Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Bahagian A

[20 Markah]
Jawab semua soalan.

1. Petunjuk makroekonomi yang dapat menggambarkan prestasi ekonomi sesebuah negara


ialah
A belanjawan kerajaan persekutuan
B jumlah pelaburan langsung asing dalam negara
C barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara
D barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh rakyat tempatan di luar negara

2. Keluaran dalam negeri kasar lebih kecil daripada keluaran negara kasar kerana
A import melebihi eksport
B tabungan melebihi pelaburan
C cukai tak langsung melebihi subsidi
D pendapatan faktor bersih luar negeri bernilai positif

3. Penjumlahan barang perantaraan dan barang akhir dalam sebuah ekonomi menyebabkan
A keluaran negara terlebih anggar
B keluaran negara bersih meningkat
C keluaran negara kasar terkurang nilai
D keluaran negara kasar sebenar melebihi keluaran negara potensi

4. Penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah nilai tambah pada suatu tahun dapat
A mengetahui perubahan kualiti barang
B mengetahui sumbangan sektor ekonomi
C mengetahui perubahan struktur ekonomi
D membantu penyediaan perancangan ekonomi

5. Bagaimanakah dasar fiskal boleh mengatasi masalah inflasi?


A Meningkatkan perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan infrastruktur untuk
menggalakkan aktiviti ekonomi dan mengingkatkan pendapatan masyarakat
B Menurunkan cukai pendapatan untuk menggalakkan tabungan dalam kalangan
masyarakat yang akan mengurangkan perbelanjaan penggunaan isi rumah
C Meningkatkan cukai pendapatan isi rumah yang akan mengurangkan pendapatan boleh
guna dan perbelanjaan penggunaan
D Meningkatkan perbelanjaan kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan
dengan peningkatan kos sara hidup

2
6. Jadual di bawah menunjukkan data bagi sebuah ekonomi pada suatu tahun tertentu.

Butiran RM juta

Keluaran dalam negeri kasar harga pasaran 102 000


Susut nilai 42 000
Penerimaan pendapatan faktor dari luar negara 30 000
Pembayaran pendapatan faktor ke luar negara 12 000
Subsidi 14 000
Cukai tak langsung 31 000

Keluaran negara bersih kos faktor dalam ekonomi ini ialah

А RM43 000 juta


B RM61 000 juta
C RM78 000 juta
D RM95 000 juta

7. Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi tabungan dan pelaburan dalam ekonomi dua
sektor.

Fungsi penggunaan ialah


A C = 500 + 0.2Y
B C = 500 + 0.8Y
C C = 500 + 0.16Y
D C = 500 + 0.84Y

3
8. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk perbelanjaan agregat (AE) bagi ekonomi tiga
sektor bagi sebuah negara.

Untuk menutup lompang inflasi, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya sebanyak


A RM100 juta
B RM200 juta
C RM300 juta
D RM400 juta

9. Dalam kitaran perniagaan, perbezaan antara keluaran negara sebenar dengan keluaran
negara potensi merupakan
A lompang inflasi
B lompang deflasi
C belanjawan defisit
D jurang keluaran negara

10. Perbezaan antara Keluaran Negara Kasar dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar ialah
A susut nilai
B cukai tak langsung dan subsidi
C perbelanjaan penggunaan awam
D pendapatan faktor bersih luar negeri

11. Sebuah firma mengeluarkan kertas dengan menggunakan bahan mentah yang diimport.
Yang manakah ang diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara?
A Harga kertas yang dijual.
B Harga bahan mentah yang digunakan.
C Harga kertas yang dijual ditolak dengan harga bahan mentah.
D Harga kertas yang dijual ditambah dengan harga bahan mentah.

12. Kaedah nilai ditambah dapat mengatasi masalah


A inflasi
B susut nilai
C terkurang nilai
D terlebih anggar

4
13. Maklumat sebuah ekonomi tiga sektor adalah seperti yang berikut:
Fungsi tabungan, S = -150 + 0.25Yd, dengan Yd = Y – T
Pelaburan, I = RM100 juta
Perbelanjaan kerajaan, G = RM200 juta
Cukai, T = RM50 juta

Berapakah pendapatan negara pada tingkat keseimbangan?


A RM600 juta
B RM1250 juta
C RM1600 juta
D RM1650 juta

14. Yang manakah boleh meningkatkan saiz bocoran dalam sebuah ekonomi?
A Pertambahan import
B Pertambahan pelaburan
C Pertambahan penggunaan
D Pertambahan perbelanjaan kerajaan

15. Jika jurang keluaran negara kasar ialah RM25 000 juta dan kecenderungan mengguna sut
ialah 0.8, maka lompang deflasi ialah
A RM2000 juta
B RM3125 juta
C RM5000 juta
D RM20 000 juta

16. Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi suntikan (I+G) dan fungsi bocoran (S+T)
dalam ekonomi tiga sektor.

Berapakah nilai pendapatan negara pada Y0?


A RM1020 juta
B RM1275 juta
C RM5100 juta
D RM8000 juta

5
17. Menurut analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), peralihan keluk
penawaran agregat ke kanan yang lebih besar daripada peralihan keluk permintaan
agregat ke kanan menyebabkan
A pendapatan negara dan tingkat harga umum menurun
B pendapatan negara dan tingkat harga umum meningkat
C pendapatan negara meningkat manakala tingkat harga umum menurun
D pendapatan negara menurun manakala tingkat harga umum meningkat

18. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan keluk
penawaran agregat (AS) bagi sebuah negara.

. Peningkatan tingkat harga umum dari P0 ke P1 berlaku disebabkan oleh


A pertambahan penawaran wang dan kenaikan tingkat upah
B pertambahan penawaran wang dan penemuan sumber ekonomi baharu
C peningkatan perbelanjaan kerajaan dan peningkatan teknologi pengeluaran
D peningkatan perbelanjaan kerajaan dan peningkatan kemasukan buruh asing

19. Yang manakah bukan faktor peralihan keluk permintaan agregat (AD)?
A Perubahan pelaburan swasta
B Perubahan perbelanjaan kerajaan
C Perubahan penggunaan isi rumah
D Perubahan tingkat teknologi pengeluaran

20. Peningkatan perbelanjaan kerajaan semasa deflasi akan


A meningkatkan eksport bersih
B meningkatkan pertumbuhan ekonomi
C meningkatkan pendapatan negara potensi
D meningkatkan lebihan imbangan pembayaran

6
Bahagian B
[40 Markah]
Jawab semua soalan.

21. (a) Huraikan peranan firma dalam ekonomi empat sektor [6]
(b) Jelaskan aliran fizikal dalam ekonomi empat sektor [4]

22. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan faktor bersih luar negeri? [2]
(b) Jelaskan satu sebab pendapatan faktor bersih luar negeri bagi negara sedang
membangun biasanya bernilai negatif. [2]
(c) Terangkan mengapa Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tidak semestinya
melebihi Keluaran Negara Kasar (KNK) [6]

23. Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y),


terangkan proses keseimbangan pendapatan bagi ekonomi tiga sektor. [10]

24. Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, jelaskan bagaimana


peningkatan eksport dapat mengatasi masalah pengangguran. [10]

7
Bahagian C
[20 Markah]
Jawab semua soalan

25. Jadual di bawah menunjukkan data perbelanjaan penggunaan akhir, pembentukan modal
tetap kasar, perubahan dalam stok, dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) harga
pasaran dari tahun 2014 hingga tahun 2015 (dalam RM juta).
Tahun
Butiran
2014 2015
Perbelanjaan penggunaan akhir
Awam 127 203 132 673
Swasta 459 862 504 438
Pembentukan modal tetap kasar
Awam 101 553 108 198
Swasta 140 180 165 289
Perubahan dalam stok 828 421
KDNK harga pasaran 941 237 987 675

(a) Hitung peratus sumbangan perbelanjaan penggunaan akhir swasta kepada KDNK dari
tahun 2014 hingga tahun 2015. [3]
(b) Hitung peratus sumbangan perbelanjaan kerajaan kepada KDNK dari tahun 2014
hingga tahun 2015. [3]
(c) Berdasarkan jawapan pada (a) dan (b), jelaskan kepentingan setiap komponen
perbelanjaan agregat tersebut kepada KDNK. [1]
(d) Hitung eksport bersih pada tahun 2014 dan tahun 2015. [3]

26. Maklumat di bawah menunjukkan komponen perbelanjaan agregat bagi sebuah negara
(RM juta).
Penggunaan, C = 250 + 0.8Yd, dengan Yd = Y-T
Pelaburan, I = 200
Perbelanjaan kerajaan, G = 150
Cukai, T = 100

(a) Hitung jumlah suntikan dalam ekonomi. [2]


(b) Hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan. [3]
(c) Hitung,
(i) jumlah pendapatan boleh guna . [2]
(ii) jumlah penggunaan [2]
(d) Cadangkan satu langkah dasar fiskal untuk meningkatkan pendapatan negara. [1]

KERTAS SOALAN TAMAT

8
SKEMA JAWAPAN

BAHAGIAN A:

1 C 2 D 3 A 4 B 5 C
6 B 7 B 8 A 9 D 10 D
11 C 12 D 13 D 14 A 15 C
16 C 17 C 18 A 19 D 20 B

BAHAGIAN B

21. (a) Huraikan peranan firma dalam ekonomi empat sektor [6]
(b) Jelaskan aliran fizikal dalam ekonomi empat sektor [4]
Cadangan Skema
(a) Antara peranan firma dalam ekonomi empat sektor ialah
(i) Menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang dibekalkan oleh isi rumah [1]
(ii) Firma akan mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan yang diminta oleh
isi rumah [1]
(iii) Firma juga akan membuat pelaburan dalam aktiviti pengeluaran. [1]
(vi) Firma juga mengeksport barang-barang dan perkhidmatan ke luar negara [1]
(v) Firma juga mengimport barang-barang dan perkhidmatan dari negara asing [1]
(iv) Firma membuat bayaran cukai kepada kerajaan mengikut kadar yang
ditetapkan [1]
(b) Aliran fizikal dalam ekonomi empat sektor termasuklah isi rumah membekalkan
faktor-faktor pengeluaran kepada sektor firma. [1]

Firma menggunakan faktor-faktor pengeluaran tersebut untuk menghasilkan barang-


barang dan perkhidmatanyang diminta oleh isi rumah. [1]

Firma akan mengeksport barang-barang dan perkhidmatan kepada nagara asing [1]
manakala negara asing akan mengeksport barang –barang dan perkhidmatannya
kepada sektor isi rumah dan firma [1]

9
22. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan faktor bersih luar negeri? [2]
(b) Jelaskan satu sebab pendapatan faktor bersih luar negeri bagi negara sedang
membangun biasanya bernilai negatif. [2]
(c) Terangkan mengapa Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tidak semestinya
melebihi Keluaran Negara Kasar (KNK) [6]
Cadangan Skema
(a) Pendapatan faktor bersih luar negeri ialah perbezaan antara penerimaan faktor dari
luar negeri dengan bayaran faktor ke luar negeri. [1]

Rumus: [1]
Pendapatan Faktor bersih
= Penerimaan faktor luar Negari – Bayaran Faktor luar negeri

(b) Negara sedang membangun kekurangan modal dan lebih banyak menerima pelaburan
asing. [1]
Oleh itu pembayaran faktor keluar lebih besar daripada penerimaan faktor dari luar
negara apabila keuntungan di bawah balik ke negeri asal pelabur asing. [1]

(c) Hubungan Keluaran Negara Kasar (KNK) dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
seperti berikut

KNK = KDNK + Pendapatan faktor bersi luar negeri [1]

KDNK melebihi KNK apabila nilai Pendapatan faktor bersi luar negeri bernilai negatif
[1] di mana bayaran faktor bersih keluar negeri melebihi penerimaan faktor dari luar
negeri [1]

KDNK kurang daripada KNK apabila nilai Pendapatan faktor bersi luar negeri bernilai
positif [1] di mana penerimaan faktor dari luar negeri melebihi bayaran faktor bersih
keluar negeri. [1]

KDNK sama KNK apabila nilai Pendapatan faktor bersi luar negeri bernilai sifar [1] di
mana penerimaan faktor dari luar negeri sama bayaran faktor bersih keluar negeri [1]

10
23. Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y), terangkan
proses keseimbangan pendapatan bagi ekonomi tiga sektor. [10]
Cadangan Skema

Perbelanjaan Agregat

Y=AE

c
AE=C+I+G

E d
a

Pendapatan Negara
Y1 Y0 Y2

Rajah – 2 markah

Keseimbangan dicapai di titik E0 apabila keluk Y=AE bersilang dengan keluk AE=C+I+G,[1]
Pendapatan Negara Y0 [1]
Apabila Pendapatan Negara kurang daripada Y 0 iaitu Y1, dimana perbelanjaan agregat lebih daripada
Pendapatan / Penawaran agregat, [1]
wujud lebihan perbelanjaan agregat sebanyak ab menyebabkan stok berkurangan, firma akan
meningkatkan pengeluaran [1]
proses ini berterusan sehingga tiada lebihan AE dan keseimbangan berlaku apabila Y sama dengan
AE0 di titik E0 dan pendapatan negara di Y0 [1]

Apabila Pendapatan Negara lebih daripada Y 0 iaitu Y2, dimana Pendapatan / Penawaran agregat lebih
daripada perbelanjaan agregat, [1]
wujud lebihan penawaran agregat sebanyak cd menyebabkan stok berlebihan, firma akan
mengurangkan pengeluaran [1]
proses ini berterusan sehingga tiada lebihan Penawaran agregat @ Pendapatan dan keseimbangan
berlaku apabila Y sama dengan AE0 di titik E0 dan pendapatan negara di Y0 [1]

11
24. Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, jelaskan bagaimana peningkatan
eksport dapat mengatasi masalah pengangguran [10]

Cadangan Skema

Suntikan, bocoran

E1
I + G + X1

E0
I + G + X0

0 Pendapatan negara
Y0 Y1

Rajah – 2 markah

Keseimbangan asal dicapai di titik E 0 apabila keluk suntikan (I+G+X 0) bersilang dengan keluk
bocoran (S+T+M), [1] Pendapatan Negara Y0 [1]

Apabila eksport meningkat, suntikan akan meningkat, Keluk suntikan akan beralih ke atas dari
I+G+X0 ke I+G+X1 [1]

Pada tingkat pendapatan Y0, suntikan melebihi bocoran. [1] Ini menyebabkan stok firma berkurangan
dan firma akan menambahkan keluaran. [1] Proses ini berterusan sehingga mencapai keseimbangan
baru

Keseimbangan baru dicapai di titik E 1 apabila keluk suntikan (I+G+X 1) bersilang dengan keluk
bocoran (S+T+M), [1]

Pendapatan Negara meningkat dari Y0 ke Y1. [1]

Kenaikan pendapatan negara meningkatkan guna tenaga dan mengatasi masalah pengangguran [1]

12
BAHAGIAN C:

25.

(a)
Tahun Perbelanjaan penggunaan akhir swasta (%)
2014 (459 862/941 237) × 100 = 48.86
2015 (504 438/987 675) × 100 = 51.07
(3m)
(b)
Tahun Perbelanjaan kerajaan (%)
2014 [(127 203 + 101 553/941 237) × 100 = 24.30
2015 [(132 673 + 108 198/987 675) × 100 = 24.39
(3m)
(c) - Sumbangan perbelanjaan akhir swasta lebih penting daripada perbelanjaan kerajaan/
- Sumbangan perbelanjaan akhir swasta lebih besar daripada perbelanjaan kerajaan/
- Sumbangan perbelanjaan akhir swasta dan perbelanjaan kerajaan semakin meningkat. (1m)

(d)
Tahun Eksport bersih (RM juta)
2014 941 237 – 829 626 = 111 611
2015 = 76 656
(3m)

13
26.

(a) Suntikan = I + G
= 200 + 150
= RM 350 juta (2m)

(b) Suntikan = bocoran


350 = - 250 + 0.2(Y - 100) + 100
Y = RM2600 juta
Atau:

Y=C+I+G
= 600 + 0.8(Y - 100)
= 600 + 0.8Y - 80
= RM2600 juta (3m)

(c)(i) Yd = Y - T
= 2600 - 100
= RM2500 juta (2m)

(ii) C = 250 +0.8(2500)


= RM2250 juta (2m)

(d) Meningkatkan G / mengurangkan T (1m)

14

You might also like