Teks Emcee GBM (Watikah)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat dan dif-dif jemputan.

Kita teruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.

Hadirin dipersilakan duduk.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Kita teruskan majlis dengan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara Muhammad Fadhil
Hanafi bin Muhd Fauzi

Semoga majlis ini mendapat keberkatan-Nya dengan bacaan doa yang telah dilafazkan
sebentar tadi.

Yang Berbahagia,
Inspektor Shahrul bin Syakirien,
Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang

Yang Berusaha,
Encik Muhammad bin Helmi,
Pengetua SMK Cheras Jaya

Yang Dihormati
Sarjan Muhammad Daniel bin Abdullah,
Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang

Yang Dihormati
Datin Siti Hawa binti Ridzuan,
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Cheras Jaya

Pn. Hakimah binti Ghazali,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Batrisyia binti Mohd Nazli,


Penolong Kanan Kokurikulum

En. Zariff Bin Marzukhan


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru Kaunseling, Rakan-Rakan Guru dan para
pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.

Alhamdulillah dengan lafaz syukur pada yang Maha Esa dapat kita berjumpa pada pagi yang
indah dan mulia ini untuk menyempurnakan Majlis Watikah Pelantikan Badan Pengawas
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya Tahun 2019 dengan tema:

“Disiplin Unggul, Pekerti Terpuji”

Guru-guru dan pelajar sekalian,

Tujuan majlis seumpama ini diadakan adalah untuk mengiktiraf peranan pemimpin pelajar
dalam menyumbang kepada kejayaan sekolah di samping menyemai sikap bertanggungjawab
terhadap tugasan yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Semoga dengan penyerahan tugas ini
nanti akan menjadikan mereka pemimpin pelajar yang berdedikasi dan amanah dalam setiap
tugasan yang diberikan.

Sebelum meneruskan majlis, saya menjemput Yang Berusaha, Pengetua SMK Cheras Jaya,
Encik Muhammad Bin Helmi, untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala
hormatnya, majlis mempersilakan.
Demikianlah ucapan daripada Pengetua SMK Cheras Jaya.

Guru-guru dan para pelajar sekalian,


Majlis diteruskan dengan menjemput Inspektor Shahrul bin Syakirien, Pegawai Penyiasat
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk
menyampaikankan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas SMK
Cheras Jaya.
Dipersilakan.

~UCAPAN VIP BERLANGSUNG~

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Inspektor Shahrul bin Syakirien atas


ucapan sebentar tadi. Untuk pengetahuan para hadirin, Inspektor Shahrul Dan Sarjan
Muhammad Daniel dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang merupakan pihak yang
bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah salah laku pelajar.

Tanpa membuang masa, dengan ini saya mengumumkan perarakan masuk barisan badan
pengawas SMK Cheras Jaya dengan diketuai oleh saudari Farhah Nurhanis binti Muhd
Halim.
Dipersilakan.

Pengawas sekolah terdiri daripada pelajar tingkatan 2 hingga 5 yang telah dilantik oleh pihak
sekolah. Pelantikan mereka adalah dalam kalangan pelajar yang mempunyai peribadi yang
baik, dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, berani, dedikasi dan bijak membuat
keputusan. Dengan adanya barisan badan pengawas ini, segala masalah disiplin sekolah akan
dapat diatasi dengan lebih baik dengan bantuan mereka.

Para guru dan para pelajar sekalian,


Bagi menyempurnakan watikah pelantikan badan pengawas SMK Cheras Jaya, majlis dengan
ini menjemput Inspektor Shahrul bin Syakirien, Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan
Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dengan diiringi oleh Encik Muhammad
bin Helmi, Pengetua SMK Cheras Jaya tampil ke pentas. Dipersilakan.
~baca nama pelajar (mula dari bawah)~

Dipersilakan,
Ketua biro moral…diwakili oleh….
Ketua biro pendidikan khas….


dan
ketua pelajar…..

Demikian tadi penyerahan watikah pelantikan badan pengawas SMK Cheras Jaya.Terima kasih
diucapkan kepada Inspektor Shahrul bin Syakirien atas kesudian menyampaikan watikah
sebentar tadi.
(vip duduk)

Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar oleh badan pengawas SMK Cheras Jaya. Dengan ini
dipersilakan  badan tertinggi pengawas yang diketuai oleh Farhah Nurhanis binti Muhd Halim
naik ke pentas utama untuk bacaan lafaz ikrar. Dipersilakan.

~BACAAN IKRAR~

Demikian tadi lafaz ikrar oleh badan pengawas SMK Cheras Jaya yang telah diketuai
oleh Farhah Nurhanis binti Muhd Halim. Terima kasih diucapkan atas pimpinan lafaz  ikrar
sebentar tadi. Mudah-mudahan dengan lafaz ikrar itu tadi akan menjadikan badan pengawas di
sekolah ini lebih komited dalam menjalankan tugas mereka.

Pengawas dibenarkan duduk.

Sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah, majlis dengan ini menjemput En. Muhammad
bin Helmi, Pengetua SMK Cheras Jaya dengan diiringi oleh Puan Hakimah binti Ghazali,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan cendermata kepada Inspektor
Shahrul bin Syakirien sebagai tanda kenang-kenangan dari pihak sekolah. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Muhammad bin Helmi atas penyampaian cenderamata
itu tadi. Para VIP dan pengetua dijemput untuk ke Sanggar Kirana bagi menikmati jamuan yang
disediakan.

Selesai penyerahan cenderamata itu tadi maka berakhirlah majlis watikah pelantikan badan
pengawas SMK Cheras Jaya tahun 2019.
Semoga majlis ini dapat kita jadikan iktibar dan juga pedoman khususnya buat anak-anak SMK
Cheras Jaya dalam meniti kehidupan ini sebagai insan yang berguna kepada agama, bangsa
dan negara.

Ikan keli badannya panjang;


Disiang oleh ibu Si Tati,
Jika amanah menjadi tunjang;
Jangan sekali ikrar dikhianati.

Sekian sahaja tugas saya pada hari. Segala kelebihan datang daripada Allah dan sebarang
kekhilafan datang daripada kekurangan diri saya sendiri. Terima kasih kepada hadirin yang
telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis pada pagi ini.

Sekian, terima kasih.

You might also like