Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

MUHAMMAD AMIRUL FARIS BIN AZMI

NAMA PELAJAR
HELMI
NOMBOR MATRIKS D22010058

NOMBOR KAD PENGENALAN 940121-14-6859

KUMP/SEMESTER PI (K4) SEM 1

KOD KURSUS EDUP2122

NAMA KURSUS PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH

PENSYARAH KURSUS EN KANG FAIRUZ

NAMA/JENIS TUGASAN TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN

TARIKH PENGHANTARAN 24 DISEMBER 2022

“SEPAKAT DAN KOLEKTIF MENJULANG KECEMERLANGAN


Hubungan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Perkembangan Pendidikan di
Malaysia ialah kedua-duanya melibatkan semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di
Malaysia. Di mana ia mestilah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Dasar
Pendidikan Kebangsaan.

Pengubalan sistem Pendidikan di negara kita ini pula telah melalui satu pertimbangan yang
teliti dengan merujuk kepada Penyataan Razak 1956, Laporan Rahman Talib 196o, Akta
Pelajaran 1961, Laporan Jawwatankuasa Kabinet 1979, Rukun Negara, Prinsip-prinsip
Pendidikan, Matlamat Pendidikan serta Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ianya tidak digubal
bagi memenuhi sesuatu tuntutan individu, malahan untuk memenuhi keperluan rakyat
Malaysia pada ketika itu dan falsafah Pendidikan akan sentiasa berevolusi seiring dengan
keberhajatan rakyatnya.

Maka dapat kita fahami di sini bahawa falsafah ini digubal atas kesedaran bahawa negara
mesti mempunyai hala tuju dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan
rancangan pendidikannya. Falsafah Pendidikan Negara diwujudkan dalam suasana selepas
kemerdekaan yang menegaskan perpaduan sebagai matlamat utama negara melalui
pembentukan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertangguangjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Selain itu, Falsafah Pendidikan Negara dimurnikan seiring dengan perkembangan semasa
dan ia dinamakan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan untuk
melahirkan rakyat yang sempurna, mempunyai sikap tanggungjawab serta taat setia kepada
negara di samping mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi, sosial dan peluang di
antara kaum.

Justeru pembentukan dasar falsafah Pendidikan di Malaysia ini mempunyai perkaitan rapat
dengan perkembangan sistem pendidikan serta berjalan seiring dengan perkembangan
potensi murid secara menyeluruh dan seimbang.

Hal ini juga jelas menunjukkan nilai moral dan aspek rohani amat penting bagi umat Islam
lebih-lebih lagi agama majoriti penduduk di Malaysia. Kualiti pendidikan itu sendiri tidak hanya
mementingkan pendidikan keduniaan semata-mata, malah adab tingkah laku, masyarakat
majmuk yang saling hormat-menghormati juga penting dalam menjadikan sebuah negara
yang maju dan harmoni.

You might also like