Ujian Pemantapan PSPM1 - KMPH

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Pengurusan Perniagaan 1 AP015

UJIAN PEMANTAPAN PSPM1

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan objektif. Jawab semua soalan.

1. Dato’ Razaki, CEO Hitch Motors telah diwawancara dalam program TV, MHI
tentang kejayaannya memperkenalkan kereta yang menggunakan teknologi hijau dan
sangat mesra alam.

Manakah antara berikut merupakan peranan pengurusan yang dimainkan oleh Dato’
Razaki di Hitech Motors?

A Pemimpin
B Jurucakap
C Usahawan
D Penyebar

2. Encik Azmil merupakan Pengurus Kewangan di Syarikat Daya Maju Sdn. Bhd.
Beliau bukan sahaja disenangi oleh pihak pengurusan atasan, malah amat dihormati
oleh staf-staf di bawah seliaannya kerana sangat komited, tegas dan
bertanggungjawab.

Antara berikut, yang manakah benar tentang tanggungjawab Encik Azmil di Syarikat
Daya Maju Sdn. Bhd.

I Berani menanggung risiko dalam organisasi


II Membuat laporan kepada pengurus atasan
III Bertanggungjawab menyelia pekerja-pekerja bawahan
IV Bertanggungjawab menyediakan perancangan taktikal

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

3. Syarikat Perumahan Makmur Perkasa menggunakan Carta Gantt untuk merancang


pelaksanaan aktiviti pembinaan rumah kos rendah.
Apakah ciri objektif yang baik yang dapat dicapai oleh syarikat berkenaan?

A Spesifik
B Boleh diukur
C Boleh dicapai
D Tempoh masa

KMPh 1
Pengurusan Perniagaan 1 AP015

4.

Rajah 1 : Peringkat Pengurusan

Berdasarkan rajah 1, manakah antara berikut merupakan perancangan yang disediakan


pada peringkat X Syarikat Perabot Jati Bhd?

A Mendapatkan 30% syer pasaran perabot jadi pada tahun 2021


B Mensasarkan pasaran perabot jati ke Australia dan New Zealand pada tahun
2025
C Menetapkan sasaran pengeluaran perabot jati sebanyak 1000 unit sebulan
D Menetapkan peningkat volum jualan perabot jati sebanyak 20% dalam tempoh
2 tahun

5. Pengurus Besar

Pengurus Pengurus Pengurus


Kewangan Pengeluaran Pemasaran

Rajah I

Berdasarkan Rajah 1 di atas, apakah kebaikan jenis struktur organisasi ini

I Komunikasi yang meluas dapat dijalankan diantara jabatan


II Pertindihan penggunaan sumber dapat diminimakan
III Penyelesaian masalah lebih cekap kerana pengkhususan kemahiran
IV Peluang pembangunan kerjaya dalam bidang-bidang lain adalah tinggi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

KMPh 2
Pengurusan Perniagaan 1 AP015

6. Encik Jabar merupakan Pengarah Urusan di Syarikat Embun Sdn Berhad. Beliau
mengawal 4 orang pengurus yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti syarikat.
Setiap pengurus perlu memberikan laporan bulanan kepada Pengarah Urusan
berkaitan dengan perjalanan syarikat.
Berdasarkan maklumat di atas, apakah elemen-elemen prinsip pengorganisasian yang
dapat dikaitkan dengan Syarikat Embun Sdn. Bhd
I Pengkhususan Kerja
II Jangkauan Kawalan
III Rantaian Arahan
IV Penjabatanan

A I dan II
B I danIV
C II dan III
D III dan IV

7. Gaya kepimpinan yang sesuai digunakan oleh pengurus yang berkhidmat dengan
organisasi Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia ialah

A Demokratik
B Autokratik
C Laissez Faire
D Transformasional

8. Pihak pengurusan Syarikat Delima Sdn Bhd bersetuju menaikkan gaji sebanyak 10%
kepada setiap pekerjanya supaya mereka lebih bermotivasi untuk terus berkhidmat
dengan syarikat. Tindakan yang diambil oleh syarikat boleh dikaitkan dengan

A Teori X
B Teori Y
C Teori Z
D Teori 2 Faktor Herzberg

9. Operator pengeluaran di Syarikat NeWater Sdn. Bhd mengambil 10% botol air
mineral yang dihasilkan untuk mengukur isipadu air dan memeriksa kekemasan
pembotolan air mineral berkenaan.

Manakah antara berikut merupakan aspek penting dalam proses kawalan di atas?

I Aktiviti yang ingin dinilai


II Pihak yang membuat penilaian
III Kekerapan penilaian dilakukan

KMPh 3
Pengurusan Perniagaan 1 AP015

IV Lokasi dimana penilaian dilakukan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

10. Situasi manakah yang menerangkan kegunaan Carta PERT.

A Sakinah perlu menentukan kuantiti tudung yang perlu dikeluarkan untuk


mendapatkan kembali modal yang telah dikeluarkan.
B Amsyar cuba menyenaraikan kos input yang diperlukan untuk mengeluarkan
50 helai baju-T.
C Puan Marina membentangkan tempoh masa sebenar untuk menyiapkan pojek
pembinaan Taman Orkid di sekolahnya.
D Encik Zamili menyusun aktiviti-aktiviti pra pembinaan gelanggang bola
tampar di sebuah asrama sekolah.

11. Pengarah urusan telah mengarahkan Encik Halim untuk membuat bayaran segera
melalui cek kepada pembekal Syarikat Dekima Sdn Bhd sejumlah RM10,000. Beliau
dapati baki yang tinggal di bank adalah RM8,000. Apakah tindakan yang sesuai yang
boleh diambil bagi mengatasi masalah ini.

A Mengambil overdraf
B Menerbitkan kertas komersil
C Mengambil pinjaman jangka pendek
D Mengambil pinjaman jangka Panjang

12. Faktor manakah yang perlu dipertimbangkan oleh pihak pembiaya sebelum
meluluskan sesuatu pinjaman?

I Integriti
II Perwatakan
III Keupayaaan
IV Taraf hidup

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

13. Syarikat Maju Teguh Sdn. Bhd selalunya dapat membayar segala tanggungan jangka
pendek syarikat tepat pada masanya. Nisbah semasa syarikat pada tahun semasa

KMPh 4
Pengurusan Perniagaan 1 AP015

adalah sebanyak 3.0 kali. Ini membuatkan pihak – pihak seperti institusi kewangan
mempunyai keyakinan untuk berurus niaga dengan syarikat ini.
Syarikat Maju Teguh Sdn. Bhd dikatakan mempunyai nisbah kecairan yang

A rendah
B sederhana
C tinggi
D boleh dijangka

14. Syarikat Aman Berhad ingin mendapatkan pembiayaan untuk pembelian aset syarikat
dari Bank Putra. Nisbah yang paling sesuai untuk dilihat oleh pihak bank bagi
meluluskan pinjaman Syarikat Aman Berhad ialah

I Nisbah Aktiviti
II Nisbah Hutang
III Nisbah Pelaburan
IV Nisbah Kecairan

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

15. Berikut merupakan antara sebab–sebab utama yang menyebabkan Nisbah Pusing
Ganti Inventori menjadi tinggi KECUALI :

A Inventori mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan


B Inventori bersifat mudah rosak atau musnah
C Inventori kerap dibeli oleh pengguna atau pelanggan
D Inventori tidak mendapat sambutan daripada pelanggan

16. Maklumat berikut diperolehi daripada sebuah perniagaan.

2019 2020
KBDJ RM 1,020,000 RM 1,000,000
Inventori RM 265,000 RM 200,000

Penyataan berikut adalah betul berkenaan Nisbah Pusing Ganti Inventori perniagaan
ini KECUALI ?

A Jualan inventori berlaku dengan baik di tahun 2019 berbanding tahun 2020.
B Jualan inventori berlaku dengan baik di tahun 2020 berbanding tahun 2019.
C Nisbah Pusing Ganti Inventori bagi tahun 2020 ialah 5 kali.
D Nisbah Pusing Ganti Inventori bagi tahun 2019 ialah 3.85 kali.

KMPh 5
Pengurusan Perniagaan 1 AP015

17. Berikut merupakan maklumat bagi tahun 2019 dan 2020. Kirakan nisbah Tempoh
Purata Kutipan bagi tahun 2019. Andaikan bilangan hari setahun ialah 365 hari.

2019 2020
ABT RM 3,200 RM 5,000
Jualan RM 80,000 RM 75,500

A 14 hari
B 15 hari
C 24 hari
D 25 hari
18. Daripada RM 11,400 aset semasa Syarikat Maju Sdn Bhd, RM 4,000 adalah inventori.
Jika Nisbah Semasa syarikat Syarikat Maju ialah 2.6 kali, berapakah Nisbah Cepat
perniagaan ini ?

A 2.85 kali
B 0.35 kali
C 0.38 kali
D 1.69 kali

19. Tempoh Purata Kutipan Muda Kuari Sdn Bhd untuk tahun 2019 adalah 72 hari. Jika
baki Akaun Belum Terima yang dicatatkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan
ialah RM100,000, berapakah jualan syarikat bagi tahun 2019. (andaikan 360 hari
dalam setahun )

A RM 278
B RM 20,000
C RM 500,000
D RM 72,000,000

20. Berikut adalah maklumat kewangan Azry Carpet Enterprise pada 31 Disember 2019.

Nisbah Hutang Atas Aset 45 %


Pusing Ganti Jumlah Aset 0.29 kali
Margin Untung Bersih 17 %
Jumlah Aset RM 7,130,000.00

Berdasarkan maklumat di atas, hitung jumlah jualan bagi perniagaan ini.

A RM 2,067,700
B RM 206,700
C RM 24,586,206
D RM 206,770

KMPh 6
Pengurusan Perniagaan 1 AP015

21. Maklumat berikut diperolehi dari penyata kewangan V-Station Sdn Bhd pada 31
Disember 2019.

Liabiliti Semasa RM 300,000


Pusing Ganti Inventori 4 kali
Nisbah Semasa 2.5 kali
Nisbah Cepat 1.0 kali

Berdasarkan maklumat di atas, hitung jumlah aset semasa bagi perniagaan ini.

A RM 750
B RM 7,500
C RM 7,500,000
D RM 750,000

22. Maju Corp mencatatkan Margin Untung Bersih sebanyak 15% daripada jualan yang
berjumlah RM20,000,000. Jumlah liabiliti syarikat ini ialah RM7,500,000 dan jumlah
asetnya ialah RM22,500,000. Berapakah Nisbah Pulangan Atas Aset perniagaan ini ?

A 0.133 %
B 13.33 %
C 1.33 %
D 133.33 %

23. Protégé Corp memiliki jumlah aset sebanyak RM10,000,000 dan Pusing Ganti Jumlah
Asetnya ialah 3.2 kali. Sekiranya Pulangan Atas Aset bernilai 10%, berapakah Margin
Untung Bersih bagi perniagaan ini ?

A 3.125 %
B 31.25 %
C 312.5 %
D 0.313 %

24. Berikut merupakan tindakan yang perlu dilakukan oleh sesebuah perniagaan
sekiranya nilai di bahagian perubahan tunai bersih dalam belanjawan tunai
menunjukkan nilai yang negatif .

A Membuat pembayaran balik hutang


B Mendapatkan pembiayaan
C Membuat pembayaran bonus pekerja
D Berbelanja lebih bagi bulan berikutnya

KMPh 7
Pengurusan Perniagaan 1 AP015

25. Amrina berhasrat untuk menyimpan sebahagian dari elaunnya untuk membayar yuran
pengajian di Universiti pada 2 tahun akan datang. Yuran yang akan dikenakan ialah
RM700 dan pihak bank akan membayar faedah 5% setahun. Berapakah amaun yang
perlu beliau simpan di bank sekarang?

A RM604.66
B RM634.90
C RM771.75
D RM1,301.58

26. Puan Sarah melabur RM7,500 dalam akaun simpanan yang memperoleh 16% faedah
dikompaun setiap suku tahun. Berapakah nilai masa depan pelaburan ini setelah lima
tahun?

A RM10,406.50
B RM11,454.95
C RM16,433.25
D RM18,655.35

27. Encik Aidil telah membuat pinjaman kereta berjumlah RM15,000. Kadar faedah 4%
setahun dikenakan untuk tempoh 4 tahun. Berapakah bayaran ansuran tahunan?

A RM3,150.45
B RM3,350.00
C RM4,132.35
D RM7,454.00

28. Muiz melabur RM850 setiap tahun selama 8 tahun dengan kadar faedah tahunan 6%.
Kirakan jumlah terkumpul yang diperolehi Muiz dari pelaburan tersebut.

A RM5,440.00
B RM6,235.52
C RM7,455.65
D RM8,412.88

29. Jika Syafiqah menyimpan kesemua pendapatan, RM1,500 sebulan selama 2 tahun
pada setiap awal bulan, berapakah jumlah yang akan dimilikinya pada akhir tahun ke-
2 sekiranya faedah yang dibayar ialah 10% setahun.

A RM33,150
B RM34,465

KMPh 8
Pengurusan Perniagaan 1 AP015

C RM37,800
D RM41,580

30. Syarikat Vision Sdn Bhd menerbitkan saham keutamaan yang akan membayar
dividen tahunan sebanyak RM25.00 selama-lamanya. Jika kadar pulangan
dikehendaki oleh pelabur ialah 12%, tentukan harga yang akan dibayar untuk
membeli saham tersebut pada hari ini.

A RM208.30
B RM300.00
C RM480.80
D RM510.30

31. Pn. Mastura membuat pinjaman sebanyak RM12,000. Jika beliau membayar
RM1,488.70 setahun dengan kadar faedah 9% setahun. Berapakah masa yang diambil
untuk melunaskan semua pinjaman tersebut?

A 10 tahun
B 15 tahun
C 17 tahun
D 20 tahun

32. Puan Nayla membuat pinjaman sebanyak RM10,000 daripada Bank Wawasan. Beliau
membayar ansuran pinjamannya di akhir tahun sebanyak RM1,970.17 setahun selama
6 tahun. Berapakah kadar faedah yang dikenakan oleh Bank Wawasan atas pinjaman
tersebut?

A 5%
B 6%
C 8%
D 9%

33. Sesebuah perniagaan membuat keputusan pelaburan berdasarkan jangka masa yang di
ambil di mana projek tersebut memberi balik pulangan modal dilaburkan.
Berdasarkan situasi diatas, apakah teknik belanjawan yang digunakan oleh perniagaan
tersebut?

A Pelaburan
B Nilai Kini Bersih
C Tempoh Bayar Balik
D Indeks Keberuntungan

34. Projek Tunas dijangka akan menghasilkan aliran tunai bersih tahunan RM30,000
untuk tempoh 5 tahun akan datang. Kos projek ialah RM80,000. Apakah tempoh
bayar balik Projek Bakti?

KMPh 9
Pengurusan Perniagaan 1 AP015

A 2.7 tahun
B 2 tahun
C 2.5 tahun
D 3 tahun

35. Nilai Kini bersih Projek A adalah RM5,500 manakala Nilai Kini Bersih Projek B
ialah RM4,500. Kedua-dua projek merupakan projek yang saling menyingkiri. Projek
manakah yang harus dipilih oleh syarikat?

A Projek A kerana nilai kini bersih positif


B Projek B kerana nilai kini bersih positif
C Pilih kedua-dua projek kerana mempunyai nilai kini bersih positif
D Projek A kerana nilai kini lebih tinggi dari projek B
 
36. Tentukan tempoh bayar balik untuk Projek A di mana modal permulaan Projek A
adalah RM20,000. Untuk 2 tahun yang pertama aliran tunai projek adalah sebanyak
RM6,000 manakala untuk tahun ke 3 hingga ke 5 aliran tunai projek adalah RM3,000.
Kirakan tempoh bayar balik projek A.

A 3 tahun 5 bulan
B 3 tahun 8 bulan
C 4 tahun 8 bulan
D 5 tahun

Soalan 37 dan 38 berdasarkan maklumat di jadual di bawah.

MJ Techonolgy sedang menimbangkan sebuah projek pembinaan lebuhraya baharu.


Anggaran aliran tunai diberikan dalam jadual berikut:

TAHUN RM JUTA
0 (2000)
1 1200
2 1200
3 1200

Kos modal adalah 9%.


Berdasarkan maklumat diatas :

37. Berapakah Nilai Kini Bersih projek tersebut?

KMPh 10
Pengurusan Perniagaan 1 AP015

A RM1,037,560
B RM2,852,800
C RM3,037,560
D RM4,550,100

38. Berapakah Nilai Indeks Keberuntungan projek tersebut?

A 3
B 2.8
C 1.52
D 0.52

Soalan 39 dan 40 berdasarkan jadual berikut;

TAHUN MESIN A MESIN B


0 (RM 500) (RM 5000)
1 RM 700 RM 6000

Kos modal adalah 10%.


Berdasarkan maklumat diatas :

39. Hitungkan Nilai Kini Bersih Mesin B

A RM140
B RM454.60
C RM500
D RM350.48

40. Hitungkan Indeks Keruntungan Mesin A

A 1.10
B 1.25
C 1.27
D 2.00

KERTAS SOALAN TAMAT


SKEMA JAWAPAN

NO.
JAWAPAN
SOALAN
1 C
2 C
3 D

KMPh 11
Pengurusan Perniagaan 1 AP015

4 B
5 D
6 C
7 B
8 D
9 B
10 C
11 A
12 C
13 C
14 C
15 D
16 A
17 B
18 D
19 C
20 A
21 D
22 B
23 A
24 B
25 B
26 C
27 C
28 D
29 D
30 A
31 B
32 A
33 C
34 A
35 D
36 C
37 A
38 C
39 B
40 C

KMPh 12

You might also like