Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 42

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA


http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 23 MEI 2023, PUKUL 10.00 PAGI


Bil. 1

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

1. PR-1522-MQT2228
Puan Rodziah binti Ismail [ Ampang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan kemungkinan keputusan Kerajaan Persekutuan beralih daripada
model Single Wholesale Network kepada Dual Network mengakibatkan
beberapa kemudaratan seperti kemungkiran kontrak antarabangsa,
pelanggaran tatakelola baik, risiko keselamatan siber, lonjakan implikasi
kewangan kepada Kerajaan dan kenaikan tarif 5G buat pengguna.

2. PR-1522-MQT2224
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [ Bagan Serai ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan adakah pihak Kerajaan mendapatkan perkenan Majlis
Raja-raja Melayu dan berunding dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri
terlebih dahulu sebelum kerajaan secara diam-diam menarik balik rayuan
dalam kes kalimah Allah yang begitu besar implikasinya terhadap kedudukan
Islam sebagai agama Persekutuan.

3. PR-1522-MQT2221
Tuan Tan Hong Pin [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk memanjangkan masa operasi
Pusat Respons Scam Kebangsaan (National Scam Response Centre -
NSRC) ke 24 jam bagi membantu dengan segera mereka yang menjadi
mangsa penipuan mendapat bantuan yang tepat dan segera dalam masa
yang kritikal.
MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA


http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 23 MEI 2023, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 33

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1522-L19582
Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj [ Segamat ] minta MENTERI KEMAJUAN
DESA DAN WILAYAH menyatakan bagaimana MARA dapat mewujudkan
ruang perkhidmatan profesional kepada kakitangan-kakitangan perubatan
kontrak khususnya doktor yang tidak diserap untuk perjawatan tetap KKM dan
apakah skop sokongan kewangan yang disediakan bagi menjadikan bidang
kesihatan sebagai cabang keusahawanan yang lestari di bawah MARA.

2. PR-1522-L20337
Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [ Langkawi ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
:-
(a) apakah Kementerian telah berpuas hati dengan pencapaian
wanita di dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan
sektor swasta yang lain; dan

(b) adakah kuota 30% telah dicapai dan sekiranya tidak


tercapai apakah peranan Kementerian bagi memenuhi
hasrat 30% yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
AUM DR 23/5/2023 2

3. PR-1522-L19855
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [ Sri Gading ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apakah Langkah-langkah yang telah diambil oleh
kementerian bagi memastikan takwim persekolahan dipatuhi oleh semua
pihak dan tahun berapa persekolahan dapat bermula awal Januari.

4. PR-1522-L20952
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta
MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapakah sistem RFID masih
mengalami masalah sehingga berlaku kesesakan di plaza tol dan apakah
perancangan pihak Kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut.

5. PR-1522-L19775
Datuk Suhaimi bin Nasir [ Libaran ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian
dalam memberikan kesedaran tentang bahaya strok haba kepada
masyarakat bagi mengelakkan pertambahan kematian akibat strok haba.

6. PR-1522-L20912
Dato' Dr. Alias bin Razak [ Kuala Nerus ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status terkini
pembinaan Rumah Belia Madani (RBM) dan apakah Kementerian
mempunyai suatu garis masa untuk memperluas pembinaan RBM ke seluruh
negara.

7. PR-1522-L20989
Tuan Azli bin Yusof [ Shah Alam ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN
menyatakan langkah-langkah dan program yang direncana oleh Kementerian
untuk:-
(a) membina belia-belia luar bandar agar aktif dalam amalan
hidup sihat di samping mencungkil bakat-bakat mereka
dalam bidang sukan ; dan

(b) memahamkan belia-belia luar bandar tentang gagasan


Malaysia Madani agar mereka dapat menjiwai dasar baharu
Kerajaan Perpaduan.

8. PR-1522-L20371
Dato' Azman bin Nasrudin [ Padang Serai ] minta MENTERI PERPADUAN
NEGARA menyatakan sejauh manakah pencapaian Pelan Tindakan
Perpaduan Negara 2021-2030 yang dilancarkan pada November 2021, dan
senarai inisiatif yang telah dilaksanakan.
3 AUM DR 23/5/2023

9. PR-1522-L20201
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
:-
(a) jumlah suri rumah dan wanita yang telah berdaftar di bawah
Program Caruman Sukarela Insentif Suri (I-SURI) sejak
ianya dikuatkuasakan sehingga sekarang; dan

(b) jumlah suri rumah yang menyertai Skim Keselamatan Sosial


Suri Rumah (SKSSR) dan Skim Keselamatan Sosial
Pekerjaan Sendiri.

10. PR-1522-L20352
Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta
MENTERI PENDIDIKAN menyatakan program pendidikan yang ditawarkan
bagi sekolah teknik, vokasional dan TVET yang berpadanan dengan
permintaan sektor pekerjaan serta usaha Kementerian bagi meningkatkan
kadar kemenjadian pelajar dalam bidang pekerjaan.

11. PR-1522-L20147
Tuan Chong Zhemin [ Kampar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan adakah Kementerian akan melaksanakan garis panduan baru
untuk membenarkan Ebike dan Moped digunakan di jalan taman perumahan,
kampung-kampung dan juga lorong basikal untuk menyambungkan “first-
mile-last-mile”.

12. PR-1522-L20271
Dato' Rosol bin Wahid [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah
holistik yang dirangka oleh Kementerian terhadap lambakan kediaman
berharga dalam lingkungan RM500,000 hingga RM1 juta yang dilaporkan
mencatat jumlah tidak terjual tertinggi sebanyak 33.6 peratus daripada
keseluruhan kediaman siap dibina yang tidak terjual serta jalan
penyelesaiannya.

13. PR-1522-L19548
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng [ Tanjung Piai ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan langkah yang diambil pihak Kementerian untuk menangani
lambakan isu pegawai perubatan yang terpaksa meninggalkan KKM
disebabkan faktor bebanan kerja berlebihan (burn out), tidak mendapat
peluang diserap secara tetap atau menyambung kepakaran.
AUM DR 23/5/2023 4

14. PR-1522-L20247
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [ Machang ] minta
MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah perkembangan terkini projek
pembinaan serta naik taraf lebuh raya-lebuh raya di negeri Kelantan seperti
Central Spine Road 34. Berdasarkan pemerhatian, lebuh raya ini telah
terlewat dari rancangan asal siap kerja.

15. PR-1522-L20115
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [ Batang Lupar ] minta MENTERI
KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan usaha dan bantuan yang
disediakan oleh pihak Kerajaan bagi membantu memperkasakan usahawan-
usahawan desa yang mana produk-produk mereka mempunyai potensi untuk
dibangunkan secara komersial.

16. PR-1522-L20378
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan hasil
perbincangan jawatankuasa peringkat tertinggi yang ditubuhkan bagi
menangani isu doktor kontrak.

17. PR-1522-L20884
Tuan Roy Angau anak Gingkoi [ Lubok Antu ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan prosedur serta langkah untuk memastikan kelancaran
trafik dan tahap keselamatan pengguna jalanraya di sekitar kawasan
lencongan jalan, jalan simpang-simpang keluar masuk yang tidak mempunyai
penghadang jalan dan tapak pembinaan jajaran Lebuh Raya Pan Borneo.

18. PR-1522-L20585
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [ Parit ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
sama ada Kementerian mempunyai perancangan untuk mewujudkan satu
sistem yang komprehensif dalam mengesan dan memantau golongan warga
emas yang tinggal bersendirian di seluruh negara bagi memastikan kebajikan
mereka tidak terabai.

19. PR-1522-L20123
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan bagaimana untuk memastikan keselamatan vape. Nyatakan
kesan baik dan buruk oleh vape. Adakah Kementerian akan mengehadkan
vape supaya tidak mempunyai pembungkusan dan perisa yang menarik.
5 AUM DR 23/5/2023

20. PR-1522-L20748
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian
untuk menghapuskan monopoli operator sekolah amanah dan menggalakkan
pertambahan bilangan operator sekolah amanah di masa hadapan.

21. PR-1522-L20111
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan semakin banyak ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah
antarabangsa berbanding dengan sekolah tempatan. Apakah perancangan
baharu yang akan dilaksanakan supaya dapat bersaing dengan sekolah
swasta atau sekolah antarabangsa. Adakah Kementerian perlu meningkat
taraf pendidikan negara kita. Jelaskan.

22. PR-1522-L19594
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya [ Putatan ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan memberi penjelasan apakah langkah-
langkah kawalan yang boleh diambil berkaitan isu harga tiket penerbangan di
antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang terlalu tinggi
terutamanya pada musim perayaan.

23. PR-1522-L20259
Tuan Chow Yu Hui [ Raub ] minta MENTERI KEMAJUAN DESA DAN
WILAYAH menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan bersedia
menjadikan Hari Antarabangsa Orang Asli Sedunia (9 Ogos) sebagai cuti
awam negara untuk meningkatkan kesedaran tentang budaya, bahasa,
identiti dan keperluan komuniti Orang Asli yang mempunyai budaya dan gaya
hidup yang unik.

24. PR-1522-L20911
Dato' Dr. Alias bin Razak [ Kuala Nerus ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh mana
aplikasi Sistem Bank Data Perumahan (TEDUH) berjaya menangani isu
perumahan ‘overhang’ dan sehingga kini sejauh mana aplikasi ini
dimanfaatkan oleh rakyat.

25. PR-1522-L19828
Tuan Jimmy Puah Wee Tse [ Tebrau ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN
menyatakan jelaskan apakah usaha Kementerian untuk mewujudkan kerjaya
kedua kepada para atlet yang telah bersara.
AUM DR 23/5/2023 6

26. PR-1522-L19836
Puan Young Syefura binti Othman [ Bentong ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan adakah perancangan di peringkat Kementerian
untuk merombak atau meneliti semula silibus pelajaran terutamanya bagi
pelajar sekolah rendah yang dikatakan terlalu berat dan adakah perancangan
Kementerian untuk mengembalikan peperiksaan penting seperti UPSR.

27. PR-1522-L20054
Tuan Syahredzan bin Johan [ Bangi ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan tindakan yang diambil untuk menangani masalah kekerapan
banjir kilat akibat sistem saliran Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik
Kajang (Kajang SILK) di tempat-tempat berikut:-
(a) taman-taman sekitar Jalan Reko seperti Taman Bangi; dan

(b) Terowong Twin Palms, Bandar Sungai Long.

28. PR-1522-L20067
Tuan Manndzri bin Nasib [ Tenggara ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan setakat mana pelaksanaan inisiatif di bawah Dasar
Pengangkutan Negara telah dilakukan.

29. PR-1522-L20868
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan langkah Kerajaan dalam menambahbaik
kemudahan pusat rawatan pesakit buah pingang khususnya di kawasan luar
bandar.

30. PR-1522-L19501
Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
bagaimanakah pengambilan untuk program Kelayakan Profesional Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan atau NPQEL dilaksanakan. Apakah terdapat had
yang ditetapkan untuk peserta NPQEL daripada setiap aliran sekolah (SK,
SJKC dan SJKT) dan bagaimana mengatasi masalah ada calon yang telah
menunggu lama untuk mengikuti kursus NPQEL ini.

31. PR-1522-L19897
Puan Rodziah binti Ismail [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan huraian tuntas fasa-fasa projek
termasuk merancang, pemajuan dan pasca-siap di samping definisi lengkap
bagi projek lewat siap, tertangguh, sakit dan terbengkalai ditinggalkan pemaju
sebelum siap agar antara lain, pembayaran pinjaman/pembiayaan boleh
ditangguhkan sementara, dan semua hak dan kepentingan pembeli terjamin.
7 AUM DR 23/5/2023

32. PR-1522-L20086
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI KEMAJUAN
DESA DAN WILAYAH menyatakan bilakah perjanjian di antara Felcra Bhd
dengan pemilik tanah di kawasan Matu akan berakhir dan bilakah ianya akan
diserahkan balik kepada pemiliknya kerana ramai di kalangan pemilik tanah
ini tidak menerima dividen langsung.

33. PR-1522-L19912
Puan Rodziah binti Ismail [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan rancangan
Kerajaan Persekutuan merekacipta dan membangunkan satu program
khusus untuk meningkatkan kemandirian, potensi diri dan daya tahan
golongan rentan termasuk belia, wanita, usahawan/peniaga nano dan kecil,
B40 dan M40 rendah, OKU, pekerja migran dan pelarian dalam usaha
menoktahkan kemiskinan tegar.

34. PR-1522-L20486
Tuan Lee Chuan How [ Ipoh Timor ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan warganegara Malaysia yang
kehilangan rumah kediaman akibat bencana alam, daripada Januari 2020
sehingga Disember 2022.

35. PR-1522-L20858
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk
melaksanakan laporan audit keselamatan membabitkan kemudahan utiliti
termasuk aspek pendawaian di setiap hospital dan klinik di seluruh negara
ekoran insiden kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah, Johor
Bahru pada tahun 2016 yang telah meragut 6 nyawa.

36. PR-1522-L19546
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah kes
yang telah disiasat dan diambil tindakan oleh Kementerian terhadap syarikat
pemaju atau pengarah-pengarah projek perumahan terbengkalai yang telah
melanggar Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan 1966 (Akta
118) atau Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Akaun Permajuan
Perumahan); dan jumlah kes projek terbengkalai yang telah diambil-alih oleh
Kementerian melalui Seksyen 11 dan 12 Akta 118.
AUM DR 23/5/2023 8

37. PR-1522-L19520
Tuan Ganabatirau A/L Veraman [ Klang ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan Kumpulan Berjaya
Berhad yang telah menawarkan pembinaan rumah teres untuk keluarga
pekerja dan bekas pekerja dari lima ladang iaitu Ladang Sungai Tinggi,
Ladang Mary, Ladang Minyak, Ladang Nigel Gartner dan Ladang Bukit Tagar.
Pihak Jabatan Perumahan Negara di bawah KPKT telah bersetuju membina
rumah tersebut. Namun, dikatakan tiada bajet (peruntukan). Soalan saya,
bilakah KPKT dapat memohon bajet tersebut untuk mengimplimentasikan
projek tersebut.

38. PR-1522-L20986
Tuan Azli bin Yusof [ Shah Alam ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan :-
(a) bentuk kemudahan atau bantuan kewangan yang diberikan
kepada pelajar-pelajar Kolej Vokasional yang mengikuti
pengajian sehingga ke peringkat diploma ; dan

(b) adakah Kementerian bercadang untuk memberikan


kemudahan pinjaman PTPTN kepada mereka sebagaimana
yang diperoleh oleh penuntut-penuntut IPTA/IPTS yang
juga mengikuti pengajian di peringkat diploma .

39. PR-1522-L20977
Datuk Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN
menyatakan perancangan untuk meningkatkan mutu sukan, terutamanya
pembangunan atau penyediaan infrastuktur yang lengkap dan latihan
profesional di wilayah Sarawak.

40. PR-1522-L20228
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI
BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah fokus utama pihak Kementerian
untuk pembangunan belia-belia di Malaysia selaras dengan hasrat Kerajaan
Malaysia MADANI .

41. PR-1522-L20591
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [ Parit ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
usaha drastik oleh Kementerian bagi mengatasi masalah pembuangan bayi
yang masih serius pada ketika ini.
9 AUM DR 23/5/2023

42. PR-1522-L20558
Tuan Lee Chean Chung [ Petaling Jaya ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah
Kementerian mempunyai perancangan untuk mewajibkan pemasangan alat
pengecas di kediaman bertingkat ataupun berkepadatan tinggi, serta
memudahcarakan proses pemasangan tersebut bagi menggalakkan
kepenggunaan kenderaan elektrik (EV) dan merancakkan usaha
pengurangan karbon.

43. PR-1522-L21019
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [ Bagan Serai ] minta MENTERI
KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan sehingga kini, berapa
peratusan keberjayaan usahawan yang dilahirkan di kawasan desa bagi 5
tahun terakhir (2018-2022) memandangkan sektor keusahawanan atau PKS
telah menyumbang hampir 40% kepada KDNK negara.

44. PR-1522-L19942
Tuan Zahir bin Hassan [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan usaha Kementerian untuk mewujudkan, menaik taraf dan
menyelaraskan pemusatan data kesihatan pesakit di seluruh negara bagi
memudahkan akses serta proses rawatan pesakit di fasiliti yang kini sama
ada tidak wujud dan kalau wujud pun, sistem hanyalah "stand alone" di
hospital berkenaan.

45. PR-1522-L19664
Datuk Muslimin bin Yahaya [ Sungai Besar ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apa usaha dan strategi terkini KPM bagi
memastikan isu kekurangan guru bagi 4 mata pelajaran utama iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Reka Bentuk dan Teknologi
(RBT) telah dilaksanakan. Bila agaknya perkara ini mampu selesai
sepenuhnya.

46. PR-1522-L20196
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian akan menyemak
semula jadual operasi sistem pengangkutan ETS yang berhenti di Stesen
Sungai Siput di tambah memandangkan permintaan pasaran dan orang
awam di Sungai Siput.

47. PR-1522-L20487
Tuan Lee Chuan How [ Ipoh Timor ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa unit perumahan sosial (PPR)
yang tersedia untuk disewakan di semua kampung baru, kampung tersusun,
kampung nelayan dan penempatan keturunan India, di Malaysia, pada tahun
2023.
AUM DR 23/5/2023 10

48. PR-1522-L20953
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [ Hulu Selangor ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan secara terperinci
apakah dasar peralihan keluar (exit policy) terutama penduduk di PPR yang
menghadapi kekangan untuk beralih kepada perumahan swasta serta pilihan
perumahan swasta yang terhad berdasarkan median umur isi rumah PPR.

49. PR-1522-L21044
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan [ Keningau ] minta
MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan susulan kenyataan YB Timbalan
Perdana Menteri 1 di Kota Kinabalu pada 4 Mei 2023, bilakah isu penubuhan
Borneo Civil Aviation Authority (BCAA) akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk
dibincangkan dan diluluskan supaya BCAA dapat ditugaskan untuk mengawal
selia dan membangunkan industri penerbangan di Sabah dan Sarawak
dengan lebih rapi dan pesat serta menjaga kepentingan rakyat Malaysia yang
menggunakan penerbangan ke Sabah dan Sarawak.

50. PR-1522-L20877
Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan polisi kerajaan bagi tahun ini utk
bangunkan perumahan mampu milik @ Rumah Prima @ Rumah Mesra
Rakyat di kawasan luar bandar seperti di Gerik.

51. PR-1522-L20306
Dato' Khlir bin Mohd Nor [ Ketereh ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan berapakah jumlah sekolah tahfiz yang berdaftar dengan
Kementerian dan apakah perancangan Kementerian dalam memperkasakan
pendidikan sekolah tahfiz.

52. PR-1522-L20239
Dato' Ramanan Ramakrishnan [ Sungai Buloh ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan memberi pencerahan dalam perancangan
pembinaan sekolah di kawasan penduduk yang padat seperi Subang Bestari.

53. PR-1522-L20313
Tuan Zakri bin Hassan [ Kangar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN
menyatakan usaha-usaha Kementerian dalam cadangan pembangunan dan
menaiktaraf kawasan yang melibatkan aktiviti sukan lasak di Sungai Batu
Pahat, Perlis.
11 AUM DR 23/5/2023

54. PR-1522-L19889
Dato' Verdon bin Bahanda [ Kudat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status pembinaan balai Bomba di
daerah Pitas memandangkan isu ketiadaan perkhidmatan BOMBA di daerah
Pitas menjadi halangan kepada badan-badan berkepentingan untuk
membuka cawangan di daerah ini seperti perkhidmatan perbankan, pejabat
urusan, serta menjaga kepentingan awam masyarakat di daerah Pitas.

55. PR-1522-L20314
Tuan Zakri bin Hassan [ Kangar ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan :-
(a) statistik terkini kemasukan pelajar dalam pendidikan pra-
sekolah mengikut negeri dan usaha Kementerian untuk
memastikan ekosistem pendidikan pra-sekolah yang
lengkap termasuk dari segi sistem sokongan guru dan
pelajar; dan

(b) status terkini mengenai cadangan sistem pengesanan


murid dari peringkat pra-sekolah hingga menengah atas
seperti yang dinyatakan dalam perancangan Malaysia ke-
12 (RMKke-12).

56. PR-1522-L20847
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [ Kuala Kedah ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan status terkini projek menaik taraf jeti Kuala
Kedah untuk menampung peningkatan pelancong ke Langkawi.

57. PR-1522-L19690
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Bandar Tun Razak ] minta
MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-
langkah yang diambil bagi mempermudah syarat-syarat permohonan Projek
Perumahan Rakyat (PPR) serta membolehkan tempoh masa permohonan
sedia ada yang lengkap dapat dikurangkan dalam tempoh sebulan dari tarikh
permohonan dikemukakan.

58. PR-1522-L20651
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [ Temerloh ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan :-
(a) pemberhentian urusan memandikan jenazah di hospital
Kerajaan terutama Hospital Temerloh; dan

(b) cadangan dan solusi pihak Kerajaan dalam perkara ini


terutamanya melibatkan jenazah kemalangan ngeri juga
jenazah yang menjalani proses pembedahan dan bedah
siasat.
AUM DR 23/5/2023 12

59. PR-1522-L20696
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan sejauh mana perancangan Kerajaan bagi
mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan sesak dan tertutup seperti
pengangkutan awam dan pusat beli belah bagi mengekang penularan
subvarian baharu COVID-19.

60. PR-1522-L20055
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan tentang pelan Kementerian untuk mengawal penularan COVID-
19 di negara ini yang semakin meningkat disebabkan varian baru Arcturus
untuk memastikan perkhidmatan kesihatan negara kita tak terbeban.

61. PR-1522-L20416
Dr. Hajah Halimah Ali [ Kapar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
:-
(a) kos total pendidikan seorang pelajar dari tahun 1 hingga
tahun 6; dan

(b) kos persekolahan seorang pelajar sekolah menengah dari


tingkatan 1 hingga tingkatan 5 (cost per pax).

62. PR-1522-L20069
Tuan Syahredzan bin Johan [ Bangi ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan :-
(a) status terkini sekolah-sekolah kebangsaan (rendah dan
menengah) yang sedang dibina dalam kawasan Parlimen
Bangi; dan

(b) sama ada pihak Kementerian merancang untuk membina


sekolah- sekolah baru dalam kawasan Parlimen Bangi.

63. PR-1522-L20188
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [ Gua Musang ] minta MENTERI
KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan apakah perancangan
jangka pendek, sederhana dan jangka panjang ke atas tanah-tanah hak milik
KESEDAR yang terbiar dan belum dibangunkan di Gua Musang.

64. PR-1522-L20482
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan secara terperinci berapa jumlah perjawatan
kosong untuk guru-guru yang seharusnya berkhidmat di Sarawak khususnya
di kawasan Parlimen Julau.
13 AUM DR 23/5/2023

65. PR-1522-L20569
Tuan Zulkifli bin Ismail [ Jasin ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
:-
(a) apakah implikasi konsep Malaysia Madani dalam sistem
pendidikan negara; dan

(b) apakah akan ada pendekatan/strategi baharu yang akan


dilaksanakan dalam arus pendidikan perdana yang akan
menambah beban tugas guru sedia ada.

66. PR-1522-L20079
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apakah sebab sebenar masalah kekurangan guru
di Sarawak. Apakah ada kaitan dengan dasar nisbah 90:10 anak tempatan
berbanding dari negeri lain atau ada faktor lain, seperti persaraan awal atau
perpindahan guru Semenanjung dari Sarawak.

67. PR-1522-L19993
Tuan Mordi Bimol [ Mas Gading ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah status terkini Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bau
yang akan dipindah keluar dari tanah milik Majlis Daerah Bau dan bilakah
projek membina baru PPD di tapak tanah milik Persekutuan di Seringgok, Bau
dapat dimulakan.

68. PR-1522-L20272
Tuan Riduan bin Rubin [ Tenom ] minta MENTERI KEMAJUAN DESA DAN
WILAYAH menyatakan :-
(a) apakah status terkini fasa reka bentuk Loji Rawatan Air
Senagang dan Kemabong yang dilaksanakan di bawah
Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB); dan

(b) apakah status pelaksanaan projek solar bagi kegunaan


penduduk kampung dan peruntukan bekalan elektrik luar
bandar Sabah terutamanya berkaitan pembinaan tiang
elektirk di bawah Program Bekalan Elektrik Luar Bandar
(BELB) .

69. PR-1522-L20317
Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi [ Tumpat ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
bilangan kes kematian warga emas seorang diri yang dilaporkan di seluruh
negara sejak 2020 dan apakah usaha serta tindakan yang telah diambil untuk
mencegahnya daripada terus meningkat dalam masyarakat.
AUM DR 23/5/2023 14

70. PR-1522-L19950
Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein [ Sembrong ] minta MENTERI
KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan status projek Bekalan Air
Bersih Kampung Orang Asli Sedohok yang telah tertangguh semenjak tahun
2015 atas alasan kelewatan kerja oleh pihak perunding.

71. PR-1522-L20192
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [ Gua Musang ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan status terkini Hospital Daerah Gua Musang.
Adakah telah memenuhi kriteria sebagai sebuah Hospital Pakar Minor dan
berapa penambahan baru doktor pakar tetap serta penambahan kelengkapan
perubatan.

72. PR-1522-L20035
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [ Tampin ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan sama ada Kementerian berhasrat untuk meningkatkan kadar
Elaun Khas Mengikut Lokaliti dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) bagi memberi
nafas baharu kepada para guru di sekolah luar bandar dan pedalaman.

73. PR-1522-L20418
Dr. Hajah Halimah Ali [ Kapar ] minta MENTERI PERPADUAN NEGARA
menyatakan :-
(a) senarai KRT di seluruh kawasan Parlimen Kapar; dan

(b) senarai Tabika Perpaduan di Kapar untuk memupuk


perpaduan dan mengintegrasikan masyarakat antara kaum
sejak usia muda.

74. PR-1522-L20071
Tuan Manndzri bin Nasib [ Tenggara ] minta MENTERI BELIA DAN
SUKAN menyatakan usaha-usaha mengoptimumkan penggunaaan kem
wawasan supaya dapat meningkatkan lagi pendapatan Kerajaan.

75. PR-1522-L21003
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [ Jerantut ] minta MENTERI
KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan status projek menaik taraf
Loji Rawatan Air (LRA) Batu Balai di Jerantut di bawah program Bekalan Air
Luar Bandar.
15 AUM DR 23/5/2023

76. PR-1522-L19735
Tuan Wong Kah Woh [ Taiping ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
sejauh manakah Kementerian mampu memenuhi keperluan peralatan-
peralatan perubatan untuk Hospital-hospital Besar di seluruh negara. Sama
ada Kementerian bercadang untuk melaksanakan suatu Skim Insurans
Kebangsaan sebagai satu usaha untuk menjamin keterlangsungan
perkhidmatan perubatan awam di negara kita.

77. PR-1522-L19649
Datuk Jonathan Yasin [ Ranau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
bilakah Kementerian akan mengambil tindakan yang proaktif untuk
memperbaiki kuarters kakitangan klinik kesihatan di daerah ini dan khususnya
di Kundasang yang sudah berkeadaan sangat daif, uzur dan kelihatan tidak
selamat untuk diduduki.

78. PR-1522-L20238
Tuan Haji Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apakah status pembaikan blok bilik darjah yang
retak dan pembaikan blok asrama murid yang rosak terbakar di SK Orang
Kaya Muda Pakeri Paloh.

79. PR-1522-L19904
Datuk Wetrom bin Bahanda [ Kota Marudu ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah pihak Kementerian mempunyai cadangan membina
Klinik Desa atau Klinik Kesihatan di kawasan terpencil di daerah Kota Marudu
seperti Kg. Teringai, Kg. Tagibang, Pengapuyan dan Sungai Magandai
memandangkan akses penduduk setempat untuk mendapatkan
perkhidmatan kesihatan di Hospital Kota Marudu yang jauh dan sukar
disebabkan oleh jaringan jalan raya yang teruk.

80. PR-1522-L20875
Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN
menyatakan melihat ke sesetengah daerah yang masih tidak mempunyai mini
stadium balapan dan padang kerana ianya amat perlu bagi kegunaan sukan
sekolah dan daerah disamping menjadi pemangkin kepada pembangunan
bakat baru olahraga daerah luar bandar seperti di Parlimen Gerik.

81. PR-1522-L20056
Tuan Syahredzan bin Johan [ Bangi ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan status terkini mengenai cadangan pembinaan Lebuh Raya
Putrajaya-Bangi (PBE).
AUM DR 23/5/2023 16

82. PR-1522-L20191
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [ Gua Musang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan jangka pendek, sederhana
dan jangka panjang Kementerian dalam memastikan tiada lagi guru-guru
menjalankan tugasan perkeranian di sekolah.

83. PR-1522-L19535
Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [ Pekan ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengapa
Kementerian memansuhkan Skim Rumah Pertamaku dan inisiatif lain yang
boleh membantu rakyat terutamanya golongan sasar yang ingin memiliki
rumah pertama.

84. PR-1522-L20542
Tuan Haji Kamal bin Ashaari [ Kuala Krau ] minta MENTERI KEMAJUAN
DESA DAN WILAYAH menyatakan apakah yang dilakukan JAKOA bagi
membantu meringankan kesempitan hidup masyarakat Orang Asli di seluruh
negara yang juga terkesan dengan kenaikan kos barangan asas di samping
pengurangan sumber pendapatan akibat kemusnahan hutan.

85. PR-1522-L19699
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk
memastikan tambang tiket penerbangan dari Semenanjung ke
Sabah/Sarawak tidak melambung tinggi semasa musim perayaan.

86. PR-1522-L20523
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan kenapa pembinaan Jalan Kampung Keruak ke Gua
Musang melalui Gunong Bongsu yang pernah diluluskan pada Rolling Plan 1
(RP1), Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) telah dibatalkan oleh
Agensi Pusat pada tahun 2018.

87. PR-1522-L19745
Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan apakah langkah-langkah diambil pihak Kementerian dalam
memastikan kerja-kerja menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau
Pinang (PIA) turut mengambil kira keperluan mitigasi banjir bagi menampung
aliran Sungai Tiram dan Sungai Permatang Damar Laut yang berada di dalam
kawasan lapangan terbang.
17 AUM DR 23/5/2023

88. PR-1522-L21013
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [ Bagan Serai ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
usaha pihak Kementerian terhadap cadangan untuk menyediakan taska di
tempat kerja terutama agensi Kerajaan bagi memudahkan urusan para ibu
bapa menguruskan anak-anak mereka.

89. PR-1522-L20113
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [ Batang Lupar ] minta MENTERI
KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan tahap liputan dan
ketersediaan sambungan air dan elektrik di Sarawak khususnya di Parlimen
Batang Lupar dan usaha untuk menyambungkan kawasan yang masih belum
mendapat akses bekalan air dan elektrik.

90. PR-1522-L19547
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng [ Tanjung Piai ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan statistik pelajar lepasan SPM yang tidak mahu menyambung
pelajaran dari tahun 2020 ke 2022 dan apakah langkah yang diambil oleh
Kementerian untuk menggalakkan pelajar menyambung pelajaran ke
peringkat pengajian tinggi, di mana gaji rendah menjadi cabaran untuk
mereka menyambung pelajaran.

91. PR-1522-L20862
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman [ Labuan ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan subsidi pengangkutan yang diluluskan
dalam pembentangan 2023 untuk Sabah dan Sarawak yang bernilai RM 209
juta. :-
(a) mengapa tambang pengangkutan udara daripada Kuala
Lumpur ke Kuching, Sabah dan W.P. Labuan meningkat
naik dan sangat tinggi semasa musim perayaan baru-baru
ini; dan

(b) kemana perginya subsidi yang Kerajaan peruntukkan


apabila tambang ekonomi melebihi RM1000 semasa musim
perayaan sama ada syarikat penerbangan Malaysia Airlines
dan AirAsia.

92. PR-1522-L19977
Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi [ Sri Aman ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan sejauh manakah tahap kemudahan yang
disediakan dalam hospital Kerajaan terutamanya di kawasan luar bandar
yang dikatakan tidak setaraf dengan hospital di bandar manakala teknologi
perubatan termasuk prasarana untuk hospital luar bandar juga kekurangan
dan ada yang agak uzur dan usang dan apakah langkah Kementerian untuk
menyelesaikan masalah ini.
AUM DR 23/5/2023 18

93. PR-1522-L20309
Dato' Khlir bin Mohd Nor [ Ketereh ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang mengekalkan mata
pelajaran tulisan jawi dalam buku teks sekolah di seluruh negara setelah
tulisan jawi diabaikan akibat Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang
dikuatkuasakan pada tahun 1971.

94. PR-1522-L20458
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
kesan kekurangan jururawat telah menyebabkan dua daripada empat Dewan
Bedah dan 16 buah katil ICU baru di Hospital Kepala Batas tidak dapat
digunakan lebih setahun dan dua daripada tiga Dewan Bedah di Hospital
Bukit Mertajam tidak dapat digunakan oleh pesakit. Bilakah masalah ini akan
diatasi.

95. PR-1522-L20943
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta
MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah pencapaian yang telah berjaya
dicapai bagi Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 akan berakhir pada
2 tahun lagi dan cabaran utama yang dihadapi bagi memenuhi kesemua
sasaran tersebut.

96. PR-1522-L20710
Tuan Wan Razali bin Wan Nor [ Kuantan ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah
yang telah diambil oleh Kementerian termasuk kaedah untuk memanfaatkan
lebihan makanan termasuk di bazar-bazar Ramadan, sekali gus mengelakkan
pembaziran serta mengurangkan tabiat pembuangan sisa makanan.

97. PR-1522-L20088
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI KEMAJUAN
DESA DAN WILAYAH menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk
menghapuskan hutang tertunggak peserta FELCRA di Sarawak termasuk
kawasan Matu dan nyatakan berapa jumlah hutang tertunggak berkenaan.

98. PR-1522-L20254
Dato' Rosol bin Wahid [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah
Kementerian dapat memberi jaminan harga rumah dapat diturunkan selepas
inisiatif Harga Simen Rahmah diperkenalkan dan bilakah rakyat dijangka
dapat merasai kesan penurunan harga simen ini.
19 AUM DR 23/5/2023

99. PR-1522-L20665
Tuan Jamaludin bin Yahya [ Pasir Salak ] minta MENTERI BELIA DAN
SUKAN menyatakan sejauh manakah tahap kebolehcapaian serta
penyelenggaraan kemudahan dan prasarana sukan serta rekreasi di seluruh
negara.

100. PR-1522-L19919
Tuan Edwin anak Banta [ Selangau ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan memberikan maklumat terkini berkaitan status tindakan
Kementerian berkaitan masalah 3017 Sekolah Kurang Murid seperti yang
dilaporkan di media masa pada 7 September, 2022 dan berapa jumlah
sekolah yang terlibat di Sarawak.

101. PR-1522-L20770
Dr. Siti Mastura binti Muhammad [ Kepala Batas ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) status dan dapatan kajian cadangan penyelesaian bagi
mengoptimumkan kuarters kosong guru di seluruh negara
yang dimaklumkan dijangka selesai pada akhir April 2023;
dan

(b) apakah keputusan cadangan kajian bagi kuarters guru di


Taman Seri Serdang, Kepala Batas.

102. PR-1522-L19982
Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi [ Sri Aman ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan keperluan Balai
Bomba kategori D di Tanjung Bijat, Balai Ringin dan Batu Lintang di Parlimen
Sri Aman mengambil kira aspek geografi, populasi dan rumah-rumah
panjang/kampung yang ramai dan kebanyakan daripada rumah-rumah
panjang/kampung tersebut diperbuat daripada kayu.

103. PR-1522-L20812
Dr. Radzi Jidin [ Putrajaya ] minta MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN
TEMPATAN menyatakan :-
(a) apakah langkah proaktif Kementerian untuk menangani isu-
isu keselamatan dan keselesaan yang dihadapi oleh
penghuni di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan
Perumahan Penjawat Awam Malaysia(PPAM) termasuk
fasiliti dan lif usang serta ruang parkir terhad seperti di
Putrajaya; dan

(b) usaha Kementerian untuk meningkatkan kekerapan


penyelenggaraan terutamanya lif yang rosak di PPR dan
PPAM .
AUM DR 23/5/2023 20

104. PR-1522-L19697
Tuan Onn bin Abu Bakar [ Batu Pahat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan impak penurunan kos bahan binaan
sebagai salah satu langkah pencegahan berlakunya projek perumahan yang
lewat dan bermasalah.

105. PR-1522-L20645
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tindakan
Kementerian terhadap isu pengurusan Badan Pengurusan Bersama (JMB)
atau Perbadanan Pengurusan (MC) berhubung air terutama penggunaan
meter pukal, dan sejauh manakah pelaksanaan migrasi Meter Pukal kepada
Meter Individu telah berjaya diselesaikan.

106. PR-1522-L20687
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status terkini Akta
Sewaan Kediaman atau Residential Tenancy Act (RTA) bagi mengawal harga
rumah selain bagi menghalang pemilik kediaman menaikkan harga sewa atau
mengusir para penyewa dengan sewenang-wenangnya.

107. PR-1522-L19991
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan guru
besar dan pengetua Kristian yang mencukupi dapat dilantik mengetuai
sekolah-sekolah mubaligh supaya identiti dan ethos sekolah-sekolah tersebut
dapat dipelihara seperti yang dipersetujui di antara pihak Kerajaan dan pihak
gereja .

108. PR-1522-L20736
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ]
minta MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan jumlah
peruntukan yang disalurkan kepada perkampungan Melayu bagi penyediaan
kemudahan asas seperti jalan perhubungan desa, sistem perparitan, lampu
jalan solar dan ameniti sosial dalam Parlimen Bukit Gantang sejurus selepas
Belanjawan 2023 diluluskan.

109. PR-1522-L20237
Dato' Ramanan Ramakrishnan [ Sungai Buloh ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah
penyelesaian bagi mengatasi masalah perancangan dan kelulusan
pembangunan perumahan yang tidak mengikut spesifikasi dan
memudaratkan pembeli.
21 AUM DR 23/5/2023

110. PR-1522-L20647
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah rasional
penamatan Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang telah diperkenalkan
semenjak 2011, dan digantikan dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan
(SJKP) mulai 1 April 2023.

111. PR-1522-L20202
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan langkah- langkah penguatkuasaan larangan
merokok di kedai makan berikutan terdapat banyak aduan di media sosial
tentang pelanggan yang merokok di kedai makan.

112. PR-1522-L20572
Tuan Zulkifli bin Ismail [ Jasin ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
:-
(a) statistik Guru Pendidikan Khas mengikut bidang dari tahun
2018 hingga 2023 di seluruh negara; dan

(b) apakah perancangan KPM untuk menambah baik mutu


pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas di Malaysia.

113. PR-1522-L19847
Puan Syerleena binti Abdul Rashid [ Bukit Bendera ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan jumlah Jururawat Terlatih/Penolong Pegawai
Perubatan dan keperluan penjawatan ini di Hospital Pulau Pinang bagi
melancarkan perkhidmatan kesihatan sedia ada. Pada masa yang sama,
adakah Kerajaan berhasrat untuk menaiktaraf Klinik-Klinik kesihatan dengan
kelengkapan yang lebih sempurna.

114. PR-1522-L20555
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [ Parit Buntar ] minta
MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perincian inti pati Malaysia Madani
berhubung aspek Equitable Outcomes (Kesaksamaan Hasil) dan Equitable
Opportunity (Kesaksamaan Peluang) terutama dalam mengurangkan jurang
pendidikan berdasarkan kumpulan ekonomi.

115. PR-1522-L19967
Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan bilakah jangkaan Kementerian dapat
mengembalikan takwim sesi persekolahan bermula pada awal bulan Januari.
AUM DR 23/5/2023 22

116. PR-1522-L20311
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan status kerjasama pembinaan jaringan
pengangkutan di Pulau Pinang termasuklah kos perbelanjaan Kerajaan
Persekutuan yang bernilai RM10 bilion sekiranya projek tambakan laut bagi
pembangunan tiga pulau buatan di Pulau Pinang diteruskan.

117. PR-1522-L19825
Tuan Jimmy Puah Wee Tse [ Tebrau ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengatasi
varian Arctrus COVID-19 yang baharu ini daripada merebak secara drastik
dan menjelaskan sejauh mana bahaya varian ini dan statistik/angka jangkitan
yang telah berlaku di Malaysia.

118. PR-1522-L20671
Tuan Jamaludin bin Yahya [ Pasir Salak ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan jumlah bantuan kewangan yang telah disalurkan kepada
sekolah-sekolah agama bantuan Kerajaan sepanjang 3 tahun yang lalu.

119. PR-1522-L19743
Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan status permohonan projek menaik taraf jalan tunggal dua lorong
kepada jalan berkembar empat lorong dari Permatang Tinggi ke Sungai Juru,
Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang. Projek penting
bagi mengurai masalah kesesakan lalu lintas berkaitan telah dimohon sejak
Rancangan Malaysia Ke-11 dan sehingga kini masih tiada sebarang
kelulusan diberikan. Apakah alternatif serta perancangan yang bakal diambil
oleh pihak Kementerian.

120. PR-1522-L20594
Datuk Matbali bin Musah [ Sipitang ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan meminta KKM untuk mempercepatkan pembinaan klinik-klinik
kesihatan yang telah dirobohkan kerana terlibat di dalam pembinaan Pan
Borneo Highway (PBH).

121. PR-1522-L20864
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status terkini projek
Pembangunan Perumahan Rakyat (PPR) di daerah Mersing, Johor.
23 AUM DR 23/5/2023

122. PR-1522-L19716
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan bilakah pembinaan Klinik Kesihatan Serian dijangka beroperasi
dan nyatakan apakah jenis-jenis perkhidmatan yang bakal disediakan.

123. PR-1522-L20852
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [ Kuala Kangsar ] minta
MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sejauh manakah pihak
Kementerian telah memperhalusi cadangan memindahkan Institut Kemahiran
Belia Negara (IKBN) ke Kementerian Sumber Manusia dan sejauh manakah
pemindahan ini akan memberi kesan terhadap program pembangunan belia
lain di bawah pihak Kementerian.

124. PR-1522-L19891
Datuk Wetrom bin Bahanda [ Kota Marudu ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan apakah pihak kementerian mempunyai cadangan
membina laluan alternatif bagi kawasan pekan Kota Marudu kerana jalan raya
yang terlalu sesak sehingga masyarakat terpaksa mengambil masa yang
lama di atas jalan untuk masuk ke kawasan pekan. Kesesakan ini semakin
teruk di musim perayaan seperti aidilfitri dan sambutan perayaan lain.

125. PR-1522-L19870
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan apakah status terkini pembinaan Lebuh Raya Libaran Bypass
yang bermula dari Batu 16 ke Batu 32, Sandakan, yang mana sudah
terbengkalai untuk beberapa tahun selepas hanya satu per empat daripada
projek itu telah disiapkan pada tahun 2018.

126. PR-1522-L20047
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan secara terperinci keberkesanan projek perintis STAR yang
melibatkan HTAR dan Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang dari segi
perbandingan jumlah bilangan ketibaan pesakit luar merentas kod triage dan
Zon Merah/Kuning/Hijau bagi tempoh Feb 2023 ke April 2023.

127. PR-1522-L21024
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [ Kalabakan ] minta MENTERI
BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah pihak Kementerian berhasrat
meneruskan cadangan Kerajaan terdahulu untuk membina litar khusus
perlumbaan drag di setiap negeri bagi memperkasakan program
pembangunan sukan permotoran dalam negara di samping menyediakan
platform terbaik dan selamat bagi aktiviti ini dilaksanakan.
AUM DR 23/5/2023 24

128. PR-1522-L20037
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [ Sungai Petani ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk
membenarkan kanak-kanak bukan warganegara, termasuk anak-anak yang
dilahirkan di luar negara kepada ibu-ibu warga Malaysia, menyertai Program
Imunisasi Kebangsaan (NIP) serta program-program perkhidmatan kesihatan
kanak-kanak lain di seluruh negara.

129. PR-1522-L19839
Puan Young Syefura binti Othman [ Bentong ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
statistik perkahwinan bawah umur di dalam negara bermula dari tahun 2020
dan pecahan mengikut kaum dan agama serta apakah perancangan
Kementerian untuk membendung perkahwinan bawah umur ini dari terus
berlaku.

130. PR-1522-L19963
Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI
KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan apakah pelan strategik
Kementerian bagi memastikan pembangunan dan perindustrian luar bandar
dapat menjana peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk anak muda bagi
mengurangkan penghijrahan warga belia ke bandar.

131. PR-1522-L19924
Puan Rodziah binti Ismail [ Ampang ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan komitmen dan strategi untuk memasukkan subjek pengkodan
dalam silibus persekolahan seawal di sekolah rendah sebagai salah satu
kaedah menambah baik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (untuk
pra-sekolah ke pasca-sekolah menengah) yang luput menjelang 2025
memandangkan keperluan kemahiran ini di alam pekerjaan .

132. PR-1522-L19964
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah Kementerian telah menjalankan kajian terhadap kesan
sampingan vaksinasi COVID-19. Apakah benar vaksinasi COVID-19
menyumbang kepada penyakit jantung bagi sesetengah orang sehingga
pesakit jantung di hospital awam dan swasta meningkat selepas pelaksanaan
vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.

133. PR-1522-L19864
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan pendekatan dan pertimbangan Kementerian kepada cadangan
reformasi institusi pendidikan melalui langkah desentralisasi pentadbiran
pendidikan.
25 AUM DR 23/5/2023

134. PR-1522-L20240
Dato' Ramanan Ramakrishnan [ Sungai Buloh ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan perincian perancangan bagi pembangunan
Subang Skypark.

135. PR-1522-L20215
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan adakah trend ibu bapa memilih home school
berpunca daripada ketidakpercayaan ibu bapa terhadap sistem pendidikan
negara ataupun terdapat masalah lain.

136. PR-1522-L20159
Tuan Chong Zhemin [ Kampar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
tatacara yang mewajibkan pihak sekolah dan LPS untuk SBK perlu
mempunyai 100% dana pembinaan projek-projek khas seperti pembinaan
bangunan baharu sebelum permohonan dikemukakan kepada KPM dan
bagaimana memudahkan tatacara permohonan pembinaan sekolah SJKT
dan sekolah mubaligh.

137. PR-1522-L19953
Tuan Chiew Choon Man [ Miri ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
adakah Kementerian bersedia melalui inisiatif Kerajaan atau dengan
kerjasama pihak swasta untuk membina bangunan tempat letak kereta
bertingkat dan bangunan baru yang menyediakan perkhidmatan cardiac dan
oncology di Hospital Miri demi kepentingan rakyat setempat.

138. PR-1522-L19933
Tuan Zahir bin Hassan [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam jangkamasa pendek
dan pertengahan untuk menangani keadaan di mana Wangsa Maju sebagai
kawasan Parlimen yang mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi di
Malaysia akan tetapi kini bukan sahaja ketiadaan hospital tetapi juga
ketiadaan klinik kesihatan.

139. PR-1522-L19721
Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah
stunting dan wasting di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.
AUM DR 23/5/2023 26

140. PR-1522-L19567
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menyediakan parkir kereta
awam yang mencukupi di hospital Kerajaan atau perkhidmatan bas kepada
orang awam untuk mengakses hospital Kerajaan dan menghentikan
penswastaan parkir kereta orang awam di Hospital Selayang.

141. PR-1522-L19694
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Bandar Tun Razak ] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan memaklumkan jika Kementerian
mempunyai rancangan untuk meningkatkan promosi kesedaran kesihatan
berkaitan penularan varian virus terbaharu “XBB1.16 The “Arcturus”, dan
apakah langkah-langkah yang diambil bagi menyekat penyebaran virus ini.

142. PR-1522-L19794
Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan jumlah terkini kes penularan COVID-19 di institusi
pendidikan sepanjang tahun 2023 dan apakah langkah tambahan yang
diambil bagi membendung perkara ini.

143. PR-1522-L19559
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan demi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adakah Dasar Jadual Peperiksaan Awam iaitu ianya diadakan
hanya pada hari Isnin hingga Khamis masih berkuat kuasa.

144. PR-1522-L19782
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) langkah-langkah drastik bagi mengawal harga tambang
penerbangan pergi balik dari Semenanjung Malaysia ke
Sabah dan Sarawak khususnya menjelang musim
perayaan; dan

(b) sejauh manakah pemantauan Kementerian terhadap


aplikasi SuperApp yang menyumbang kepada harga tiket
yang melambung tinggi dalam situasi tertentu.

145. PR-1522-L21047
Datuk Willie anak Mongin [ Puncak Borneo ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apakah status terbaru cadangan pembinaan
Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Borneo dan SMK Serumbu. Apakah
status sekolah-sekolah daif dan usang di kawasan Parlimen Puncak Borneo.
27 AUM DR 23/5/2023

146. PR-1522-L19603
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya [ Putatan ] minta MENTERI KEMAJUAN
DESA DAN WILAYAH menyatakan menaik taraf jambatan-jambatan kayu di
sekitar Parlimen Putatan kepada jambatan simen atau konkrit.

147. PR-1522-L20727
Tuan Rushdan bin Rusmi [ Padang Besar ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan strategi Kerajaan Madani untuk menghapuskan tol di lebuh raya
di Malaysia dan apakah usaha-usaha yang telah dijalankan ke arah
menghapuskan tol.
AUM DR 23/5/2023 28

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT


MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN
UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim


* Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023.

2. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim


* Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga
Lestari (Pindaan) 2023.

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua


peringkat di mesyuarat ini.
29 AUM DR 23/5/2023

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R 17/2023 ) Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) Bacaan Kali


2023 Yang Kedua

[ Perdana Menteri ]

2. ( D.R 21/2023 ) Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2023. “

[ Perdana Menteri ]

3. ( D.R 20/2023 ) Rang Undang-Undang Fi (Jabatan Penyiaran “


Malaysia) (Pengesahan) 2023.

[ Menteri Komunikasi Dan Digital ]

4. PR-1522-U(27)254
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya menyegerakan pembinaan


dan baik pulih tembok sempadan Malaysia-Thailand supaya merangkumi keseluruhan
perbatasan dari Perlis hingga Kelantan dan menyediakan suatu pelan tindakan
komprehensif merangkumi semua agensi Kerajaan bagi kawalan sempadan Malaysia-
Thailand. Sempadan Malaysia-Thailand adalah sepanjang kira-kira 656km namun
hanya 111 km sahaja yang berpagar. Sebahagian tembok sempadan antara Malaysia
dan Thailand di sepanjang Laluan Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dilihat
sudah usang manakala peralatan kamera litar tertutup (CCTV) dan alat pengimbas
perlu ditambah, dibaik pulih dan dinaik taraf dengan teknologi terkini seperti
penggunaan dron. Beberapa insiden pada masa lalu seperti kes tembakan ke atas
pasukan keselamatan negara dan bermaharajalelanya sindiket pemerdagangan
manusia seperti yang berlaku di insiden Wang Kelian serta penyeludupan barangan
termasuk dadah dan senjata menunjukkan betapa kritikalnya keperluan untuk
meningkatkan tahap keselamatan di perbatasan. Kerajaan Malaysia sebelum ini telah
memberikan komitmen untuk membina tembok sempadan tersebut tetapi sehingga
terkini masih tiada pelan pembangunan komprehensif dan terperinci yang diumumkan.
Mohon pihak Kerajaan memandang serius perkara ini dengan menyegerakan
pembangunan tembok sempadan Malaysia-Thailand secara menyeluruh dan
memastikan suatu pelan komprehensif merangkumi semua agensi Kerajaan bagi
kawalan sempadan Malaysia-Thailand agar benar-benar berkesan menjamin
keselamatan perbatasan negara."

[ Perdana Menteri ]
AUM DR 23/5/2023 30

5. PR-1522-U(27)255
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa supaya Kerajaan menubuhkan badan siasatan
bebas bagi mengenal pasti secara terperinci punca utama yang menyebabkan
kekurangan bekalan bahan makanan mentah seperti ayam dan telur ayam di pasaran
serta merangka perancangan penyelesaian jangka pendek dan panjang yang
komprehensif termasuk penguatkuasaan terhadap golongan kartel orang tengah serta
menambahkan daya pengeluaran bekalan bahan mentah tempatan. Rakyat baik dari
kalangan pengguna mahupun pengusaha restoran kecil masih mengeluh dengan
permasalahan ini yang menyebabkan kenaikan harga bahan makanan mentah.
Kerajaan tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab menjaga keterjaminan bekalan
bahan mentah makanan kepada individu (sebagai end user) mahupun menyarankan
penyelesaian jalan mudah seperti menambah import makanan tetapi mencari
penyelesaian sepanjang rangkaian jaringan bekalan bahan makanan mentah."

[ Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ]

6. PR-1522-U(27)256
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya mengkaji dan merancang satu
inisiatif khas bagi memastikan setiap rakyat dan keluarga Malaysia terutamanya dari
golongan B40 dan M40 mampu memiliki kediaman pertama dengan menyediakan
rumah mampu milik berharga RM200,000 dan ke bawah baik di luar dan di dalam
bandar. Dasar Perumahan Negara (2018-2025) sendiri memperakui bahawa isu
kemampuan memiliki rumah semakin ketara di kalangan rakyat dan impak kenaikan
harga rumah yang mendadak turut dirasai golongan M40 selain B40. Inisiatif khas untuk
menyediakan kemudahan rumah pertama pada harga di bawah RM200,000 dan ke
bawah ini hendaklah dijadikan salah satu sasaran kajian semula Dasar Perumahan
Negara dan memerlukan input dari pelbagai Agensi dan Kementerian serta pihak
bukan Kerajaan dan bukan dari satu Kementerian sahaja. Isu kemampuan memiliki
rumah pertama jika tidak ditangani akan mewujudkan generasi rakyat yang sentiasa
menyewa tanpa mendapat peluang memiliki perumahan sendiri. Golongan generasi ini
akan terus menjadi mangsa kepada harga hartanah yang melambung akibat spekulasi
hartanah dan tanpa kawalan harga sehingga menjadikan harga di luar kemampuan
sebenar golongan M40 dan B40."

[ Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan ]


31 AUM DR 23/5/2023

7. PR-1522-U(27)257
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya agihan peruntukan


pembangunan dan pelaksanaan projek pembangunan kepada enam negeri kurang
membangun, iaitu Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu seperti
yang direncanakan di dalam Pelan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dapat
dilaksanakan secepat mungkin. Berdasarkan pelan RMK-12 tersebut, enam negeri
kurang membangun akan terus diberi keutamaan dengan agihan sekurang-kurangnya
50% daripada keseluruhan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan Asas
Persekutuan. Ini akan mempercepat penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas
serta menjana lebih banyak peluang ekonomi di negeri kurang membangun dan
mengurangkan jurang pembangunan."

[ Menteri Ekonomi ]

8. PR-1522-U(27)258
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya mengkaji semula peruntukan
khas yang boleh diberikan kepada pekebun kecil, penternak dan nelayan yang terjejas
akibat bencana alam seperti banjir dan musim tengkujuh. Kerosakan tanaman dan
kematian ternakan seringkali mendatangkan kerugian besar hingga kepada jutaan
ringgit setiap kali berlaku bencana alam. Dengan situasi semasa ekonomi negara yang
tidak stabil juga secara tidak langsung akan memberi tekanan kepada kos sara hidup
pekebun kecil, penternak dan nelayan yang kebanyakannya bergantung harap kepada
sumber pendapatan tersebut sahaja. Maka pemberian peruntukan khas ini dapat
menambah baik kehidupan mereka."

[ Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ]

9. PR-1522-U(27)259
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa supaya Kerajaan melaksanakan satu


perancangan persediaan dan pengurusan risiko bagi menghadapi bencana alam dapat
disemak semula akibat impak perubahan iklim yang sangat drastik sejak kebelakangan
ini. Hal ini demikian kerana perancangan rapi penting bagi memastikan tahap
kesiapsiagaan anggota terlibat berada di tahap yang tinggi. Di samping itu, Kerajaan
juga perlu merencana satu langkah holistik bagi mendidik masyarakat agar bersiap
siaga untuk menghadapi bencana alam kerana kesedaran terhadap isu ini di dalam
kalangan masyarakat masih berada di tahap yang rendah berdasarkan peristiwa
bencana alam yang lepas."

[ Perdana Menteri ]
AUM DR 23/5/2023 32

10. PR-1522-U(27)260
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan menyemak semula garis panduan
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai isi kandungan media
sosial yang sensitif serta tidak sesuai dengan agama Islam dan budaya tempatan
seperti kandungan yang pro-LGBT dan pro-liberalisme. Misalnya, SKMM baru-baru ini
telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memantau penyebaran
klip-klip video sensitif yang berbaur provokasi dengan niat mencetuskan
ketidakharmonian, kebencian dan prejudis. Oleh hal demikian, Kerajaan digesa supaya
melakukan tindakan yang sama bagi menangani penularan isi kandungan pro-LGBT
dan pro-liberalisme di media sosial. Tindakan ini adalah penting untuk memastikan
martabat Islam sebagai agama rasmi negara terpelihara dan budaya tempatan
dihormati. "

[ Menteri Komunikasi dan Digital ]

11. PR-1522-U(27)261
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya menyediakan perancangan,


peruntukan dan prasarana kepada pelajar-pelajar universiti, kolej, STPM dan SPM bagi
menghadapi kaedah pembelajaran alaf baru seperti pembelajaran dalam talian dan
menggunakan media elektronik. Ini bagi memboleh dan mendedahkan mereka ke alam
teknologi siber dan e-pembelajaran yang semakin berkembang yang seterusnya
memerlukan guru-guru yang terlatih dalam pendidikan alaf baru."

[ Menteri Pendidikan ]

12. PR-1522-U(27)262
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya mewujudkan pusat benih padi
khusus di kawasan utara khasnya di Arau, Perlis bagi membekalkan benih-benih padi
yang bermutu tinggi dan mencukupi serta membolehkan penyelidikan yang agresif
dibuat bagi menghasilkan benih padi baru. Pusat Benih Padi adalah penting untuk
mengumpul benih padi yang lebih berdaya komersial, lebih berdaya tahan iklim (climate
resistant) dan sesuai dengan cuaca di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Pusat
ini juga boleh berperanan menjalankan kajian di peringkat serantau dan melibatkan
penyelidik daripada negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan
Myanmar yang mempunyai tanaman dan baka padi yang berdaya komersial tinggi."

[ Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ]


33 AUM DR 23/5/2023

13. PR-1522-U(27)263
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan menyediakan pelan tindakan yang
komprehensif untuk menangani kadar pengangguran semasa yang dijangka
meningkat terutamanya di dalam kalangan graduan universiti, penduduk luar bandar
dan golongan miskin bandar. Pelan tindakan ini amat diperlukan memandangkan
keadaan ekonomi global juga bakal meruncing pada tahun 2023 dan kadar pelaburan
asing di Malaysia akan terjejas. Dengan situasi ekonomi terkini, lambakan penganggur
akan menyebabkan peningkatan jumlah golongan B40 dan B20 akibat peningkatan
kos sara hidup."

[ Menteri Sumber Manusia ]

14. PR-1522-U(27)264
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya meneruskan usaha untuk
memberi bantuan semula kepada pesawah menerusi bajet 2023. Dalam ucapan bajet
2023 yang lepas, Kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM200 sebulan bagi
tempoh tiga bulan kepada 240 ribu penerima yang layak. Anggaran keseluruhan
perbelanjaan bantuan tersebut adalah lebih kurang RM228 juta. Justeru itu, Kerajaan
digesa agar mempercepatkan saluran bantuan tersebut kepada pesawah yang
memerlukan bagi menyokong pengorbanan mereka sebagai tonggak utama dalam
menghasilkan makanan ruji utama rakyat Malaysia iaitu beras. Kebanyakan petani di
utara Semenanjung Malaysia mempunyai kawasan sawah padi yang luas serta subur
yang juga sesuai ditanam pelbagai jenis tanaman seperti kelapa sawit. Walau
bagaimanapun, para pesawah ini masih meneruskan tanaman padi bagi menjamin
kelangsungan makanan ruji utama negara. Oleh hal demikian, Kerajaan diharapkan
dapat menghargai pengorbanan para pesawah ini."

[ Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ]

15. PR-1522-U(27)265
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan melaksanakan segera projek-projek


tebatan banjir di seluruh negara untuk memastikan projek ini dilaksanakan secara
holistik dan dapat mencari jalan penyelesaian kepada isu banjir yang semakin
meruncing akibat kesan perubahan iklim dan pembangunan yang tidak mesra alam.
Antara projek yang perlu dilaksanakan segera adalah seperti Projek Pembangunan
Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) dan Sungai Kelantan. Dengan
pembinaan projek tersebut, risiko banjir besar dapat dikurangkan. Di samping itu,
projek tebatan banjir di Selangor khususnya di Shah Alam dan bandar Kuala Lumpur
juga diharapkan dapat dilaksanakan dengan komprehensif agar dapat menangani
masalah banjir kilat."

[ Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ]


AUM DR 23/5/2023 34

16. PR-1522-U(27)266
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya melaksanakan tindakan


kawalan yang lebih ketat berkenaan jualan arak. Garis panduan yang khusus perlu
dikaji dan diwujudkan oleh Kerajaan bagi mengawal penjualan arak yang meliputi
waktu dan tempat jualan arak yang seragam dan boleh diguna pakai di seluruh negara
bagi tujuan mengelakkan masalah sosial yang sering timbul seperti masalah rumah
tangga dan kemalangan jalan raya. Oleh hal yang demikian, keseragaman tindakan
daripada Kementerian Kewangan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah amat
diperlukan sekiranya ingin melaksanakan tindakan kawalan yang lebih ketat terhadap
jualan arak kerana ketika ini ketidakseragaman tindakan antara dua entiti ini menjadi
antara punca kawalan jualan arak tidak dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien."

[ Menteri Kewangan ]

17. PR-1522-U(27)267
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya membentuk satu pasukan
petugas khas bagi memberi perhatian terhadap isu pencerobohan sempadan yang
berlaku di Sabah dan Sarawak. Seperti di ketahui, Sabah dan Sarawak pula berkongsi
sempadan darat sejauh 2,019.5km dengan Kalimantan, Indonesia. Daratan Negara
Brunei Darussalam dibatasi sepenuhnya oleh Sarawak sepanjang 481.3km.
Kebanyakan kawasan perbatasan Malaysia bersama negara-negara jirannya terletak
di kawasan perbukitan yang diliputi hutan tebal dan kawasan perairan laut
menyebabkan kawalan terhadap kawasan-kawasan ini sulit dilakukan. Oleh sebab itu,
masalah pencerobohan, penyeludupan, pemerdagangan manusia dan perdagangan
narkotik adalah antara isu yang saban tahun masih berlaku dan sukar ditumpaskan.
Dengan siapnya Lebuhraya Sematan – Telok Melano juga baru-baru ini secara tidak
langsungnya meningkatkan risiko pencerobohan sempadan sama ada melalui darat
dan laut terutamanya melalui Taman Negara Tanjong Datu. Oleh hal yang demikian,
tindakan segera Kerajaan bagi mencari solusi terbaik kepada masalah kawalan
sempadan ini adalah amat diharapkan."

[ Menteri Dalam Negeri ]


35 AUM DR 23/5/2023

18. PR-1522-U(27)246
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan mencari penyelesaian untuk


mengurangkan kos pengambilan pekerja asing yang kian melambung tinggi.
Kebergantungan majikan tempatan terhadap pekerja asing berbanding pekerja
tempatan di negara ini bukanlah perkara asing terutama dalam sektor 3D (dirty,
dangerous and difficult).

Maka, adalah penting untuk mewujudkan satu dasar yang lebih komprehensif bagi
mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing agar pekerja tempatan diberi
keutamaan terlebih dahulu dengan reformasi terhadap ekosistem sektor 3D meliputi
kadar gaji, faedah dan sebagainya yang berpadanan dengan risiko pekerjaan perlu
diimplementasikan secara berseiringan. "

[ Menteri Sumber Manusia ]

19. PR-1522-U(27)247
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan untuk mewujudkan satu dasar
mengutamakan sajian menu buah- buahan tempatan di semua majlis rasmi Kerajaan
sebagai galakan dan sokongan kepada pemain industri buah-buahan tempatan serta
ke arah membudayakan amalan pemakanan sihat.

Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan bagi membantu pengusaha buah-buahan


tempatan untuk memasar serta mempromosi hasil ladang mereka dan sekali gus
meningkatkan pendapatan. Maka melalui sajian menu buah-buahan di kesemua majlis
rasmi Kerajaan perlu dibudayakan sepenuhnya sebagai sokongan terhadap industri
buah-buahan tempatan. "

[ Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ]

20. PR-1522-U(27)248
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan untuk mengutamakan penternak dan
pengeluar tempatan. Sementara Kerajaan tidak mengawal harga telur import dari luar
negara ke Malaysia, maka adalah adil untuk Kerajaan menghapuskan kawalan harga
terhadap telur ayam kerana “unfair advantage” kepada para pengimport telur ayam
dalam saingan sedangkan penternak-perternak tempatan pula mengalami kerugian
akibat kos pengeluaran yang tinggi.
AUM DR 23/5/2023 36

Keputusan Kerajaan untuk mengimport telur ayam daripada beberapa sumber luar
seperti India dan Thailand sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan
mencukupi bukanlah penyelesaian yang tuntas dan ia sebenarnya adalah suatu
tindakan yang mendiskriminasi penternak dan pengeluar tempatan memandangkan
Malaysia pernah diangkat sebagai pengeksport telur kelima terbesar di dunia ketika
era sebelum pandemik COVID-19.

Sebagai sebuah Kerajaan yang berpaksi kukuh di atas mandat rakyat, adalah
disarankan agar Kerajaan tidak membuat keputusan secara tergesa-gesa dan bersifat
dangkal memandangkan penternak dan pengeluar tempatan yang menanggung
implikasinya secara total serta satu mekanisme yang lebih ampuh perlu dilandaskan
bagi membela nasib penternak dan pengeluar tempatan."

[ Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ]

21. PR-1522-U(27)249
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan untuk mengambil tindakan segera
terhadap masalah dan kesukaran para penumpang menuntut balik wang yang telah
dibayar kepada syarikat-syarikat penerbangan untuk tempahan tiket penerbangan
akibat pembatalan penerbangan oleh syarikat penerbangan semasa pandemik dan
pasca COVID-19.

Ramai penumpang menghadapi kesukaran menukar “credit shell” kepada pembayaran


tiket penerbangan disebabkan pelbagai sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan.
Gejala ini semakin serius berikutan pembatalan penerbangan yang sangat kerap oleh
syarikat-syarikat penerbangan serta tiada pembayaran balik secara tunai kepada
penumpang.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) digesa untuk menyiasat perkara ini


serta mengambil tindakan terhadap mana- mana syarikat penerbangan yang
mengenakan syarat-syarat ketat dan tidak munasabah dalam soal “redemption of
credit shell” demi melindungi kepentingan penumpang."

[ Menteri Pengangkutan ]
37 AUM DR 23/5/2023

22. PR-1522-U(27)251
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan untuk membentangkan perancangan


jangka masa panjang yang menyeluruh dalam memastikan dasar perolehan di
peringkat Kerajaan dapat memberi manfaat kepada syarikat-syarikat tempatan sekali
gus merancakkan ekonomi di peringkat domestik dengan peningkatan peluang
pekerjaan, penambahan pendapatan dan peningkatan produktiviti.

Dalam membantu syarikat tempatan kekal berdaya saing dan memastikan survival
mereka dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Kerajaan harus memainkan
peranan untuk membantu mereka dan memastikan perolehan kerajaan diisi oleh
syarikat-syarikat ini yang berkemampuan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Ini
termasuk sektor pengangkutan, pembuatan, kesihatan, perkilangan, perkilangan, dan
semua sektor lain.

Dalam sesebuah projek Kerajaan, selain pemberian projek, ia juga akan melibatkan
pembekalan komponen, barang mentah dan input yang berlainan. Kerajaan harus
memastikan syarikat-syarikat tempatan mendapat manfaat di setiap lapisan perolehan
yang dibuat, bersesuaian dengan kemampuan dan kualiti yang ditawarkan.

Kerajaan juga dalam masa sama perlu merangka modul yang menetapkan standard
supaya syarikat-syarikat tempatan di setiap sektor dapat memastikan produk mereka
menepati piawaian yang ditetapkan.”

[ Menteri Kewangan ]

23. PR-1522-U(27)252
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan untuk membentangkan secara


menyeluruh dan terperinci berkenaan perancangan Unit Perancangan Ekonomi (EPU)
terhadap polisi ekonomi gig yang lebih mampan. Dalam ketidaktentuan ekonomi yang
berlaku beberapa tahun ini, sektor ini telah menjadi pilihan graduan, OKU, ibu tunggal,
pesara dan penganggur dalam kalangan B40 untuk menyara keluarga mereka.

Antara masalah yang mereka hadapi adalah ketiadaan polisi khusus untuk menjaga
kebajikan mereka, mereka tidak mendapat faedah gaji minimum, pendapatan yang
tidak konsisten bergantung kepada permintaan aplikasi dan mereka tidak diiktiraf di
bawah Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan Ordinan Buruh (Sarawak
Bab 67).
AUM DR 23/5/2023 38

Dengan perkembangan pesat ekonomi digital kini, Kerajaan seharusnya merancang


dan mengiktiraf pekerja dalam sektor ini yang menjadi salah satu penyumbang kepada
ekonomi negara, dalam masa sama menjaga kebajikan mereka dengan mengimbangi
perkembangan daya saing mereka dalam pelbagai bidang.”

[ Menteri Ekonomi ]

24. PR-1522-U(27)253
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan untuk mewujudkan sebuah model,


kaedah dan pendekatan patuh syariah yang memudahkan rakyat terkesan seperti
kemiskinan situasi, bencana alam, kejutan ekonomi merudum dan sebagainya
mendapatkan bantuan kewangan melalui pinjaman tanpa/rendah faedah bagi
memastikan mereka dapat memastikan kelangsungan kehidupan keluarga terjamin
dalam situasi pertumbuhan ekonomi yang agak perlahan.

Keadaan semasa mereka yang menghadapi kesulitan hidup memilih jalan pintas untuk
keluar dari kemelut tanpa memikirkan kesan jangka panjang yang akhirnya akan
menimbulkan keretakan struktur sosial negara yang pasti menjejaskan pembentukan
generasi mendatang serta keutuhan institusi keluarga.

Kerajaan perlu mengatasi perkara ini segera kerana ia akan memberi kesan langsung
kepada bakat negara dan penentuan peningkatan produktiviti."

[ Menteri Kewangan ]

25. PR-1522-U(27)250
Dato' Verdon bin Bahanda [ Kudat ] akan mencadangkan :

"Bahawa Dewan ini mengesa Kerajaan mengkaji persempadanan semula kawasan


pilihan raya di Sabah dan Sarawak melalui tambahan jumlah kerusi Parlimen di wilayah
Sabah dan Sarawak untuk mencukupkan jumlah 35% kerusi dari wilayah Sabah dan
Sarawak atau sekurang-kurangnya 7 kerusi bagi wilayah Sabah. Melalui usul ini, saya
mengusul agar Parlimen Kudat dengan keluasan 2300 kilometer persegi di mana
terdapat 2 daerah penuh dan 1 daerah kecil dengan kedudukan geografi yang terpisah
dapat dibahagi kepada dua kawasan Parlimen."

[ Perdana Menteri ]
39 AUM DR 23/5/2023

26. PR-1522-U(27)268
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan supaya konsep
MADANI yang berteraskan kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat,
keyakinan dan ihsan menjadi gagasan pentadbiran negara."

[ Perdana Menteri ]
AUM DR 23/5/2023 40

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT


(DEWAN RAKYAT)

TAHUN RISALAT/DOKUMEN TARIKH


2023 DIBENTANGKAN

ST.101 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 23 Mei 2023


Universiti Kebangsaan Malaysia Bagi Tahun
2021

ST.104 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 23 Mei 2023


Universiti Malaysia Terengganu Bagi Tahun
2021

ST.105 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 23 Mei 2023


Universiti Malaysia Perlis Bagi Tahun 2021

ST.106 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 23 Mei 2023


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional Bagi Tahun 2021

ST.107 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 23 Mei 2023


Universiti Utara Malaysia Bagi Tahun 2021

ST.108 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 23 Mei 2023


Universiti Teknologi Mara Bagi Tahun 2021

ST.109 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 23 Mei 2023


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Bagi
Tahun 2021

ST.110 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 23 Mei 2023


Universiti Malaysia Sarawak Bagi Tahun 2021
41 AUM DR 23/5/2023

**UCAPAN-UCAPAN
( PERATURAN MESYUARAT 17 )
( KAMAR KHAS )

Tarikh Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang


Ucapan Bertanggungjawab

1. 23.05.2023 1. YB Datuk Seri 1. Membekalkan 1. YB Menteri


(Selasa) Panglima Madius Peralatan Positron Kesihatan
Tangau (Tuaran) Emission
Tomography (PET)
di Kota Kinabalu,
Sabah dan di
Kuching, Sarawak

2. 23.05.2023 2. YB Datuk Seri 2. Status Pembinaan 2. YB Menteri


(Selasa) Panglima Madius Bangunan SMK Pendidikan
Tangau (Tuaran) Nabalu

3. 23.05.2023 3. YB Tuan William 3. Keperluan Membina 3. YB Menteri


(Selasa) Leong Jee Keen Sekolah di Bandar Pendidikan
(Selayang) Tasik Puteri dan di
Kota Puteri

4. 23.05.2023 4. YB Tuan William 4. Pembinaan Kuala 4. YB Menteri Kerja


(Selasa) Leong Jee Keen Lumpur Northern Raya
(Selayang) Dispersal
Expressway (KL
NODE)

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat


17)

You might also like