Professional Documents
Culture Documents
Tatacara Datang Dan Balik Murid SK Api Api KK Bagi Sesi Persekolahan 2023 - 2024
Tatacara Datang Dan Balik Murid SK Api Api KK Bagi Sesi Persekolahan 2023 - 2024
________________________________________________________________________________________________
KAEDAH LALUAN BALIK DAN RUANG MENUNGGU MURID SELEPAS TAMAT SESI
PERSEKOLAHAN HARIAN SECARA PENGGILIRAN
Merujuk kepada Modul Pengawalan Murid Di Pintu Pagar Sekolah yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan
Api Api telah memutuskan untuk memilih Model 1, Model 5 dan Model 2 (Penggabungan Model)
sebagai kaedah murid-murid balik selepas tamat sesi persekolahan harian.
Berdasarkan model-model ini, Model 1 adalah murid-murid dikehendaki berada di ruang menunggu
di dalam kawasan sekolah meliputi Dewan Mini sekolah. Murid-murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3,
Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 akan menunggu di Dewan Mini sekolah.
Murid-murid pra sekolah akan menggunakan Model 5 iaitu mereka akan menunggu di kelas/luar kelas
masing-masing sementara menunggu panggilan menggunakan siaraya sekiranya ibubapa/penjaga
sudah berada di kawasan sekolah untuk mengambil anak balik.
Bagi ibubapa/penjaga yang mempunyai seorang anak, tuan/puan bolehlah mengambil anak mengikut
jadual waktu anak balik. Misalnya, tuan/puan mempunyai anak di Tahun 1/2/3 maka, tuan/puan
bolehlah mengambil anak pada jam 12.30 tengah hari pada setiap hari Isnin, Selasa hingga Khamis
dan jam 11.00 pagi setiap hari Jumaat. Tahun 4/5/6, tuan/puan akan mengambil anak pada jam 1.00
tengah hari pada setiap hari Isnin, Rabu, Khamis dan jam 12.30 tengah hari pada hari Selasa serta jam
11.00 pagi pada setiap hari Jumaat. Sementara ibubapa/penjaga yang mempunyai anak di pra sekolah
bolehlah mengambil anak pada jam 11.00 pagi setiap hari.
Ibubapa/penjaga yang mempunyai tiga atau lebih orang anak yang berlainan tahap, tuan/puan
disarankan untuk mengambil anak mengikut masa balik anak secara dua peringkat. Sebagai contoh,
jika tuan/puan mempunyai seorang anak di pra sekolah, seorang anak di tahap 1 dan seorang anak di
tahap 2 atau seorang anak di pra sekolah dan dua orang anak di tahap 2 maka, tuan/puan disarankan
untuk mengambil anak di pra sekolah pada jam 11.00 pagi setiap hari dan menghantarnya ke rumah
terlebih dahulu kemudian mengambil pula anak di tahap 1 atau/dan tahap 2 pada jam 1.00 tengah hari
pada setiap hari Isnin hingga Khamis dan jam 11.00 pagi pada setiap hari Jumaat.
Bersama-sama pemakluman ini dilampirkan bahan-bahan berikut untuk panduan dan rujukan
tuan/puan:
Dengan pemilihan 3 model ini seperti yang terkandung dalam Modul Pengawalan Murid Di Pintu
Pagar Sekolah yang dikeluarkan oleh KPM, pihak sekolah berharap agar SOP Pandemik COVID-19
dapat diamalkan dan dipatuhi dalam kalangan warga sekolah demi keselamatan serta kesihatan
khususnya murid-murid. Di samping itu, ianya diharap dapat memberikan keselesaan kepada
muridmurid semasa menunggu ibubapa/penjaga pada waktu balik.
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Api Api
Bil. Anak Pra sekolah Tahap 1 (Tahun Tahap 2 (Tahun Cadangan masa pengambilan anak
1/2/3) 4/5/6)
Jam 11.00
1 orang sahaja Ada Tiada Tiada
Berdasarkan cadangan jadual tersebut, ibubapa/penjaga disarankan mengikuti masa yang dicadangkan
semasa mengambil anak di kawasan yang telah ditetapkan. Selain itu, tuan/puan juga dikehendaki
menyediakan kad yang tertera nama murid dan kelas pada kertas berwarna putih bersaiz A4 dengan
saiz tulisan sebesar 40 Times New Roman untuk memudahkan guru-guru memanggil dan mengenal
pasti murid-murid sewaktu ketibaan ibubapa/penjaga yang menjemput mereka. Kad ini bolehlah
dipaparkan pada cermin hadapan kenderaan tuan/puan agar mudah dilihat.