Group Mady

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN..............................................................................................................................................3-5
2.0 DEFINISI KEPIMPINAN.................................................................................................................................6
3.0 TEORI PENDEKATAN SIFAT (TEORI TRAIT..........................................................................................7-8
3.1 TRAIT TEORI BERDASARKAN PENDEKATAN KEPIMPINAN HUMANISTIK
4.0 PERANAN PEMIMPIN...............................................................................................................................9-11
4.1 MENENTUKAN VISI DAN MISI ORGANISASI
4.2 MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA SUBORDINAT
4.3 MENERIMA DAN MEMBERI MAKLUMAT
4.4 MEMBUAT KEPUTUSAN
5.0 KESAN WABAK COVID-19 TERHADAP SEKTOR PEMAKANAN DAN PERTANIAN……...…..12-14
5.1 KESAN KEPADA PENGELUARAN DAN PENGEDARAN
5.2 KESAN KE ATAS PERMINTAAN DAN KESELAMATAN MAKANAN
6.0 TINDAKAN INTERVENSI PENGURUS ORGANISASI DALAM PEMATUHAN GARIS PANDUAN
BAGI SEKTOR MAKANAN……………………………………………………………………………....15-17
6.1 ARAHAN PEMATUHAN STANDARD OPERATION PROCEDURE DALAM
ORGANISASI/SYARIKAT/KILANG
6.2 GARIS PANDUAN PEMATUHAN SOP SEMASA BEKERJA BAGI SEKTOR MAKANAN
6.3 PENGUATKUASAAN PEMATUHAN SOP DALAM KALANGAN PEKERJA
7.0 PENUTUP……………………………………………………………………………………………………18

RUJUKAN…………………………………………………………………………………………..…………..19

2
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

1.0 PENGENALAN

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul bebanan” itulah peribahasa yang
paling sesuai bagi menggambarkan perasaan dan keadaan masyarakat yang terkesan teruk
ekoran pandemik Covid-19 yang menyerang keharmonian hidup masyarakat di saentero
dunia. Krisis wabak ini bukan sahaja memberikan kesan kepada masyarakat tetapi telah
mengganggu-gugat kelancaran pemerintahan sesebuah Negara dan penghasilan produktiviti
sektor perindustrian sehingga melumpuhkan sistem ekonomi Negara. Melihat penularan
wabak Pandemik Covid-19 yang semakin berleluasa, Pihak Kerajaan telah melaksanakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau lebih dikenali sebagai Lockdown bermula pada
tarikh keramat 18 Mac 2020. Kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Negara ekoran
perlaksanaan PKP adalah sekitar RM 2.4 billion per hari dan anggaran bagi jumlah
keseluruhannya adalah sebanyak RM63 billion sepanjang arahan PKP dikuatkuasakan.

Pelaksanaan PKP ini juga telah mengakibatkan ekonomi dunia terjejas dengan teruk
dan sekiranya keadaan ini berterusan tanpa tindakan intervensi daripada pihak pemimpin,
boleh jadi Negara tersebut akan berhadapan dengan kehancuran sepenuhnya. Kemelut yang
terhasil ekoran wabak pandemik Covid-19 ini telah mengakibatkan pertumbuhan ekonomi
merundum teruk dan ianya dijangka akan melanda segelintir Negara mendepani dekad
mendatang. Pandemik ini bukan sahaja menggugat kestabilan dalam sesebuah Negara itu
sebaliknya telah menyebabkan berlakunya ketidaktentuan dalam pertumbuhan ekonomi di
peringkat Global. Berdasarkan kepada kajian yang telah dilaksanakan oleh Profesor Madya
Dr. Mohd Yusof Saari dari Universiti Putra Malaysia (UPM), jelas menunjukkan bahawa
wabak yang melanda Negara pada masa ini telah meninggalkan kesan yang mendalam
khususnya kepada ekosistem perniagaan domestik.

Kebanyakan perniagaan domestic seperti sektor pemakanan dan minuman, sektor


pelancongan, pembinaan dan pembuatan, sektor pertanian, perkhidmatan serta sektor
perhotelan turut terkena tempias dan berhadapan dengan kerugian yang cukup banyak apabila
Pihak Kerajaan mengeluarkan notis penutupan premis serta merta. Semua sektor yang saya
nyatakan tadi merupakan sumber utama penghasilan ekonomi Malaysia dan kegagalan sektor
ini untuk beroperasi seperti sediakala telah mengakibatkan banyak kesan negatif sehingga
memudaratkan masyarakat setempat.

3
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

Keadaan ekonomi Negara yang tidak menentu dan lantaran penutupan kebanyakan
premis perniagaan serta sektor perindustrian, ramai individu berhadapan dengan hakikat
kehilangan mata pencarian mereka. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara
Malaysia ketidaktentuan ekonomi ini bermula dengan berita penularan wabak Pandemik
Covid-19 yang bermula di Wuhan China dan kemudiannya menjangkiti masyarakat di
Negara lain termasuklah Malaysia. Jangkitan ini menular melalui kemasukan pelancong dari
China yang masuk ke Malaysia tanpa sekatan perjalanan. Ekoran penularan tersebut,jangkitan
wabak semakin bertambah dari hari ke sehari sehinggalah Pihak Kerajaan bertindak untuk
mengumumkan PKP bermula dengan fasa satu dan seterusnya. Bukan itu sahaja, Pihak
Kerajaan turut melaksanakan langkah sekatan perjalanan dan penjarakan sosial yang
kesemuanya merupakan usaha Pihak Kerajaan untuk mengurangkan penularan wabak Covid-
19.

Keadaan ini secara tidak langsung telah mengakibatkan berlakunya gangguan


ekonomi apabila semua masyarakat diarah untuk berkurung di rumah dan tiada sebarang
aktiviti ekonomi yang berlaku. Tidak cukup dengan itu, Malaysia turut dilanda gangguan
pengeluaran yang secara tidak langsung telah menjejaskan rantaian bekalan global dan
permintaan eksport barangan dari luar Negara semakin terhad. Kejutan penawaran ini telah
menyebabkan berlakunya tindak balas permintaan yang berkurangan dan kebanyakan
masyarakat perlu menanggung kerugian yang banyak apabila terpaksa berbelanja banyak
kerana kenaikan harga barang secara mendadak. Masalah ini akhirnya menjadi semakin rumit
ditambah lagi dengan jumlah pengeluaran barangan yang semakin berkurangan di peringkat
global.

Berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh AFP, segelintir masyarakat di


Amerika Syarikat berjumlah 20.5 juta orang telah kehilanagn pekerjaan sejak bulan April
yang lalu sehingga mengakibatkan berlakunya peningkatan yang ketara terhadap masalah
pengangguran yang meningkat sebanyak 14.7 peratus. Manakala, jika diteliti akan jumlah
pengangguran yang direkodkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sejak bulan Mac yang
lalu berlaku peningkatan bagi jumlah individu yang menganggur daripada 17.1 peratus
kepada 610,500 orang berbanding 521,300 orang pada bulan sama tahun lepas. Pengangguran
ini adalah disebabkan oleh langkah pengekangan wabak Pandemik yang dilaksanakan oleh
Pihak Kerajaan melalui pelaksanaan perintah berkurung secara besar-besaran.

4
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

Umum mengetahui bahawa wabak Coronavirus (COVID-19) yang telah menular


dengan pantas di beberapa Negara di seluruh dunia bermula dekad baru 2020 jelas
menjadikan industri penjagaan Kesihatan di Malaysia diambang kepayahan kerana perlu
mendepani krisis global yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Arahan penutupan sempadan
Negara serta sekatan penerbangan masuk dan ke luar Negara telah menyebabkan Malaysia
bagaikan “dikunci” sama seperti keadaan masyarakat pada ketika itu yang perlu berkurung di
dalam rumah dan tidak dibenarkan ke luar rumah kecuali dengan kebenaran. Usaha ini
dilaksanakan Pihak Kerajaan untuk mengurangkan risiko wabak disamping dapat
memastikan industri penjagaan kesihatan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia
dapat meneruskan operasi mereka walaupun terpaksa akur kepada ketiadaan fasiliti yang
banyak (Aziz, et al., 2020; Shakeel, et al., 2020).

Tidak cukup dengan itu, masyarakat hari ini juga berhadapan dengan kenyataan
bahawa kebiasaan hidup mereka sebelum ini perlu ditukar kepada kehidupan yang
berorientasikan norma baharu bagi mengimbangi perubahan situasi semasa. Kebanyakan
daripada masyarakat sering berteka-teki dengan diri mereka sendiri iaitu; bilakah pandemik
ini akan berakhir dan; bagaimanakah mereka mampu bangkit dan memulihkan kembali
kehidupan yang terjejas? Pembudayaan norma baharu dalam kehidupan masyarakat hari ini
adalah sangat penting kerana ianya adalah satu-satunya cara yang dapat mengekang
penularan wabak Pandemik Covid-19 dan seterusnya mengurangkan impak wabak. Dalam
mendepani wabak Pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan ini, peranan
kepimpinan amat diperlukan bagi memastikan masyarakat mendapatkan pembelaan
sewajarnya dan memerlukan bantuan Pihak Kerajaan bagi menyelesaikan permasalahan yang
dihadapi oleh mereka berkaitan masalah kewangan sepanjang mendepani krisis pandemik.

Nyatanya, barisan pemimpin Malaysia nyatanya telah mengambil keputusan yang


sangat bijak apabila melaksanakan PKP secara berperingkat sebagai suatu usaha meengekang
penularan wabak. Hasil daripada pelaksanaan PKP yang di selangi dengan peraturan dan
disiplin Standard Operation Procedure (SOP) yang ketat, terdapat banyak keberkesanan yang
boleh kita rasai bahkan usaha itulah juga yang telah membawa kita menikmati fasa endemic
pada ketika ini. Maka, jelaslah bahawa keputusan yang diambil oleh seseorang pemimpin
itulah yang akan menjadi titik penentu kepada keberhasilan Negara pada masa akan datang.
Justeru, tugasan kumpulan pada kali ini kami rangka untuk menghuraikan intervensi
pengurus dalam pematuhan garis panduan bagi sektor makanan untuk mengurangkan kesan
wabak dalam kalangan pekerja.

5
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

2.0 DEFINISI KEPIMPINAN

Kepimpinan mengikut persfektif Yukl (1989) adalah suatu proses yang mana
seseorang individu itu berusaha untuk mempengaruhi pengikutnya bagi mencapai sesuatu
matlamat yang dihasratkan oleh sesebuah kumpulan ataupun organisasi. Selain itu,
kepimpinan juga didefinisikan oleh John W. Gardner (1990) sebagai proses memujuk ahli
kumpulan pengikutnya dengan memberikan ransangan motivasi kepada mereka untuk
meneruskan agenda mencapai semua objektif yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan
organisasi.

Menurut A.L. Ramaiah (1992), kepimpinan merupakan suatu fenomena dimana


sekumpulan manusia melakukan proses dengan mengaplikasikan kemahiran intelektual dan
potensi mereka yang melibatkan keupayaan, kebolehan, kebijaksanaan seseorang untuk
memerintah, mengarah, mendorong atau mempengaruhi. Menurut beliau, terdapat banyak
pandangan mengenai kepimpinan ini dan jika kita lihat aspek kepimpinan melalui bidang
pendidikan kita pasti dapat mengetahui bahawa tingkah laku pengetua atau guru besar adalah
elemen yang paling penting dan akan menjadi titik penentu kepada kemenjadian sesebuah
intistusi sekolah itu. Secara harafiahnya, keepimpinan seorang pengetua ditakrifkan sebagai
kepimpinan yang formal kerana bergantung penuh kepada status formalnya dalam struktur
organisasi sekolah. Dalam konteks ini, pengetua diberikan mandat penuh untuk
mengendalikan urusan pentadbiran sekolah disamping memainkan usaha untuk membawa
perubahan baik secara langsung mahupun tidak.

Manakala, sebagaimana yang telah didefinisikan oleh Harold Koontz et.al. (2020)
mengenai kepimpinan, beliau berpendapat bahawa ianya adalah pengaruh, proses
mempengaruhi individu lain untuk berjuang kearah mencapai matlamat organisasi yang telah
ditetapkan secara berkumpulan. Tidak cukup dengan itu, kepimpinan juga membawa maksud
proses mempengaruhi apa juga aktiviti segelintir individu dalam organisasi tersebut yang
bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan (Stogdill 1958, dipetik
oleh Prof Dr. A.L. Ramaiah, 1992). Maka, jelaslah bahawa kepimpinan merupakan cara
seseorang pemimpin untuk mendapatkan kepercayaan pengikut disamping berusaha untuk
mempengaruhi tingkah laku pengikutnya bagi memastikan usaha bersama berjaya mencapai
keberhasilan yang dihasratkan.

6
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

3.0 TEORI PENDEKATAN SIFAT (TEORI TRAIT)

Terdapat banyak teori kepimpinan yang boleh menjadi garis panduan kepada barisan
kepimpinan dalam meneruskan delegasi kepimpinan untuk mencapai kehendak organisasi
atau Negara. Salah satu teori kepimpinan yang amat popular adalah teori pendekatan sifat
atau Teori Trait. Teori Trait ini lebih dikenali sebagai teori kebajikan kepimpinan yang
menekankkan perihal ciri-ciri pemimpin yang berbeza tidak kiralah pemimpin yang berjaya
mahupun sebaliknya. Teori sifat ini memberikan penekanan bahawa pemimpin itu memiliki
ciri-ciri yang terzahir secara semulajadi yang secara umumnya tidak dapat membantu dalam
urusan pentadbiran tetapi mampu mengawal serta membimbing situasi. Semua pemimpin
secara jelasnya memiliki dan dilahirkan dengan kebajikan khusus sebagaimana yang telah
dijelaskan dalam teori pendekatan sifat.

Teori Trait beranggapan bahawa pemimpin itu bukan dibentuk tetapi dilahirkan dan
falsafah ini bermula dengan kisah di sebalik ‘the Great Man theory’. Banyak pengkaji
berusaha menenetukan trait kepimpinan berdasarkan kepada kritikan umum yang mengatakan
bahawa faktor situasi adalah lebib besar impaknya berbanding faktor sifat. Seperti yang kita
ketahui, terdapat banyak pendekatan dan model kepimpinan yang sering diaplikasikan dan
mempunyai perkaitan yang rapat dengan teori kepimpinan iaitu teori pendekatan sifat (trait
approach), pendekatan perhubungan, teori tingkah laku serta teori yang mempunyai hubung
kait dengan situasi. Daripada teori-teori tersebut maka munculah banyak gaya kepimpinan
seperti kepimpinan laize-faire, kepimpinan demokratik serta kepimpinan autokratik. Kita tahu
bahawa teori pendekatan sifat ini hanya menumpukan kepada pemimpin dan kurang
bertumpu kepada pemimpin dan pengikut. Oleh itu, pelbagai gaya kepimpinan adalah
diperlukan.

“Leader are born, not made” adalah kata hikmah yang sangat bertepatan dengan ahli
Teori pentadbiran kerana situasi ini sering dikaitkan dengan keadaan pada zaman dahulu
yang terlalu mementingkan strata masyarakat sehingga menindas golongan bawahan. Milenia
ini, sistem ini mulai dilupakan dan diubahsuai dan pemimpin hari ini berlatarbelakangkan
status yang pelbagai. Dengan adanya sistem ini, kita dapat membuktikan bahawa kepimpinan
itu bukan sesuatu yang wujud bersama-sama kelahiran seseorang. Maka disinilah
bermulanya peranan ahli sosial dalam menilai ciri-ciri sejagat yang membolehkan seseorang
itu layak diangkat sebagai pemimpin. Sehubungan itu, juga lahirlah berbagai definisi untuk
menggambarkan konsep kepimpinan.

7
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

3.1 Trait Teori Berdasarkan Pendekatan Kepimpinan Humanistik

Salah satu teori yang terkandung dalam Teori Trait Pendekatan Sifat adalah
Teori Pendekatan Kepimpinan Humanistik. Teori ini digelar sebagai Humanistik
kerana kerana kepercayaannya terhadap kebaikan asas dan penghormatan
kemanusiaan. Menurut pelopor bagi Teori ini iaitu Abraham Maslow (1962,1971)
dan Carl Rogers (1961), teori ini diperkenalkan bertujuan untuk membuka ruang bagi
Teori yang baru ini untuk memperkembangkan sahsiah serta potensi kendiri individu.
Dari awal sehinggalah ke pertengahan tahun 1960 yang merupakan zaman di mana
berlakunya perbalahan untuk berperang bagi mendapatkan keamanan, keinginan
manusia untuk mengenal pasti sifat-sifat kemanusiaan ini sememangnya sudah pun
wujud. Teori ini mampu memberikan kefahaman yang jelas kepada manusia
mengenai cara untuk melihat keinginan manusia untuk berperang semata untuk
mengecapi keamanan.

Teori ini secara sifatnya adalah teori yang sangat ringkas dan amat dikenali
dalam kalangan pelopor selain menjadi salah satu kandungan wajib dalam buku-buku
yang berunsurkan motivasi dan diangkat sebagai sebahagian daripada medium literasi
dan hiburan masyarakat. Terdapat beberapa ujian dilakukan sepanjang kajian
mengenai Teori ini dihasilkan yang mana manusia perlu menggunakan kepercayaan
mereka untuk memahami bahawa manusia secara keseluruhannya adalah makhluk
yang baik. Kajian ini dilakukan untuk menilai sejauh mana kepimpinan dalam
pendidikan selain dapat mengumpulkan beberapa teori hasil daripada pengalaman
lampau pemimpin mahupun individu yang dipimpin. Apa yang perlu kita fahami
adalah kajian sebegini tidak seharusnya dilupuskan daripada persfektif pemimpin atau
pengikut bawahan atau dari orang-orang yang berada dalam bentuk kehidupan sosial
yang lain. Menurut Debra L.Nelson dan James Campbell Quick (1996),

‘Carl Rogers believed that all people have a basic drive toward self-actualization,
which is the quest to be all you can be? The humanistict theory focuses on individual
growth and improvement. It is distinctly people centered and also emphasizes the
individual’s view of the world. The humanistic approach contributes an
understanding of the self to personality theory and conteks that the self-concept is the
most important part of an individual’s personality.

8
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

4.0 PERANAN PEMIMPIN

Umum mengetahui bahawa Covid-19 merupakan musibah terbesar yang menimpa


masyarakat di seluruh dunia. Musibah ini sedikit sebanyak menguji kepimpinan organisasi
dan komuniti, sekali gus menuntut pemimpin melakukan transformasi dalam corak
kepimpinan. Maka, pemimpin perlu bersiap siaga dan sentiasa proaktif dalam mengharungi
cabaran pandemic Covid-19, mampu menyokong dan mempersiapkan ahli untuk
mengharungi cabaran yang akan mendatang. Sebagai pengurus organisasi, kami memahami
bahawa pemimpin mempunyai peranan yang amat penting dalam memastikan keseluruhan
sistem pentadbiran Negara atau organisasi berjalan dengan lancar walaupun terpaksa
berhadapan dengan krisis penyakit. Justeru, kami secara berkumpulan akan memperincikan
empat peranan penting pemimpin khususnya dalam memimpin Negara untuk melewati segala
onak duri dan mengecapi tujuan utama yang telah dihasratkan. Peranan tersebut adalah
seperti yang berikut :

4.1 Melaksanakan Misi dan Visi Organisasi

Pertama sekali, pemimpin adalah orang yang memikul tanggungjawab untuk


menggubal serta memastikan undang-undang yang digubal diimplementasikan dengan
baik. Ini bermaksud, seorang pemimpin itu perlu memastikan organisasinya
mempunyai visi dan misi serta memastikan ianya dapat direalisasikan. Untuk tujuan
mencapai misi dan visi bagi sesebuah organisasi, pemimpin perlu membangunkan
pengurusan sumber manusia. Hal ini dapat dilakukan dengan menitikberatkan perihal
pembangunan kerjaya khususnya melalui latihan atau seminar yang perlu dianjurkan
oleh pihak organisasi dari semasa ke semasa untuk menambahbaik kemahiran serta
kepakaran tenaga kerja.

Sekiranya organisasi bermotifkan keuntungan, maka keuntungan tersebut yang


akan menjadi titik penentu kepada keberhasilan organisasi berkenaan. Tetapi, jika
ianya diwakili perkhidmatan seperti sektor awam, maka organisasi tersebut perlu
menjadikan bilangan pengadu awam sebagai titik ukut kejayaan atau kegagalan
mereka. Mendepani wabak pandemic Covid-19 yang membimbangkan ini, pihak
pemimpin sewajarnya menetapkan semula apakah visi dan misi yang ingin dicapai
oleh mereka bagi menjamin kesejahteraan nyawa manusia disamping dapat menjamin
penghasilan produktiviti Negara.

9
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

4.2 Mengeratkan Hubungan antara Subordinat

Umum mengetahui bahawa, kejayaan seorang pemimpin adalah bergantung


kepada kekuatan pekerja bawahan serta kerjasama yang diberikan oleh subordinatnya.
Justeru, disini bermula peri pentingnya peranan pemimpin untuk menjalinkan
hubungan yang erat dengan pihak atasan, rakan sekerja serta pengikut bawahannya
bagi membolehkan suatu kerjasama yang padu dapat dihasilkan. Pemimpin
bertanggungjawab untuk memastikan serta memberikan motivasi yang jitu kepada
pekerja bawahannya untuk melaksanakan tugas yang diberikan dan menerima apa
sahaja keputusan yang diputuskan oleh pihak atasan. Tidak cukup dengan itu,
kemenjadian hubungan pemimpin dalam kalangan subordinat juga seringkali
dikaitkan dengan pendekatan pihak pengurusan tentang sejauhmana mereka berusaha
untuk menjaga kebajikan pekerja bawahan mereka. Sekirnya pihak pemimpin berjaya
mejamin kebajikan pekerja dengan baik, sudah tentu pekerja akan menunjukkan taat
setia mereka kepada organisasi. Lihat sahaja bagaimana peranan pemimpin yang
ditunjukkan oleh Perdana Menteri ke-8, Yang Amat Berhormat Tan Sri Ismail Sabri
bin Yaakob apabila beliau berjaya mengeratkan hubungan yang erat di antara
subordinat sepanjang usaha penularan wabak Covid-19 sehingga berjaya melahirkan
barisan hadapan (Frontliner) yang berusaha semaksima mungkin untuk mengekang
penularan wabak di samping menyelamatkan seberapa banyak nyawa manusia.

4.3 Menerima dan memberi Maklumat

Milenia ini, pemimpin juga berperanan untuk berkongsi maklumat yang


berguna kepada pekerja bawahan mereka dengan mengenal pasti maklumat yang
sahih bagi mengelakkan berlakunya penyebaran berita palsu yang semakin menjadi-
jadi pada masa kini. Sudah pasti, pemimpin memerlukan maklumat dan mengenal
pasti apakah masalah yang dihadapi oleh pekerja mereka khususnya dalam masa
sebegini. Kebanyakan pekerja berhadapan dengan tekanan hidup dek kesukaran untuk
meneruskan kelangsungan hidup dalam pasca pandemic kerana kemelut kewangan
yang teruk. Oleh itu, pihak pengurusan organisasi tidak sewajarnya membiarkan
pekerja mereka bergelut sendiri sebaliknya menghulurkan bantuan baik dari segi
kewangan, nasihat, motivasi ataupun hanya sokongan. Hal ini penting kerana ianya
akan mempengaruhi kualiti kerja mereka.

10
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

4.4 Membuat keputusan

Akhir sekali, pemimpin juga berperanan penting untuk membuat keputusan


dan memastikan bahawa keputusan yang diputuskan itu adalah jalan akhir yang
memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak. Hal ini adalah kerana, sebarang
keputusan yang dilakukan oleh seorang pemimpin akan memberi impak kepada
pekerja bawahannya. Impak negatif atau positif bergantung kepada cara pembuatan
keputusan tersebut dibuat serta cara penerimaan daripada pihak pekerja. Sekiranya
seseorang pemimpin itu mnggunakan paksaan terutamanya semasa membuat sebarang
keputusan, keadaan ini akan menyebabkan beberapa pihak berasa tidak puas hati dan
rungutan akan wujud lantaran sikap tersebut. Sepanjang wabak, kita dapat melihat
bahawa terdapat organisasi yang terpaksa menutup premis mereka sehingga
mengakibatkan pekerja mereka kehilangan pekerjaan dan begitu juga ada pekerja
yang terpaksa bekerja tanpa dibaar gaji kerana kegagalan organisasi untuk membayar
gaji pekerja dan menampung kos perbelanjaan. Oleh itu, setiap pemimpir perlulah
membuat keputusan yang bijak dan sekiranya boleh, tindakan intervensi perlu
dilakukan bagi membolehkan pekerja bawahan mendapatkan jaminan pekerjaan.

Konklusinya, kebanyakan teori-teori kepimpinan berpegang teguh kepada tiga


pendekatan ataupun aliran yang sememangnya menjadi pegangan kepada para pengkaji.
Pertama sekali adalah teori pendekatan sifat yang mana telah mengangkat sifat atau
personaliti kendiri anusia sebagai kelebihan dalam pemilihannya sebagai sosok pemimpin.
Selain sifat, tingkah laku seseorang juga banyak mempengaruhi pekerja bawahan serta orang
lain yang ada di sekelilingnya. Apa yang jelas, kedua-dua pendekatan yang kami nyatakan ini
sememangnya mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri dalam memberikan definisi
yang jelas mengenai konsep kepimpinan dalam pengurusan awam. Bagi mengatasi titik
kelemahan ini, maka, teori kontingensi telah diperkenalkan sebagai pendekatan ketiga bagi
memperbaiki kelemahan yang wujud sebelum ini. Lantaran itu, pihak pemimpin sewajarnya
mengaplikasikan kewujudan teori-teori ini bagi membolehkan peranan pemimpin dapat
dijalankan dengan sebaik yang mungkin apatah lagi dalam menghadapi krisis wabak yang
cukup mencabar ini.

11
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

5.0 KESAN WABAK COVID-19 TERHADAP SEKTOR PEMAKANAN DAN


PERTANIAN

Pandemik wabak Covid-19 yang menular pada masa kini dilihat telah menyerang
melibatkan skala yang cukup besar sehingga menjejaskan hampir keseluruhan Negara di
saentero dunia. Milenia ini, wabak pandemic ini bukanlah scenario baharu bagi masayarakat
bahkan ianya telah menjadi suatu kebiasaan atau normalisasi yang telah mengubah hampir
keseluruhan kehidupan masyarakat. Justeru, terdapat dua kesan yang ingin kami huraikan
hasil daripada penularan wabak Covid-19 khususnya kepada sektor pemakanan dan
pertanian. Antara kesan tersebut adalah seperti berikut :

5.1 Kesan Kepada Pengeluaran dan Pengedaran Makanan

Seperti yang telah diketahui umum, sejak penularan wabak Covid-19, kebanaykan
Negara di seluruh dunia telah mengambil langkah menjaga keselamatan Negara
mereka dengan melaksanakan penutupan sempadan antarabangsa, larangan
perjalanan, perintah berkurung, menggalakkan pekerja untuk bekerja dari rumah
disamping penutupan premis perniagaan sebagai salah satu usaha untuk mengekang
penularan wabak Covid-19. Penutupan sempadan antarabangsa dan sekatan
perjalanan ini dilhat telah memberikan kesan yang buruk kepada rantaian bekalan
makanan di peringkat global bahkan telah menyebabkan kesan yang buruk kepada
proses pengedaran makanan. Antara sektor yang paling terkesan dengan situasi ini
adalah sektor pertanian melibatkan ternakan, perikanan dan hasil tanaman. Kesan ini
boleh dilihat dengan jelas melalui Rajah 1 dibawah :

12
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

Rajah 1 : Kesan kepada pengeluaran dan pengedaran makanan

Di China misalnya, sektor pertanian dan ternakan adalah antara sektor yang
paling terkesan ekoran limitasi yang terhad untuk mengimport haiwan ternakan
bahkan China juga berhadapan dengan isu kekurangan tenaga kerja bagi
melaksanakan kerja-kerja penternakan atau pertanian. Kekangan perjalanan
disebabkan PKP yang dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan telah menyebabkan
berlakunya masalah kekurangan penghantaran bagi stol pembiakan binatang ternakan
khususnya ayam dan Itik. Majlis Ternakan Ayam Antarabangsa (The International
Poultry Council - IPC) juga telah mengumumkan amaran bahawa sekiranya sekatan
perjalanan masih berterusan bagi suatu tempoh yang agak lama, tidak akan berlaku
sebarang pembiakan yang penetasan telur. Kesannya, Malaysia pada hari ini
berhadapan dengan isu kenaikan harga ayam dan telur ayam selain ketiadaan kedua-
dua aspek ini di pasaran Malaysia.

Situasi ini bukan hanya berlaku kepada binatang ternakan seperti ayam dan
itik tetapi juga turut terjadi kepada sektor perikanan. Tidak dinafikan bahawa ikan
merupakan sumber protein dan tenaga yang sangat penting kepada manusia. Ikan
sememangnya telah menyumbang sebanyak 20 peratus daripada protein haiwan dan
mampu memanfaatkan hampir 3 juta penduduk di seluruh dunia. Namun demikian,
ekoran wabak Pandemik ini, berlaku pengurangan jumlah kepada aktiviti
penangkapan ikan di sekitar Eropah, Asia mahupun Afrika ekoran penjarakan fizikal,
kekurangan tenaga kerja serta bekalan input yang berkurangan. Di Malaysia jumlah
tangkapan ikan tuna turun secara mendadak dari 91,675.5 tan metrik (2019) kepada
83,948.4 tan metrik (2020), menurun 8.4 peratus seperti di Rajah 2. Kebanyakan
Nelayan gagal menjual hasil tangkapan mereka kerana pelaksanaan PKP yang telah
mengehadkan pergerakan penduduk. Kita tahu bahawa ikan adalah salah satu hasil
penternakan yang mudah rosak dan Nelayan tidak dapat menyimpan hasil yang tidak
habis dijual untuk tempoh masa yang lebih lama. Situasi ini telah membawa kepada
pengurangan kualiti makanan serta peningkatan kos pengeluaran.

13
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

Rajah 2 : Hasil Tangkapan Ikan Laut di Malaysia bagi Tahun 2019-2020

5.2 Kesan ke atas permintaan dan keselamatan makanan

Tidak cukup dengan itu, wabak ini juga telah meninggalkan kesan yang
mendalam ke atas permintaan dan keselamatan makanan itu sendiri. Dalam konteks
ini, keselamatan makanan adalah merujuk kepada sejauhmana makanan yang
berkhasiat itu dapat disediakan dalam jumlah yang mencukupi dan konsisten untuk
diedarkan kepada semua masyarakat di seluruh dunia mengikut kadar permintaan
sedia ada. Namun begitu, berlakunya isu keselamatan makanan (food insecurity) yang
disebabkan oleh pengurangan yang ketara terhadap aktiviti import-eksport, gangguan
dalam pengeluaran dan pengedaran makanan yang disebabkan oleh penularan wabak
jangkitan Covid-19. Biasanya, penyediaan bekalan makanan ini adalah untuk
menampung keperluan isi rumah, pelancong serta keperluan industry perkhidmatan
dan minuman yang ada di Malaysia. Di Malaysia, statistik bagi tahun 2019 yang ada
jelas menunjukkan bahawa bekalan makanan ini adalah diperlukan oleh isi rumah
sebanyak 60.0 peratus diikuti industri (34.0%) dan pelancong (6.0%). Peratusan
sumbangan ini mengalami perubahan kesan daripada penularan COVID-19.

14
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

Rajah 3 : Pecahan Penggunaan Makanan mengikut Kumpulan Pengguna

6.0 TINDAKAN INTERVENSI PENGURUS ORGANISASI DALAM PEMATUHAN


GARIS PANDUAN BAGI SEKTOR MAKANAN

Memasuki PKP bagi fasa ke-3 dan ke-4, Pihak Kerajaan telah memberikan
kelonggaran SOP khususnya bagi sektor perindustrian untuk memulakan semula operasi
mereka dan memulakan usaha untuk memulihkan organisasi yang terkesan ekoran penutupan
premis pada awal pelaksanaan PKP. Justeru, memahami definisi dan kepentingan tindakan
intervensi oleh Pihak Pemimpin maka kami sepakat untuk menyenaraikan empat tindakan
intervensi yang perlu dilakukan oleh pengurus organisasi dalam pematuhan garis panduan
bagi sektor makanan. Tindakan ini adalah perlu bagi membolehkan organisasi dapat
menjamin kesejahteraan pekerja disamping menjamin produktiviti yang dihasilkan. Antara
tindakan intervensi yang akan kami laksanakan adalah seperti yang berikut :

6.1 Arahan Pematuhan Standard Operation Procedure dalam


organisasi/syarikat/kilang

15
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

Antara tindakan interensi yang akan kami laksanakan di organisasi kami


adalah melaksanakan dan menyambut baik arahan Pihak Kerajaan dalam pematuhan
SOP bagi pengoperasian organisasi/ syarikat / kilang khususnya bagi sektor
pemakanan dan pertanian. Umum mengetahui bahawa mulai 4 Mei 2020, Pihak
Kerajaan yang menyedari kesan penutupan premis perniagaan dan beberapa sektor
awam dan swasta kepada sistem ekonomi Negara telah membuka semula ekonomi
Negara serta memberi kebenaran kepada semua industry untuk menjalankan aktiviti
perniagaan secara menyeluruh dengan berlandaskan kepada pematuhan SOP yang
ketat.

Arahan pengoperasian semula premis perniagaan ini adalah tertakluk kepada


langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk memastikan kepatuhan kepada
Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan di dalam dokumen ini. Sebagai pengurus
organisasi, kami mengambil pendekatan untuk memastikan semua aspek kesihatan
berada dalam keadaan yang terjamin terutamanya dalam persekitaran dan suasana
pekerjaan kerana jangkitan wabak boleh terjadi melalui ruang udara atau sentuhan.
Sebagai pihak atasan, kami akan sentiasa berwaspada dan mengingatkan kepada
semua pekerja untuk sentiasa mengurangkan risiko kepada orang awam bagi
memastikan tahap kesihatan pekerja dan pelanggan berada dalam kawalann
organisasi.

6.2 Garis Panduan Pematuhan SOP semasa bekerja bagi sektor makanan

Sebagai pengurus organisasi, kami akan bertindak sebagai pihak yang akan
sentiasa memberikan peringatan kepada semua pekerja untuk mematuhi SOP
disamping mendedahkan kepada pekerja mengenai garis panduan pematuhan SOP
semasa bekerja khsusunya bagi sektor pemakanan. SOP yang disediakan oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN) ini dilihat telah mengambil kira norma baharu dalam
pengendalian sektor pemakanan. Pendekatan yang diambil kerajaan adalah
pendekatan seluruh lapisan masyarakat, atau whole of society approach bagi
mengurangkan impak wabak terhadap risiko jangkitan. Pematuhan semua pihak
termasuk pihak atasan dan pekerja itu sendiri dalam kaedah pendekatan ini adalah
untuk memastikan agar pembukaan semula ekonomi Negara ini dapat dilaksanakan
secara efektif, efisien, lancar dan selamat. Berikut merupakan antara SOP yang perlu

16
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

dititikberatkan oleh pengurusan organisasi bagi memastikan sektor pemakanan dapat


terus beroperasi :

• Mengamalkan langkah-langkah kesihatan seperti penjarakan sosial (social


distancing) sekurang-kurangnya 1 meter, sebaik-baiknya 2 meter dalam semua
keadaan, memakai face-mask; digalakkan setiap masa, diwajibkan dalam keadaan
tertentu.

• Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi iaitu mencuci tangan dengan


kerap menggunakan sabun atau hand-sanitizer, memastikan pembersihan di setiap
premis perniagaan dilakukan secara kerap dan konsisten bagi mengekang penularan
virus di premis berkenaan.

• Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan. Sebagai pengurus


organisasi, kami akan sentiasa membuat pemantauan secara berkala berkaitan dengan
tahap kesihatan pekerja dan sentiasa berusaha untuk mencegah penularan jangkitan.
Sebelum memasuki premis perniagaan, kesemua pekerja diperiksa setiap hari untuk
mengenalpasti symptom Covid-19 termasuk pemeriksaan suhu badan. Sekiranya
penjarakan sosial tidak boleh diamalkan ekorang ruang kerja yang terhad maka
pekerja perlu menggunakan alat perlindungan diri yang telah ditetapkan. Semua
pekerja perlu melaporkan diri ke Jabatan Kesihatan sekiranya tidak sihat dan perlu
melaksanakan perintah pengasingan bagi mengekang penularan wabak.

6.3 Penguatkuasaan Pematuhan SOP dalam kalangan pekerja

Seterusnya, tindakan intervensi yang kami akan laksanakan di organisasi kami


adalah berkaitan dengan penguatkuasaan Pematuhan SOP dalam kalangan pekerja.
Kita sebenarnya harus bersyukur kerana Pihak Kerajaan telah membenarkan sektor
awam dan swasta untuk beroperasi semula sebagai suatu langkah untuk memulihkan
semula sistem eknomi Negara yang terkesan dengan teruk sepanjang pandemic
Coivd-19 melanda masyarakat di seluruh dunia. Oleh itu, dalam memastikan
organisasi akan dapat terus beroperasi, pihak pengurusan organisasi akan berusaha
semaksima yang mungkin untuk menguatkuasakan pematuhan SOP dalam kalangan
pekerja. Berikut merupakan langkah penguatkuasaan di organisasi kami :

a. Surat pengesahan berkenaan hendaklah dipamerkan dengan jelas di premis-


premis syarikat/SME.

17
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

b. PDRM/RELA/JTK/PBT/JKKP atau mana-mana pegawai yang diberikan


kuasa boleh membuat pemeriksaan pada bila-bila masa.

c. Berdasarkan kuasa yang diberi, PDRM dan KKM boleh mengarahkan


penutupan premis dengan serta merta sekiranya ada pelanggaran terhadap
syarat kebenaran (bilangan pekerja, penjarakan sosial, alat pelindung diri,
saringan suhu badan dan sebagainya) yang diberikan.

d. Pihak Pengurusan Organisasi hendaklah sentiasa melakukan hebahan


kesedaran penjagaan kesihatan dan kebersihan diri bagi mengelak jangkitan
COVID-19.

e. Ketidakpatuhan pihak pengurusan organisasi terhadap arahan pematuhan


operasi syarikat sepanjang PKP hendaklah dilaporkan kepada pihak PDRM.

7.0 PENUTUP

Impak wabak Pandemik Covid-19 bukan sahaja memberikan kesan yang mendalam
kepada sektor perkhidmatan, perkilangan dan pengangkutan tetapi juga terhadap sektor
makanan dan pertanian. Rantaian bekalan makanan menjadi terganggu dan keadaan ini secara
tidak langsung menyebabkan berlakunya kebimbangan global ke atas keselamatan makanan.
Salah satu intervensi yang boleh dilaksanakan oleh pengurus organisasi adalah melaksanakan
pematuhan SOP yang ketat khususnya bagi sektor makanan untuk mengurangkan impak
wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja. Dalam hal ini, pihak pengurusan organisasi,
majikan atau pemimpin perlu memainkan peranan yang cukup penting untuk saling
berganding bahu dengan pekerja bawahan bagi memastikan garis panduan ini berjaya
dipatuhi.

18
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

Hal ini adalah perlu bagi memastikan sektor makanan dapat mengharungi cabaran
global yang telah melanda dunia sejak Malaysia dan seisinya mulai dijangkiti wabak
pandemic Covid-19. Masalah utama yang perlu diselesaikan oleh pemimpin masa kini adalah
krisis makanan dan kenaikan harga barang yang semakin melampau ekorang berlaku
pengurangan jumlah dalam import dan eksport dari luar Negara. Sekiranya keadaan ini
dibiarkan berterusan, rakyat adalah antara individu yang paling terkesan kerana perlu
meneruskan kelangsungan hidup, mendepani kenaikan harga barang dengan purata gaji yang
sama serta berhadapan dengan risiko jangkitan wabak yang mampu meragut nyawa manusia.

RUJUKAN

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. (2007) Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi
di Tempat Kerja. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Aizzat Mohd Nasurdin, Intan Osman dan Zainal Ariffin Ahmad. (2006). Pengantar
Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd dan
Universiti Sains Malaysia.

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. (2011). Gaya Kepimpinan di Tempat Kerja. Batu Caves:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Darussalam Abu Bakar (2007). Komunikasi Kepimpinan : Menangani Cabaran Global.


Petaling Jaya: Prentice Hall.

19
TUGASAN BERKUMPULAN [GMGM3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM]

John C. Maxwell. (2011). Pemimpin 360 darjah. Selangor: PTS Professional Sdn. Bhd.

Siti Arni Basir, Nurul Syafiyah Mohd Noor, Mohamad Zaidi Abd Rahman, Monika @
Munirah Abd Razzak. Peranan Pemimpin dalam Pelaksanaan Etika Kerja Islam:
Kajian Kes di Johor Corporation (JCorp). Jurnal Usuluddin 44 : 45-83

Soalan-Soalan Lazim (FAQ) Berhubung Isu-Isu Covid-19 Di Tempat Kerja, Jabatan Tenaga
Kerja, Kementerian Sumber Manusia (2020) diakses pada 12 Julai 2022 melalui
http://jpp.mohr.gov.my/files/pdf/notes/FAQ%20%20BERHUBUNG%20WABAK%2
0TERMASUK%20COVID-19,%2017%20Mac%202020.pdf

UNDP. (2020). The social and economic impacy of Covid-19 in the Asia Pacific Regioj.
Retrieved from Relief web: https://reliefweb.int/report/world/social-and- economic-
impact-covid-19-asia-pacific-region

Yukl, G. (1989). Managerial leadership: A review of theory and research. Journal of


management, 15(2), 251-289.

WHO - World Health Organization. (2020). Coronavirus disease (COVID-19) Situation


Report – 146. https://www.who.int/docs/defaultsource/coronaviruse/situation-
reports/20200614-COVID-19-sitrep146.pdf?sfvrsn=5b89bdad_4

20

You might also like