Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

FAKULTI PENDIDIKAN

SEMESTER 2 2022/2023
SET 4 IPG KB

KOD KURSUS
GGGB5023 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK TUGASAN
ANALISIS/SINTESIS ARTIKEL/LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PDPC

(ARTIKEL BI: AN ACTION RESEARCH OF USING VOCABULARY WHEEL TO


IMPROVE YEAR 2 PUPILS’ VOCABULARY IN THE MALAYSIAN CLASSROOM)

(ARTIKEL BM: PEMBELAJARAN KONSEPTUAL SEJARAH MELALUI TEKNIK


"PEER WITH SOURCES-CARDS": SATU KAJIAN TINDAKAN)

PENSYARAH: DR. MOHD KHALID MOHAMAD NASIR

NAMA NO. MATRIK


FATIN NABILA BINTI RIDZUAN P123870
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN...........................................1
1.1 DEFINISI…..............................................................................................1
1.2 TUJUAN...................................................................................................3
1.3 CIRI-CIRI…............................................................................................3
1.4 KEPENTINGAN….................................................................................4
2.0 TEORI DAN MODEL YANG DIRUJUK/BERKAITAN…..........................4
2.1 MODEL KEMMIS DAN MAC TAGGART (1988).............................4
3.0 ARTIKEL BAHASA INGGERIS......................................................................6
3.1 PENGENALAN......................................................................................6
3.2 REFLEKSI AWAL................................................................................6
3.3 OBJEKTIF KAJIAN….........................................................................7
3.4 INTERVENSI….....................................................................................8
3.5 PENILAIAN............................................................................................9
3.6 CIRI-CIRI INOVASI PROGRAM INTERVENSI YANG
DILAKSANAKAN...............................................................................10
3.7 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN ARTIKEL.............11
4.0 ARTIKEL BAHASA MELAYU......................................................................13
4.1 PENGENALAN....................................................................................13
4.2 REFLEKSI AWAL...............................................................................13
4.3 OBJEKTIF KAJIAN….......................................................................14
4.4 INTERVENSI…..................................................................................14
4.5 PENILAIAN........................................................................................15
4.6 CIRI-CIRI INOVASI PROGRAM INTERVENSI YANG
DILAKSANAKAN.............................................................................16
4.7 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN ARTIKEL............17
5.0 KESIMPULAN...............................................................................................18
6.0 RUJUKAN........................................................................................................19
7.0 LAMPIRAN ARTIKEL.................................................................................2
1.0 PENGENALAN
Kajian tindakan ialah suatu proses mengumpul dan mentafsir maklumat untuk membantu
meningkatkan kefahaman individu terhadap sesuatu masalah di tempat kerja. Matlamat yang
utama yang ditekankan dalam pelaksanaan kajian tindakan ialah untuk menambahbaik suatu
perkara atau untuk mengatasi isu permasalahan yang sedang dihadapi agar tindakan dapat di
ambil ke atas masalah tersebut. Seterusnya, kajian tindakan merupakan instrumen yang
sangat efektif untuk membantu memberi kefahaman kepada para guru untuk menganalisis
sesuatu masalah dan dapat menjalankan kajian yang dapat membantu untuk memberi
cadangan penyelesaian kepada masalah yang timbul secara sistematik dan tersusun mengikut
panduan yang telah ditetapkan ketika menjalankan sesuatu kajian.

Selain itu, kajian tindakan merupakan satu bentuk kajian yang bersifat inkuiri dimana
peserta kajian iaitu guru atau pendidik bertindak sebagai penyelidik melaksanakan refleksi
kendiri terlebih dahulu. Dalam meningkatkan atau menambahbaik kualiti amalan mereka,
guru-guru akan melaksanakan tindakan intervensi untuk diaplikasikan dalam situasi yang
memerlukan dan dapat menjadi solusi kepada isu yang timbul ketika berada di sekolah.
Proses yang terlibat ketika pelaksanaan kajian tindakan ialah membuat refleksi, merancang,
melaksanakan dan membuat pemerhatian.

1.1 DEFINISI KAJIAN TINDAKAN


Pakar-pakar kajian tindakan telah mengemukakan pelbagai maksud dan definisu sebuah
kajian tindakan. Antaranya ialah:

i. Kemmis & McTaggart (1988) mendefiniskan kajian tindakan sebagai suatu proses
berbentuk inkuiri dimana refleksi kendiri dilaksanakan secara komprehensif. Ia
dilaksanakan oleh seseorang yang berada dalam lingkungan sosial seperti guru-guru
di sekolah. Tujuan kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan sifat
rasional dan keadilan dalam amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka
sendiri. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap
amalan-amalan tersebut dan keadaan di mana intervensi itu dijalankan.

ii. Ebbut (1985) mendefinisikan kajian tindakan sebagai sebuah pengkajian yang
tersusun oleh sekumpulan pengamal terhadap inisiatif-inisiatif untuk menambaikkan
amalan pendidikan menerusi tindakan praktikal mereka dan refleksi kendiri terhadap
kesan daripada tindakan tersebut.

iii. McNiff (1988) pula mendefiniskan kajian tindakan sebagai suatu usaha untuk
membaiki dan menambahbaik kualiti pendidikan dengan memberi galakan dan
dorongan kepada guru-guru untuk lebih sedar tentang amalan praktikal mereka agar
menjadi sesorang yang bersedia untuk mengubahnya. Perkara ini melibatkan guru
dalam intervensi yang dilaksanakan oleh mereka.

iv. Somekh (1989) berpendapat bahawa kajian tindakan merupakan suatu kajian
terhadap keadaan sosial itu sendiri agar adapat menambabbaik kualiti amalan
pelaksanaan masing-masing.

v. Cochran-Smith dan Lytle (1990) mendefinisikan kajian tindakan sebagai suatu


kajian di bilik darjah oleh guru-guru untuk membolehkan mereka meneroka isu yang
mereka dapati di bilik darjah. Kajian ini juga menyediakan satu prosedur yang wajar
untuk menjadikan ilmu pengetahuan guru sebagai sebahagian daripada sumber
maklumat untuk pengajaran serta mendekatkan guru dalam struktur kuasa dalam
pengajaran.

vi. Menurut Kember and Gow (1992), kajian tindakan merupakan suatu proses yang
melibatkan pengamal iaitu pendidik untuk mencuba untuk memperbaiki pengajaran
mereka melalui kitaran yang termasuk perkara seperti perancangan, pelaksanaan
pemerhatian dan pertimbangan.

Secara ringkasnya, mengikut pelbagai definisi daripada pakar-pakar kajian tindakan,


kajian tindakan dapat disimpulkan sebagai cara guru berfikir tentang isu yang mereka hadapi,
mereflek isu itu, mengumpul dan menganalisis data, dan menggunakan pandangan ini untuk
mengubah cara mereka bertindak. Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk menentukan
keinginan dan kecenderungan guru untuk meningkatkan kedua-dua amalan atau pengajaran
pembelajaran di sekolah. Oleh itu, guru boleh menangani cabaran dalam amalan mereka
sendiri melalui kajian tindakan yang diambil.

1.2 TUJUAN KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan bertujuan untuk meningkatkan pendidikan dan meningkatkan


pemahaman orang ramai tentang amalan pendidikan, dan meningkatkan konteks di mana
pendidikan diberikan. Kerana setiap individu yang terlibat dalam pendidikan benar-benar
terlibat dalam kajian tindakan sepanjang semua peringkat perancangan, pelaksanaan,
pemerhatian dan refleksi dalam pengajaran. Stenhouse (1984:69) juga menegaskan bahawa
guru yang baik tidak memerlukan arahan dimana mereka rela menerima pandangan,
bimbingan dan bantuan sepanjang masa. Pada akhirnya, hanya pendidik yang mempunyai
keupayaan untuk mengajar dengan berkesan. Oleh itu, guru sepatutnya melihat strategi dan
teknik pengajaran sebagai pengujian supaya mereka boleh menentukan kemahiran mereka
untuk meningkatkan kemahiran profesionalisme mereka.

1.2 CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan mempunyai ciri-ciri penting yang perlu diikuti. Antaranya iaitu ia
dilakukan oleh guru atau pendidik berkaitan dengan kerja harian mereka atau subjek atau kelas
yang mereka mengajar. Di samping itu, kajian tindakan juga dilakukan secara kolektif dalam
kumpulan dengan membentuk kumpulan guru yang kritis kendiri dan berdedikasi untuk
menambaik pemahaman kritis dan praktikal kendiri untuk menyelesaikan isu yang timbul dan
memperoleh pengetahuan untuk menangani masalah tersebut. Fokus yang praktikal, menurut
Creswell (2005), ialah menumpukan pada masalah sebenar, latar belakang pengamal,
mengkaji masalah dan mencari cara untuk menyelesaikannya. Selain itu, penyelidik
bertanggungjawab secara langsung untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang amalan
pendidikan. Kajian tindakan juga mempunyai banyak aktiviti dan kaedah penilaian diri, yang
merupakan ciri pentingnya. Selain itu, kajian tindakan mesti dijalankan secara sistematik iaitu
dilaksanakan secara berterusan, dan berkembang selaras dengan kitar refleksi kendiri iaitu
melalui tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN

Sekiranya kajian tindakan ini dilaksanakan secara baik dan teratur maka akan menghasilkan
suatu penyelesaian yang efektif dan signifikan kepada guru-guru dan murid-murid. Antara
kepentingan kajian tindakan ialah ia berupaya bertindak sebagai suatu instrumen asas dalam
memutuskan polihan pengajaran yang tepat berasaskan data. Guru-guru sentiasa membuat
pertimbangan dalam membuat keputusan ketika mereka berada di dalam bilik darjah atau
diluarnya. Selain itu, kajian tindakan juga penting untuk meningkatkan ilmu perkongsian dan
kerjasama dalam kalangan guru dan pentadbir dan kepelbagaian bidang atau peringkat.
Seterusnya ialah kepentingan kajian tindakan juga penting untuk meningkatkan prestasi
murid-murid serta menambahbaik amalan pengajaran guru-guru di sekolah selain membantu
memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam pendidikan secara lebih meluas.
2.0 TEORI & MODEL YANG DIRUJUK/BERKAITAN

Model Kemmis dan Mac Taggart (1988)


Model Kemmis dan Mac Taggart (1988) merupakan hasil inovasi dari model kajian Kurt
Lewin. Model ini menjelaskan tentang bagaimana merancang tindakan, mereka boleh
dimulakan dengan kaedah pertama seperti yang ditunjukkan oleh model Lewin iaitu dengan
melihat kepada pertimbangan ke atas isu dalam pengajaran dan pembelajaran yang hendak
diatasi.

Proses kajian tindakan melibatkan pemikiran tentang isu pengajaran dan pembelajaran
yang perlu ditangani. Guru akan membina rancangan yang sesuai untuk menangani masalah
yang mereka hadapi. Guru kemudiannya melaksanakan rancangan yang telah dibuat. Semasa
proses pelaksanaannya, guru hendaklah memantau perkembangan tindakan yang diambil.
Keseluruhan pelaksanaan dianggap sebagai gelung pertama. Sekiranya masalah tidak dapat
diselesaikan, guru boleh memulakan proses semula dari gelung kedua sehingga masalah
selesai. Gelung kedua memerlukan guru membuat refleksi dan menyesuaikan pelan tindakan

mereka. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia berterusan dan tidak berkesudahan. Oleh itu,
guru kajian tindakan perlu amali dan memastikan pelan tindakan mereka selaras dengan
kurikulum yang diajar.

3.0 ARTIKEL BAHASA INGGERIS

3.1 PENGENALAN

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang digunakan sebagai bahasa perantaraan utama
antarabangsa. Seseorang yang dapat menguasai bahasa tersebut mempunyai kelebihan untuk
berkomunikasi dengan baik apabila berada di luar Malaysia atau mengendali urusan bersama
mereka yang tidak dapat berbahasa Melayu. Tuntutan ini menyedarkan kerajaan mengubah
sistem pendidikan negara dengan mewajibkan bahasa Inggeris diajar sebagai bahasa kedua
bermula semenjak di peringkat sekolah rendah. Namun demikian, terdapat ramai pelajar yang
tidak mampu menguasai bahasa tersebut malah mereka juga tidak mengambil berat akan
bahasa tersebut seakan-akan tidak menyedari kepentingannya. Justeru itu, usaha-usaha perlu
dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menguasai bahasa Inggeris dengan
berkesan.

Satu kajian tindakan telah dijalankan oleh Yee Bee Choo dan Harzuwani Wahab yang
bertajuk “An Action Research of Using Vocabulary Wheel to Improve Year 2 Pupils’
Vocabulary in the Malaysian Classroom”. Kajian tindakan ini dijalankan untuk
mengenalpasti sama ada penggunaan “Wheel Vocabulary” dapat membantu meningkatkan
perbendaharaan kata murid. Data untuk kajian diperolehi daripada empat orang murid sebuah
sekolah rendah di Johor. Murid-murid ini menjadi sasaran kerana mereka rendah tahap
penguasaan bahasa Inggeris. “Wheel Vocabulary” digunakan sebagai strategi sebagai murid-
murid kekurangan perbendaharaan kata sehingga menjejaskan pembelajaran bahasa mereka.
Pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu hasil kerja murid, jurnal reflektif
guru dan temu bual. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan roda
perbendaharaan kata dapat meningkatkan perbendaharaan kata murid sebagaimana murid-
murid dapat mengingati perkataan lebih lama dan mengetahui cara menggunakannya dalam
konteks yang betul. Ia turut membantu menggalakkan penyertaan mereka dan menggalakkan
minat mereka. Kajian ini mencadangkan cadangan penggunaan ICT untuk menambah baik
pelaksanaan strategi.
3.2 REFLEKSI AWAL

Refleksi awal pengkaji mendapati murid-murid mempunyai tahap penguasaan bahasa


Inggeris yang lemah dimana mereka sama sekali tidak dapat memahami bahasa itu sama
sekali semasa pengkaji menjalani latihan praktikal di sekolah tersebut. Melalui pemerhatian,
pengkaji mendapati bahawa tahap penguasaan bahasa yang lemah adalah disebabkan
halangan bahasa dan kesilapan yang mereka lakukan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran. Di antara faktor yang menyebabkan berlakunya perkara ini ialah kerana
dipengaruhi oleh gangguan bahasa ibunda mereka yang menyebabkan kesukaran dalam
pembelajaran dan penggunaan bahasa Inggeris. Murid-murid kurang terdedah kepada bahasa
Inggeris kerana ramai antara masyarakat yang berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu.
Tambahan juga, murid-murid terbiasa menggunakan bahasa ibunda untuk berkomunikasi
dengan guru-guru dan rakan-rakan serta jarang menggunakan bahasa Inggeris. Perkara ini
disokong oleh Ridwan dan Zahariah (2017) yang menyatakan bahawa pelajar lebih
mengutamakan bahasa ibunda mereka, iaitu Bahasa Melayu didapati satu-satunya bahasa
yang boleh diterima.

3.3 OBJEKTIF KAJIAN

Sebelumnya, pengkaji telah menggunakan pelbagai strategi dalam pengajaran dan


pembelajaran seperti penggunaan isyarat namun murid-murid tidak menunjukkan sebarang
perubahan. Pengkaji juga terpaksa menggunakan bahasa Malaysia untuk menerangkan apa
yang sepatutnya mereka lakukan untuk membantu mereka memahami teks. Disebabkan itu,
pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan ini untuk meningkatkan kosa kata murid-murid
tahun 2 dengan menggunakan “Vocabulary Wheel” untuk mencapai tiga objektif iaitu
penggunaan “Vocabulary Wheel” ini dapat membantu untuk meningkatkan perbendaharaan
kata murid, membantu meningkatkan penyertaan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan membantu menggalakkan minat murid-murid untuk belajar bahasa
Inggeris. Objektif yang ditetapkan oleh pengkaji adalah selari dengan dapatan daripada
refleksi awal yang mendapati tahap penguasaan bahasa Inggeris adalah lemah dalam
kalangan murid-murid. Murid-murid memerlukan gaya pembelajaran yang lain dari yang
lain dan penggunaan roda dalam proses pengajaran dan pembelajaaran dilihat sebagai satu
strategi yang berkualiti. Penggunaan roda dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
Inggeris mendapat tindak balas yang positif dalam membantu pelajar lebih berminat untuk
meningkatkan kosa kata bahasa Inggeris menurut kajian daripada Nurul Izzati dan Boni
Saputra (2016).
3.4 TINDAKAN INTERVENSI
Berdasarkan jurnal ini, penyelidik memilih untuk menggunakan model Kemmis dan
McTaggart (1998) sebagai proses kajian tindakan yang dilaksanakan. Model ini dipilh dalam
penyelidikan ini kerana ia boleh digunakan untuk memupuk pemahaman yang lebih
mendalam tentang situasi tertentu. Kajian ini hanya mengambil masa selama satu kitaran
dalam tempoh satu bulan untuk menjalankan penyelidikan. Model Kemmis dan Mc Taggart
ini meliputi empat proses iaitu merancang, bertindak, memerhati, dan mereflek. Pada fasa
merancang, pengkaji memerhati murid-murid melalui latihan di bilik darjah dan mengenal
pasti masalah mereka dalam pembelajaran kosa kata melalui ujian diagnostik.
Seterusnya, pengkaji merancang menggunakan “Wheel Vocabulary” sebagai strategi untuk
meningkatkan perbendaharaan kata murid-murid. Dalam fasa tindakan, pengkaji menjalankan
pengajaran dengan menggunakan “Vocabulary Wheel” selama satu jam setiap masa.
Pelaksanaan ini dilaksanakan selama tiga kali selama tiga minggu. Pada fasa pemerhatian,
pengkaji mengedarkan lembaran kerja kepada murid untuk memantau perkembangan
pembelajaran kosa kata mereka. Tambahan juga, pengkaji menulis jurnal reflektif untuk
melihat penyertaan murid-murid ketika pembelajaran dan turut menemubual mereka tentang
minat untuk belajar. Semua data telah dikumpulkan oleh pengkaji. Akhir sekali, pengkaji
membuat refleksi tentang kekuatan dan kelemahan kendiri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Peserta yang terlibat dalam kajian ini ialah empat orang murid Tahun 2 di sebuah
sekolah rendah di Johor. Sekolah ini adalah sebuah sekolah luar bandar yang kecil dengan
hanya tiga puluh satu orang murid. Di Malaysia, jenis ini sekolah dipanggil “Sekolah Kurang
Murid” dan selalunya terletak di kawasan luar bandar. Terdapat empat orang murid sahaja di
dalam kelas tahun 2. Mereka berada dalam purata lapan tahun dan semuanya budak Melayu.
Mereka berkongsi latar belakang sosioekonomi yang sama di yang mana semua bapa mereka
adalah petani. Pengkaji memutuskan untuk memilih kumpulan peserta ini kerana tahap
penguasaan mereka adalah rendah. Murid-murid ini kekurangan perbendaharaan kata kerana
mereka tidak pernah menggunakan bahasa Inggeris di rumah dan di sekolah.

Intervensi yang dilaksanakan dalam kajian ini diberikan nama “Vocabulary Wheel”.
Pengkaji menggunakan “Vocabulary Wheel” untuk memperkenalkan perkataan baharu
kepada murid bagi kategori tempat, haiwan dan bahagian badan. Terdapat lima pembahagian
dalam “Vocabulary Wheel” dan setiap bahagian mempunyai gambar dan perkataan
tersembunyi. Murid-murid tadi diminta untuk memutarkan roda dan mereka perlu menyebut
nama gambar
dengan kuat. Mereka diberi maklum balas sebaik sahaja mereka memberi jawapan. Murid
diminta membuka perkataan tersembunyi dan menyemak sama ada jawapan mereka betul
atau tidak. Selain itu, penggunaan “Vocabulary Wheel” boleh menggalakkan pembelajaran
kolaboratif dan koperatif dalam kalangan murid. Mereka boleh bekerja dalam kumpulan
untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru dan bergilir-gilir memutar roda.
Murid-murid menjadi peserta yang aktif sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan
penggunaan intervensi ini membantu menimbulkan minat mereka terhadap pelajaran bahasa
Inggeris. Selepas itu, pengkaji mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid untuk
menyemak kefahaman pelajaran mereka.

3.5 PENILAIAN

Pengkaji menilai keberkesanan kaedah intervensi ini dengan menggunakan tiga sumber data
iaitu hasil kerja murid-murid, jurnal reflektif guru dan juga temubual bersama murid-murid.
Kajian ini bersifat kualitatif walaupun markah kerja murid dikira, kerana ia berfungsi untuk
menyokong penemuan daripada jurnal reflektif dan temu bual. Menerusi penilaian yang
dijalankan, pengkaji mendapati bahawa kaedah intervensi ini telah berjaya mencapai objektif.
Hasil daripada penilaian yang dibuat, pengkaji mendapati bahawa terdapat penambahbaikan
dalam kosa kata bahasa Inggeris murid-murid.

Berdasarkan jurnal reflektif, pengkaji mendapati bahawa penggunaan alat bantu visual
seperti gambar dan kata-kata dapat menarik perhatian murid dan menjadikan mereka sentiasa
fokus dalam pelajaran lebih lama. Sadeghi dan Farzizadeh (2013) bersetuju bahawa
pengajaran perbendaharaan kata melalui bantuan visual membantu murid mempelajari lebih
banyak kosa kata. Di samping itu, pengkaji mendapati bahawa murid-murid suka mengambil
bahagian dalam aktiviti tersebut dan aktiviti tersebut dapat menimbulkan minat mereka untuk
belajar sekali gus mewujudkan penglibatan aktif dalam pembelajaran. Akhir sekali, murid-
murid juga menunjukkan peningkatan minat untuk belajar bahasa Inggeris setelah kaedah
“Vocabulary Wheel” ini dilaksanakan.

3.6 CIRI-CIRI INOVASI PROGRAM INTERVENSI YANG DILAKSANAKAN

Menurut Ronger E. Miller (1971), inovasi ialah konsep, perlakuan atau perkara baru yang
dianggap oleh seseorang. Manakala, Spencer (1994) mendefinisikan inovasi sebagai sesuatu yang
baru dan muncul sebagai versi yang ditambah baik daripada yang lama oleh seseorang. Pengkaji
menggunakan strategi pengajaran inovatif iaitu pembelajaran yang berasaskan masalah.
Umum mengetahui bahawa inovasi adalah perkara yang baru dan lain dari yang lain hasil
daripada ciptaan atau proses penstrukturan semula yang dapat memberi manfaat dan
mempunyai nilai kepada komuniti. Seterusnya, penambahbaikan dalam pendidikan boleh
dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Dalam kajian tindakan ini, Yee Bee Choo dan
Harzuwani Wahab menggunakan idea roda dalam menyampaikan pengajaran. Idea
penggunaan roda ini banyak digunakan oleh guru-guru ketika proses pengajaran dan
pembelajaran. Fahria Rachmaida dan Mutiarani (2022) dalam kajian mereka menggunakan
idea roda untuk meningkatkan penulisan bahasa Inggeris. Penggunaan roda ini diadaptasi
daripada permainan roda nasib. Pengkaji mendapatkan idea inovasi daripada pemerhatian
terhadap murid-murid.
Pengkaji telah menulis jurnal reflektif sebaik sahaja pelajaran tamat. Dalam jurnal
reflektif tersebut, pengkaji menulis tentang penyertaan murid dalam aktiviti tersebut. Jurnal
reflektif adalah antara ciri-ciri penting yang perlu semasa merancang program intervensi.
Ianya dilakukan secara berulang kali dan dapat diperkembangkan dengan mengikuti kitar
refleksi kendiri iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan renungan atau refleksi. Hal ini
bertepatan dengan Kemmis dan McTaggart (1988) yang mengulangi bahawa kajian tindakan
ini melibatkan refleksi kendiri. Selepas itu, pengkaji menemu bual peserta sasaran peserta
dengan niat untuk menyemak pendapat dan pemikiran murid tentang aktiviti yang dijalankan.
Pengkaji turut terlibat secara langsung dalam usaha menambahbaik amalan-amalan dalam
pendidikan dan meningkatkan pemahaman terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam jurnal ini, pengkaji telah meletakkan fokus kajian yang praktikal iaitu tahap
penguasaan bahasa dalam kalangan murid Tahun 2. Menurut Creswell (2005), fokus yang
praktikal adalah menumpukan pada masalah sebenar, latar belakang pengamal, mengkaji isu
dan menyelesaikannya. Tambahan juga, pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan ini
secara sistematik dimana beliau menggunakan model kajian tindakan daripada Kemmis dan
Mc Taggart (1988). Zailah Zainuddin (2005) menyebut bahawa model ini dipilih kerana ia
adalah model yang paling ringkas. Selain itu, beliau juga menambah bahawa model Kemmis
dan Mc Taggart dipilih kerana ianya berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilaksanakan
secara kolektif untuk meningkatkan perlakuan dalam pendidikan.

3.7 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN

Hasil kajian yang lebih berkesan boleh ditambahbaik melalui pelaksanaan oleh guru ke atas
murid yang mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang lemah. Mereka dapat
mengingati kosa kata mudah dengan bantuan imej dan perkataan. Ia juga menggalakkan
penyertaan mereka dan memupuk minat mereka untuk mempelajari perbendaharaan kata.
Oleh itu, guru harus berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza
gaya pembelajaran untuk memaksimumkan pembelajaran mereka di dalam kelas.
Pengkaji mencadangkan bahawa integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana penggunaan ICT dapat
membantu pembelajaran murid. Kajian daripada Noradilah Binti Aziz dan Lai Wei Sieng
(2019) secara keseluruhan menunjukkan kemajuan teknologi dalam bidang pendidikan di
mana penggunaan boleh membantu melancarkan lebih banyak proses pengajaran dan
pembelajaran sistematik dan berkesan kepada pendidik dan pelajar. Oleh itu, pengkaji
mencadangkan untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dalam penyelidikan seterusnya.
Gabungan “Vocabulary Wheel” dan ICT akan mempengaruhi pembelajaran murid-murid
seterusnya meningkatkan perhatian mereka untuk kekal fokus dalam pelajaran. Selain itu,
pengintegrasian ICT adalah praktikal di mana kita boleh mengajar topik atau mata pelajaran
lain menggunakan roda yang sama tetapi untuk kandungan dan konteks yang berbeza. Kita
hanya perlu menukar kandungan

dalam persembahan slaid. Ia menjimatkan masa kerana tidak perlu menghabiskan masa untuk
mereka bentuk semula bahan pengajaran lain untuk mengajar topik atau mata pelajaran lain.
Akhir sekali, kita juga mampu menggunakan kemahiran ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

4.0 ARTIKEL BAHASA MELAYU

4.1 PENGENALAN
Umum mengetahui bahawa dalam sistem pendidikan negara pada masa kini, mata pelajaran
sejarah merupakan mata pelajaran wajib kepada semua pelajar, tanpa mengira asal usul atau
bangsa. Sejak 2013, subjek sejarah menjadi mata pelajaran wajib bagi semua pelajar sekolah
menengah Malaysia yang mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Mata pelajaran
Sejarah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah untuk memberi kefahaman kepada pelajar
tentang pengetahuan sejarah yang mengutamakan pemahaman konsep dan merangsang minat
mempelajari mata pelajaran sejarah yang baik. Kefahaman konsep sejarah merupakan aspek
yang perlu diperolehi oleh pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah.
Kurikulum sejarah bukan sahaja harus mengajar pelajar untuk mengkaji maklumat sejarah,
tetapi yang lebih penting, untuk memahami konsep sejarah itu sendiri.
Satu kajian tindakan telah dijalankan oleh M. Kaviza yang bertajuk “Pembelajaran
Konseptual Sejarah Melalui Teknik "Peer with Sources-Cards": Satu Kajian Tindakan”.
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui sama ada teknik Peer with Sources-Cards dapat
membantu mencambah ilmu pengetahuan murid-murid tentang konseptual sejarah. Seramai
enam orang murid tingkatan empat yang mendapat gred D dalam teknik persampelan
bertujuan dipilih kerana mereka berada pada tahap kefahaman konseptual sejarah yang
rendah.

4.2 REFLEKSI AWAL

Secara keseluruhannya, refleksi pengajaran dan pembelajaran lepas oleh penyelidik mengenal
pasti masalah yang amat ketara dalam kalangan pelajar sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran sejarah iaitu kesukaran pelajar untuk memahami konsep sejarah. Seperti yang
sedia maklum, banyak konsep digunakan dalam kelas sejarah kerana ia berdasarkan fakta.
Semasa mengajar atau mempelajari sejarah, pelajar terutamanya yang agak lemah sering
mengalami kesukaran untuk mengingati konsep sejarah. Selain itu, pengkaji mendapati
kaedah pengajaran tradisional guru yang bersandarkan kepada hafalan menyebabkan pelajar
berasa bosan semasa pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah. Seterusnya, melalui
pemerhatian yang dibuat di dalam bilik darjah semasa guru sejarah mengajar topik sejarah,
pengkaji mengenal pasti masalah kefahaman konsep yang lemah dalam proses pengajaran
dan pembelajaran sejarah. Pemerhatian penyelidik juga menunjukkan bahawa kaedah
pengajaran berpusatkan guru gagal menggalakkan penyertaan pelajar secara aktif, yang juga
bertanggungjawab terhadap kelemahan dalam pemahaman konsep sejarah pelajar.

4.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian bagi artikel ini adalah untuk menangani isu terhadap murid yang dinilai lemah
dalam pemahaman konsept sejarah yang telah menyebabkan mereka kurang ilmu dalam
kemahiran berfikir. Selain itu, tujuan kajian yang kedua adalah untuk memperkenalkan teknik
“Peer with Source Card” untuk membantu guru sejarah membangun dan mengekalkan
pemahaman konsep yang lebih baik tentang sejarah dalam diri pelajar mereka. Pengkaji
kemudiannya menyiasat sama ada teknik “Peer with Sources Cards” dapat mengurangkan
salah faham tentang pemahaman konsep sejarah dan bagaimana penerimaan pelajar terhadap
teknik ini mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Intervensi yang dilaksankan
oleh penyelidik ialah untuk memperkenalkan teknik “Peer with Source Cards” kepada pelajar
yang telah dipilih iaitu pelajar tingkatan empat seramai enam orang yang telah memperoleh
gred “D” dalam teknik pensampelan bertujuan yang dilaksanakan.
4.4 TINDAKAN INTERVENSI

Intervensi yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah menggunakan teknik Peer with Sources-
Cards. Pengkaji telah menggunakan model tindakan Kemmis dan Mac Taggart (1988)
sebagai panduan semasa melaksanakan kajian ini. Dalam model tindakan ini, terdapat empat
fasa yang terlibat.

a) Tinjauan awal

Berdasarkan pengalaman pengkaji, temu bual dengan guru dan pelajar, dan pemerhatian
terhadap pengajaran dan pembelajaran sejarah yang dipraktikkan di dalam bilik darjah,
pengkaji menjalankan penyiasatan awal terhadap masalah proses pengajaran dan
pembelajaran sejarah.

b) Merancang

Pengkaji dan guru sejarah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sejarah yang lebih
menarik dengan menggunakan kad sumber dan teknik rakan sebaya untuk mengatasi masalah
yang dihadapi semasa pengkaji mula-mula ditemu bual. Pengkaji memilih subtopik Zaman
Gelap kerana topik ini mengandungi konsep yang sulit difahami oleh pelajar yang dikenal
pasti semasa pemerhatian dan perbincangan dengan guru sejarah. Ujian konsep dibangunkan
berdasarkan koleksi bahan sejarah mengenai subjek. Kad jawapan yang berbeza warna telah
dihasilkan, dan rancangan pengajaran dibangunkan untuk membantu guru sejarah
menjalankan aktiviti kelas di dalam bilik darjah. Sebelum kajian dimulakan, ujian pra ditadbir
sebelum mengambil ukuran untuk menentukan tahap penguasaan sedia ada pelajar dalam
mata pelajaran Sejarah.

c) Pelaksanaan

Tempoh pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik Peer with Sources-
Cards berjalan selama empat sesi di dalam bilik darjah formal. Pelaksanakan kaedah Peer
with Sources-Cards dalam kajian tindakan ini melibatkan tujuh langkah. Dalam kajian ini,
ujian konsep merangkumi lima soalan tentang setiap sumber sejarah yang ditanya semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Ujian berlangsung selama 60 minit. Ujian pasca telah
dijalankan selepas tamat aktiviti di kelas keempat.
Ujian susulan telah ditadbir sebulan selepas ujian pasca untuk mengukur tahap
pemahaman konsep sejarah (Campbell & Stanley, 1963). Pengkaji juga memerhati setiap
pelajar yang menyertai kajian ini dengan melengkapkan borang pemerhatian yang disediakan
bagi setiap sesi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji turut menjalankan sesi temu
bual di luar bilik darjah bersama tiga orang pelajar terpilih.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa teknik ini dapat meningkatkan pemahaman mereka
tentang konsep sejarah. Hasil daripada ujian pra, didapati semua murid tidak dapat menjawab
soalan dengan betul, dan mereka hanya dapat menjawab dua hingga tiga soalan dengan betul
daripada lapan soalan yang diberikan. Namun begitu, hasil daripada ujian pasca di peringkat
kedua mendapati bahawa mereka dapat menjawab antara enam hingga lapan soalan dengan
betul dan ini menunjukkan bahawa kesemua murid telah menunjukkan peningkatan yang
lebih baik. Berdasarkan keputusan di peringkat akhir, hanya seorang pelajar dapat menjawab
semua soalan ujian konsep dengan betul. Oleh itu, kami boleh melaporkan bahawa
pemahaman kami tentang konsep cerita dipertingkatkan lagi dengan pendekatan kaedah “Peer
with Sources-Cards”.

Kejayaan dalam menyelesaikan ujian lanjutan menunjukkan bahawa konsep cerita itu
difahami dengan baik. Ini juga dibuktikan dengan bilangan soalan yang dijawab dengan betul
selepas pengajaran, di mana hasil pembelajaran adalah pelajar dapat menjawab soalan yang
dengan betul pada ujian pasca. Ini adalah enam hingga lapan soalan dan menunjukkan
bahawa pelajar mengekalkan pemahaman tentang konseptual sejarah. Daripada ini, dapatlah
disimpulkan bahawa keenam-enam orang pelajar mempunyai pemahaman yang baik tentang
konsep sejarah dan mampu menjawab soalan itu semula. Oleh itu, untuk mengekalkan
pemahaman konsep yang baik tentang cerita guru boleh menggunakan idea teknik “Peer with
Sources Cards”.

Berdasarkan data pemerhatian terhadap respon ujian konsep yang dijalankan


menggunakan teknik “Peers with Sources-Cards”, didapati kebanyakan pelajar menunjukkan
jawapan yang betul bagi ujian konsep meskipun pada awalnya di peringkat pertama
pelaksanaan aktiviti pengajaran didapati bahawa berlaku salah faham terhadap kefahaman
konseptual sejarah. Semasa aktiviti didapati terdapat pemahaman konsep yang lemah
terhadap sejarah menyebabkan pelajar menjadi keliru dan tidak pasti dengan pilihan jawapan
mereka. Namun demikian, setelah melakukan aktiviti pengajaran kedua, ketiga dan keempat,
kebanyakan pelajar memberikan jawapan yang betul dan mereka menjadi lebih berkeyakinan
dengan pilihan jawapan mereka serta dapat memberikan penjelasan terperinci untuk pilihan
jawapan mereka. Justeru itu, pemahaman konsep sejarah dipertingkatkan dalam aktiviti
pengajaran keempat pelajar. Peningkatan dalam pilihan jawapan yang betul untuk ujian
konsep daripada aktiviti pengajaran yang pertama kepada aktiviti pengajaran yang keempat
menandakan pengurangan miskonsepsi tentang pemahaman konsep tentang sejarah, di mana
semasa proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dengan yakin boleh menentukan jawapan
yang terbaik untuk soalan konsep yang diberikan. Oleh itu, maklumat daripada pemerhatian
ini menunjukkan bahawa kaedah “Peer with Sources Cards” berjaya mengurangkan salah
faham tentang pemahaman konsep sejarah yang berlaku dalam kalangan pelajar.
4.5 PENILAIAN

Hasil penilaian dalam artikel kajian tindakan ini menunjukkan bahawa intervensi yang
diperkenalkan iaitu teknik “Peers with Sources Cards” dapat menambahbaik pemahaman
konsep sejarah. Penggunaan teknik yang baik dapat membantu pelajar mengukuhkan
pemahaman konseptual tentang sejarah. Ini kerana pengkaji menggunakan bahasa yang
mudah difahami dan terdapat kesinambungan dalam setiap ayat. Kami juga memerhati ujian
konsep menggunakan kaedah “Peer With Source Cards” dan mendapati kebanyakan pelajar
memaparkan jawapan ujian yang betul selepas empat aktiviti pengajaran. Tanggapan mereka
menunjukkan pengurangan salah anggap tentang pemahaman konseptual mereka tentang
sejarah. Akhir sekali, data temu bual yang diperoleh dalam kajian ini menunjukkan
penerimaan yang positif terhadap kaedah intervensi ini dalam kalangan pelajar. Persepsi
positif terhadap penerimaan ini jelas tergambar dalam kesungguhan dan minat mereka
melakukan kaedah “Peers with Sources Cards” dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sejarah dimana ianya bertujuan untuk meningkatkan pemahaman tentang konsep sejarah.

4.6 CIRI-CIRI INOVASI PROGRAM INTERVENSI YANG DIJALANKAN

Menurut Ronger E. Miller (1971), inovasi ialah konsep, perlakuan atau perkara baru yang
dianggap oleh seseorang. Manakala, Spencer (1994) mendefinisikan inovasi sebagai sesuatu
yang baru dan muncul sebagai versi yang ditambah baik daripada yang lama oleh seseorang.
Pengkaji menggunakan strategi pengajaran inovatif iaitu pembelajaran yang berasaskan
masalah.
Umum mengetahui bahawa inovasi adalah perkara yang baru dan lain dari yang lain
hasil daripada ciptaan atau proses penstrukturan semula yang dapat memberi manfaat dan
mempunyai nilai kepada komuniti. Seterusnya, penambahbaikan dalam pendidikan boleh
dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. M. Kaviza dalam kajian tindakan ini membuat
pembaharuan kaedah pengajaran dengan menyediakan ujian konsep berdasarkan koleksi
sumber sejarah yang memfokuskan konsep sejarah telah disediakan, dan kad jawapan yang
menggunakan warna yang berbeza juga telah disediakan. Selain itu, rancangan pengajaran
turut dibangunkan untuk membantu guru sejarah menjalankan aktiviti kelas di dalam bilik
darjah. Kajian tindakan juga menyediakan matlamat yang jelas, seperti menangani masalah
tertentu. Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam
mengkonsepsikan sejarah.

4.7 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN

Hasil kajian yang lebih berkesan boleh ditambahbaik melalui pelaksanaan oleh guru dan
pengkaji ke atas murid yang mengalami masalah dalam memahami konseptual sejarah.
Pengkaji percaya bahawa latihan yang berterusan akan membantu murid mengingati konsep-
konsep dalam subjek sejarah. Selain itu, guru juga menjadi faktor penting di mana, cara
pengajaran seseorang guru juga turut memainkan peranan penting dalam menarik minat
murid untuk suka terhadap konseptual sejarah. Tambahan lagi, penggunaan teknologi sebagai
bahan bantu mengajar (BBM) juga turut boleh menjadi nilai tambahan bagi menarik minat
murid terhadap subjek sejarah.

Selain itu, pengintegrasian ICT adalah praktikal di mana kita boleh mengajar topik
atau mata pelajaran lain menggunakan roda yang sama tetapi untuk kandungan dan konteks
yang berbeza. Kita hanya perlu menukar kandungan dalam persembahan slaid. Guru-guru
merasakan bahawa gabungan aural visual jika disepadukan secara bijak dengan buku teks dan
sukatan pelajaran, boleh memberikan hasil yang menakjubkan dalam memahami konsep dan
logik abstrak kepada kanak-kanak dalam jangka masa yang singkat. (Dr. Yogesh Kumar
Sharma, Dr. Sanjay Dahiya, Chaman Verma, 2016). Akhir sekali, penguasaan kemahiran
mengingat juga memainkan peranan yang penting agar lebih banyak fakta atau konsep-
konsep sejarah yang boleh diingat oleh murid.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kedua-dua program intervensi ini telah mencapai objektif kajian tindakan
yang dilaksanakan. Umumnya, guru menggunakan kaedah dan teknik yang variasi untuk
menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menarik dan mampu menarik perhatian pelajar untuk
mendalami sesuatu ilmu. Dalam artikel pertama, penggunaan “Vocabulary Wheel” telah
membantu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid. Mereka dapat
mengingati kosa kata mudah dengan bantuan imej dan perkataan. Ia juga menggalakkan
penyertaan mereka dan dipromosikan minat mereka untuk mempelajari perbendaharaan kata.
Oleh itu, guru harus berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza
gaya pembelajaran untuk memaksimumkan pembelajaran mereka di dalam kelas.
Bagi artikel kedua pula, penggunaan kaedah “Peer with Sources-Cards” merupakan
teknik pengajaran yang efektif serta boleh dipraktikkan ketika pembelajaran konseptual
sejarah. Teknik ini membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mereka tentang
konseptual sejarah. Hasil daripada kajian tindakan yang dilaksankan juga dapat dijadikan
sebagai panduan untuk mengaplikasikan teknik tersebut dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Teknik ini juga sesuai dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
selaras dengan matlamat pendidikan dimana ia memfokuskan kepada aspek penyertaan aktif
(KPM,2013). Meskipun terdapat penambahbaikan yang boleh disesuaikan dalam teknik-
teknik intervensi yang terdapat pada dua artikel tersebut, ianya menjadi satu permulaan yang
baik bagi meningkatkan mutu pendidikan di negara kerana terdapat idea-idea yang menarik.
Rujukan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005)


Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur. BPPDP, KPM.

Dr. Yogesh Kumar Sharma, Dr. Sanjay Dahiya, Chaman Verma (2016) Importance of ICT In
Education. International Journal of Advance Research in Science and Engineering. Vol. No.
5, Issue No. 08

Fahria Rachmaida dan Mutiarani (2022) The Use of Spinning Wheel Games to Improve
Students’ Writing Procedural Texts. JOLLT Journal of Languages and Language Teaching.
Vol.10, No.4 p-ISSN: 2338-0810 e-ISSN: 2621-1378 pp. 530-540

Karim Sadeghi dan Bahareh Farzizadeh (2013). The Effect of Visually Supported Vocabulary
Instruction on Beginner EFL Learners. Mextesol journal, 37(1). Retrieved from
http://www.mextesol.net/journal/public/files/b673cd6a46cfeade6b620fe5bb7f3836.pdf

Noradilah Binti Aziz & Lai Wei Sieng (2019) Impak Pendidikan Berasaskan Teknologi
Terhadap Peningkatan Prestasi Pelajar di UKM. Jurnal Personalia Pelajar 22(1): 69-75

Nurul Izati, and Boni Saputra (2016) INOVISH JOURNAL, Vol. 1, No. 2, December 2016
ISSN: 2528-3804 46 MAKING VOCABULARY WHEEL GAME FOR JUNIOR
HIGHSCHOOL STUDENTS Alumnus of State Polytechnic of Bengkalis Lecturer of State
Polytechnic of Bengkalis State Polytechnic of Bengkalis

Ridwan Wahid & Zahariah Pilus. (2017). Learning English in a Third Space? Malay Students
in an English-Speaking University in Mal aysia. Pertanika Journal, Vol 20(3), pp. 1167-
1180.

You might also like