P1perlembagaan Kelab Rukun Negara

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SJK (C) YUK CHUEN, 34850 CHANGKAT JERING, TAIPING PERAK.

PERLEMBAGAAN KELAB RUKUN NEGARA

1. Nama
Kelab ini dinamakan Kelab Rukun Negara SJK(C) Yuk Chuen, Changkat Jering.

2. Matlamat
Melahirkan murid yang mengetahui dan memahami prinsip Rukun Negara serta
mengamalkannya dalam kehidupan harian.

3. Objektif
3.1. Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
3.2. Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara
3.3. Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran secara kerohanian dan kepentingan
Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan.
3.4. Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang
berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu-padu,
berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan
negara.
 
4. Keahlian
4.1. Dibuka kepada murid tahun 3,4,5 dan 6 SJK(C) Yuk Chuen.

5. Guru Penasihat
5.1. Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru-guru sekolah ini.
5.2. Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan
sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

6. Ahli Jawatankuasa
6.1. Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2. Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan
sebagai AJK.
6.3. Pemilihan AJK secara undian.
6.4. AJK kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5. AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat peletakan jawatan
kepada Guru Penasihat.

7. Kehadiran / Penyertaan
7.1. Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab
sepanjang tahun .
7.2. Kegagalan berbuat demikian sebnayak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab.
8. Aktiviti
8.1. Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyurata agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
8.2. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

9. Peraturan-peraturan
9.1. Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
9.2. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
9.3. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

10. Tindakan disiplin


10.1. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
10.2. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat kelab secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah
muktamad.

11. Pindaan Perlembagaan


11.1. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
11.2. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan diluluskan oleh
Guru Besar.

12 . Hal-hal lain
12.1 Setiah ahli mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan .
12.2 Ahi-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat.

You might also like