Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Nama : Muhammad Amirul Faris Bin Azmi Helmi

No kad pengenalan : 94121146859


Program : PDPP PI ambilan Okt 2022
Pengkhususan/Opsyen : PI
Sekolah : SK Mengkawago, Telupid
Minggu Praktikum : 4
Tarikh : 10 Julai 2023 – 14 Julai 2023
Tajuk : Komunikasi guru dalam bilik darjah
Pensyarah penyelia : Puan Hazliah @ Rosetifa Bt Yuni
Guru Pembimbing : Puan Nafizah Bt Abdul Halim

1.Isu yang difokuskan

Isu yang ingin saya fokuskan pada minggu ini ialah isu komunikasi guru semasa mengajar dalam bilik
darjah. Komunikasi merujuk kepada komunikasi verbal dan nonverbal namun pada minggu ini, saya
ingin menfokuskan masalah saya kepada komunikasi secara verbal terlebih dahulu. Komunkasi verbal
sangat penting untuk dikuasai oleh guru kerana komunikasi merupakan satu medium utama dalam
penyampaian isi pelajaran kepada murid. Namun begitu, saya mendapati bahawa saya mempunyai
masalah dalam komunikasi secara verbal iaitu dari segi intonasi suara semasa mengajar.
2. Analisis Isu

Masalah yang saya hadapi ialah intonasi suara saya semasa mengajar adalah kurang pelbagai. Intonasi
suara saya lebih kurang sama pada setiap masa walaupun sepatutnya saya menggunakan intonasi yang
berbeza mngikut situasi contohnya intonasi suara yang teruja semasa bercerita sesuatu yang
menakjubkan. Kesan daripada intonasi suara yang tidak pelbagai ini menyebabkan murid kurang
seronok semasa mengikuti kelas dan kurang teruja walaupun sepatutnya aktiviti yang dirancang adalah
teruja dan menyeronokkan.

3. Kajian lampau

Menurut Farah dan Maslida (2015), intonasi tekanan nada atau penonjolan kata pada bahagian-
bahagian arahan guru perlulah sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. Teknik ini
menekankan beberapa aspek fokus arahan dan gaya pengucapan guru memberikan arahan yang betul,
tepat, jelas dan bersesuaian dengan latar dan situasi pada masa itu untuk menyampaikan maksud
arahan guru kepada murid.
4. Cadangan dan idea penyelesaian masalah

Bagi mengatasi isu intonasi suara yang kurang pelbagai ini, saya perlu berlatih untuk berkomunikasi
menggunakan intonasi yang sesuai mengikut keadaan.

5. Tempoh masa penyelesaian


Seminggu
6. Tindakan susulan

Berlatih menggunakan intonasi suara yang berbeza mengikut situasi.

8. Kesimpulan/refleksi

Saya perlu mengkaji semula apa kesilapan dan strategi yang perlu diambil untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Langkah yang terbaik adalah dengan perlu konsisten dan belajar lebih lagi dalam
berkomunikasi sebagai guru.

You might also like