Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO HAJI MOHD TAIB


Jalan Sekolah, 31200 Chemor, Perak
Email : aea2046@moe.edu.my No. Tel : 6052011808
Kod Sek : AEA2046 No. Faks : 6052014029

"PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj. Kami : SMKDHMT


Tarikh : 27 Jamadilakhir 1444H
19 Januari 2023

YB Khairudin bin Abu Hanipah


Pengerusi Jawatankuasa,
Pendidikan Pengajian Tinggi,
Belia dan Sukan Negeri Perak,
Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan

Yang Berhormat,

PERMOHONAN SUMBANGAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK SPM DAN STPM


BAGI TAHUN 2023/2024

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Dato’ Hj. Mohd. Taib telah merancang untuk
menjalankan pelbagai program kecemerlangan bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar-
pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM bagi tahun 2023/2024.

3. Pelbagai program kecemerlangan yang akan dilaksanakan mensasarkan peningkatan


GPS sekolah. Program peningkatan akademik ini akan melibatkan semua calon SPM dan
STPM 2023/2024 dan akan dijalankan selepas waktu persekolahan dan juga pada hujung
minggu. Diantara objektif yang ingin dicapai sepanjang program ini dijalankan ialah:

• Mempersiapkan diri pelajar untuk menghadapi SPM dan STPM 2023/2024


• Memberikan pendedahan awal tentang format dan teknik menjawab soalan
peperiksaan.
• Memantapkan keyakinan diri menghadapi peperiksaan sekaligus meningkatkan
prestasi pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM 2023/2024.

4. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami jika pihak Yang Berhormat dapat
memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM10 000 (Sepuluh Ribu Ringgit) bagi
menjayakan pelbagai program yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Sumbangan daripada
pihak Yang Berhormat dapat membantu pihak sekolah untuk menjalankan program
kecemerlangan tersebut dan seterusnya meningkatkan lagi GPS sekolah kepada yang lebih
baik.

“PERAK SEJAHTERA 2030”


6. Kerjasama dan perhatian pihak Yang Berhormat amat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(EN TAJUDDIN BIN AHMAD)


YDP PIBG
SMK Dato’ Hj Mohd Taib, Chemor

ms 2/…

“PERAK SEJAHTERA 2030”


“PERAK SEJAHTERA 2030”

You might also like