Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

320

UJIAN DASS

Pengenalan

Depression Anxiety and Stress Scales (DASS) sebagai alat kajian mengukur tahap
stress. Alat kajian DASS ini versi pendek 21 item, namun versi asal DASS mempunyai
42 item yang telah diperkenalkan oleh Peter Lovinbond dari University of New South
Wales Australia. Menurut Ramli, Mohd. Arif dan Zaini (2007), DASS telah diterjemah
dalam pelbagai bahasa termasuklah versi Bahasa Malaysia (BM) yang mempunyai
21 item. DASS juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai alat
penyelidikan untuk mengukur aspek psikologi. Semua item dinilai menggunakan skala
pemeringkatan Likert dengan empat pilihan jawapan iaitu tidak langsung, sedikit
atau jarang-jarang, banyak atau kerap kali dan sangat banyak atau sangat kerap.

Hasil penilaian kebolehpercayaan ke atas skala DASS yang mengandungi 21


item menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Pekali kebolehpercayaan
alfa Cronbach skala DASS adalah 0.930. Pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach
skala DASS bagi komponen Stress yang terdiri daripada 7 item adalah pada tahap
yang baik iaitu 0.792.

Soal Selidik

Sila baca setiap penyataan dan bulatkan jawapan (skala :- 0, 1, 2, 3 ) yang


menggambarkan diri anda . Tidak ada jawapan betul atau
salah. JANGAN guna terlalu banyak masa untuk mana-mana kenyataan. Skala
markah adalah seperti berikut.

0 = Tidak pernah sama sekali, 1 = Jarang-jarang, 2 = Kerap kali, 3 = Sangat Kerap

Tidak Jarang Kerap Sangat


Pernah Kerap
1. Saya rasa susah untuk bertenang 0 1 2 3

2. Saya aedar mulut saya rasa kering 0 1 2 3

3. Saya seolah-olah tidak dapat mengalami 0 1 2 3


perasaan positif sama sekali
321

4. Saya mengalami kesukaran bernafas contohnya 0 1 2 3


bernafas terlalu cepat, tercunggap-cunggap
walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal
5. Saya rasa tidak bersemangat untuk memulakan 0 1 2 3
sesuatu perkara
6. Saya cenderung bertindak secara berlebihan 0 1 2 3
kepada sesuatu keadaan
7. Saya pernah menggeletar contohnya tangan 0 1 2 3

8. Saya rasa saya terlalu gelisah 0 1 2 3

9. Saya risau akan berlaku keadaan di mana saya 0 1 2 3


panikdan berkelakuan bodoh
10. Saya rasa tidak ada apa-apa yang saya 0 1 2 3
harapkan (putus harapan)
11. Saya dapati saya mudah resah 0 1 2 3

12. Saya berasa sukar untuk tenang (relaks) 0 1 2 3

13. Saya rasa muram dan sedih 0 1 2 3

14. Saya tidak boleh terima apa jua yang 0 1 2 3


menghalangi saya daripada meneruskan apa
yang saya sedang lakukan
15. Saya rasa hamper panik 0 1 2 3

16. Saya rasa tidak bersemangat langsung 0 1 2 3

17. Saya rasa diri saya tidak berharga 0 1 2 3

18. Saya mudah tersinggung 0 1 2 3

19. Walaupun saya tidak melakukan aktiviti fizikal, 0 1 2 3


saya sedar akan debaran jantung saya
contohnya degupan jantung lebih cepat
20. Saya berasa takut tanpa sebab 0 1 2 3

21. Saya rasa hidup ini tidak bererti lagi 0 1 2 3


322

Kaedah Permarkahan

Panduan mengira skor :- masukkan skala markah bagi skala(S), bagi setiap kategori

Tekanan : Stress
Soalan S1 S6 S8 S11 S12 S14 S18 Jumlah
Markah

Kebimbangan : Anxiety
Soalan S2 S4 S7 S9 S15 S19 S20 Jumlah
Markah

Kemurungan : Depression
Soalan S3 S5 S10 S13 S16 S17 S21 Jumlah
Markah

Skor Saringan
Kemurungan Kebimbangan Tekanan
Normal 0-5 0-4 0-7
Ringan 6-7 5-6 8 9
Sederhana 8 - 10 7-8 10 13
Teruk 11 -14 9 - 10 14 17
Sangat Teruk 15 + 11 + 18 +

You might also like