Pidato Bahasa Dimartabat Nusa Berdaulat

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

BAHASA DIMARTABAT NUSA BERDAULAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Terima kasih saudara pimpinan majlis, kombinasi intelektual kehakiman bervisi,


dif-dif kehormat yang dihormati, seterusnya hadirin pewaris bangsa yang saya
muliakan.

Hadirin sekalian,

Berdirinya saya di pentas ini dengan penuh iltizam menyebarkan sedikit


dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana melalui mauduk pidato
saya Bahasa Dimartabat Nusa Berdaulat.

Secara literal dan konseptual saya mentakrifkan Bahasa Dimartabat Nusa


Berdaulat sebagai Bahasa Melayu iaitu Bahasa Kebangsaan yang
mempunyai laras Bahasa serta nilai estetika dan nilai kesantunan merupakan
agen Bahasa perpaduan masyarakat Malaysia adalah lambang jati diri
bangsa Malaysia di persada antarabangsa .

Persoalannya, mampukah bahasa yang pernah menempa kegemilangan


pada zaman Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ini bersaing di persada
antarabangsa?
Warga Dewan yang dimuliakan,

Negara Malaysia dikenali sebagai masyarakat majmuk yang terdiri daripada


pelbagai kaum iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Sejak Malaysia mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah berusaha untuk membentuk
sebuah negara bangsa, iaitu melahirkan masyarakat yang berpegang
kepada konsep satu bangsa, satu identiti. Bagi memupuk integrasi antara
kaum di Malaysia, kerajaan telah berusaha mewujudkan sebuah negara
bangsa. Salah satu kaedah yang penting dalam mewujudkan negara bangsa
adalah menerusi penggunaan satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu.

‘Bahasa Jiwa Bangsa’, ‘Bahasa Menunjukkan Bangsa’ merupakan


sebahagian daripada kata-kata hikmat yang berkait dengan ‘bahasa’ sekali
gus menggambarkan perkaitan rapat antara ‘bahasa’ dan ‘bangsa’. Bahasa
merupakan lambang dalam budaya dan melalui pembinaan bahasa juga
sesuatu budaya boleh dipengaruhi. Bagi memupuk integrase antara kaum di
Malaysia, kerajaan telah berusaha mewujudkan sebuah negara bangsa. Hal
ini membuktikan bahawa pemerkasaan penggunaan bahasa Melayu oleh
masyarakat Malaysia boleh menjadi asas kepada pembentukan sebuah
negara bangsa.

Hadirin yang dimuliakan,

Sejarah pencapaian Bahasa Melayu pada zaman lampau, jelas terbukti


bahawa bahasa Melayu pernah mencapai tahap gemilang apabila bahasa
tersebut berperanan sebagai lingua franca merangkap bahasa
antarabangsa pada zaman Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka. Senario ini
memaparkan kewibawaan dan kemampuan bahasa tersebut mengatasi
bahasa lain yang wujud ketika itu seperti bahasa Inggeris, Tamil, Arab dan
sebagainya.

Hal ini dapat dilihat apabila para pedagang asing mesti menggunakan
bahasa Melayu apabila berurusan dengan penduduk tempatan, bukannya
penduduk tempatan mesti menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa-
bahasa lain ketika berurusan dengan pedagang asing. Nah, ini jelas
menunjukkan bahawa tidak mustahil untuk menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa antarabangsa kerana keupayaan bahasa Melayu telah
terserlah dalam pelbagai aspek serta jelas terbukti kemampuan bahasa
Melayu mampu bersaing di persada antarabangsa.

Hadirin yang saya muliakan,

Bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan untuk menyampaikan ilmu


telah berlangsung sejak sekian lama. Bermula sejak zaman kerajaan Sriwijaya
pada abad ke-7, dan kemuncaknya pada zaman keagungan agama Islam
di alam Melayu, bahasa Melayu terus mencapai mercu tanda yang
membanggakan. Banyak karya besar terutamanya dalam bidang
kesusasteraan dihasilkan dalam bahasa Melayu.

Kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terus dikembangkan dan


dirancang sebaik mungkin terutamanya sebagai bahasa pengantar utama
dalam sistem pendidikan negara, khususnya selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan. Menerusi Penyata Razak 1956, bahasa Melayu diangkat
sebagai Bahasa rasmi dalam sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Akta
ini secara langsung menuntut agar bahasa Melayu dipelihara dan
dibudayakan dalam situasi rasmi.

Bahasa Melayu sebagai sarana ilmu tidak dapat dinafikan. Sejarah


kehebatan bahasa Melayu ini sepatutnya menjadi pembakar semangat
kepada usaha memperkasa dan mendaulatkan bahasa Melayu pada abad
ini.

Hadirin yang dikasihi,

Kesimpulannya, penggunaan Bahasa bukan sahaja medium untuk


berkomunikasi tetapi merupakan asas utama dalam membentuk sebuah
ketamadunan. Bahasa juga dikatakan sebagai alat untuk mewariskan
khazanah dalam sebuah masyarakat daripada satu generasi ke generasi
seterusnya.

Sekian, terima kasih.

You might also like