Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

SKIMA 1

- 4 UNDANG-UNDANG JALANRAYA SEMASA BERBASIKAL

Sebagai penunggang basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi keledar basikal untuk

melindungi bahagian kepala daripada tercedera. Menunggang di bahagian kiri jalan

sealiran dengan trafik merupakan perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan

isyarat tangan apabila hendak membelok dan berhenti. Beri laluan kepada kenderaan yang

lebih besar. Patuhilah semua papan tanda semasa menunggang basikal di jalan raya.
PAPAN TANDA PERATURAN

BERHENTI DILARANG
DILARANG DILARANG KENDERAAN
DI PERSIMPANGAN BELOK
BELOK KE KANAN BERPUSING BALIK DILARANG MASUK
KE KIRI

DILARANG DILARANG BERHENTI BERI LALUAN BERHENTI


DILARANG
MELETAK KANAK - KANAK
MEMBUNYI HON
KENDERAAN MELINTAS

DILARANG LORONG LORONG


HAD LAJU HAD LAJU MEMOTONG BASIKAL
MOTOSIKAL
TAMAT SAHAJA
SAHAJA

IKUT KIRI IKUT ARAH IKUT ARAH JALAN TERUS BELOK KE KANAN
ATAU BELOK SAHAJA
KE KANAN SAHAJA

SIMPANG SIMPANG TIGA SIMPANG SIMPANG JALAN


TAK SERENTAK DI KANAN DI KIRI DUA HALA
PAPAN TANDA AMARAN

LINTASAN KAWASAN LINTASAN LINTASAN


LINTASAN KERETAPI
PEJALAN KAKI KANAK - KANAK ORANG CACAT KERETAPI BERPAGAR
TANPA PAGAR
MELINTAS

KAWASAN ZON HAD LAJU KAWASAN STESEN KAWASAN


ORANG DIHADAPAN LEMBU JAMBATAN BATU / TANAH
BUTA MELINTAS TIMBANG RUNTUH

LAMPU BULATAN JAMBATAN LIKU TAJAM JALAN


ISYARAT DI HADAPAN SEMPIT BENGKANG -
DI HADAPAN BENGKOK

JALAN SEMAKIN LIKU KANAN LIKU KIRI CERUN MENURUN CERUN MENDAKI
SEMPIT

HALANGAN BERHATI - HATI BERPISAH JALAN JALAN


DI HADAPAN ARAH KEMBAR TAMAT KEMBAR DI HADAPAN
1. POTONG DAN TAMPAL.
2. WARNAKAN DENGAN BETUL.
3. TULISKAN MAKSUD / MAKNANYA
4. SATU MUKASURAT 3 GAMBAR SAHAJA.
SKIMA 2
- 10 PERATURAN BERBASIKAL

1. Tentukan yang basikal anda dalam keadaan baik - keadaan brek, tayar berbunga dan

tekanan angin, lampu depan dan lampu pemantul cahaya.

2. Tunggang dengan cermat mengikut tepi jalan dalam satu barisan disebelah kiri.

3. Jangan bertolak, belok ke kanan atau kiri atau berhenti tanpa menoleh ke belakang

dahulu. Beri isyarat tangan bila hendak belok kiri kanan dan berhenti.

4. Gunakan topi keledar khas, jaket pantul cahaya serta aksesori seperti lapik bahu, siku

dan lutut. Pakai kasut berstoking.

5. Sentiasa pegang "Handle" dan kaki berada di atas pengayuh.

6. Jangan menunggang secara zig zag- menciluk, wheelie ( angkat tayar satu)

7. Jangan bawa benda yang boleh mengganggu imbangan badan anda.

8. Bila ada kereta berhenti, awasi penumpang yang membuka pintu kereta itu.

9. Menggunakan lorong basikal yang disediakan.

10. Basikal lajak DIHARAMKAN jika anda ahli pengakap.


SKIMA 3
- MENUNJUK CARA MEMBERI ISYARAT TANGAN SEMASA BERBASIKAL:

(a) Belok kanan (b) Belok kiri (c) Berhenti

Lukis gambar diatas dan warnakan


SKIMA 4
- 10 PERKARA YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN SEMASA BERBASIKAL

1. Basikal dalam keadaan yang tidak baik – brek rosak, tayar tiada bunga dan kurang

tekanan angin, tiada lampu depan dan lampu pemantul cahaya.

2. Menunggang dengan cara tidak selamat dan secara berkumpulan di tengah jalan.

3. Membelok ke kanan atau kiri atau berhenti dengan tidak menoleh ke belakang dahulu.

Tidak memberi isyarat tangan bila hendak belok kiri kanan dan berhenti.

4. Tidak menggunakan topi keledar khas, jaket pantul cahaya serta aksesoris seperti lapik

bahu, siku dan lutut. Tidak memakai kasut dan stoking.

5. Tidak memegang "Handle" dan kaki tidak berada di atas pedal pengayuh.

6. Menunggang secara zig zag - menciluk, wheelie ( angkat tayar satu)

7. Membawa benda yang boleh mengganggu imbangan badan.

8. Bila ada kereta berhenti, penunggang tidak awasi penumpang yang membuka pintu

kereta itu.

9. Tidak menggunakan lorong basikal yang disediakan.

10. Seorang pengakap menunggang basikal lajak.


SKIMA 5
- MEMBAIKI KEROSAKAN KECIL
1. Membuka dan memasang getah brek.

UJIAN AMALI : Boleh buat pilihan. Membuka brek hadapan atau belakang.
- Buka skru dan getah brek.
- Susun atas lantai untuk Penilai lihat dan pasang semula dengan betul.
2. Lukis basikal anda dan label bahagian penting.
Label Penerangan
1 Pemegang /handle bar
2 Penukar gear/Shifter
3 Tuas brek/Brake lever
4 Kabel/Cable
5 Tiub kepala/Head tube
6 Sepit udang, semanggang/Fork
7 Kaliper brek cakera/Disc Brake Caliper
8 Cakera brek/Brake disc
9 Gelendong, buyong/Hub
10 Jejari/Spoke
11 Injap/Valve
12 Rakap/Pedal
13 Engkol/Crank
14 Gegancu/Chainring
15 Rantai/Chain
16 Palang rantai/Chain stay
17 Gear belakang/Rear derailer
18 Kaset/Cog, Cassette
19 Rim /Rim
20 Tayar/Tire
21 Palang pelana/Seat stay
22 Brek-V/V-brake
23 Gear hadapan/Front derailer
24 Tiub pelana/Seat tube
25 Batang pelana/seat post
26 Pelana/Saddle
27 Penegang Rantai/ Chain control
28 Tiub atas/Top tube
29 Tiub bawah/Down tube
30 Set kepala/Head set
31 Dahan/Stem
SKIMA 6
UJIAN AMALI : Menunggang Basikal- diperhatikan oleh penguji

1. Sebelum memulakan kayuhan, pandang ke belakang dahulu. Jika tiada

kenderan, boleh teruskan kayuhan.

2. Beri isyarat belok kanan atau belok kiri.

3. Kayuh dgn STABIL.

4. Beri isyarat perlahan dan berhenti.

5. Brek tangan kiri dahulu (brek belakang) kemudian brek tangan kanan.

6. Berhenti dengan stabil dan tongkat basikal.

7. Tidak dibenarkan brek menggunakan kaki.

You might also like