Nota Sejarah Bab 1-4 (UPSA)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Bab 1:Mengenali Sejarah

1.1 Pengertian Sejarah


Secara umum ,Sejarah bermaksud peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada masa lalu.
Dalam Kamus Dewan, Sejarah bermaksud peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku
pada masa lampau.Sejarah juga dikaitkan dengan pengetahuan peristiwa yang telah
berlaku.
Dalam Bahasa Inggeris, “history” dikatakan berasal daripada bahasa Yunani iaitu “historia”
yang bermaksud penyelidikan.Sejarah juga dikaitkan dengan cerita tentang seseorang.
Dalam Bahasa Melayu, “sejarah” dikatakan berasal daripada Bahasa Arab iaitu “syajaratun”
yang bermaksud pohon atau pokok.Sejarah juga dikaitkan dengan
salasilah,riwayat,keturunan dan asal usul.
1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan
Herodotus-Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan
mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa.Karya yang terkenal ialah
‘Histories’ atau ‘The Persian War’ yang ditulis berdasarkan peristiwa yang benar-benar
berlaku.Herodotus ialah sejarawan yang pertama menggunakan istilah sejarah.
E.H Carr-Sejarah ialah suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan
fakta-faktanya,suatu dialog tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa
lampau.Karya terkenal ialah ‘What is History?’.
Ibn Khaldun-Sejarah merupakan perkara tentang masyarakat manusia,peradaban dunia
dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat sifat manusia.Karya terkenal ialah
‘Muqqadimah’ mengandungi enam bab yang mengupas perihal kehidupan manusia bermula
pada zaman primitif hingga kehidupan di bandar.
Muhd Yusof Ibrahim-Sejarah merupakan masa lalu itu sendiri serta catatan atau rekod
tentang peristiwa yang berlaku pada masa lampau.Karya terkenal ialah ‘Sejarah dan
Prasejarahan Melayu:Tradisi dan Transformasi’.
Khoo Kay Kim-Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku.sejarah
mendorong kita lebih memahami apa-apa berlaku pada masa kini,di samping menjamin
kesilapan yang sama tidak berulang.Sejarah ialah ibu kepada semua bidang.
1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah
Kronologi ialah urutan peristiwa mengikut urutan masa.
SM(Sebelum masihi)-Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa As.
M(Masihi)-Zaman bermula dengan kelahiran Nabi Isa As.
Dekad-10 tahun
Abad-100 tahun
Alaf-1000 tahun
Masa Silam-rentetan peristiwa yang telah berlaku.
1.4 Sumber Sejarah
Sumber Sejarah dibahagikan kepada dua iaitu, ‘sumber primer’ dan ‘sumber sekunder’.
Sumber primer ialah sumber yang belum diolah atau diterbitkan,bersifat asli dan belum
ditafsir.Contohnya,Fosil,artifak,bukan artifak dan batu bersurat.
Sumber sekunder ialah bahan yang telah diolah dan diterbitkan serta bahan tersebar
kepada umum.Contohnya,Buku,akhbar,majalah dan jurnal.
Artifak merupakan peralatan manusia untuk pemburuan,pertanian dan perdagangan serta
diperbuat daripada batu,kaca & logam.
Bukan Artifak merupakan data arkeologi berkaitan budaya manusia yang terdapat di bawah
tanah & di atas permukaan tanah,seperti dinding gua,dinding kota & struktur
binaan.Contohnya,Penemuan candi Lembah Bujang
Ensiklopedia merupakan sumber sekunder serta bahan yang terkandung dalam
ensiklopedia ini berdasarkan fakta dan sumber sejarah yang sahih.Contohnya,The
Encyclopedia of Malaysia.
1.5 Penyelidikan dalam Sejarah
KAEDAH BERTULIS
- Kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang dipahat
atau ditulis.
- Boleh dilihat pada catatan harian seseorang,fail kerajaan dan catatan
pengembaraan.
Proses Kaedah Bertulis
~ Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa,tokoh atau institusi.
~ Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut.
~ Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh
~ Menggunakan peralatan yang sesuai(penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
serta peralatan arkeologi.
~ Menganalisis.
Contoh:Daun lontar,Batu Bersurat Terengganu.

KAEDAH LISAN
- Proses mendapatkan maklumat melalui temu bual.
Tiga Tahap dalam Kaedah Lisan:
~ Tahap pertama:Persediaan
~ Tahap kedua: Rakaman temu bual
~ Tahap ketiga:Memproses rakaman.

KAEDAH ARKEOLOGI
- Kaedah yang digunakan secara saintifik untuk mencari maklumat sejarah daripada
bahan tinggalan sejarah.
- Bahan tinggalan
- Fosil,tembikar,bahan logam dan binaan daripada batu.

Kerja -kerja di Makmal Arkeologi


1)Pemunggahan dan pengisihan.Pengisihan biasanya mengikut jenis artifak atau lapisan
tanah di tapak artifak dijumpa.
2)Pembersihan dilakukan sebelum dikaji.
3)Pengkata logam bagi setiap artifak dengan nombor pengenalan.
4)Penganalisisan bagi mendapatkan maklumat tentang sesuatu objek.

Arkeologi bawah air


Arkeologi bawah air ialah kajian saintifik tentang sejarah peninggalan manusia yang
terdampar di dasar laut,sungai atau tasik.
1.6 Tafsiran dalam Sejarah

Tafsiran Sejarah - menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan


sumber-sumber yang berkaitan dengannya.
Perbezaan Tafsiran - pemilihan sumber yang pelbagai,perbezaan pandangan,perbezaan
ideologi,tujuan penulisan.
Kepentingan Tafsiran
- Menggalakkan penggunaan pelbagai sumber untuk mendapatkan bukit yang kukuh.
- Menilai sesuatu peristiwa dari sudut yang berbeza.
- Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis dalam mengkaji sesuatu peristiwa
Contoh Tafsiran
- Pengkaji tempatan melihat faktor kebangkitan Tok Janggut di Kelantan disebabkan
oleh penentangan cukai tanah dan hasil hutan yang diperkenalkan British.
- Pengkaji Barat menganggap kebangkitan Tok Janggut sebagai pemberontakan.

1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah

Mengenal Asal Usul


- Keluarga dan negara
- Memahami adat,tradisi dan budaya
Mengambil Iktibar
- Sejarah membawa pengajaran
- Tidak mempelajari sejarah,berkemungkinan mengulangi kesilapan
Memupuk Patriotisme
- Menghargai warisan negara
- Menyemai rasa cinta akan negara
- Menaikkan semangat patriotik
Mengukuhkan Perpaduan
- Sejarah menjadi sumber kesedaran untuk menjaga adat resam dan tradisi kita
- Dapat meneruskan hubungan harmoni antara kaum
Membangunkan Negara dan Bangsa
- Dapat mengekalkan kegemilangan negara
- Memahami budaya dahulu dan budaya kini
Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah
- Pemikiran kritis dan analitis ditingkatkan
- Dapat membuat tafsiran sesuatu peristiwa
Bab 2:Zaman Air Batu

2.1 Dunia Kita

1.Dunia merupakan tempat tinggal manusia dan menjadi habitat kepada berjuta-juta hidupan
yang lain.
2.Usia bumi dianggarkan oleh sains melebihi 4.6 billion tahun dan telah mengalami
perubahan dari segi fizikal dan iklim semenjak bumi mula terbentuk.

Pembentukan fizikal bumi:

Peringkat 1
- Bumi pada 650 juta tahun
- Tiada hidupan

Peringkat 2
- Bumi pada 390 juta tahun
- Air laut tawar
- Wujud ikan dan amfibia

Peringkat 3
- Bumi pada 195 juta tahun
- Zaman Jurasik

Peringkat 4
- Bumi pada 94 juta tahun
- Dinosaur pupus
- Rupa bentuk benua kelihatan

Peringkat 5
- Bumi pada 18,000 tahun
- Wujud kuda,badak sumbu,anjing dan kucing
- Paras air laut meningkat

Peringkat 6
- Bumi pada hari ini(2023)

Iklim telah mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi menjadi:

Daratan
● Terdiri daripada gunung,banjaran,bukit,tanah pamah,lembah,dan sungai.
● Terdapat tujuh buah benua di dunia iaitu Antartika,Amerika Utara,Amerika
Selatan,Eropah,Afrika,Asia,Oceania.
Lautan
● Merupakan kawasan air masin yang meliputi 71% bentuk muka bumi.
● Terdapat lima lautan di dunia iaitu Lautan Pasifik,Lautan Selatan,Lautan
Atlantik,Lautan Hindi,Lautan Artik.
2.2 Zaman Air Batu

Zaman Air Batu merupakan zaman ketika air batu menutupi permukaan bumi.

Tahap Zaman Air Batu

Zaman Miosen

● Berlaku antara 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu.


● Gunung-ganang terbentuk secara fizikal
● Mamalia berkembang di bumi,hidupan laut dan air juga berkembang.
● Suhu dunia panas dan kering.

Zaman Pliosen

● Berlaku antara 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun dahulu.


● Berlaku penyejukan global.
● Penyejukan dan pengeringan alam sekitar global membawa kepada penyebaran
besar padang rumput savana.

Zaman Pleistosen

● Berlaku antara 2.5 juta hingga 10000 tahun dahulu.


● Glasier utama berlaku sebanyak 11 kali.
● Manusia tahu cara membuat api.
● Manusia telah sampai ke Australia melalui jalan darat di Asia Tenggara.

Zaman Holosen

● Berlaku 10000 tahun dahulu hingga kini


● Manusia tahu menjalankan pertanian untuk mendapatkan makanan.
● Berlaku perkembangan dalam bidang pentadbiran,undang-undang,pendidikan dan
keagamaan.

2.3 Garis Masa Zaman Air Batu

1.Menurut ahli paleontologi,hidupan di bumi bermula semenjak 545 juta tahun dahulu.
2. Kepelbagaian spesies binatang berkait rapat dengan perubahan iklim dan peringkat
zaman yang dilaluinya.
3.Kewujudan hidupan mengikut garisan masa:

2.4 Ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir

Ciri-ciri Huraian

Ciri fizikal bumi ● Permukaan air laut membeku.


● Sebahagian besar bumi dilitupi salji

Aras laut ● Permukaan air laut membeku.


● Paras laut rendah.
● Pulau bersambung dengan tanah
besar.

Suhu ● Suhu dunia masih sejuk.


● Kawasan kutub dan benua Eropah
dipenuhi salji.

Binatang ● Di kawasan tanah pamah yang


sejuk terdapat badak dan mamot.

Tumbuhan ● Tumbuhan utama adalah rumput


dan pokok renek.

Kehidupan manusia ● Manusia hidup secara nomad.


● Mereka memburu binatang.

2.5 Perubahan Zaman Air Batu Akhir

● Bentuk fizikal bumi berubah.


● Sungai dan tasik terbentuk.
● Binatang Zaman Pleistosen pupus.
● Manusia menyesuaikan aktiviti harian dengan perubahan iklim.
● Bumi mengalami perubahan iklim.
2.6 Kesan Perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara
1. Perkembangan yang berlaku pada Zaman Air Batu Akhir membawa dua kesan
penting di Asia Tenggara iaitu kenaikan paras air laut di Pentas Sunda dan
pergerakan manusia di sekitarnya.
2. Sebelum 10,000 tahun dahulu,Asia Tenggara merupakan kawasan tanah pamah
yang luas terbentang dan menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan
yang dikenal sebagai Pentas Sunda.
3. Kepulauan Sumatera,Jawa dan Borneo berada di atas Pentas Sunda.
4. Kawasan yang dihubungkan melalui daratan menyatukan
Burma,Thailand,Laos,Kemboja,Vietnam,Semenanjung Malaysia,Singapura dan
Borneo.
5. Kecairan air batu pada peringkat akhir Zaman Holosen telah menyebabkan:

a)Tenggelamnya Pentas Sunda.


b)Wujudnya kepulauan seperti Sumatera,Jawa,Borneo pada hari ini.
c)Terbentuk sungai dan tasik.
d)Pembentukan Teluk Siam ,Selat Melaka dan Laut Jawa.
e)Pergerakan manusia di sekitar Asia Tenggara.
f)Asia Tenggara menjadi tumpuan mamalia bersaiz besar dan sederhana.

You might also like