Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang - TYT

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Search ...

A- A A+

Menu 

  

Biografi Peranan TYT Terdahulu

Pejabat & Kediaman Koleksi Teks Ucapan Lagu

TUAN YANG TERUTAMA


TUN DATO’ SERI UTAMA AHMAD FUZI BIN HAJI ABDUL
RAZAK
S.M.N., P.S.M., D.U.P.N., S.P.D.K., D.S.L.J. (Brunei),
D.M.P.N., D.S.P.N., J.S.M., A.M.N.
YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG

Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad


Fuzi bin Haji Abdul Razak dilahirkan pada 8 Januari 1949
di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Beliau adalah anak sulung kepada Tuan Hj Abdul Razak
Yahya, seorang guru agama madrasah yang
kemudiannya bertugas di Jabatan Penerangan dan Puan
Siti Aminah Abdullah.

Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi mendapat


pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan King Edward VII
di Taiping, Perak dan Sekolah Kebangsaan Stowell di
Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau meneruskan
pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi
Bukit Mertajam dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Anderson di Ipoh, Perak dan menyambung pengajian
beliau di University Malaya, dan tamat pada tahun 1972
dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian). Beliau
juga mengikuti UK Foreign Service Programme di
Universiti Oxford di mana beliau memperolehi Sijil
Diplomasi pada tahun 1974.

Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi menyertai


Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) sebagai Pegawai
Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan bermula sebagai
Penolong Setiausaha, Konsular; Ketua Penolong
Setiausaha Undang-Undang Laut; Setiausaha Bahagian,
Eropah dan Asia Tenggara; Timbalan Ketua Setiausaha,
Politik dan Ketua Setiausaha. Beliau juga bertugas dalam
misi Malaysia di luar negara sebagai Setiausaha Kedua di
Moscow, Rusia, Kaunselor di The Hague, Timbalan
Pesuruhjaya Tinggi di Canberra, Australia, Timbalan
Ketua Perwakilan di Washington, U.S. dan Pesuruhjaya
Tinggi di Dhaka, Bangladesh.

Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi telah


berkhidmat selama 37 tahun dari 1972 hingga 2009 di
Wisma Putra, termasuk sebagai Ketua Pengarah Institut
Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dan Duta
Tugas-tugas Khas sebagai wakil Malaysia ke Pasukan
Petugas Peringkat Tertinggi Piagam ASEAN mengenai
Penggubalan Piagam ASEAN dan Panel Peringkat
Tertinggi mengenai Penggubalan Terma Rujukan Badan
Hak Asasi Manusia ASEAN.

Sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar


Negeri dari tahun 2001 dan 2006, Tun Dato’ Seri Utama
Ahmad Fuzi bertanggungjawab dalam penggubalan dan
pengendalian dasar luar negeri dan hubungan diplomatik
Malaysia, termasuk menyelia dan mengawasi seluruh
Duta/Pesuruhjaya Tinggi, pegawai dan kakitangan di
Kementerian dan misi Malaysia di luar negara. Pada
tahun 2003, beliau terlibat dalam penganjuran Sidang
Kemuncak NAM dan juga Sidang Kemuncak Organisation
of Islamic Cooperation (OIC) dan pada tahun 2005,
Sidang Kemuncak ASEAN, Asia Timur dan sidang
kemuncak berkaitan di Kuala Lumpur.

Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi adalah wakil


Malaysia dalam rundingan dua hala mengenai Penetapan
Sempadan Maritim antara Malaysia dan Brunei, dan juga
wakil untuk Tribunal Antarabangsa untuk Undang-Undang
Laut (ITLOS) berhubung Penambakan Tanah oleh
Singapura di Johor dan sekitarnya di antara Malaysia dan
Singapura. Beliau juga menyaksikan penyelesaian kes di
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai
Kedaulatan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan antara
Malaysia dan Indonesia, serta kes antara Malaysia dan
Singapura mengenai Kedaulatan Pedra Branca atau
Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Dalam perhubungan dua hala, Tun Dato’ Seri


Utama Ahmad Fuzi terlibat dalam penyelesaian beberapa
isu antara Malaysia dan Singapura, pengukuhan
hubungan melalui perudingan tahunan dan lawatan dua
hala antara Malaysia dan negara-negara besar seperti
Australia, Brunei, China, Indonesia, Jepun, Republik
Korea, India, New Zealand, Vietnam, Laos dan pelbagai
negara lain di Asia Tenggara, Timur Tengah, Eropah,
Afrika dan Amerika Latin.

Di peringkat serantau, Tun Dato’ Seri Utama


Ahmad Fuzi mengetuai Delegasi Malaysia ke Mesyuarat
Pegawai Kanan (SOM) yang diadakan di negara-negara
ASEAN sebagai persiapan untuk Sidang Kemuncak
ASEAN, Asia Timur dan Sidang Kemuncak berkaitan.

Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi terlibat dengan


Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) sejak penubuhannya
sebagai Forum Perniagaan OIC pada tahun 2003. Ini
termasuk menjadi Pengerusi Bersama/Panel Penasihat
Antarabangsa, Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan
seterusnya, Setiausaha Agung Yayasan WIEF dari tahun
2007 hingga 2021. Sebagai platform global untuk
kerjasama perdagangan dan perniagaan, 13 WIEF telah
berjaya diadakan di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan
Kuching di Malaysia dan ibu kota-ibu kota lain iaitu,
Islamabad, Kuwait, Jakarta, Astana (kini Nur-Sultan),
Dubai dan London.

Memanfaatkan pengalaman luas beliau dalam


bidang diplomatik dan pentadbiran, Tun Dato’ Seri Utama
Ahmad Fuzi memasuki dunia korporat setelah bersara
dengan menjawat jawatan sebagai Pengerusi beberapa
syarikat tersenarai awam iaitu, Syarikat Takaful Malaysia
Keluarga Bhd, Syarikat Takaful Malaysia Am Bhd,
Amanahraya REIT Bhd, Seremban Engineering Berhad,
Success Transformer Corporation Bhd dan Apex Equity
Holding Bhd serta memegang jawatan sebagai Ahli
Lembaga Pengarah Maybank Islamic (MIB) Bhd, Puncak
Niaga Holdings Bhd. Beliau juga pernah menjadi Ahli
Lembaga Pengarah PROTON Berhad, BERNAMA dan
Connect County Holdings Bhd.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi,


merangkap Pengarah beberapa syarikat swasta seperti
ACE Group, ACE Investment Bank, ACE Money
Exchange Sdn Bhd, Ranhill Energy Resources Sdn Bhd,
PKT Logistics Sdn Bhd, Maybank Islamic Asset
Management Sdn Bhd, Theatre Management Associates
Sdn Bhd dan the Asia Development & Investment Bank
(ADIB) yang berpusat di Labuan.

Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi terlibat secara


aktif dengan pelbagai kumpulan pemikir dan yayasan.
Beliau adalah Felo Kehormat, Institut Kajian Strategik dan
Antarabangsa (ISIS) dan Institut Diplomasi dan Hubungan
Luar Negeri (IDFR); Pengerusi, IMAN Research &
Consultancy; Timbalan Pengerusi, Ahli Jawatankuasa dari
Malaysia ke Majlis Kerjasama Keselamatan di Asia Pasifik
(CSCAP Malaysia); Ahli, Institute of Advanced Islamic
Studies (IAIS); Ahli Lembaga Pengarah, Institut Maritim
Malaysia (MIMA); Ahli Malaysia-Thailand Joint
Development Authority (MTJA); Lembaga Pemegang
Amanah, MERCY Malaysia; Perdana Global Peace
Foundation (PGPF); Yayasan Sarana Pendidikan
Malaysia (YSPM) dan Yayasan Lejadi.

Beliau juga adalah Penaung, Persatuan


Kebudayaan Malaysia-China; Presiden, Persatuan Bekas
Duta Besar Malaysia; Penasihat, Asia Pacific Enterprise
Award (APEA); Malaysia-Myanmar Chamber of
Commerce dan High School Bukit Mertajam Alumni
Malaysia. Beliau menganggotai Lembaga Gabenor
Universiti Meritus, Malaysia dan Lembaga Management
Development Institute of Singapore (MDIS) di Johor.

Pada tanggal 30 April 2021, detik bersejarah


apabila Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul
Razak telah menerima Watikah Pelantikan sebagai Yang
di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 oleh KDYMM Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana
Negara. Pada 01 Julai 2021, beliau dilantik sebagai
Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) untuk
tempoh masa tiga tahun. Beliau juga adalah Penaung
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Penaung Hospital
Kanser Mount Miriam, Penaung Majlis Dato’-Dato’ Negeri
Pulau Pinang, Penaung ACE Foundation, Penaung Kelab
Renang Pulau Pinang, Penaung Pertubuhan Kesedaran
Jenayah & Keselamatan Awam (CCPSS) Pulau Pinang
dan Penaung Kelab Pulau Pinang.

Sebagai penghargaan ke atas jasa beliau kepada


negara, beliau telah dianugerahkan Ahli Mangku Negara
(A.M.N.) pada 1979, Johan Setia Mahkota (J.S.M.) pada
1999, Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.) pada
1999, Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.)
pada 2002, Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) pada 2003
dan Dato Seri Laila Jasa (D.S.L.J.) daripada Sultan Brunei
pada 2014. Beliau turut menerima anugerah Seri
Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) pada 30 April 2021
dan Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.)
bersempena Majlis Angkat Sumpah Jawatan sebagai
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8.Pada 17
Disember 2021, beliau dianugerahkan Seri Panglima
Darjah Kinabalu (S.P.D.K.).

Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi telah berkahwin


dan mempunyai dua orang anak, gemar membaca dan
merancang demi Pulau Pinang dan Malaysia yang lebih
baik.

Kemaskini pada 28 Disember 2021

Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang


Tel : +604-2621957 
Complaints Line : +604-2642020
Fax : +604-2634940
Email : webmaster[at]penang[dot]gov[dot]my  

Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang


Tel : +604-2621957 
Complaints Line : +604-2642020
Fax : +604-2634940
Email : webmaster[at]penang[dot]gov[dot]my  

Monthly Hits: 192273


Last Updated: 16 February 2023.

   

Copyright © 2022 Kerajaan Negeri Pulau Pinang

You might also like