Tutorial Pemilihan Saiz Paip Dan Pam

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

Contoh Pemilihan Pam & Mensaiz Paip

Apabila litar perpaipan telah lengkap seperti laluan paip, aksesori paip dan kelengkapan serta
kadar alir bagi setiap kelengkapan telah ditentukan. Penentuan saiz paip membolehkan jumlah
rintangan (head) dalam sistem ditentukan, jadi jenis pam yang ideal dapat dipilih.

Langkah 1 : Tentukan halaju bendalir dalam paip

Saiz paip dihadkan oleh halaju berdasarkan pertimbangan terhadap hingar dan hakisan
paip.Hingar dan hakisan paip bertambah jika halaju bertambah.Jadual dibawah adalah
cadangan had halaju bendalir berdasarkan pengalaman lalu dan direkabentuk bagi
memberikan keseimbangan yang baik diantara saiz paip dan jangkahayat sistem.

Halaju Bendalir

Bagi contoh ini, pengiraan


saiz perpaipan air
condenser pada system
chiller tunggal akan
berada pada julat 5-10
fps.

Header paip terletak paling hampir dengan pam dan membawa bendalir ke Mains dan Risers.
Mains(melintang) dan risers(menegak) mengagihkan bendalir ke pelbagai kawasan dalam
bangunan.Manakala Branches dan Runouts membekalkan aliran bendalir ke terminal udara,
FCU dan lain-lain.

Langkah 2 : Tentukan Kehilangan Geseran Paip

Kadar kehilangan geseran boleh didapatkan menggunakan Carta 1,2 dan 3 seperti di
lampiran.Carta 1 dan 2 biasanya digunakan untuk paip yang besar, ≥2½” dan Carta 3 pada
paip kecil, ≤2”, dimana tiub kuprum biasanya digunakan.

Carta 1 diggunakan pada paip yang baru, licin, bersih, berat piawai, paip keluli dan turut
digunakan bagi menentukan kadar kehilangan geseran dalam system perpaipan closed-loop
seperti system pengaihan air dingin(chilled water) dan air panas.
Carta 2 digunakan pada paip keluli dengan berat piawai yang mengalami mendapan(scaling).
Carta ini boleh juga digunakan untuk menentukan kadar kehilangan geseran pada sistem
pengagihan terbuka seperti sistem air pemeluwap dengan menara penyejukan.

Carta 3 digunakan untuk menentukan kehilangan geseran dalam tiub kuprum dimana
dalamannya dijangka bersih sepanjang hayat operasinya. Air dingin atau panas yang
menggunakan paip kuprum akan disaiz menggunakan carta ini.

Setiap carta memberikan kehilangan geseran atau head dalam ukuran feet of water per 100
ft (feet of water/100 ft) sesuatu paip lurus.

Jadual 4 adalah maklumat fizikal paip keluli dimana sangat Cv

membantu untuk mendapatkan maklumat bahagian dalaman, paip Cv adalah pekali aliran
dalam injap dan industry
dan berat air.
kawalan. Ia didefinisikan
sebagai 1 gelen air (60⁰F)
Kehilangan geseran dalam injap dan fittings boleh ditentukan
yang melalui injap dalam
menggunakan panjang setara(equivalent length) pada Jadual 5, 6, 1 minit pada 1 lb susutan
7 dan 8.Jadual panjang setara diperolehi menggunakan nilai Cv yang tekanan.

diperolehi dari pengeluar.Ini dilakukan untuk memudahkan proses


untuk menentukan kehilangan geseran dalam injap dan fittings.

Semua kehilangan dalam panjang setara(feet) sesuatu paip lurus.

Langkah 3 : Dapatkan Susutan Tekanan Spesifik Komponen dan Data Rekabentuk

Diberi:

Beban Penyejukan 100 TR


Suhu air dingin masuk 54⁰F
Suhu air dingin keluar 44⁰F
Suhu air pemeluwap masuk 85⁰F
Suhu air pemeluwap keluar 95⁰F
AHU 1 45 ton load
AHU 2 55 ton load
Pemilihan kelengkapan sistem perlu dibuat bagi menentukan susutan tekanan melalui setiap
kelengkapan dalam sistem.Ia boleh dilakukan dengan menggunakan data atau perisian
pemilihan kelengkapan sistem oleh pengeluar.

Langkah 4 : Periksa Susutan Tekanan Tertingi Litar dan Kira Aliran Air

Butiran terperinci menara penyejukan biasanya tidak menunjukkan titik kleuar yang tepat air
dari muncung pengagih atau ketinggian air sebenar dalam takung.Maka, kita perlu tentukan
nilai unbalanced head.Ianya tidak perlu tepat; hanya tolak tinggi air masuk dengan tinggi air
keluar.Bagi contoh ini, susutan tekanan muncung adalah 12.5 kaki dan dengan tinggi 6.5
kaki,untuk jumlah
susutan tekanan menara
adalah 19 ft wg.

Pengeluar menara
penyejukan perlu dirujuk
bagi mendapatkan
susutan tekanan menara
yang dipilih atau merujuk
maklumat dari perisian
pengeluar.Jika maklumat
ini tidak diperolehi,
anggaran 15 ft wg
adalah sesuai digunakan
pada kebanyakan kes.
Kadar alir pemeluwap biasanya boleh didapati pada waktu pemilihan dibuat dengan merujuk
data pengeluar.Bagi contoh ini, 3 gpm/ton digunakan dimana ianya adalah kadar alir piawai
ARI bagi sebuah pemeluwap biasa.

Kadar alir air dingin juga bioleh didapati dari data pengeluar yang berdasarkan tons dan water
∆t atau boleh dikira menggunakan formula berikut;

Maka, kita akan gunakan 300 gpm bagi kadar alir pemeluwap dan 240 gpm bagi kadar alir
air dingin dalam penyejuk(cooler/evaporator).
Pengiraan gpm

Contoh diatas menganggapkan air


mentah digunakan dalam litar
penyejuk dan pemeluwap.Air
berkenaan akan dirawat secara
kimia namun masih dianggap air
mentah.Jika 20% propylene
glycol(PG) digunakan dalam gelung
penyejuk, pengiraan kadar alir perlu
mempertimbangkan kadar PG
tersebut.
Langkah 5 : Tentukan saiz paip, Dapatkan Friction Rate/100 ft

Cari saiz sistem gelung terbuka(sistem air pemeluwap) menggunakan Carta 2 untuk
menentukan kehilangan gesera perpaipan.

8.3 ft/s

300 gpm

150 gpm 6.9 ft/s

9.3 ft/100 ft 10 ft/100 ft


Merujuk Carta 2, didapati 300 gpm bertemu garisan saiz paip 4” pada halaju 8.3 ft/s dan 10
ft kehilangan geseran per 100 ft of pipe.

Didapati juga, terdapat 2 unit pam yang mengendalikan 50% daripada aliran, maka saiz paip
pada pam juga perlu ditentukan. Merujuk Carta 2, didapati 150 gpm bertemu garisan saiz
paip 3” pada halaju 6.9 ft/s dan kehilangan geseran 9.3 ft/100 ft.

Maka saiz paip pada bahagian 300 gpm adalah 4” dan pada bahagian 150 gpm adalah 3”.Saiz-
saiz ini adalah dalam julat halaju air yang disyorkan dan susutan tekanan per 100 ft yang
dicadangkan.

Langkah 6 : Dapatkan Susutan Tekanan Litar Perpaipan Yang Terpanjang

Seterusnya jumlahkan panjang paip lurus bagi setiap saiz paip.Bermula pada bahagian
sedutan pam dan bergerak mengikut arah aliran air pada gelung.

(Nota: Apabila 2 unit kelengkapan di paip secara selari, hanya litar yang mempunyai susutan
tekanan tertinggi akan digunakan dalam pengiraan head)

3” paip lurus(pada pam#2) = 5 + 10 + 10 + 5 = 30 ft

4” paip lurus = 5 + 5 + 5 + 10 + 37 + 3 + 5 + 28 + 5 = 103 ft


Seterusnya senaraikan injap dan elbow serta lain-lain aksesori dalam gelung dalam ungkapan
panjang setara paip lurus.

Panjang setara 3” (ft)

Paip (data dari atas) 30


Standard Elbow (Kuantiti 2 pada 7.67 ft setiap satu) (Jadual 6) 15
Butterfly Valve (Kuantiti 3 @ 11.51 ft setiap satu) (Jadual 5) 35
Lift Check Valve (Kuantiti 1 @ 14.06 ft) ( Jadual 5) 14
Strainer (Kuantiti 1 @ 42 ft) (Jadual 8) 42
Jumlah 136 ft

Panjang setara 4” (ft)

Paip (data dari atas) 103


Standard elbow (Kuantiti 7 pada 10.07 ft setiap satu)(Jadual 6) 70
Tees (Kuantiti 2 @ 6.71 ft setiap satu) (Jadual 5) 14
Butterfly valve (Kuantiti 4 @ 15.1 ft setiap satu) (Jadual 5) 30
Control Valve, butterfly (Kuantiti 1 @ 16 ft) ( Jadual 8) 16
Jumlah 233 ft

Langkah 7 : Jumlahkan Semua Susutan Tekanan Untuk Pemilihan Pam

Jumlah Kehilangan Geseran = Equivalent ft x 9.3 ft/100

Untuk paip 3” = 136 equiv. ft x 9.3 ft/100 = 12.65

Untuk paip 4” = 233 equiv. ft x 10.0 ft/100 = 23.3

Jumlah = 12.65 + 23.3 = 35.95(dibundarkan ke 36 ft


wg susutan tekanan)

Dibawah adalah lengkuk pam sebenar bagi pam air pemeluwap berdasarkan 150 gpm setiap
satu dan head pada 66 ft wg.Setiap pam pemeluwap akan mengendalikan 66 ft head pada
150 gpm.
Langkah 8 : Tentukan Saiz Gelung Air Dingin

Sistem gelung tertutup(chilled water system) perlu disaiz menggunakan Carta 1 bagi
menentukan kehilangan geseran paip.

6.3 ft/s
240 gpm

120 gpm

5.5 ft/s

3.5 ft/100 ft

3.4 ft/100 ft
Merujuk Carta 1, didapati 240 gpm bertemu pada saiz paip 4” serta halaju 6.3 fps dan 3.4 ft
kehilangan geseran per 100 ft of pipe.Kita juga mempunyai 2 pam yang mengendalikan 50%
daripada aliran, maka saiz paipnya pada pam juga perlu ditentukan.Merujuk Carta 1, 120 gpm
bertemu pada saiz paip 3” serta halaju 5.5 fps dan 3.5 ft kehilangan geseran per 100 ft of
pipe.

Disebabkan 2 unit AHU dalam keadaan paip selari, maka, gunakan paip yang mempunyai
susutan tekanan tertinggi sewaktu menjumlahkan susutan tekanan dalam paip dan
AHU.Disebabkan AHU 2 mempunyai paip terpanjang dan susutan tekanan gelungnya(cooling
coil) adalah lebih tinggi, maka, ianya akan digunakan dalam pengiraan.Merujuk Carta 1,(55
tons X 24 ÷ 10 = 132 gpm)didapati 132 gpm Saiz Paip
bertemu pada saiz paip 3” pada halaju 6.0 fps dan Nota : Paip saiz 4” digunakan
4.0 kehilangan geseran per 100 ft of pipe.Perhatikan sebagai ganti paip 3.5” kerana paip
saiz 3.5” tidak ada dalam
bahawa aliran air dalam litar ini adalah mengikut
pasaran.Paip saiz 3” diguna sebagai
jam dengan pam akan menolak air melalui gantian saiz 2.5” kerana ia ianya
Chiller.Laluan terpanjang aliran air bermula pada adalah garis sempadan halaju.

poin C, melalui Chiller, terus ke AHU 2, turun ke


bawah melalui air separator, ke poin N dan melalui pam nombor 3.
Paip lurus daripada contoh :

Paip 3” @ pam #3 = 10 + 10 + 5 = 25 ft

Paip 3” @ AHU #2 = 12 + 5 + 5 + 12 = 34 ft

Paip 4” (C- N) = 10 + 5 + 5 +20 + 15 +17 + 5 + 2 + 1 + 1 + 1 = 82 ft

Panjang setara 3” (ft) @ pam ( ft)

Paip (data dari atas) 25


Standard Elbow (Kuantiti 1 pada 7.67 ft setiap satu) (Jadual 6) 8
Butterfly Valve (Kuantiti 3 @ 11.51 ft setiap satu) (Jadual 5) 35
Lift Check Valve (Kuantiti 1 @ 14.06 ft) ( Jadual 5) 14
Strainer (Kuantiti 1 @ 42 ft) (Jadual 8) 42
Jumlah 124 ft

Panjang setara 3” (ft) @ AHU #2 ( ft)

Paip (data dari atas) 34


Standard Elbow (Kuantiti 2 pada 7.67 ft setiap satu) (Jadual 6) 15
Tees (Kuantiti 1 @ 5.11 ft) (Jadual 6) 5
Butterfly Valve (Kuantiti 3 @ 11.51 ft setiap satu) (Jadual 5) 35
Control Valve, butterfly (Kuantiti 1 @ 11 ft) ( Jadual 8) 14
Jumlah 100 ft

Panjang setara 4” (ft)

Paip (data dari atas) 82


Elbow (Kuantiti 7 pada 10.07 ft setiap satu) (Jadual 6) 70
Tees (Kuantiti 4 @ 6.71 ft setiap satu) (Jadual 6) 27
Butterfly Valve (Kuantiti 2 @ 15.1 ft) ( Jadual 5) 30
Jumlah 209 ft
Jumlah Kehilangan Geseran = Equivalent ft X loss/100 ft of pipe

Untuk ( Paip 3” @ pam, 124 equiv ft X 3.5/100) + (Paip 3” @AHU #2, 100 equiv ft X 4/100)
+ ( Paip 4”, 209 equiv ft X 3.4/100)

Jumlah = 4.22 + 4.0 + 7.32 = 15.54 ft wg

Jumlah Head pada Pam Chilled water(ft wg)

Friction head = 15.5

Susutan tekanan melalui Cooler = 12.4

Susutan tekanan melalui Air Separator = 1.3

Susutan tekanan melalui AHU #2 = 13.4

Total head across pump = 42.6 ft wg

Maka Pam chilled water akan berdasarkan kepada 2 pam dengan 120 gpm setiap satu pada
susustan tekanan 42.6 ft dan akan dipilih seperti mana pemeluwap tadi mengggunakan
perisian pemilihan dari pengeluar.(Pemilihan tidak ditunjukkan dalam contoh ini)

Pada ketika ini, kita boleh menambah faktor keselamatan sebanyak 10% kerana perpaipan
sebenar yang akan dipasang mungkin tidak sama dengan rekabentuk asal.Jika system head
terlalu besar , injap penyeimbangan(balancing valve) pada bahagian discaj pam boleh
digunakan untuk mengatasinya dan menyeimbangkan aliran seperti sepatutnya.Jika system
head disaiz terlalu besar hingga ke tahap balancing valve pada discaj pam menghasilkan
terlalu besar head, maka impeller pam perlu
Standard 90.1 ASHRAE
diubahsuai(trimmed).Apabila impeller pam
Piawaian ini mengenakan had
diubahsuai, ianya akan mengubah sedikit saiz fizikal maksima ‘pump throttling’ tidak
dengan memesin impeller tersebut.Hasilnya akan lebih dari 5% dari kuasa kuda pada
plat nama pam atau 3 hp.Jika lebih ,
mendapati pengurangan kemampuan yang
maka impeller mesti
dikehendaki. diubahsuai(trimmed) atau kelajuan
dikurangkan.Piawaian ini tidak
Sekarang kita telah mendapat semua data untuk terpakai kepada motor pam 10 hp
membuat pemeriksaan isipadu dan melihat jika atau kurang.
Volume tank diperlukan untuk sistem air dingin.
Langkah 9 : Periksa Isipadu Gelung Penyejat

Isipadu yang diperlukan oleh chiller mengikut ‘rule of thumb’ adalah dalam anggaran 3 gallon
per nominal ton.Sesetengah aplikasi chiller mungkin memerlukan lebih dari 3 gallon per ton
seperti dalam proses penyejukan.Sesetengah pengeluar chiller tidak menetapkan jumlah
isipadu minima gelung dalam ungkapan gallon per ton.Sebagai contoh, terdapat syor dimana
isipadu gelung perlu cukup besar untuk supaya ianya akan mengambil masa sekurang-
kurangnya 4 minit untuk aliran air mengalir sepenuhnya ke keseluruhan system. Maka selain
dari ungkapan dalam gallon per ton, ambil kadar alir gpm yang melalui chiller dan darabkan
dengan 4.Hasilnya adalah isipadu minima dalam gelung yang diperlukan.Sentiasa periksa syor
dari pengeluar dari masa ke semasa.

3 gallon per nominal ton X 100 nominal ton = 300 gallon

Maka, system mesti mempunyai isipadu air sebanyak 300 gallon.

Paip 4”, 82 ft X 5.51 lbs/ft of water(Dari Jadual 4) = 452 lbs of water = 54


gallons(water weight 8.33 lbs/gal)

Paip 3”, 94 ft X 3.20 lbs/ft of water = 301 lbs of water = 36 gallons

Nota: Paip 94 ft merangkumi semua paip 3”, bukan hanya paip yang digunakan dalam
pengiraan head.

Cooler barrel mengandungi 22.6 gallon(maklumat dari katalog pengeluar)

Isipadu gelung AHU tidak boleh diambil kira kerana gelungnya mempunyai injap 3 hala
dan boleh di bypass.

Jumlah gallon dalam system = 54 + 36 + 22.6 =112.6 gallons

Maka system ini memerlukan Volume Tank.

300 gallons diperlukan – 112.6 gallon sebenar = 187.4 gallon volume tank.
CARTA 1 – Friction Loss For closed Pipe
CARTA 2 – Friction Loss For Open Piping System Schedule 40 Steel
CARTA 3 – Friction Loss For Closed and open Copper Tubing System
JADUAL 4 – Physical Properties Of Steel Pipe
JADUAL 5 – Friction Loss Of Valve In Equivalent Length Of Straight Pipe(feet)
JADUAL 6 – Friction Loss Of Pipe Fittings In Equivalent Feet Of Straight Pipe
JADUAL 7 – Special Fitting Loses In Equivalent Feet Of Straight Pipe
JADUAL 8 – Control Valves & Strainer Losses In Equivalent Feet Of Straight Pipe

You might also like