Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

Nota

Imbas
Sejarah
Tahun 6

Nama :

Kelas :
UNIT 1:LAHIRNYA
SEBUAH CINTA
NOTA IMBAS
inculKate.my

Pembentukan Malaysia Terima Kasih Pemimpin



Gagasan pembentukan Malaysia telah Pemimpin tempatan telah memberikan


disuarakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra sumbangan yang bermakna dalam
Al-Haj sewaktu beliau menyampaikan ucapan pembentukan Malaysia. Sebagai rakyat, kita
dalam majlis Persatuan Wartawan Luar Asia harus berasa bangga dengan kebijaksanaan
Tenggara di Singapura pada 27 Mei 1961. dan permuafakatan yang terjalin antara
mereka.

Langkah Pembentukan Malaysia



Muafakat Membawa Berkat
Pelbagai langkah telah diambil bagi

memastikan pembentukan Malaysia Keinginan untuk membentuk Malaysia dapat


mencapai kejayaan. Antara langkah yang dilihat melalui usaha yang bersungguh-
diambil ialah permuafakatan, perundingan sungguh dalam kalangan pemimpin
dan proses perundangan. tempatan. Peristiwa pembentukan Malaysia
ini banyak memberikan pengajaran kepada
pemimpin tentang kepentingan muafakat
Pengisytiharan Malaysia dan kerjasama bagi mewujudkan sebuah

negara yang harmoni. Kita berasa bangga
Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Borneo melihat usaha gigih para pemimpin dalam
Utara (Sabah) dan Singapura telah memastikan kejayaan Pembentukan
bergabung membentuk Malaysia dan jalur Malaysia.
pada bendera Malaysia telah ditambah.
Perlembagaan Malaysia pula digubal
berasaskan Persekutuan Tanah Melayu. Pada
16 September 1963, pembentukan Malaysia
telah diadakan serentak di Kuala Lumpur, Sambutan Hari Malaysia
Kota Kinabalu dan Kuching.

Hari Malaysia disambut pada 16 September


setiap tahun untuk memperingati penubuhan
Negeri-negeri yang Membentuk Malaysia Malaysia. Sempena Hari Malaysia, pelbagai
acara diadakan sebagai tanda kesepakatan
Johor Pulau Pinang dan sayang akan negara. Selain itu, Hari
Kedah Sabah Malaysia juga merupakan hari cuti umum di
Kelantan Sarawak Malaysia mulai tahun 2010. Hasil daripada
Melaka Selangor permuafakatan itu, maka pada hari ini, kita
Negeri Sembilan Terengganu dapat menyambut Hari Malaysia dengan
Pahang Singapura bangga.
Perak
Perlis
UNIT 2:BUMI DIPIJAK
LANGIT DIJUNJUNG
NOTA IMBAS

Asal Usul Negeriku


Setiap negeri di Malaysia mendapat nama melalui pelbagai cara
dan sumber. Antaranya termasuklah sejarah lisan dan sumber
bertulis.
inculKate.my

Megahnya Negeri-negeriku
Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan sebuah Wilayah
Persekutuan. Setiap negeri mempunyai pemerintah, ibu negeri dan
lambang negeri. Kebanyakan negeri mempunyai bandar diraja. Kita
perlu menghormati semua lambang kemegahan tersebut bagi
menunjukkan ketaatan kita kepada negara.

Lambang Kemegahan Negeri


Setiap negeri mempunyai bendera, jata dan lagu negeri yang
menunjukkan identiti tersendiri. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu
berasa bangga akan lambang negeri dan sayang akan negeri
masing-masing.

Ketua Negeri
Setiap negeri mempunyai ketua negeri yang menjadi tonggak
pemerintahan. Gelaran bagi setiap ketua negeri juga berbeza
mengikut negeri dan pelantikan setiap ketua negeri adalah unik.
Keunikan ini merupakan satu warisan yang perlu dipelihara.

Warisan Kebanggaan Negeri


Setiap negeri di Malaysia mempunyai warisan sejarah dan identiti
yang tersendiri. Kepelbagaian inilah yang menjadikan setiap negeri
unik dan berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, kita mesti berasa
bangga akan warisan sejarah dan identiti tersebut.
UNIT 3:RUKUN NEGARA
NOTA IMBAS
inculKate.my
Rukun Negara Ideologi Kita

Rukun Negara telah diperkenalkan sebagai ideologi negara oleh Majlis


Gerakan Negara (MAGERAN). Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yaang
di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970. MAGERAN yang diketuai oleh Tun Abdul
Razak bin Dato' Hussein telah dibentuk bagi mengawal keamanan negara
yang tergugat kerana Peristiwa 13 Mei 1969. Ruku Negara digunakan untuk
mengeratkan perpaduan dan perhubungan antara masyarakat berbilang
kaum di negara kita.

Prinsip-prinsip Rukun Negara Rukun Negara Asas Kehidupan


Masyarakat

Kepercayaan kepada Tuhan Sebagai rakyat yang cinta akan


negara, kita harus menghayati
Kesetiaan kepada Raja dan kelima-lima prinsip Rukun
Negara Negara. Melalui penghayatan
ini, kita dapat membina
Keluhuran Perlembagaan kehidupan yang harmoni.

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

Penghayatan Rukun Negara Jati Diri Rakyat Malaysia

Rakyat yang cinta akan negara Lima prinsip yang terkandung


Malaysia perlu menghayati dalam Rukun Negara boleh
Rukun Negara. Rukun Negara membentuk jati diri dalam
berperanan melahirkan kalangan masyarakat di negara
masyarakat yang bersatu padi. kita. Jati diri bermaksud ciri-ciri
yang dimiliki oleh setiap individu
yang dapat membentuk identiti,
perwatakan dan keperibadian
yang unggul.
UNIT 4:RAKYAT MALAYSIA
NOTA IMBAS

Uniknya Masyarakat Malaysia


Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Antaranya
termasuklah Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban, Melanau, Bidayuh,
Bisaya, Kenyah, Kayan, Kelabit, Penan, Kadayan, Lun Bawang,
Kadazandusun, Bajau, Murut, Iranun, Rungus, Orang Sungai, Brunei dan
Suluk. Perpaduan yang terjalin antara masyarakat Malaysia amat kukuh.
Inilah kunci utama kepada kejayaan Malaysia mempertahankan
kemerdekannya. Oleh itu, perpaduan ialah perkara penting bagi setiap
negara yang bebas dan berdaulat.

inculKate.my

Makmurnya Tanah Airku


Sejak berabad dahulu, masyarakat Malaysia mengusahakan pelbagai
pekerjaan demi memakmurkan tanah air ini. Sebelum merdeka,
petempatan masyarakat di negara ini terpisah berdasarkan pekerjaan
masing-masing.

Uniknya Seni Kita


Setiap kaum di negara kita mempunyai alat muzik tradisional yang unik
dan tersendiri. Tujuan permainan alat muzik ini adalah untuk memberi
hiburan, upacara, keagamaan dan pengebumian.

Indah Nian Gerak Geri


Masyarakat majmuk Malaysia juga kaya dengan pelbagai kesenian tarian
yang unik seperti inang, makyung, singa, bharathanatyam, sewang,
ngajat, sumazau dan bhangra.

Permainan Tradisional Masyarakat Kita


Permainan tradisional merupakan aktiviti mengisi masa lapang dalam
masyarakat tradisional.

Cerita Rakyat Kebanggaan Kita


Cerita rakyat berbentuk cerita lisan yang disalurkan daripada generasi
kepada generasi yang seterusnya.
UNIT 5: AGAMA DAN
KEPERCAYAAN DI MALAYSIA
NOTA IMBAS

Penerimaan Kepelbagaian Agama dan Kepercayaan


Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum yang menganut pelbagai agama
dan kepercayaan. Kebanyakan masyarakat telah mengenali agama dan
kepercayaan kaum-kaum lain. Oleh itu, sikap saling menghormati dapat
disemai dalam kalangan masyarakat Malaysia.

inculKate.my
Pelbagai Kepercayaan di Negara Kita
Masyarakat Orang Asli di Sabah dan Sarawak turut mengamalkan
kepercayaan yang diwarisi turun-temurun.

Islam Agama Persekutuan


Kebebasan beragama yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan memberi ruang kepada penganut agama lain untuk
mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing. Kebebasan
beragama ini dapat mengukuhkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum.

Rumah Ibadat
Rumah ibadat merupakan tempat di mana penganutnya berhimpun dan
mendengar penerangan tentang ajaran agama dan kepercayaan masing-
masing.

Adab di Rumah Ibadat


Kita perlu memahami dan mematuhi adab, pantang larang dan peranan
rumah ibadat kaum-kaum yang lain bagi menunjukkan rasa persefahaman
dan prihatin kita terhadap kaum lain.

Pentingnya Pegangan dalam Kehidupan


Agama dan kepercayaan merupakan pegangan hidup setiap manusia.
Prinsip, amalan dan nilai yang terkandung dalam agama dan kepercayaan
akan mendidik masyarakat ke arah kesejahteraan. Agama dan kepercayaan
juga menjadi panduan kita dalam menjalani kehidupan seharian.
UNIT 6: PERAYAAN DI MALAYSIA
NOTA IMBAS
Agama Disanjung Adat Dikendong
Terdapat pelbagai perayaan yang disambut pada sepanjang tahun oleh
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Antara perayaan
yang disambut oleh masyarakat Malaysia adalah seperti Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Natal, Hari Gawai, Vaisakhi, Tadau
Kaamatan dan Hari Raya Aidiladha. Pada tahun 2000, kerajaan telah
mengisytiharkan enam perayaan utama rakay Malaysia. Antara perayaan
yang diisytiharkan ialah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali,
Hari Krismas, Hari Gawai dan Tadau Kaamatan. Semasa perayaan, rumah
terbuka diadakan untuk memupuk semangat perpaduan dan mewujudkan
keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia.

inculKate.my

Perayaan Disambut Perpaduan Dipupuk


Perayaan di Malaysia terbahagi kepada:
Keagamaan dan Kepercayaan
Kebudayaan

Lain Dahulu Lain Sekarang


Kemeriahan sambutan perayaan dalam kalangan masyarakat dahulu masih
kekal dan diteruskan sehingga kini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
perubahan yang berlaku disebabkan faktor pembangunan, perkembangan
teknologi dan perubahan sosial dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Keunikan Perayaan Kebanggaan Kita


Keunikan dalam setiap perayaan dapat dikekalkan sehingga sekarang
disebabkan oleh sikap menerima dan sikap terbuka yang diamalkan oleh
masyarakat Malaysia.

Memperkasakan yang Tradisi Memelihara yang Diwarisi


Perayaan yang disambut oleh masyarakat kita pada hari ini masih
mengekalkan budaya dan adat resam yang diwarisi sejak dahulu lagi. Amalan
makan bersama, kunjung-mengunjungi, menghias rumah dan menyediakan
hidangan tradisional untuk tetamu terus dipelihara sehingga hari ini. Oleh itu,
kita perlu memelihara nilai-nilai ini dan mengekalkan warisan perayaan
masing-masing. Kepelbagaian amalan dalam perayaan ini mampu
menyumbang ke arah pembentukan masyarakat sejahtera.

Hargai Warisan Perayaan Kita


Warisan perayaan perlu dihargai agar dapat membentuk masyarakat yang
lebih harmoni dan bersatu padu.
UNIT 7:
MALAYSIA DI PERSADA DUNIA
NOTA IMBAS

Sukan Menyatukan Kita


Bagi menggalakkan pelajar-pelajar dan masyarakat Malaysia bergiat dalam
aktiviti sukan, pihak kerajaan telah mengadakan pelbagai program seperti
SUKMA, MSSM dan RIMUP.
inculKate.my
Malaysia Boleh
Pencapaian gemilang negara dalam bidang sukan pada peringkat
kebangsaan dan antarabangsa telah terukir sejak era sebelum kemerdekaan.
Kegemilangan yang dicapai ini telah berjaya mengharumkan nama negara
seperti dalam sukan bola sepak.

Malaysiaku Gemilang
Penglibatan atlet negara menerusi pelbagai bidang sukan dalam temasya
sukan antarabangsa dan kejohanan bertaraf dunia telah mengharumkan
nama Malaysia.

Jaguh Tersohor
Kecemerlangan atlet negara dalam bidang sukan turut diperlihatkan
menerusi penyertaan dalam kejohanan sukan bertaraf dunia. Beberapa
kejohanan sukan berprestij juga telah diungguli oleh negara kita.

Penganjuran Sukan Antarabangsa


Malaysia diberi penghormatan oleh badan sukan dunia dalam
menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa . Antaranya adalah seperti
Sukan SEA, Piala Monsun, Piala Thomas dan Hoki Piala Dunia.

Pemimpin Terbilang Sukan Cemerlang


Kemajuan sukan Malaysia merupakan hasil usaha gigih para pemimpin,
atlet dan jaguh sukan. Antara pemimpin sukan negara adalah seperti
Daato' Peter Velappan dan Tan Sri Hamzah bin Datuk Samah.

Mereka yang Mengukir Nama


Atlet pelbagai kaum di Malaysia telah mengharumkan nama baik negara di
persada dunia dalam pelbagai bidang sukan seperti Datuk Santokh Singh,
Datuk Soh Chin Aun dan Datuk R. Arumugam.

Sukan Penjana Perpaduan


Sukan diminati oleh semua kaum tanpa batasan latar belakang agama,
kepercayaan mahupun keturunan. Menerusi sukan, keharmonian dan
perpaduan antara kaum dapat dicapai.
UNIT 8: KEGIATAN EKONOMI NEGARA
NOTA IMBAS

Kegiatan ekonomi Malaysia bermula daripada kegiatan yang


Majunya Negaraku berasaskan pertanian dan berkembang menjadi kegiatan
yang berbentuk industri.
inculKate.my
Kegiatan ekonomi Malaysia bermula daripada kegiatan yang
Bumi Berjasa berasaskan pertanian dan berkembang menjadi kegiatan
yang berbentuk industri.

Pertanian komersial telah membawa kesan ekonomi yang


besar terhadap negara kita. Industri getah dan industri kelapa
Produk Pertanian sawit merupakan pertanian komersial yang membawa
keuntungan kepada Malaysia.

Industri automatif dan petroleum menjadi nadi ekonomi


Industri negara kita. Idea industri automatif yang dicetuskan oleh Tun
Automotif Dr. Mahathir bin Mohamad mula diperkenalkan pada tahun
dan Petroleum 1980-an.

Proton dan Petronas Industri automatif dan petroleum juga merupakan sumber
Kebanggaan Negara pendapatan ekonomi yang penting bagi Malaysia.

Sektor pelancongan yang juga dikenali sebagai industri tanpa


Malaysia Indah asap juga merupakan sumber ekonomi yang penting bagi
Tarikan Pelancong negara kita.

Alam sekitar yang bersih dan indah ialah anugerah Tuhan.


Alam Dijaga
Malaysia Makmur Oleh itu, kita perlu menjaga alam sekitar yang dimiliki supaya
tidak mengalami sebarang gangguan dan pencemaran.

Keamanan yang wujud menyebabkan pelancong berasa


Keamanan selamat dan selesa untuk datang ke negara kita. Keamanan
Terjamin Malaysia negara juga membolehkan tumpuan diberikan kepada
Makmur pembangunan ekonomi.

Jenama Malaysia Barang buatan Malaysia dapat dibahagikan kepada produk


Kebanggan Kita pertanian, produk automatif dan produk petroleum.

Anugerah Penubuhan PETRONAS pada tahun 1974 membuktikan


Kemakmuran kemampuan negara mentadbir sendiri industri petroleum.
UNIT 9: PEMIMPIN NEGARA YANG
KUSANJUNGI
NOTA IMBAS

Tampuk Pentadbiran Negara


Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan
Malaysia. Jawatan Perdana Menteri telah wujud
dalam beberapa kerajaan Melayu pada masa
dahulu. Jawatan tersebut digunakan apabila negara
kita mencapai kemerdekaan.

Tugas Perdana Menteri


Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong. Beliau menjalankan tugas mentadbir negara
bagi kemakmuran bersama. Oleh itu, sokongan
patutlah diberikan kepada Perdana Menteri agar
belaiu dapat menjalankan tugas dengan lancar demi
kesejahteraan negara.

inculKate.my
Perdana Menteri Kita
Sejak merdeka, negara kita telah mempunyai enam
orang Perdana Menteri yang berwibawa. Mereka
berusaha untuk mewujudkan kemakmuran dan
kesejahteraan negara. Oleh itu, kita perlu
menghargai jasa mereka.

Jasamu Dikenang
Perdana Menteri kita memberikan sumbangan yang
besar kepada rakyat dan negara. Mereka
mengharumkan nama negara pada peringkat
antarabangsa. Mereka juga berusaha untuk
memastikan pembangunan negara dilaksanakan.

Kepimpinan yang Unggul


Perdana Menteri mempunyai ciri-ciri kepimpinan
yang menjadi kebanggaan masyarakat. Melalui ciri-
ciri kepimpinan ini, Perdana Menteri akan dapat
menjalankan tugas dengan berkesan.
UNIT 10: MALAYSIA DAN DUNIA
NOTA IMBAS

Jiran Serantau Bersama-sama Membangunkan ASEAN


Hubungan baik dengan negara luar sangat Sejak awal penubuhan ASEAN, Malaysia
penting demi menjamin keselamatan rakyat sentiasa memainkan peranan ke arah
dan negara. Langkah ini juga perlu bagi mencapai matlamat penubuhannya. Negara
menggalakkan pembangunan ekonomi dan kita berusaha memastikan faedah daripada
mengekalkan keamanan sejagat. Oleh itu, hubungan luar ini dapat dikongsi bersama.
Malaysia berusaha untuk berbaik-baik dan Penglibatan Malaysia amat dihargai oleh
menjalinkan kerjasama yang erat dengan negara anggota.
negara-negara jiran menerusi pertubuhan
serantau.
inculKate.my

Malaysia dalam Komanwel Benih Disemai Hasil Dituai


Penglibatan Malaysia dalam Komanwel Malaysia berjaya dalam melaksanakan
bermula sebaik sahaja negara kita tanggungjawab sebagai anggota Komanwel
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dengan berkesan. Oleh itu, negara kita
sehingga kini. mendapat pengiktirafan daripada negara
luar. Sebagai negara anggota Pertubuhan
Komanwel, Malaysia mendapat pelbagai
faedah daripadanya.

Sahabat Bekerjasama Pendukung Kesejahteraan Dunia


Malaysia memainkan peranan penting Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan
dalam kerjasama antarabangsa. Ketokohan antarabangsa adalah untuk kesejahteraan
pemimpin dalam melaksanakan dasar luar dan keamanan dunia. Pandangan Malaysia
dibuktikan menerusi penubuhan berkaitan dengan isu global disalurkan
Organisation of Islamic Cooperation (OIC). menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB). Negara kita menyertai PBB
setelah mencapai kemerdekaan pada tahun
1957. Sejak itu, Malaysia merupakan salah
sebuah negara anggota yang aktif.

Negarawan Malaysia di PBB Warisan Negara Dihargai Dunia


Penglibatan aktif Malaysia dalam PBB turut Keindahan dan keunikan alam sekitar
disumbangkan oleh individu yang negara kita mempunyai nilai sejarah yang
berwibawa. Tan Sri Dato' Razali bin Ismail tinggi. Warisan ini telah diiktiraf oleh
dan Profesor Datuk Dr. Mazlan binti Othman UNESCO sebagai warisan bersejarah dunia.
merupakan tokoh yang telah menggilap Malaysia berjaya mengangkat keunikan
nama Malaysia di PBB. warisan negara ke peringkat antarabangsa.
Copyright © 2021 Siti Khairani Alias, Kate Alias, InculKate.

Cetakan pertama 2021.


Terima kasih atas pembelian dan sokongan pihak tuan dan puan. Kami sangat menghargai
segala bentuk sokongan, komen dan pertanyaan daripada semua. Namun, bahan ini ialah
hak cipta terpelihara. Kami tidak mengizinkan mana-mana pihak untuk berkongsi bahan ini
kepada rakan taulan tanpa izin bertulis daripada pihak InculKate.

Jika bahan ini memberi manfaat kepada cikgu, tuan dan puan sekalian dan ingin berkongsi
dengan rakan, sila kongsikan link di bawah untuk pembelian. Boleh juga menekan link
whatsapp untuk dibantu ejen-ejen kami.

Penulis tidak akan mengHALALkan mana-mana pihak yang menyalahgunakan isi


kandungan buku ini dan menyebarkan tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Siti
Khairani Alias//Kate Alias//InculKate.

Salam sayang,
Kate Alias
CEO Kate Alias Ent.
Owner Inculkate.com, PembantuPendidik.com

Masalah/Tutorial:
Admin : https://katmins.wasap.my
Tutorial : https://www.tiktok.com/@inculkate.my

Sertai Facebook kami:


www.facebook.com/groups/inculkatepembantupendidik
https://web.facebook.com/Inculkate-HQ-274839497654484/

PEMBELIAN DIRECT PEMBELIAN MANUAL TELEGRAM


INCULKATE.MY https://inculkate.wasap.my https://t.me/inculkate

You might also like