Kertas Kerja Keceriaan SPBT

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROJEK KECERIAAN BILIK OPERASI SPBT


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MANILA

UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MANILA, SANDAKAN, SABAH

UNIT SPBT 1
PENDAHULUAN

Stor SPBT telah diwujudkan sejak bermulanya Skim Pinjaman Buku Teks
dan hanya merupakan tempat menyimpan buku teks. Dari masa ke masa
penambahbaikan telah dibuat dan jawatankuasa telah bersetuju
menubuhkan sebuah bilik operasi yang serba lengkap dan kondusif sejajar
dengan transformasi negara masa kini. Bilik Operasi SPBT Sekolah
Kebangsaan Sungai Manila telah beroperasi dengan kemudahan asas yang
terhad. Walaubagaimanapun, sistem pengurusan dan pendokumentasian
telah dikemaskini dan diberi penambahbaikan mengikut spesifikasi yang
diperlukan oleh Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia.

RASIONAL

Dapatan pemantauan oleh pegawai Unit HEM PPD Sandakan pada tahun
2017 telah mendapati kemudahan di dalam bilik Operasi SPBT SK. Sungai
Manila adalah sangat terhad. Justeru itu, Unit Skim Pinjaman Buku Teks
SK. Sungai Manila sangat berbesar hati untuk terus meningkatkan
kecemerlangan pengurusan SPBT dan bertekad untuk menyediakan
kemudahan yang lebih kondusif kepada semua murid sekolah di samping
usaha memartabatkan Buku Teks sebagai sumber ilmu utama. Sumbangan
idea, tenaga, sokongan moral dan kewangan untuk merealisasikan
pengurusan SPBT yang lebih sangat diperlukan.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan peranan Unit SPBT sebagai sebuah unit yang


membantu kecemerlangan murid melalui aspek keutamaan buku
teks sebagai sumber ilmu utama dengan menyediakan kemudahan
tempat membaca seperti Taman SPBT.
2. Menyediakan sebuah tempat simpanan buku teks SPBT yang
terurus, berinisiatif, kreatif, berfungsi dan selamat.
3. Memperkasakan unit SPBT dalam pengurusan sistem fail dan buku
stok dengan kualiti yang lebih cemerlang dan sistematik.
4. Memupuk budaya kerja berpasukan dalam usaha untuk melonjakkan
kecemerlangan pengurusan SPBT di sekolah.

UNIT SPBT 2
MATLAMAT

1. Menjadi sebuah unit yang cekap, kreatif dan berinovasi dalam


pengurusan SPBT serta mesra pelajar.
2. Kemudahan yang disediakan menjadi tarikan murid untuk terus
membaca dan menjadikan buku teks sebagai bahan rujukan utama
dalam pelajaran.

SASARAN

1. Bilik Operasi SPBT Sekolah


2. Taman SPBT

TARIKH PELAKSANAAN

26 Mac 2018 hingga 26 April 2018

PENGLIBATAN

1. Pengurusan – Jawatankuasa Unit SPBT


2. Kelab SPBT Sekolah

PERANCANGAN PROJEK DAN KOS

SASARAN KERJA-KERJA ANGGARAN


KOS
1.Bilik Operasi SPBT  Sistem fail (rak fail)
Sekolah  Papan kenyataan (Carta
Organisasi, Takwim SPBT
2018)
 Alatulis
 Wallpaper / Cat dinding RM 700
 Meja dan kerusi pengurusan
 Alas meja, skirting
 Tikar getah
 Hiasan-hiasan lain
2.Taman SPBT  Pasu dan bunga
 Papan dan kayu RM 200

JUMLAH RM 900

UNIT SPBT 3
PENUTUP

Projek Keceriaan Bilik Operasi SPBT ini diharap dapat mencapai objektif
dan matlamatnya. Selain itu, diharap semua kemudahan dan keceriaan
yang disediakan dapat menarik minat serta mengubah persepsi positif
pelajar terhadap buku teks seterusnya memartabatkan buku teks sebagai
sumber ilmu utama.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………. …………………………….

NUR AMANINA BT MOHD NAZRI EN. ZAINI BIN OSMAN

Penolong Penyelaras Unit SPBT Guru Besar

SK. Sungai Manila, SK. Sungai Manila,

90009 Sandakan, 90009 Sandakan,

Sabah. Sabah.

UNIT SPBT 4

You might also like