Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Bab 1: Pengenalan

1.1 Pengenalan

Bab 1 akan membincangkan mengenai latar belakang kajian yang akan dilakukan

oleh penyelidik. Diikuti dengan kenyataan masalah yang akan dikaji oleh penyelidik,

mengenalpasti objektif yang ingin dicapai hasil dari kajian ini. Bab ini juga menerangkan

mengenai persoalan kajian serta hipotesis kajian. Penyelidikan ini memfokuskan kepada

tahap amalan penjagaan rangkaian sejuk di kalangan staf Klinik kesihatan Kampung

Gial,Perlis. Kajian ini adalah untuk mengkaji pengamalan yang dilakukan oleh staf untuk

memastikan rangkaian sejuk berada dalam keadaan baik.

1.2 Latar Belakang Kajian

Vaksin ialah produk yang digunakan untuk melindungi individu daripada penyakit

dengan merangsang sistem imun untuk mengenali dan melawan patogen penyebab

penyakit. Pembangunan vaksin bermula pada akhir abad ke-18 dengan ciptaan Edward

Jenner terhadap vaksin cacar pada tahun 1796. Inovasi Jenner, yang melibatkan

pemberian bahan daripada luka lembu kepada manusia, membuka jalan untuk

penggunaan vaksin dalam pencegahan penyakit. Dunia sedang menghadapi pelbagai

cabaran kesihatan, termasuk isu wabak penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin

seperti campak dan difteria (Roberts, 2019). Salah satu pencapaian terbesar ialah

perkembangan pesat vaksin COVID-19 sebagai tindak balas kepada pandemik global
yang bermula pada 2019. Dalam tempoh kurang setahun, beberapa vaksin COVID-19

yang berkesan telah dibangunkan dan diluluskan untuk digunakan di pelbagai negara.

Contohnya ialah vaksin Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca dan lain-lain. Vaksin ini

harus di kendali secara baik melalui rangkaian sejuk iaitu mengekalkan suhu antara 2ᵒC

hingga 8ᵒC untuk keberkesanan yang optimum yang dikenali sebagai sistem rangkaian

sejuk. Rangkaian sejuk ialah sistem mengangkut, mengedar dan menyimpan produk,

bermula dari kilang pembuatnya sehingga ke tempat diguna pada suhu yang ditetapkan

(World Health Organization, 2019).

Mengekalkan rangkaian sejuk adalah penting untuk memastikan vaksin yang

berkesan dan terbaik diberikan kepada masyarakat. Namun begitu terdapat beberapa

masalah dalam pengendalian rangkaian sejuk seperti kurangnya tahap amalan dalam

kalangan staf yang menyebabkan vaksin tidak dikendalikan dengan baik. Ini

menyebabkan vaksin yang rosak mesti dimusnahkan, dan menyebabkan stok yang

diterima tidak mencukupi serta pembaziran vaksin yang mahal. Akibat daripada itu,

kanak-kanak akan mendapat vaksin yang tidak poten menyebabkan mereka tidak akan

terhindar daripada penyakit berjangkit (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2017).

Selain itu, masalah yang berlaku dalam pengendalian rangkaian sejuk adalah

kurangnya tahap pengetahuan staf dalam mengendalikannya. Ini disokong oleh Esohe

et al.,(2018) menyatakan pengetahuan pekerja penjagaan kesihatan tentang

pengurusan rangkaian sejuk adalah penting untuk mengelakkan pembaziran akibat

harga vaksin yang mahal yang berpunca daripada amalan serta pengetahuan yang

lemah tentang pengendalian rangkaian sejuk. Oleh itu, staf Penjagaan Kesihatan

Primer(PHC) memainkan peranan penting dan mesti dilengkapi dengan pengetahuan

yang mencukupi untuk mengurus vaksin dengan sewajarnya dan cekap bagi

memastikan vaksin kekal poten (Nwankwo et al., 2018).

Kepentingan kajian ini adalah untuk memberikan kepada masyarakat vaksin yang

berada dalam keadaan poten dan baik bagi mencegah daripada penyakit berjangkit.

Manakala untuk jabatan pula dapat mengenalpasti staf yang kurang mahir dan boleh
diberi latihan untuk mempertingkatkan kemahiran dalam pengendalian rangkaian sejuk.

Dapatan dari kajian ini dapat memberi penjimatan kepada negara daripada berlakunya

pembaziran akibat kerosakan vaksin yang mahal untuk diperoleh.

1.3 Kenyataan Masalah

Rangkaian sejuk ialah sistem untuk mengekalkan produk rangkaian sejuk pada julat

suhu ditetapkan bagi mengekalkan potensi produk, Produk rangkaian sejuk yang

merangkumi produk seperti ubat-ubatan, vaksin, reagen, produk darah, produk biologik

dan bahan ujian kawalan kualiti perlu dipastikan agar berada dalam julat suhu

ditetapkan supaya potensi, keberkesanan dan kualiti produk tersebut dapat dikekalkan

Suhu untuk rangkaian sejuk perlu di kekalkan antara 2ᵒC sehingga 8ᵒC untuk

mengekalkan kepotenan sesuatu vaksin tersebut. Namun begitu terdapat kejadian

kerosakan semasa perjalanan. Ini disokong oleh Khairy (2021) yang menyatakan

sebanyak 585 bebuli vaksin Pfizer rosak yang diterima kerajaan ditolak semula kepada

syarikat pengeluar kerana didapati berlaku perubahan suhu. Kejadian yang sama turut

berlaku sebanyak 348 dos vaksin Coronavac terpaksa dibuang selepas berlaku isu

teknikal semasa penyimpanan vaksin (Eva, 2021). Vaksin adalah bahan biologik yang

sensitif dan keberkesanannya akan berkurangan atau rosak apabila beku, terlalu panas

atau terdedah secara langsung ke cahaya matahari. Sekiranya vaksin yang rosak

diberikan kepada pesakit,Ia tidak berfungsi mengikut keberkesannya dan memberi

impak besar kepada kesihatan di mana kawalan penyakit berjangkit akan merosot. Ini

menyebabkan terjadinya wabak. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan untuk

mengkaji amalan yang dilakukan mengenai pengendalian rangkaian sejuk mengikut

Standad of Procedure(SOP) di kalangan staf Klinik Kesihatan Kampung Gial dan menilai

sejauhmana tahap pengetahuan mereka.


1.4 Objektif Kajian

(a) Objektif Umum: Mengkaji tahap amalan staf Klinik Kesihatan Kampung Gial

mengenai rangkaian sejuk.

(b) Objektif Khusus:

1) Menilai tahap pengetahuan staf mengenai rangkaian sejuk.

2) Menilai tahap amalan staf mengenai rangkaian sejuk.

3) Mengenalpasti hubungan antara tahap amalan dan tahap pengetahuan

staf terhadap penjagaan rangkaian sejuk.


1.5 Persoalan Kajian

Soalan yang berkaitan dengan kajian adalah seperti berikut :

1) Apakah tahap pengetahuan staf Klinik Kesihatan Kampung Gial mengenai rangkaian

sejuk?

2) Apakah tahap amalan staf Klinik Kesihatan Kampung Gial untuk memastikan

rangkaian sejuk dalam keadaan baik?

3) Adakah terdapat hubungan antara tahap amalan dan tahap pengetahuan staf Klinik

Kesihatan Kampung Gial terhadap penjagaan rangkaian sejuk?

1.6 Hipotesis Kajian

Hₒ : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap amalan staf tentang

penjagaan rangkaian sejuk dengan tahap pengetahuan.

Hą : Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap amalan staf tentang penjagaan

rangkaian sejuk dengan tahap pengetahuan mengenai pengendalian rangkaian sejuk.


1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk memenuhi kriteria kursus Diploma

Lanjutan dalam Penjagaan Kesihatan Primer. Diharap hasil kajian ini dapat memberi

manfaat kepada paramedik iaitu dengan memberi pengetahuan serta meningkatkan

amalan mereka tentang penjagaan rangkaian sejuk. Disamping itu juga dapat

memberi kesedaran kepada paramedik untuk menjaga rangkaian sejuk dengan lebih

baik. Manakala manfaat untuk jabatan pula ialah dapat mengurangkan risiko

berlakunya pembaziran terhadap penggunaan vaksin akibat pengendalian rangkaian

sejuk yang tidak betul. Selain itu, menjadi rujukan untuk mencari penyelesaian dalam

meningkatkan kecekapan paramedik untuk mengendalikan rangkaian sejuk dengan

lebih praktikal.

1.8 DEFINISI ISTILAH

Tahap didefinisikan sebagai alat untuk mengukur sesuatu maklumat atau benda.

Pengetahuan adalah satu kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara yang

sistematik dan diusahakan secara sedar.

Amalan ialah tabiat atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.sesuatu

yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan.


Rangkaian Sejuk ialah sistem untuk mengangkut, mengedar dan menyimpan vaksin/

ubat dalam keadaan potent bermula dari tempat pembuatnya sehingga ke tempat

penggunaannya pada suhu yang ditetapkan.

Paramedik ialah pekerjaan profesional perubatan yang lazimnya berkhidmat dalam

peruntukan perkhidmatan perubatan kecemasan di sesebuah kawasan.

You might also like