Karate (PJB)

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KELAB KARATE GOSHIN-RYU PJB

(PJB GOSHIN-RYU KARATE CLUB)

1. NAMA:

Kelab ini akan dinamakan sebagai "Kelab Karate Goshin-Ryu PJB".

2. ALAMAT:

Alamat kelab adalah Kelab Karate Goshin-Ryu PJB, Jalan Kong Kong, 81700, Pasir
Gudang, Johor,

3. OBJEKTIF:

Objektif kelab adalah :-

(i) Membangunkan sukan Karate-Do di dalam Politeknik Johor Bahru;

(ii) Membangun dan mengambil bahagian dalam Kejohanan Karete-Do di


peringkat institusi pengajian tinggi, negeri dan kebangsaan;

(iii) Merapatkan hubungan di antara ahli-ahli karate-do dan menggalakkan moral


intelektual dan kemajuan sosial di kalangan ahli;

4. KEAHLIAN:

Keahlian dibukakan kepada semua warga Politeknik Johor.

Selepas permohonan ahli diluluskan dan yuran keahlian dibayar, akan secara sah menjadi
ahli kepada Persekutuan Karate Goshin-Ryu Malaysia (Malaysia Goshin-Ryu Karate
Federation).

Selepas ini, ahli tersebut berkelayakan untuk mengambil bahagian dalam kelas karate di
seluruh Malaysia dan internasional. Ahli tersebut juga berkelayakan untuk mewakili
negeri Johor atau negara Malaysia dalam kejohanan karete-do yang diiktiraf oleh
MAKAF (Malaysia Karate Federation).

Jenis Keahlian:-

(i) AHLI BIASA

Pemohon mesti melebihi umur 18 tahun dan berhak untuk mengundi di


dalam mesyuarat agung tahunun kelab.

5. YURAN dan BAYARAN LAIN

(i) Yuran Kemasukan untuk Persekutuan Karate Goshin-Ryu Malaysia adalah


RM 10.00 untuk seumur hidup.
(ii) Yuran Tahunan untuk Ahli Biasa Persekutuan Karate Goshin-Ryu Malaysia
adalah RM 10.00 dan perlu dibayar sebelum bulan Januari.

(iii) Ahli yang gagal untuk membayar yuran selepas 3 bulan selepas Januari akan
ditamatkan keahliannya.

(iv) Yuran latihan bulanan untuk kelas karate adalah RM 15.00 dan dibayarkan
atas nama Persatuan Karate Tali Pinggang Hitam Goshin-Ryu Johor (Johor
Goshin-Ryu Karate Black Belt Association) atau nama singkatan JOGBA.
Latihan diadakan dua kali seminggu iaitu Isnin (9.15 p.m. - 10.45 p.m.) dan
Rabu (3.00 p.m. - 4.30 p.m.).

6. PERLETAKAN JAWATAN atau KEAHLIAN:

Ahli atau ahli jawatan kuasa yang ingin keluar dari menjadi ahli kelab atau meletakkan
jawatan dalam jawatankuasa dihendaki menulis surat kepada Setiausaha Kelab.

7. AHLI JAWATANKUASA:

(i) Dalam Mesyuarat Agung Tahunan, ahli biasa dihendaki memilih Ahli
Jawatankuasa yang terdiri daripada :-

a. Seorang Pengerusi
b. Seorang Naib Pengerusi
c. Seorang Setiausaha
d. Seorang Naib Setiausaha
e. Seorang Bendahari
f. Seorang Naib Bendahari
g. Tiga orang Ahli Jawatankuasa

(ii) Pemegang Jawatan Kelab hendaklah menguruskan fungsi-fungsi pentadbiran


kelab.

(iii) Ahli Jawatan Kuasa dihendaki bermesyurat sekurang-kurangnya sekali dalam


tempoh dua bulan untuk memeriksa akaun dan kebajikan kelab. Sekurang-
kurangnya lima (5) hari notis bersertakan agenda dikirimkan kepada semua
Ahli Jawatankuasa.

(iv) Ahli Jawatankuasa yang tidak hadir 3 kali berturut-turut untuk mesyuarat
tanpa alasan yang kukuh akan dilucutkan jawatan.

(v) Sekiranya terdapat Ahli Jawatankuasa yang meletakkan jawatan, Ahli


Jawatankuasa mempunyai kuasa untuk melantik ahli yang lain untuk mengisi
kekosongan tersebut sehingga Mesyuarat Agung Tahunan.

8. TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA:


(i) Pengerusi dihendaki mempengerusikan setiap mesyuarat termasuk Mesyuarat
Agung Tahunan. Beliau mempunyai kuasa undi penentu dan akan
menandatangani setiap minit mesyuarat pada masa mereka diluluskan.

(ii) Naib Pengerusi akan mewakili Pengerusi sekiranya Pengerusi tidak


menghadirkan diri.

(iii) Setiausaha dan Naib Setiausaha akan menguruskan hal-hal kelab yang
bersesuaian dengan peraturan kelab. Mereka juga bertanggungjawab dalam
segala penyimpanan rekod atau dokumen kecuali akaun dan rekod
kewangan. Setiausaha dihendaki hadir dalam semua mesyuarat dan merekod
prosiding. Beliau dihendaki menyimpan buku keahlian yang mengandungi
semua butir-butir lanjut setiap ahli. Setiausaha juga dihendaki menghantar
laporan tahunan kepada Pengawai Sukan Politeknik Johor Bahru.

(iv) Bendahari dan Naib Bendahari bertanggungjawab dalam pengurusan akaun


dan kewangan kelab. Mereka juga bertanggungjawab untuk mengutip setiap
yuran daripada ahli kelab dan menyimpannya di dalam akaun bank yang
berdaftar.

9. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN:

(i) Mesyuarat Agung Tahunan Kelab akan diadakan tidak lewat dari 31hb
March. Hal-hal dalam Mesyuarat Agung Tahunan adalah:-

a. Menerima Laporan Ahli Jawatankuasa, Laporan Bendahari dan laporan


yang lain.

b. Memilih Ahli Jawatankuasa untuk kelab bagi tempoh satu tahun.

c. Hal-hal yang lain.

(ii) Notis persediaan untuk Mesyuarat Agung Tahunan dihendaki


mengemukakan tarikh, masa dan lokasi mesyuarat dan akan dihantarkan
kepada ahli sekurang-kurangnya (30) hari sebelum tarikh yang ditetapkan
untuk Mesyuarat Agung Tahunan.

(iii) Setiausaha dihendaki menghantar agenda kepada semua ahli bersamakan


salinan minit yang berkaitan, laporan dan akaun sekurang-kurangnya tujuh
(7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.

(iv) Sekurang-kurangnya separuh dari jumlah ahli atau bilangan ahli mewakili
dua kali dari jumlah bilangan Ahli Jawatankuasa dihendaki menghadiri
Mesyuarat Agung Tahunan untuk menjadikannya sah dalam menubuhkan
satu korom.

(v) Sekiranya dalam setengah jam dari masa yang ditetapkan untuk Mesyuarat
Agung Tahunan, korom tidak hadir, maka mesyuarat akan ditanggungkan ke
satu tarikh yang tidak lewat dari 14 hari yang diputuskan oleh Ahli
Jawatankuasa dan sekiranya mesyuarat yang ditangguhkan, korom masih lagi
tidak hadir dalam setengah jam dari masa yang ditetapkan, ahli yang hadir
akan mempunyai kuasa untuk meneruskan hal-hal yang berkaitan dengan
kelab dan membuat keputusan untuk mewakili semua ahli.

(vi) Dalam setiap mesyuarat, Pengerusi akan mempengerusi mesyuarat itu dan
sekiranya beliau tidak hadir, orang yang akan menggantikannya adalah Naib
Pengerusi. Setiap ahli boleh dipilih sebagai Pengerusi sekiranya Pengerusi
dan Naib Pengerusi tidak menghadirkan diri. Sekiranya terdapat pengundian
yang sama, maka Pengerusi mempunyai kuasa undi penentu.

(vii) Setiausaha dihendaki menghantarkan kepada semua ahli satu salinan draf
minit bagi setiap mesyuarat dengan secepat mungkin selepas kesimpulannya.

10. SYARAT-SYARAT KEWANGAN:

(i) Bendahari boleh memegang wang tunai yang tidak melebihi (RM 500.00)
pada satu masa. Semua wang yang melebihi nilai ini dihendaki
memasukkannya ke dalam akaun bank dalam tempoh (7) hari.

(ii) Tiada belanjaan yang melebihi (RM 200.00) pada satu masa tanpa
persetujuan awal daripada Ahli Jawatankuasa, Belanjaan yang kurang dari
lima ratus ringgit boleh dibenarkan samada oleh Pengerusi, Naib pengerusi ,
Setiausaha atau Bendahari.

(iii) Dengan secepat mungkin selepas tamat setiap tahun kewangan, laporan
kewangan hendaklah dihantarkan kepada Pengawai Sukan Politeknik Johor
Bahru untuk disemak.

(iv) Tahun kewangan Kelab akan dimulakan pada 1hb Januari setiap tahun.

14. PEMBUBARAN:

(i) Pembubaran Kelab boleh dilakukan dengan mendapat persetujuan ahli yang tidak
kurang dari 4/5 jumlah keseluruhan ahli.

(ii) Notis pembubaran dihendaki hantar kepada pengawai Sukan Politeknik Johor Bahru
dalam tempoh (14) hari dari tarikh pembubaran.

15. LOGO:

Logo untuk kelab mengandungi satu bulatan hitam dan satu huruf China yang bermaksud
"SABAR" di dalam bulatan tersebut dalam warna merah. Perkataan 'KELAB KARATE
GOSHIN-RYU' yang terletak di bahagian atas. "GOSHIN" dalam perkataan Jepun
membawa maksud "HATI BERSATU" and "RYU" bermaksud "ALIRAN". Perkataan
'POLITEKNIK JOHOR BAHRU' yang terletak di bahagian bawah menunjukkan Institusi
Politeknik Johor Bahru.

You might also like