Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

கோல கெட்டில் தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி

SJK(T) LADANG KUALA KETIL


09300 KUALA KETIL
KEDAH DARUL AMAN
TEL: 013-4395146
E-mel:sjktldgkualketil@gmail.com

________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DAN
PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) BIL 1/2023-2024

Tarikh : 09.04.2023
Hari : Ahad
Masa : 1:30pm – 3:30pm
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan

1 Venugopal A/L Subramaniam Guru Besar


2 Karthigesan A/L Poongavanam GPK 1
3 Perimala A/P Karthigesan GPK HEM

4 Ammaneswari A/P Ramasamy GPK KOKU


5 Thamilaraasi A/P Segaran Guru Penolong
6 Karppagavalli A/P Taganathan Penyelaras RMT & SUSU
7 Kalyani A/P Elumalai Guru Penolong

AGENDA:
I. Perutusan Pengerusi

1. Guru Besar mengucapkan selamat pagi dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke
mesyuarat Rancangan Makanan Tambahan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Dan Program Susu Sekolah (PSS) kali pertama 2023-2024
2. Guru besar telah memberitahu warga pendidik harus menerima sebarang perubahan
dalam pelaksanaan RMT dan PSS bagi tahun 2023-2024
II. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu.

3. Setiausaha Pn.T.Karppagavalli membentangkan minit mesyuarat RMT dan PSS yang


lalu.
Dicadangkan : En.P.Karthigesan
Disokong : Pn.K.Perimala Devi
Makluman : Semua guru

III. Perkara-Perkara Berbangkit

4. Semua guru menyenaraikan masalah yang dihadapi dalam pengendalian RMT dan
PSS pada tahun lepas iaitu 2022.
5. Antaranya masalah ialah pengendalian RMT dan PSS dalam kelas masing-masing
sebab mematuhi SOP waktu Covid-19.
6. Setiap murid dibekalkan RMT dalam bentuk bungkus.
7. Setiap guru kelas perlu berada dalam kelas masing-masing semasa waktu rehat.

IV. PENGURUSAN RMT DAN PSS


Jawatankuasa RMT dan PSS
8. Ahli Jawatankuasa RMT dan PSS bagi tahun 2023-2024 telah dilantik seperti
berikut:

Pengerusi : En.S.Venugopal
Naib Pengerusi : En.P.Karthigesan
Setiausaha : Pn.T.Karppagavalli
Ajk : Pn.K.Perimala Devi
: Pn.R.Ammaneswari
: Pn.E.Kalyani
: Pn.S.Thamilaarasi

Makluman : Semua guru


Pelaksanaan RMT dan PSS
9. Seramai 14 orang murid diperakukan lulus bagi menerima bantuan RMT dan PSS
tahun 2023-2024.
10. Senarai penerima RMT dan PSS adalah seperi di lampiran:(Rujuk Lampiran 1)
11. Berat dan tinggi murid perlu direkod dalam Rekod Penerimaan RMT dan PSS pada
permulaan persekolahan iaitu Mac 2023.
12. Kehadiran murid RMT dan PSS juga perlu direkodkan dalam Borang Kehadiran
Murid RMT dan PSS.
13. Makanan sepinggan berharga RM 3.50. Harga makanan keseluruhan adalah RM49
untuk sehari.
14. Murid-murid RMT akan menerima makanan pada waktu rehat iaitu 10.15 pagi.
15. Guru bertugas harian diminta mencatat laporan harian RMT pada waktu rehat dan
melaporkan tentang masalah RMT kepada Guru RMT atau PK Hem.(Rujuk Lampiran
2)
16. Kotak susu PSS akan dibekalkan kepada murid pada setiap pagi waktu pertama.
17. Penyelaras PSS mencatat laporan harian pemberian susu pada waktu rehat dan
melaporkan tentang masalah susu kepada PK Hem.

Tindakan: Penyelaras RMT dan PSS, Guru Kelas & Guru Bertugas

Menu makanan RMT


18. Terdapat beberapa menu makanan dalam Buku Panduan Pengurusan RMT yang telah
dibekalkan oleh KPM.
19. Menu makanan ini perlulah dipatuhi oleh Pembekal RMT supaya penerima RMT
menikmati makanan yang ditetapkan keseimbangan kalori oleh KPM.
20. Menu RMT bagi tahun 2023-2024 adalah seperti dilampirkan. (Rujuk Lampiran 3)

Makluman : Semua guru


V. Hal- Hal Lain
21. Pengerusi meminta guru bertugas agar memastikan makanan yang dibekalkan oleh
pembekal makanan sentiasa, segar, berkhasiat,menepati masa serta menu yang ditetapkan.
Makluman : Semua guru

VI. Ucapan Penangguhan


22. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang dengan ucapan terima kasih
Penyelaras RMT dan PSS.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………............................ ..........................................
(PN. KARPPAGAVALLI A/P TAGANATHAN)
SETIAUSAHA RMT & PSS
SJKT LADANG KUALA KETIL

You might also like