Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN PEMULIHAN (BAHASA MELAYU)

1. Bilangan murid Pemulihan Bahasa Melayu sehingga Mac 2023 ialah 22


orang. 10 0rang murid Tahap 2, manakala 12 orang murid Tahap 1.
2. Guru Pemulihan sedang menjalankan Program Latih Tubi Baca bagi
murid-murid Tahap 2 yang belum menguasai 32 kemahiran.
3. Sebelum penghujung April 2023, guru Pemulihan perlu memastikan
murid-murid Pemulihan Tahap 2 berjaya menguasai 32 kemahiran
pemulihan.
4. 2 orang murid pemulihan Tahap 2 masih menjalani terapi bersama pihak
Hospital Teluk Intan semenjak 2022 iaitu selepas disenaraikan dalam
Program Outreach anjuran PPD Hilir Perak. Guru Pemulihan
mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa atau penjaga murid dari
semasa ke semasa. (Murid Tahun 5E: Rayyan Hadith dan Haziq Haikal)
5. Selepas Minggu 1 sesi persekolahan, guru pemulihan akan menjalankan
Ujian Saringan Diagnostik kepada murid Tahun 2 yang dicalonkan oleh
guru matapelajaran. Murid yang tidak berjaya melepasi Ujian Saringan
Diagnostik akan ditempatkan dalam kelas Pemulihan semasa kelas bagi
matapelajaran Bahasa Melayu.
6. Guru Pemulihan tidak boleh mengambil murid pemulihan Tahun 1. Murid
perlu berada dalam kelas perdana sekurang-kurangnya 6 bulan untuk
mengikuti sesi PDP.
7. Jurang perbezaan aras kefahaman antara Pemulihan Bahasa Melayu dan
matapelajaran Bahasa Melayu sangat tinggi. Murid Pemulihan yang
sudah dilepaskan ke kelas perdana sangat memerlukan masa untuk
menerima perubahan. Diharap agar guru matapelajaran dapat
membimbing murid pemulihan secara berterusan dan memberikan lebih
tumpuan kepada murid-murid ini agar mereka juga dapat belajar dan
faham seperti rakan-rakan yang lain.
LAPORAN PEMULIHAN (MATEMATIK)

1. Bilangan murid Pemulihan Matematik sehingga Mac 2023 ialah 22 orang.


10 0rang murid Tahap 2, manakala 12 orang murid Tahap 1.
2. Seramai 6 orang murid Pemulihan Matematik dikesan belum mengusai 22
kemahiran Pemulihan Matematik. Manakala 4 orang murid akan
dilepaskan pada awal April 2023 kerana sudah menguasai kemahiran
Pemulihan Matematik.
3. Satu program pemantapan Asas Mengira akan dijalankan kepada murid
Tahap 1 dan Tahap 2 yang belum menguasai kemahiran Pemulihan
Matematik. Sekurang-kurang dalam tempoh 3 bulan, bilangan murid
pemulihan dapat dikurangkan seramai 12 orang.
4. 2 orang murid pemulihan Tahap 2 masih menjalani terapi bersama pihak
Hospital Teluk Intan semenjak 2022 iaitu selepas disenaraikan dalam
Program Outreach anjuran PPD Hilir Perak. Guru Pemulihan
mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa atau penjaga murid dari
semasa ke semasa. (Murid Tahun 5E: Rayyan Hadith dan Haziq Haikal)
5. Selepas Minggu 1 sesi persekolahan, guru pemulihan akan menjalankan
Ujian Saringan Diagnostik kepada murid Tahun 2 yang dicalonkan oleh
guru matapelajaran. Murid yang tidak berjaya melepasi Ujian Saringan
Diagnostik akan ditempatkan dalam kelas Pemulihan semasa kelas bagi
matapelajaran Matematik.
6. Guru Pemulihan tidak boleh mengambil murid pemulihan Tahun 1. Murid
perlu berada dalam kelas perdana sekurang-kurangnya 6 bulan untuk
mengikuti sesi PDP.
7. Jurang perbezaan aras kefahaman antara Pemulihan Matematik dan
matapelajaran Matematik sangat tinggi. Murid Pemulihan yang sudah
dilepaskan ke kelas perdana sangat memerlukan masa untuk menerima
perubahan. Diharap agar guru matapelajaran dapat membimbing murid
pemulihan secara berterusan dan memberikan lebih tumpuan kepada
murid-murid ini agar mereka juga dapat belajar dan faham seperti rakan-
rakan yang lain.

You might also like