Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

[Type text]

Fenomena alam datang dalam pelbagai bentuk dan juga saiz. Sesetengah fenomena alam ini boleh dijangkakan manakala sebahagian daripadanya tidak. Fenomena alam ini telah berlaku sejak beratus-ratus tahun dahulu cuma apabila ia telah melibatkan banyak kehilangan nyawa manusia, ia akan disebut sebagai bencana alam. Bencana alam ini sebahagiannya berlaku akibat dari proses semulajadi alam. Namun begitu, dalam keadaan tertentu, ia juga boleh berlaku akibat daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh manusia. Kadangkala tindakan manusia yang mengganggu dan

memusnahkan keseimbangan ekologi adalah satu tindakan yang akan membawa kepada kejadian berlakunya bencana alam ini. Di antara bencana-bencana alam yang kerap

direkodkan adalah banjir ,tsunami, tanah runtuh, gempa bumidan lain-lain lagi. Di dalam tugasan ini, kita akan membincangkan lebih terperinci mengenai fenomena tanah runtuh .

1.0 TANAH RUNTUH

Tanah runtuh ialah satu proses kejadian di mana melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan gravity. Sekiranya ia berlaku secara kecilan dan perlahan, ia kurang membahayakan alam. Tetapi jika sekiranya ia berlaku dalam skala yang besar dan pantas ,ia boleh memberi kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan dan kematian pada sesuatu kawasan. Pergerakannya boleh diserta idengan agen pembawa seperti aliran air ataupun tidak. Kejadian tanah runtuh merupakan salah satu daripada proses susutan darat yang disebabkan oleh ketakstabilan jisim tanah. Ia merupakan masalah utama kepada beberapa negara

terutamanya di kawasan tanah tinggi dan di kawasan yang berisiko gempa bumi dan gunung berapi.

[Type text] 2.0 JENIS-JENIS TANAH RUNTUH

Rajah 1 :Jatuhan batuan dan blok batuan

Rajah 2 :Keterbalikan ( Topple) ( berdasarkan Hoek & Bray, 1977)

Rajah 3 : D (Jatuhan Batuan ) E ( Topple)

[Type text]

Rajah 4 :Jatuhan Debris

Rajah 5 :2.0 Kegagalan baji

Rajah 6 : a) Gelongsoran batu

b) Gelinciran blok

[Type text]

Rajah 7 :Gelinciran blok ( pada cerun batuan atau tanah )

3.0 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA TANAH RUNTUH

Punca berlakunya tanah runtuh boleh disebabkan oleh beberapa factor ringkas. Tanah runtuh berlaku apabila kandungan air menjadi tinggi yang akan menyebabkan tanah menjadi tepu dan hilang sifat kohesifnya. Ini akan menyebabkan tanah menjadi lembap dan mudah bergerak seterusnya mengalir ke tempat lain sehingga cerun menjadi tidak stabil. Seterusnya, letusan gunung berapi akan menghasilkan mendakan piroklas, hujan lebat, dan aliran lumpur dengan banyak yang boleh memasuki sungai-sungai atau tasik. Apabila berlakunya gempa bumi, ia akan menyebabkan gegaran yang boleh mengakibatkan struktur cerun menjadi lemah untuk mengalami runtuhan atau pergerakan sesar (discontinuity) yang akan menjadi lebih aktif. Penebangan pokok juga boleh meyebabkan tanah runtuh berlaku. Aktiviti ini mempunyai risiko berlakunya hakisan tanah yang lebih teruk pada cerun.

Selain daripada factor di atas, tanah runtuh juga berlaku disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti factor alam dan factor manusia.

3.1 Faktor Alam

Faktor alam ialah factor geomorfologi.

Penimnbusan tanah yang banyak ke sesuatu

kawasan akan mengubah geomorfologi kawasan tersebut. Geomorfologi terjadi apabila ada gelongsoran di mana satu cerun yang curam di atas satu permukaan yang mempunyai kekuatan bahannya yang rendah. Contohnya sepertimana kejadian yang berlaku di Rockland yang berlaku akibat kegagalan yang berada pada dasarsatu cerun yang agak curam di mana tekanan tidak dapat menyokong berat bahan. Jenis dan ketebalan bahan juga merupakan salah satu factor alam. Faktor alam yang seterusnya ialah pemendakan yang memainkan

[Type text] peranan signify dalam permulaan bagi tanah runtuh. Pemendakan akan bertambah pada musim sejuk kerana jejuatan tanah berkurang akibat air berlebihan. Air berlebihan boleh menyebabkan pertambahan beban pada bahan dalam system di samping tekanan liang juga akan bertambah dengan pengurangan kekuatan bahan. Hal ini akan menyebabkan kegagalan cerun berlaku.

3.2 Faktor Manusia

Faktor manusia pula ialah pengubahsuaian cerun atau oversteeping yang biasanya berlaku di jalanraya, pembinaan, kejururaan dan pembinaan landskap. Puncak cerun overloading juga merupakan factor manusia di mana berat isi dan struktur-struktur bahagian atas satu cerun diletakkan bagi bahan-bahan di bawah. Sekiranya muatan bertambah lagi ia akan mengakibatkan gelongsoran... Pemindahan tumbuh-tumbuhan yang kerap akan

menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

Faktor Geologi Bahan-bahan sensitif Bahan-bahan terluluhawa Ricihan, kekar atau rekahan lemah

Faktor Mofologikal atau Peningkatan tektonik atau volcano

Aktiviti oleh Manusia Pengorekan cerun atau di kaki cerun

mudah Lantunan glasier

Memuat rabungnya

cerun

atau

Fluvial, gelombang atau hakisan Surutan ( bagi takunganglasier di cerun dan kaki cerun atau takungan air) sempadan lateral.

Berlawanan ketakselanjaran

berorientasikan Hakisan bawah tanah (lapisan,

Penyah-hutanan

skisan, sesar, ketakselarasan, sempadan dan lain-lain) Ketelapan berbeza dan/ atau Pemendapan kekerasan bahan-bahan rabungnya Pemindahan tumbuh-tumbuhan ( oleh kebakaran, kemarau) Pencairan Luluhawa freeze-and-thaw Getaranbuatan Kebocoran daripada bahan buangan Perlombongan muatan cerun atau Pengairan

[Type text]
Terluluhawa secara pengembangan dan pengecutan

Ringkasan factor-faktor tanah runtuh

4.0 TANDA-TANDA BERLAKUNYA TANAH RUNTUH

Biasanya terdapat beberapa tanda sebelum berlakunya tanah runtuh. Antaranya ialah penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Seterusnya berlaku retakan baru serta pembengkalan tanah, di jalan-jalan ataupun di kaki lima. Juga akan berlakunya keretakan yang ketara dan mendadak pada lantai konkrit. Paip air juga akan mengalami kebocoran dan pecah. Selain itu ,pintu serta tingkap rumah juga tidak boleh ditutup dengan rapat seperti biasa.
5.0 KESAN-KESAN KEJADIAN TANAH RUNTUH

Tanah runtuh merupakan satu malapetaka major dunia kerana ianya tersebar luas dan memberi impak yang besar termasuk negara Malaysia. Kesan daripada malapetaka tanah runtuh ini berbahaya kepada manusia dan juga kepada benda hidup yang lain. Contohnya, bahan di cerun yang tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta dan menghalang laluan jambatan. Aliran sungai bercampur lumpur yang dahsyat boleh menyebabkan banjir sepanjang laluannya.

Begitu juga dengan air batu floes yang terbentuk dalam sungai menyebabkan sungai tersumbat dengan air batu dan mengalir lebih perlahan. Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan. Air batu boleh terkumpul di tubir atau di atas lapisan salji yang lemah atau tidak stabil menyebabkan runtuhan berlaku.

Aliran piroklas (pyroclastic) yang berpunca daripada runtuhan habuk abu, gas beracun, dan batu panas daripada letusan gunung berapi yang tersebar dengan pantas boleh memakan apa sahaja yang dilalui memberi kesan kemusnahan dan kematian.

[Type text] Antara kesan sosial yang dapat diterangkan seperti: 1. Kemerosotan ekonomi negara Tanah runtuh sudah tentunya menyebabkan kerosakan harta benda. Hal ini membawa kerugian kepada ekonomi sesebuah negara. Ekonomi juga diperlukan dalam membaik pulih semula kawasan yang telah mengalami tanah runtuh. Ini memerlukan kos yang banyak dan sedikit sebanyak menggangu ekonomi sesebuah negara.

Contoh: 1. Secara puratanya, tanah runtuh ini menyebabkan kerugian yang bernilai $1-2 billion US dolar dan 25 kecelakaan setiap tahun di Amerika Syarikat. 2. Di Utah, U.S, pada tahun 1983, jumlah kos bagi membaik pulih kawasan tanah runtuh adalah sebanyak 500 juta dollar Amerika dan ianya merupakan pembiayaan kos yang paling mahal dalam sejarah tanah runtuh U.S. 3. Kerugian akibat tanah runtuh di United States dianggarkan sebanyak 1.5 billion dolar secara tahunan. 4. Gempa bumi the loma prieta pada bulan oktober 1989 menyebabkan beribu-ribu tanah runtuh meliputi kawasan 5400 persegi. Menyebabkan kerugian sekurangkurangnya 10 juta dolar ringgit. 2. Kerosakan infrastruktur. Tanah runtuh boleh membawa kepada kerosakan harta benda akibat daripada daya aliran tanah mahupun lumpur.

Contoh: 1. Kemusanahan sesebuah bangunan dan juga penempatan. 2. Tanah runtuh yang dahsyat boleh menyebabkan kemusnahan sesebuah bandar. 3. Kerosakan jalan raya 4. Terjejasnya sistem perhubungan jalan raya dan juga sistem komunikasi. 5. Gempa bumi the loma prieta pada bulan oktober 1989 menyebabkan beribu-ribu kawasan mengalami tanah runtuh dengan keluasan sehingga mencapai 5400 persegi.

[Type text] Menyebabkan sistem perhubungan jalan raya terjejas, kerosakan harta benda dan juga kemusnahan rumah. 6. Di Lembah Alpine, akibat daripada aliran Lumpur menyebabkan kerosakan jambatan akibat daripada daya aliran tersebut. 7. Gelinciran Tanah Taman Hill View berlaku pada 20 November 2002 telah memusnahkan sebuah rumah bangle. 3. Kehilangan nyawa. Kehilangan nyawa merupakan satu kesan yang berbahaya apabila berlakunya sesuatu tanah runtuh dan ianya sukar dielakkan. Banyak nyawa akan terkorban apabila berlakunya tanah runtuh. Contoh: 1. Gelinciran Tanah Taman Hill View berlaku pada 20 November 2002 telah memusnahkan sebuah rumah banglo dan mengorbankan lapan nyawa sekeluarga. 2. Tanah Runtuh di Highland Tower, Ulu Kelang menyebabkan seramai 48 orang terkorban dan ramai yang tercedera. 3. Tanah Runtuh di Aberfan Wales di Uk melibatkan gelinciran puing jenis putaran yang berlaku pada cerun bukit telah meranapkan sebuah sekolah menyebabkan 144 orang terkorban termasuk 116 adalah kanak-kanak sekolah terbabit yang berusia antara 7 hingga 10 tahun. 4. Kejadian tanah runtuh di La Conchita, California iaitu di pinggir pantai California yang terletak 80 km ke barat laut Los Angeles menyebabkan 30 buah rumah musnah dan 10 nyawa terkorban. 4. Perubahan landskap permukaan bumi. Tanah runtuh meyebabkan perubahan landskap yang ketara terhadap permukaan bumi. Timbunan tanah dan juga lumpur daripada kegiatan tanah runtuh menyebabkan kawasan tanah tinggi mungkin menjadi rata dan pengendapan sedimen juga boleh menjadi tebal dengan pantas. Kesannya, sungai-sungai atau empangan tasik menjadi lebih cetek untuk menakung jumlah air yang banyak. Aras air sungai menjadi lebih tinggi dan kawasan darat berubah menjadi kawasan berair.

[Type text] Tanah runtuh juga boleh menyebabkan cerun tanah atau batuan menjadi semakin cerun dan tidak stabil.

[Type text]

[Type text]

You might also like