Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BAHAGIAN B

[30 markah]

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberi.

sejak ketika hingga sebelum

meskipun kerana agar jika

Pak Mat telah membina beberapa buah rumah rakit untuk kaki pancing.

Kami tiba di rumah rakit itu ________________________ hari hampir malam.

Kami mendaftar terlebih dahulu ______________________ menginap di situ.

Pak Mat pula sentiasa melayan kami ______________________ kurang sihat.

Kami berharap _________________ dapat bersantai di rumah rakit ini lagi.

Rumah ini begitu selesa didiami walaupun terapung di air.

[ 4 markah ]
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

Jawapan : Menara Berkembar Petronas terletak di ibu negara.

[ 2 markah ]
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Menemui saudara Cherang yang saya ingati. Saya berharap semoga saudara sihat
sejahtera.

Saudara,
Surat saudara telah saya terima pada 15 Januari yang lalu. Terima kasih saya ucapkan
atas ingatan saudara.
Baru-baru ini saya telah mengikuti Program Peningkatan dan Penguasaan Penulisan
Bahasa Melayu. Program tersebut dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Julau.
Peserta program ini terdiri daripada calon UPSR dari sekolah-sekolah di sekitar daerah
Julau. Kami dibahagikan kepada tiga peringkat kumpulan, iaitu murid yang cemerlang, murid
yang sederhana, dan murid yang lemah. Sebelum dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan
tertentu, peserta disaring terlebih dahulu mengikut tahap penerimaan seseorang murid. Saya
diletakkan dalam kumpulan murid yang sederhana.
Kami didedahkan dengan pelbagai teknik penulisan yang betul. Teknik yang diajarkan
itu sangat berkesan. Teknik tersebut telah meniupkan semangat saya untuk menulis karangan
Bahasa Melayu dengan lebih baik lagi.
Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan. Sambutlah salam hormat daripada saya
untuk saudara sekeluarga. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
Geling

a. Penulis menerima surat daripada sahabatnya pada ____________________ .

[ 1 markah ]

b. Apakah tujuan penulis membalas surat Cherang?


[ 2 markah ]
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Peserta program merupakan calon UPSR dari


sekolah-sekolah di sekitar daerah Julau.

Penulis diletakkan dalam kumpulan murid yang


Betul
sederhana.

Peserta dibahagikan kepada tiga peringkat


Salah
kumpulan umur.

Penulis mengucapkan terima kasih atas ingatan


Cherang.

[ 2 markah ]
Baca petikan surat kiriman rasmi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tuan,
Pesanan Buku

Merujuk kepada perkara di atas, saya Razlan bin Ismail telah terbaca iklan dalam akhbar
tentang buku-buku terbaharu terbitan syarikat tuan.

2. Sehubungan dengan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku, iaitu:

a). Modul Gemilang Bahasa Malaysia UPSR x 1 buah = RM9.80

b). Modul Gemilang Matematik UPSR x 1 buah = RM9.80

c). Esei Pilihan Cemerlang UPSR x 1 buah = RM15.60

3. Bersama-sama ini, saya sertakan kiriman wang pos bernombor D0654321 sebagai bayaran
buku-buku berkenaan.

4. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan penghantaran buku tersebut. Hal ini
demikian kerana peperiksaan UPSR akan diadakan pada awal bulan September ini.

5. Untuk makluman pihak tuan juga, buku-buku yang saya senaraikan di atas telah habis di
pasaran.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Razlan Ismail
..................................
(RAZLAN BIN ISMAIL)

a. Perkataan menyegerakan dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan


________________________________.

[ 1 markah ]
b Mengapakah syarikat berkenaan diminta menyegerakan penghantaran buku-buku
. tersebut?

[ 2 markah ]
c Apakah pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan tersebut?
.

[ 2 markah ]
d. Sekiranya anda ialah pengurus syarikat berkenaan, apakah tindakan anda terhadap
surat penulis? Mengapa?

[ 3 markah ]

You might also like