Surat Permohonan Bomba - Koperasi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS,

TELOK MAS, 75460 MELAKA.


☏ 06-2615292 faks: 06-2619422 ✉ mea_2098@yahoo.com

Rujukan Kami : SMKTM 600-3/4/9


Tarikh : 21.9.2022

Pengerusi,
Koperasi SMK Telok Mas Melaka Berhad,
SMK Telok Mas,
75460, Telok Mas,
Melaka.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI KEPERLUAN MENYERTAI CABARAN KADET


BOMBA DAN PENYELAMAT PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimakluman bahawa Kor Kadet Bomba SMK Telok Mas terpilih mewakili
Melaka untuk menyertai Cabaran Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Kebangsaan
Tahun 2022. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon sumbangan sebanyak
RM550.00 seperti butiran berikut;
Alatan Kuantiti Harga seunit Jumlah
Kernmental Rope 2 unit RM 155.00 RM 310.00
Wang Saku Pelajar 5 orang X 4 hari RM 12.00 RM 240.00
Jumlah RM 550.00

3. Untuk makluman pihak tuan, tali yang digunakan oleh Kor Kadet Bomba bagi
Cabaran Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Kebangsaan (kategori Ikatan &
Simpulan) dipinjamkan oleh balai Bomba Padang Temu untuk kegunaan pelajar dalam
tempoh masa yang terhad. Oleh itu, pembelian alatan ini dapat memberi kemudahan
kepada pelajar bagi menjalani latihan kendiri pada bila-bila masa. Selain itu, tali ini juga
dapat digunakan untuk menjayakan aktiviti kokurikulum lain yang dijalankan sepanjang
tahun. Wang saku pula digunakan untuk makan dan minum pelajar semasa menjalani
Latihan Pusat.

4. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan didahului dengan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………
(NURUL AIN ASHIKIN BINTI HALIN)
Ketua Guru Penasihat Kadet Bomba dan Penyelamat,
SMK Telok Mas.

You might also like