Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang

boleh dijadikan panduan hidup kepada pembaca.

Novel yang telah saya pelajari ialah Silir Daksina karya Nizar Parman dan Di Sebalik
Dinara karya Dayang Noor. Terdapat dua peristiwa yang boleh dijadikan panduan hidup
kepada pembaca.

Peristiwa di dalam novel Silir Daksina yang boleh dijadikan panduan hidup kepada
pembaca ialah peristiwa ketika Abdullah bin Kayan menumpangkan Ong See Hwa dan
kakaknya ke sekolah. Hal ini kerana kereta ayah mereka, Tauke Ong mengalami kerosakan.
Peristiwa ini telah menunjukkan bahawa Abdullah bin Kayan mempunyai sifat baik hati
dalam dirinya. Dia sanggup membantu orang yang dalam kesusahan walaupun mereka
berlainan bangsa dan agama. Peristiwa ini boleh dijadikan panduan hidup kepada pembaca
kerana sifat baik hati dalam hidup bermasyarakat yang berbilang kaum dan agama adalah
penting untuk membina suatu negara yang bersatu padu.

Peristiwa di dalam novel Di Sebalik Dinara yang boleh dijadikan panduan hidup kepada
pembaca ialah peristiwa Farisha memperincikan tawaran Projek Soft Lab daripada Aqram.
Farisha dan Rosman, rakan kongsinya yang berasa terkejut mendapat tawaran kerja
dengan Soft Lab sebanyak RM1,5 juta telah mendapatkan khidmat nasihat dari Azraai,
abang angkatnya sebelum bertindak. Tujuannya adalah untuk mendapatkan pandangan dan
dorongan dari orang yang lebih berpengalaman. Peristiwa ini boleh dijadikan panduan hidup
kepada pembaca kerana mendapatkan pandangan daripada orang lain sebelum menerima
sesuatu tawaran kerja bernilai besar adalah satu tindakan yang bijak.

You might also like