Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Perlembagaan Malaysia (GMGA 2013)

Kuiz 1 (5%)

Nama Pelajar: MOHAMAD RIDZUAN AKRAM BIN JAAFAR


No matrik: 274883

Arahan: Jawab semua soalan.

Soalan 1
Bagi mengekang penyebaran virus pandemic Covid-19, Kerajaan Malaysia
mewajibkan semua orang untuk memakai pelitup muka di tempat awam yang sesak
bermula pada 1 Ogos 2020.
Jelaskan sama ada langkah ini bersesuaian dengan salah satu ciri-ciri kuasa negara
iaitu sifat memaksa?
[5 markah]

JAWAPAN :
Pelitup muka atau facemask merupakan satu langkah pencegahan yang
penting dalam mengelakkan penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar
melalui virus, termasuk COVID-19. Pelitup muka boleh digunakan sama ada untuk
melindungi orang yang sihat daripada dijangkiti atau untuk mencegah orang yang
dijangkiti daripada menjangkiti orang lain.. Saranan ini berdasarkan kepada apa
yang telah kita ketahui berkaitan peranan cecair pernafasan dalam menyebarkan
virus penyebab covid-19 dan dikukuhkan lagi oleh hasil kajian klinikal dan makmal
yang menunjukkan penggunaan pelitup muka dapat mengurangkan percikan cecair
pernafasan apabila dipakai dengan menutup bahagian mulut dan hidung. Arahan
mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam mulai 01 Ogos
2020 adalah untuk kebaikan bersama dalam usaha kita memutuskan rantaian
jangkitan wabak covid-19 di kalangan masyarakat. Langkah ini adalah salah satu
ciri-ciri kuasa negara yang bersifat memaksa bagi memastikan penularan wabak
covid-19 dapat dibendung dan keselamatan negara dapat dipertingkatkan.

Soalan 2
Dicey A.V, seorang peguam perlembagaan British pernah menyebut, “tiada sesiapa
boleh dikenakan hukuman kecuali didapati bersalah kerana melanggar undang-
undang sedia ada dan dia hendaklah dibicarakan secara sewajarnya mengikut
undang-undang di dalam sebuah mahkamah biasa”.
Berdasarkan penyataan ini, nyatakan lima (5) kepentingan menjunjung prinsip
kedaulatan undang-undang.
[5 markah]
JAWAPAN :
- Undang-undang negara berasaskan kepada perlembagaan dan oleh sebab itu
kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Kedaulatan undang-undang bermaksud
setiap rakyat adalah sama tarafnya disisi undang-undang negara tanpa sebarang
driskiminasi kaum, jantina mahupun kedudukan(status sosial). Undang perlu diberi
keutamaan kerana ia adalah lambang kedaulatan negara.Ia merupakan peraturan dan
tatacara perlakuan untuk memastikan negara sentiasa selamat daripada ancaman dalaman
dan luaran.
- kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-
undangberjalan dengan lancar. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara
tidak akanaman dan stabil. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat
pelbagai kaum,agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh
sebab itu, setiapnegara amnya dan Malaysia khasnya memerlukan undang-undang untuk
mengawal danmewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur serta
melahirkan warganegarayang berdisiplin dan hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.
Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan masyarakat berbilang kaum di
negara ini dapat bergerakbebas dan merasa selamat ke mana sahaja yang mereka pergi
tanpa sebarang kekacauan.
- Rakyat dituntut untuk mematuhi undang-undang dan ditegah
melanggarinya.Rakyatbertanggungjawab memelihara kedaulatan undang-undang negara
bertujuan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu mencipta satu masyarakat
yang adil dimana kemakmuran negara akan dinikmati secara adildan saksama.
- Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di
sisi undang-undang negara. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh
itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara
dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Tuntutan kepada prinsip
ini adalah supaya kita sama-sama menghormati undang-undang dan berusaha menyokong
penguatkuasaannya serta memelihara kedaulatannya.
-Ikatan persefahaman antara pelbagai kaum yang menjadi tugu penggerak negara yang
penting. Ikatan ini bukan terbina hanya sekelip mata sahaja ianya memakan masa yang
begitu lama. Bagi mewujudkan perpaduan generasi kita kini seharusnya peka dengan
kepentingan menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang negara dan menghayati erti
yang sebenarnya kewujudan rukun negara. Semangat ini perlu diteruskan kerana ia sangat
relevan dalam menangani krisis negara tidak kira ancaman daripada dalam dan luar negara.

You might also like