak meratapi
pemergian datuk agar datuk dapat pergi dengan tenang sebaliknya mendoakan agar
ditempatkan dnegan orang soleh. Sehari selepas pengebumian, ayah saya telah
menguruskan pendaftaran kematian di JPN yang mengambil masa beberapa hari.

Di samping itu, keluarga saya juga mengadakan majlis tahlil dan bacaan yassin
selama tiga malam yang bertujuan untuk memohon rahmat Allah bagi orang yang telah

9
meninggal dunia. Bacaan Yassin dan tahlil tersebut diniatkan untuk sedekah kepada
arwah. Majlis tahlil ini juga dapat memberi keinsafan kepada tetamu yang hadir dan
sama-sama mendoakan arwah supaya ditempatkan di kalangan para solihin.

Ketika menerima berita sedih tersebut, saya merasa amat terkejut serta tidak
mempercayai bahawa datuk kesayangan saya telah tiada di dunia ini, saya merasa amat
sedih kerana tidak sempat berjumpa dengannya buat kali terakhir sedangkan arwah
sentiasa melayan saya sewaktu kecil dahulu. Saya juga berasa kecewa apabila menyedari
tentang realiti saya terpaksa meneruskan hidup tanpa datuk saya yang telah dianggap
sebagai ayah kedua. Saya juga akan berasa sedih dan menagis jika teringatkan arwah
kerana memikirkan tentang sisa-sisa hidupnya yang dalam keadaan sakit dan tidak dapat
bergerak dan bercakap.

Namun begitu, saya percaya sebagai manusia biasa kita tetap perlu meneruskan
kehidupan kita seperti biasa kerana pada suatu hari nanti kita semua pasti akan menyusul
juga ke alam seterusnya. Oleh itu saya akhirnya dapat menerima kematian tersebut dan
meredhai ketentuan Allah yang telah ditetapkan. Saya juga dapat menjalani aktiviti dan
rutin harian untuk mengealakkan diri dari terlalu berfikir dan kembali positif.

TUGASAN 2

REFLEKSI

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

10
Syukur ke hadrat Ilahi kerana
diberi peluang melaksanakan
dan berjaya
menyelesaikan tugasan ini.
Banyak kupasan yang
menarik yang dapat
disimpulkan
berdasarkan soalan-soalan
dan tugasan, termasuk
penghasilan poster. Banyak
yang dapat
diperoleh dan dibincang
tentang Tamadun India

11
Syukur ke hadrat Ilahi kerana
diberi peluang melaksanakan
dan berjaya
menyelesaikan tugasan ini.
Banyak kupasan yang
menarik yang dapat
disimpulkan
berdasarkan soalan-soalan
dan tugasan, termasuk
penghasilan poster. Banyak
yang dapat
diperoleh dan dibincang
tentang Tamadun India

12
Syukur ke hadrat Ilahi kerana
diberi peluang melaksanakan
dan berjaya
menyelesaikan tugasan ini.
Banyak kupasan yang
menarik yang dapat
disimpulkan
berdasarkan soalan-soalan
dan tugasan, termasuk
penghasilan poster. Banyak
yang dapat
diperoleh dan dibincang
tentang Tamadun India
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya diberi peluang
melaksanakan dan menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya mengikut tarikh yang telah
ditetapkan. Banyak kupasan menarik dapat disimpulkan berdasarkan subjek Falsafah dan
Isu Semasa 2 . Hasil daripada pembelajran kursus ini, saya dapat menerangkan isu
semasa berdasarkan aliran pemikiran utaman dalam pelbagai falsafah dan mengenali

13
tentang ilmu falsafah dan kaitannya dengan kehidupan seharian manusia mengikut
pendekatan falsafah teoritikal (nazariyyah), praktikal (amaliyyah), dan aliran lain dalam
falsafah. Selain itu, terdapat juga pelbagai kajian mengenai kes-kes menarik seperti
sekularisme dan modenisme serta perkembangannya pada zaman kesedaran
(enlightenment) serta kesannya terhadap agama dan sosial. Saya juga telah menganggap
tugasan ini sebagai satu cabaran dalam menyiapkannya kerana terdapat kekangan masa
sebagai seorang pelajar dan pekerja. Namun begitu, saya akhirnya berjaya menyiapkan
tugasan kerana dibantu oleh ahli keluarga dan rakan-rakan dalam menyiapakan tugasan
ini.

Kelebihan (Plus): kelebihan sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini.

Kelebihan saya sebelum menyiapkan tugasan ini, pada awal sesi pembelajaran
subjek ini, saya telah diterangkan oleh pensyarah berkenaan ringkasan pembelajaran yang
akan saya pelajari pada semester ini. Subjek ini lebih menfokuskan kepada konsep
metafizik (kematian) agama dan kepercayaan setiap agama termasuk dari segi adat,
pengurusan dan pengebumian kematian mengikut setiap agama, kelebihan saya disini
ialah saya beragama islam dan memiliki kelebihan dalam menerangan pengurusan dan
pengebumian bagi agama islam.
Kelebihan saya semasa menyiapkan tugasan ini, saya memiliki beberapa kawan
yang berlainan agama untuk membuat pengkongsian ilmu pengetahuan tambahan
termasuk juga kawan-kawan lain yang terdapat didalam kelas OUM yang juga turut
banyak membantu saya menerangkan tentang pengurusan kematian dan pengebumian
bagi agama mereka.
Kelebihan saya selepas menyiapkan tugasan ini, saya memperoleh banyak ilmu
pengetahuan tambahan berkaitan pengurusan kematian dan pengebumian lain-lain agama,
ia sedikit sebanyak mampu memberi perubahan dalam kehidupan seharian saya, setiap
pengkongsian ilmu baru banyak memberi manfaat kepada saya dan dimana pun kita
berada, kita haruslah sentiasa menerapkan sikap saling hormat menghormati walaupun
perbezaan adat dari setiap agama.

14
Kelemahan (Minus): kelemahan sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan
ini.

Kelemahan saya sebelum menyiapkan tugasan ini, saya memiliki kesukaran


dalam menerangkan berkenaan pengurusan kematian dan pengebumian bagi agama lain,
kerana bimbang jika berlaku kesilapan dalam penulisan tugasan ini, ianya mampu
menjejaskan hubungan baik diantara saya dan kawan saya yang berlaian agama.
Kelemahan saya semasa menyiapkan tugasan ini, semasa menyiapkan tugasan ini,
terdapat banyak yang perlu saya pelajari, ianya bagi memastikan setiap maklumat-
maklumat yang diperolehi adalah tepat dari segi fakta dan benar dari segi agama dan
fahaman mereka.
Kelemahan saya selepas menyiapkan tugasan ini, selepas saya menyiapkan
tugasan ini, saya memerlukan banyak lagi masa untuk meneliti setiap maklumat yang
diperolehi dan saya juga memerlukan lagi beberapa sumber-sumber tambahan bagi
memastikan setiap maklumat yang diperolehi adalah sama dan bertepatan dengan ajaran
mereka.

Menarik (Interesting): menarik sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan


ini.

Perkara menarik sebelum menyiapkan tugasan ini, perkara yang menarik saya
perolehi ialah saya dapat mengenali budaya yang terdapat dari agama lain dari segi
pengurusan kematian dan pengebumian mengikut agama mereka, saya juga dapat
berbincang dengan rakan sekelas yang berlaian agama berkenaan penerangan pengurusan
kematian dan pengebumian.
Perkara menarik semasa menyiapkan tugasan ini ialah saya dapat mempelajari
keunikan budaya dan adat bagi agama lain, seperti keunikan adat yang terdapat pada

15
masyarkat cina, apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan
seterusnya disapu dengan minyak wangi dan disolek. Bagi keunikan adat yang terdapat
pada agama hindu, apabila berlakunya kematian penganut agama Hindu, mayat akan
dimandikan dan dipakaikan dengan pakaiaan baru dan bunga akan diletakkan
mengelilingi mayat.
Perkara menarik selepas menyiapkan tugasan ini ialah saya berjaya menyiapkan
tugasa ini dengan jayanya hasil dari bantuan kawan-kawan sekeliling saya, kawan-kawan
dari OUM dan tunjuk ajar dari pensyarah yang membolehkan saya menyelesaikan
tugasan ini. Selain dari itu, terdapat banyak perkara-perkara baru yang saya perolehi
setelah selesai menjawab semua soalan yang diberikan. Diharap perkara-perkara baharu
yang saya perolehi mampu saya terapkan didalam kehidupan seharian saya.

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

Buku
 Mohd Syariefudin Abdullah, Dr Ahmad Firdaus Mohd Noor, 2021, Falsafah
dan Isu Semasa 2, Open University Malaysia.

16
Internet
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Upacara_kematian_orang_Cina

 https://www.researchgate.net/publication/
344649051_MENGINGATI_MATI_DAN_PERINGATAN_UNTUK_MATI
_RENUNGAN_UNTUK_YANG_HIDUP

17

You might also like