Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

SEKOLAH KEBANGSAAN KELAPA SAWIT NO.4

Tajuk:

PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK


PERTANDINGAN BOLA JARING MAJLIS SUKAN SEKOLAH
(MSS) BAHAGIAN MIRI KATEGORI 12TKB
TAHUN 2023

Disediakan oleh:

Siti Nur Izzati Binti Abdullah


Pengurus Pasukan Bola Jaring
SK Kelapa Sawit No.4, 98150 Subis
Sarawak.
|2
KERTAS KERJA

Tahap Keutamaan Kategori


Sangat Penting Makluman
Penting  Kelulusan 
Biasa Perbincangan

PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI PERTANDINGAN BOLA JARING MSS


BAHAGIAN MIRI KATEGORI 12TKB TAHUN 2023

1 Dikemukakan kepada:

SPAD Ladang 3

2 Dikemukakan oleh:

Siti Nur Izzati Binti Abdullah


Pengurus Pasukan Bola Jaring SK Kelapa Sawit No.4

3 Tujuan:

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon peruntukan dana bagi menyertai
Pertandingan Bola Jaring MSS Bahagian Miri Kategori 12TKB Tahun 2023 yang akan
diadakan pada 15 Julai 2023 bertempat di Kelab Rekreasi Petroliam Lutong, Miri,
Sarawak.

4 Pendahuluan:

Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No.4 merupakan sebuah sekolah yang


dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. SK Kelapa Sawit No.4 mempunyai
sejumlah 236 orang murid, dan 32 orang guru dan kakitangan sekolah. Latar belakang
murid secara amnya adalah dari golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah terhad di mana peruntukan yang
disalurkan adalah mengikut perkapita murid, ini menyebabkan terdapat keperluan dan
peruntukkan yang tidak dapat disediakan secukupnya. Kita sedia maklum bahawa
sekolah luar bandar agak ketinggalan dari segi infrastruktur dan kemudahan teknologi
serta keperluan dana kokurikulum. Pihak sekolah dengan sedaya upaya berusaha
menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif serta meyediakan keperluan
kokurikulum dengan secukupnya.
Sehubungan dengan itu, SK Kelapa Sawit No.4 merupakan sekolah yang
bukan sahaja menitikberatkan kurikulum, malahan juga aktif dalam penglibatan
kokurikulum. Pada 5 Julai 2023, pasukan bola jaring SK Kelapa Sawit No.4 telah
menjuarai pertandingan MSS Daerah Subis dalam pertandingan bola jaring dan sekali
gus layak mewakili daerah Subis untuk kejohanan bola jaring di peringkat bahagian
Miri pada 15 Julai 2023.

|3
5 Objektif:

5.1 Pertandingan Bola Jaring MSS Bahagian Miri ialah :

5.1.1 Meningkatkat pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang


permainan bola jaring;
5.1.2 Memberikan pendedahan kepada murid tentang pertandingan bola
jaring;
5.1.3 Mengeratkan hubungan antara pemain dengan pemain serta guru
dengan pemain;
5.1.4 Memberi peluang kepada pemain-pemain untuk mengetengahkan
bakat yang dimiliki;
5.1.5 Mewujudkan persefahaman melalui aktiviti bersama dan dipadankan
kearah integrasi kaum yang lebih mantap.

6 Masalah yang dihadapi :

6.1 Pertandingan Bola Jaring MSS Bahagian Miri ialah :

6.1.1 Peralatan yang sedia ada tidak mencukupi dan rosak;


6.1.2 Kos perbelanjaan dan penginapan murid untuk ke pertandingan tidak
mencukupi.

7 Rasional :

Membudayakan sukan dan kokurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara


dengan penyertaan pertandingan bola jaring MSS. Menjadikan pasukan Bola Jaring
SK Kelapa Sawit No.4 sebagai pasukan elit dalam permainan bola jaring.

8 Matlamat :

8.1 Dapat menyediakan kemudahan peralatan dan peruntukkan sukan untuk


keselesaan murid SK Kelapa Sawit No.4;
8.2 Menyediakan pasukan bola jaring yang lengkap dengan peralatan permainan
untuk menyertai seterusnya menjuarai kejohanan yang disertai.

|4
9 Cadangan Perbelanjaan Pertandingan Bola Jaring MSS Bahagian Miri (12TKB) Tahun 2023:

Bil Butiran Harga Seunit Kuantiti Harga (RM)


1. Makanan sarapan RM 8 16 RM 128
2. Makanan tengah hari RM 10 16 X 2 Hari RM 320
3. Makanan Malam RM 10 16 RM 160
4. Air mineral botol besar RM 10 3 RM30
(1.5 liter)
5. Air 100 plus active RM 60 2 RM 120
6. Ethylchloride Spray RM 30 2 RM 60
7. Jersi Guru Pengiring & Pemain RM 40 16 RM 640

JUMLAH KESELURUHAN RM1,458

|5
Disediakan oleh :

..............................................................
Cik Siti Nur Izzati Binti Abdullah
Pengurus Pasukan Bola Jaring
SK Kelapa Sawit No.4
98150 Subis
Sarawak

Tarikh:

Disemak Oleh :

………………………………….....
Puan Siti Aishah Sembai Aban Binti Abdullah
Penolong Kanan Petang
SK Kelapa Sawit No.4
98150 Subis
Sarawak

Tarikh:

Diluluskan / Tidak Diluluskan Oleh :

………………………………….....
Puan Rosnah Binti Gabut
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Kelapa Sawit No.4
98150 Subis
Sarawak

Tarikh:

|6

You might also like