Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SPSK 07-03

SPSK PK 07/03

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN WANGSA MAJU SEKSYEN 2


Program Sekolah Transformasi 2025 (TS25) 5.0

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL 3/ TAHUN 2021

Tarikh : 5 OGOS 2021 (KHAMIS)

Masa : 2.30 – 4.00 PETANG

Tempat : KEDIAMAN SENDIRI (GOOGLE MEET)

Pengerusi : PN. JAYANTHY RAMAIAH (KETUA PANITIA)

Nama Yang Hadir:


1 Pn. Jayanthy Ramaiah
2 Pn. Nor Afiqah Bt Yahya
3 Cik Siti Nurul Syarafina Bt Mohd Aminuddin
4 Pn. Rohayatun Rodziah Bt Mohamad
5 En. Muhammad Khairul Bassri B. Adnan
6 Pn. Sofea Solehah Binti Ramli
7 Pn. Nor Nadiyah Binti Mohd Nadir

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru kerana sudi hadir pada Mesyuarat Panitia
Sejarah Bil 3 / 2021.
1.2. Pengerusi mengalukan kehadiran Cikgu Pn Nor Nadiyah Bt Mohd Nadir sebagai ahli baru dalam
Panitia Sejarah.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


2.1 Minit mesyuarat dibentang dan disahkan oleh Cik Siti Nurul Syarafina Bt Mohd Aminuddin
serta disokong oleh Pn Rohayatun Rodziah Bt Mohamad.

3.0 MAKLUM BALAS DAN PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada perkara berbangkit

4.0 AGENDA BAHARU / PELAPORAN


4.1 Post – Mortem SPM
4.1.1 Ketua Panitia berharap pada tahun ini dapat meningkatkan sasaran peratus murid lulus
Sejarah SPM di mana pada tahun 2019 peratus lulus 86.67% dan tahun 2020 peratus lulus
91.95%.
4.1.2 Ketua Panitia meletakkan sasaran murid SPM mendapat A pada tahun ini seramai 13 orang
murid berbanding tahun 2020 seramai 20 orang murid mendapat A dalam subjek SPM
Sejarah.

1
4.2 Kajian kes bagi semua tingkatan
4.2.1 Ketua Panitia memaklumkan kajian kes untuk murid Tingkatan 1 hingga 5 wajib
dilaksanakan.
4.2.2 Ketua Panitia meminta Cikgu Rohayatun dapat memberikan sedikit taklimat untuk guru-guru
baru menyertai panitia Sejarah mengenai cara melaksanakan kajian kes untuk murid-murid
dan akan direkodkan sebagai PLC.
Tindakan: Semua guru Sejarah

4.3 Pengisian Tahap Penguasaan (PBD)


4.3.1 Pengerusi memaklumkan pemberian TP 1 dan TP 2 perlu disertai justifikasi
4.3.2 Penetapan TP perlu jujur dalam memberi penilaian kepada murid-murid dan cuba meletakkan
sasaran TP 3 bagi semua murid dan membantu murid yang lemah untuk mencapai TP 3. TP 3
juga boleh diberi jika murid melaksanakan kajian kes secara minimum.
Tindakan: Semua guru Sejarah

4.4 Program – program Peningkatan Akademik


4.4.1 Ketua Panitia mengingatkan guru yang terlibat dengan Guru Ikon Sejarah perlu
memurnikan RPH sebelum dihantar untuk penyemakkan.
4.4.2 Program teknik menjawab soalan untuk murid tingkatan 5 telah selesai dijalankan.
4.4.3 Guru Sejarah tingkatan 4 perlu mengenal pasti pelajar yang lemah dalam subjek
Sejarah, akan tetapi agar suka untuk mengenal pasti murid-murid ini kerana penilaian
secara PDPR sukar dinilai.
4.4.4 Ketua Panitia memberitahu terdapat jurang jantina yang lulus dalam SPM yang mana
murid lelaki lebih cenderung untuk gagal berbanding murid perempuan dan meminta
guru subjek meneruskan program untuk membantu murid-murid yang lemah dan
gagal dalam Sejarah.
4.4.5 Ketua Panitia memberitahu Pn.Noraini daripada PPD Keramat telah mencadangkan
guru subjek sendiri melakukan intervensi untuk membantu murid-murid lemah dalam
subjek Sejarah.
Tindakan: Guru Sejarah Tingkatan 4 dan 5
4.5 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
4.5.1 Guru perlu memfokuskan dalam membuat objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan
agar dapat mencapai sasaran minimum untuk objektif dan kriteria kejayaan.
4.5.2 Jika guru ada membuat aktiviti, boleh masukkan TP ke dalam refleksi akhir.

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Ketua Panitia memberitahu sekolah akan melaksanakan program Sambutan Bulan
Kemerdekaan di bawah Panitia Sejarah.
5.2 Ketua Panitia meminta semua guru Sejarah dapat menggalakkan murid-murid dari kelas yang
diajar untuk menyertai program ini. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan secara maya:
i) Ucapan kreatif
ii) Bicara Merdeka
iii) Memperagakan pakaian tradisional
5.3 Ketua Panitia memberitahu modul MPP sudah siap dan pemberian kepada murid agak terbatas
kerana masalah covid-19 dan masih PDPR.
5.4 Ketua Panitia juga mencadangkan agar semua guru-guru Sejarah diberikan taklimat mengenai
teknik menjawab soalan SPM Sejarah.

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN


2
6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap setiap
perkara yang dimaklumkan diambil tindakan dengan segera.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

………………………………………………… ……………………………………………………
(SITI NURUL SAYARAFINA BT MOHD AMINUDDIN) ( PN. JAYANTHY RAMAIAH)
Setiausaha, Ketua Panitia,
Panitia Sejarah, Panitia Sejarah,
SMK Wangsa Maju Seksyen 2 SMK Wangsa Maju Seksyen 2

Disahkan oleh,

………………………………………………
( )

You might also like