Pengenalan Dol Said

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

https://ms.wikipedia.

org/wiki/Dol_Said

PENGENALAN DOL SAID:


Dato’ Abdul Said bin Omar (Jawi: ‫)عبد السيد بن عمر‬, atau Dol Said (1773 – Ogos 1849),
ialah Penghulu Naning yang kesembilan.Mohd Shah bin Mohd Said al-Haj, Tambo
Alam Naning, DBP, 2000, ms 184 Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831
menjadikan beliau seorang pahlawan yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.
Daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu
Naning pada tahun 1799 ketika hanya berumur 26 tahun. Pada tahun 1802, Kolonel
Taylor telah melantik Dol Said sebagai Penghulu Naning dengan syarat beliau
menggunakan cap mohor syarikat Inggeris. Sehingga campur tangan Kolonel
Farquhar pada 1807, penghulu Naning dibenarkan mentadbir Naning termasuklah
dalam hukuman mati. Campur tangan kolonel Farquhar menyebabkan kuasa
menghukum mati diserahkan kepada kerajaan negeri.
Penentangan terhadap British (1831−1832): Beliau telah menentang
pentadbiran British pada tahun 1831−1832. Penentang beliau adalah kerana:
Mempertahankan kemerdekaan Naning:
Mengikut Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Belanda menyerahkan Melaka kepada
British dan British mendakwa Naning ialah sebahagian daripada Melaka. Oleh sebab
itu, British mengarahkan Naning mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di
Melaka. Dol Said dan rakyat Naning enggan menerima dakwaan British tersebut.
Menentang bayaran cukai.
 Melalui Undang-undang 1830, British memaksa Naning membayar satu
persepuluh daripada hasil keluaran pertaniannya. Arahan dikeluarkan setelah
British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan.
 Penghulu Dol Said enggan membayar cukai kerana beliau menganggap Naning
sebagai sebuah daerah yang berdaulat.
Menentang pelaksanaan undang-undang British.
 British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan
kuasa Dol Said. Peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes jenayah.
 Pada tahun 1828, British memberi amaran kepada Dol Said kerana
menyelesaikan kes jenayah di Naning sendirian. Beliau juga diugut akan
dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan British.
Kisah perjuangan beliau berlangsung selama setahun sahaja. Walau
bagaimanapun, terdapat dua peperangan yang berlaku dalam tempoh berkenaan,
iaitu Perang 15 Julai 1831 dan Perang Mac 1832.
Perang 15 Julai 1831
 British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka.
 Kapten Wyllie dihantar mengetuai 150 orang sepoi untuk menyerang Naning.
 Namun, Dol Said berjaya menewaskan British kerana:
o menggunakan taktik perang gerila.
o mendapat bantuan daripada Seri Meranti, Sungai Ujong, Johol dan Muar.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Dol_Said

o juga mendapat bantuan daripada Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau.
Bantuan tentera diketuai oleh menantunya, Syed Sha'aban.
Perang Mac 1832
 British berunding dengan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau
bersetuju menghantar 600 orang hulubalang untuk membantu British.
 Pasukan tentera British dipimpin oleh Kolonel Herbert berjaya menawan Taboh
dan rumah-rumah penduduk Naning dibakar.
 Dol Said menyerah diri kepada pihak British. Peristiwa inilah pengakhiran
kebangkitan Dol Said.
Kehidupan selepas penentangan
Selepas Dol Said menyerahkan diri, kerajaan British telah memberinya pencen
sebanyak 200 rupee sebulan. Beliau telah membeli sebidang tanah untuk
mengusahakan tanaman padi di samping melibatkan diri dalam perubatan. Beliau
telah berjaya menghasilkan wang yang mencukupi untuk memakai kasut, membeli
sebuah kereta kuda dan mengunakan khidmat tukang emas.Dol Said meninggal
dunia pada awal Ogos 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning
bersebelahan Masjid Dato' Dol Said, Taboh Naning.
Rujukan
-Mohd Shah bin Mohd Said al-Haj (2000). Tambo Alam Naning. Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP). ISBN 9836247211.
-Tiong Mook Chai & Lee Aik Sing (2015). Spotlight Galaksi S Sejarah Tingkatan
1.2.3. Pan Asia Publications Sdn. Bhd. ISBN 9789670785516
-Masariah binti Mispari, Johara binti Abdul Wahab & Ridzuan bin Hasan. Buku Teks
Sejarah Tingkatan 2. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789836278319
-Braddell, Thomas (1856). "Notes on Naning". Journal of the Indian Archipelago and
Eastern Asia (dalam bahasa Inggeris) (New series 1).
https://ms.wikipedia.org/wiki/Dol_Said

You might also like