Artikel Budaya Penyelidikan Dan Penulisan Dalam Kalangan Warga IPG

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/362429572

ARTIKEL BUDAYA PENYELIDIKAN DAN PENULISAN DALAM KALANGAN WARGA


IPG

Conference Paper · August 2022

CITATIONS READS

0 776

7 authors, including:

Syed Ismail Mustapa


ipg kampus ilmu khas, kuala lumpur
24 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

BUDAYA BELAJAR DALAM KALANGAN SISWA GURU IPG KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR View project

PRAKTIKUM View project

All content following this page was uploaded by Syed Ismail Mustapa on 03 August 2022.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Dalam Prosiding Persidangan Kebangsaan Amalan Pedagogi & Pendidikan Inklusi (APPI 2021),
Anjuran IPG Kampus Ilmu Khas & Pustaka Nadwa; 7 Disember 2021:15-29; ISBN: 978-967-5580-
253

BUDAYA PENYELIDIKAN DAN PENULISAN DALAM KALANGAN PEGAWAI


AKADEMIK DI IPG

Syed Ismail Syed Mustapa,PhD


Lee Leh Hong, Phd
Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi

syed_ismail@ipgkik.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk amalan budaya penyelidikan dan penulisan dalam
kalangan pegawai akademik di IPG Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Kuala Lumpur.
Sampel kajian terdiri daripada 85 pegawai akademik yang berkhidmat di pelbagai
jabatan dan unit di IPGKIK. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan dengan
menggunakan instrumen soal selidik sebagai pengumpulan data utama manakala
data kuantitatif diperoleh melalui temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
secara keseluruhannya tahap penglibatan pegawai akademik dalam tiga aspek
kajian berada pada tahap sederhana rendah dengan penyelidikan (min=2.40;
sp=.1.12), penulisan (min=2.09; sp=.88), dan seminar (min=2.33; sp=.97).
Seterusnya dapatan kajian menunjukkan bahawa 95.3% (81 orang) menyatakan
bahawa faktor penglibatan dalam penyelidikan adalah atas kesedaran untuk
mengatasi isu dan membantu rakan melengkapkan kajian, manakala 95.3% (81
orang) menyatakan bahawa penglibatan dalam penulisan adalah untuk memenuhi
masa yang terluang. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pegawai akademik
mempunyai kemahiran tertinggi dalam membina persoalan kajian (min = 4.20;
sp=.55). Berdasarkan ujian korelasi, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat
hubungan antara penyelidikan dan penulisan, nilai signifikansi p-value, 0.608
(<0.05) atau hubungannya sebanyak 60.8%. Seterusnya kajian mendapati bahawa
tidak ada hubungan antara penyelidikan dan gred, p-value= 0.622 (>0.05), besarnya
korelasi adalah 0.504. Dapatan kajian seterusnya menunjukkan dalam aspek
penyelidikan, pegawai akademik memerlukan bantuan (27 orang) untuk
menganalisis data. Di samping itu pegawai akademik turut mencadangkan agar
diadakan sesi bimbingan dan galakan secara berterusan melalui perbengkelan
untuk membolehkan pengibatan mereka dalam penyelidikan dan penulisan.
Pengkaji mencadangkan agar Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
bersama Jabatan Pengembangan Profesionalisme Keguruan dapat mengambil
inisiatif untuk menganjurkan kursus yang berkaitan dengan penyelidikan dan
penulisan terhadap pegawai akademik untuk membolehkan mereka terlibat secara
aktif dalam kedua-dua aspek tersebut.

Kata Kunci: budaya penyelidikan, penulisan, pegawai akademik


1. PENGENALAN

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan tempat ahli akademik menyumbang


ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan (Mohd Saharudin &
Elmiza, 2018). Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menawarkan program
pengajian peringkat ijazah juga merupakan salah satu daripada IPT dan juga
bertanggungjawab memainkan peranan untuk menyumbang kepakaran para
pensyarah khususnya melalui budaya amalan pengajaran dan pembelajaran serta
penyelidikan.

Secara umumnya budaya merupakan satu persekitaran organisasi yang


menggambar corak tingkah laku individu boleh mempengaruhi perkongsian idea
dan pengetahuan (Nor Ashmiza, 2012). Budaya organisasi pula merujuk kepada
sekumpulan individu yang mencipta, memula dan membangun sesuatu budaya
untuk dijadikan sebagai amalan rutin (Xiaoqing et al. 2013). Dalam konteks
pengajian di IPT, pensyarah dilihat sebagai individu yang seharusnya memulakan
budaya di dalam organisasi, termasuklah buadaya penyelidikan dan penulisan
akademik.

Pelaksanakan aktiviti penyelidikan merupakan tonggak terpenting dalam


mengukuhkan IPT di Malaysia. Kejayaan sesuatu penyelidikan yang berkualiti
secara langsung akan dapat menghasilkan harta intelek dan inovasi, mencipta
ilmu baru dan menghasilkan penemuan baru yang berharga bagi membolehkan
Malaysia menjadi hab pengajian tinggi yang unggul di rantau ini. Justeru, aktiviti
penyelidikan telah menjadi agenda utama bagi kebanyakan IPT di Malaysia.

Tugas pensyarah yang paling ketara adalah melibatkan penglibatan mereka


dalam aspek penyelidikan dan menghasilkan penerbitan jurnal berimpak tinggi.
Hakikat ini perlu diterima oleh pensyarah kerana peranan mereka sebagai tenaga
pengajar dan memberikan khidmat kepada masyarakat boleh dilakukan dengan
lebih baik dan cemerlang apabila dilaksanakan berasaskan kepada penyelidikan
dan penerbitan. Dalam aspek pengajaran khususnya, pelbagai inovasi perlu
dilakukan dan ini haruslah dilaksanakan berasaskan penyelidikan. Bagi individu
yang baharu menjadi pensyarah, mereka perlulah mencari seorang mentor
daripada kalangan senior untuk membolehkan mereka melibatkan diri dengan aktif
falam penyelidikan dan penerbitan (Azman, 2021).

Selari dengan transformasi KPM, IPG juga telah membangunkan pelan


transformasinya yang tersendiri dan merangkumi perancangan jangka panjang
bagi tempoh 10 tahun menerusi lima teras utama iaitu transformasi kepimpinan
dan organisasi, penyusunan semula kampus, kualiti pensyarah, penyelidikan dan
persekitaran pembelajaran. Transformasi IPG ini adalah seiring dengan anjakan
keempat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan dan bertepatan dengan
transformasi pendidikan negara.

Untuk merealisasikan tranfromasi IPG, terdapat lapan (8) kluster telah


diketengahkan dan dalam Kluster tiga (3) adalah untuk memperkukuhkan amalan
penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi. Menerusi kluster 3, IPG berusaha untuk
membangunkan budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah. Bagi mencapai
hasrat tersebut, IPG telah memperkenalkan laluan kerjaya khusus untuk
pensyarah penyelidikan dan pengajaran (research & teaching focus). Oleh yang
demikian, setiap pensyarah yang berada di 27 buah IPG Kampus perlulah terus
berusaha untuk mengamalkan budaya penyelidikan dan penulisan di sepanjang
perkhidmatan mereka demi menjayakan dan mencapai matlamat kluster 3
transformasi IPG.

2. PERNYATAAN MASALAH

Kebanyakan IPT telah meletakkan sasaran yang tersendiri terhadap penglibatan


pensyarah dalam penyelidikan. Namun begitu dapatan kajian menunjukkan hanya
66% orang pensyarah yang berjaya menghasilkan di antara 1 hingga 5
penyelidikan dalam tempoh lima tahun, manakala 34% orang pensyarah tidak
menjalankan apa-apa penyelidikan dalam tempoh tersebut (Marina, Linamalini &
Khairulnazrin, 2020).

Kebanyakan pensyarah di IPT telah menyediakan KPI masing-masing. Namun


begitu mereka diingatkan agar tidaklah menyediakan KPI yang terlalu mudah
(Daing Mohd. Nasir, 2021). Malah menurut beliau lagi, KPI setiap pensyarah
mestilah mencabar supaya memerlukan usaha yang gigih serta kepakaran yang
tinggi. Ini akan meningkatkan dedikasi dan kesungguhan untuk bekerja dalam
kalangan pensyarah. Namun perlulah diberikan perhatian yang sewajarnya agar
janganlah sampai membebankan para pensyarah. Setiap ahli akademik juga
berhak untuk memilih jurnal yang akan diterbitkan. Namun, begitu penilaian yang
ketat daripada pihak universiti akan menentukan sama ada sesuatu penulisan
akademik itu diterima pakai atau tidak (Harits Asyraf, 2021).

Selain itu pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan merupakan agenda


penting ke arah mengukuhkan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kelebihan
melaksanakan penyelidikan adalah jelas dan nyata, tetapi amalannya di dalam
sistem pengajian, khususnya di politeknik masih rendah (Yuhanis, 2015). Situasi
ini mungkin disebabkan para pensyarah mempunyai anggapan bahawa
penyelidikan dan penerbitan adalah merupakan satu tugas yang sukar dan
menyebakan mereka akan mengalami tekanan. Stigma yang sedemikian harus
dibuang dari sanubari seorang pensyarah. Sebaliknya mereka perlu melihat
penyelidikan dan penerbitan bahan akademik yang berkualiti dan signifikan
sebagai salah satu tugas utama untuk memenuhi tanggungjawab sebagai seorang
pensyarah (Azman, 2021).
Di samping itu terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa para pensyarah
menghadapi kekangan untuk melaksanakan penyelidikan kerana beban tugas di
institusi. Kebanyakan pensyarah terlibat sama dalam aktiviti pentadbiran institusi
masing-masing samada secara langsung atau tidak langsung. Terdapat juga
pensyarah yang dilantik memegang jawatan-jawatan pentadbiran serta terlibat
dalam pengurusan institusi sehingga menyebabkan keterbatasan pihak pensyarah
untuk menjalankan penyelidikan (Marina, Linamalini & Khairulnazrin, 2020).

Pelaksanaan penyeldikan biasanya memerlukan sumber kewangan. Kajian juga


menunjukkan bahawa kebanyakan responden bersetuju bahawa mereka
memerlukan peruntukan kewangan dan pembiayaan institusi untuk membolehkan
mereka melaksanakan (Marina, Linamalini & Khairulnazrin, 2020). Walaupun
penglibatan dalam penyelidikan memerlukan sokongan kewangan, namun ia
bukanlah bersifat materialistik semata. Hal ini adalah kerana, keperluan kewangan
dalam penyelidikan sangatlah penting dan peruntukan kewangan sangat
mempengaruhi kecenderungan para pensyarah untuk membuat penyelidikan
(Sarif et al., 2017).

Oleh kerana penyelidikan telah menjadi satu KPI kepada semua pensyarah di IPT,
terdapat sebilangan kecil daripada pensyara yang mengambil jalan mudah dengan
melakukan plagiat atau menumpang nama hasil penyelidikan yang dilaksanakan
oleh pelajar mereka. Sehubungan itu universiti awam telah diingatkan agar tidak
berkompromi dengan salah laku penulisan akademik, termasuk isu plagiat dan
menumpang nama kepada penerbitan penyelidikan pelajar (Hanneyzah Bariah,
2019). Pengerusi Jawatankuasa Naib-Naib Canselor / Rektor Universiti Awam
Malaysia (JNC/R), Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar menjelaskan bahawa mana-
mana ahli akademik yang didapati mencalar integriti dan terbabit dengan salah
laku tersebut akan dikenakan tindakan tegas mengikut Akta 605, iaitu Akta Badan-
Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000. Oleh yang demikian, beliau juga
telah memberi ingatan agar universiti awam di negara ini tesentiasa berpegang
teguh kepada integriti akademik dengan memastikan semua penerbitan akademik
bebas daripada isu plagiat dan penumpang percuma (free rider) kepada
penerbitan penyelidikan orang lain.

Dalam konteks IPG, pensyarah juga berhadapan dengan cabaran dalam aspek
penyelidikan dan inovasi. Kajian menunjukkan bahawa pensyarah di IPG masih
lagi ketinggalan dan tidak menjadikan penyelidikan dan inovasi sebagai amalan
rutin dalam perkhidmatan (Yaacob, 2012). Dapatan kajian beliau juga
menunjukkan bahawa amat sedikit pensyarah yang membaca karya akademik
seperti jurnal, prosiding, dan laporan penyelidikan apatah lagi menjalankan
penyelidikan. Selain itu, beliau menyatakan bahawa amalan penyelidikan dan
inovasi ini diabaikan kerana pensyarah tiada etos, tiada keterampilan, tiada minat,
dan tidak mempunyai masa yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti
penyelidikan. Penyelidikan juga terabai kerana pensyarah beranggapan bahawa
masalah yang timbul tidak serius dan tidak perlu dikaji (Yaacob, 2012).

3. TINJAUAN LITERATUR
Secara umumnya, penyelidikan ditakrifkan sebagai perbuatan atau hal menyelidik
untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Penyelidikan juga tidak bersifat statik
pada suatu tempat melainkan bergerak secara menyeluruh untuk menyelesaikan
atau menyempurnakan sesuatu. Oleh itu, sesuatu penyelidikan itu perlu melalui
penelitian dan analisis situasi tentang sesuatu masalah dan mencari jalan
penyelesaiannya. Dengan kata lain, penyelidikan ialah sesuatu usaha tersusun
dan sistematik untuk menyelidiki sesuatu masalah tertentu yang memerlukan
penyelesaian (Sarif, Mahmod & Kamaruddin, 2017).

Selain itu penyelidikan juga membawa maksud proses dan kaedah untuk
mengutip, mengumpul, dan menganalisis data bagi menghasilkan keputusan dan
maklumat untuk meningkatkan pemahaman serta menyelesaikan masalah
berkaitan dengan masyarakat (Hua, 2016; Hassan, 2015). Oleh yang demikian,
penyelidikan merangkumi metodologi yang sistematik dan berdisiplin, komitmen
terhadap penerbitan hasil daripada penemuan dan ulasan pakar yang setanding.
Unsur penerbitan penyelidikan juga berbeza mengikut disiplin dan boleh meliputi
penerbitan hasil di dalam jurnal atau monograf atau buku ke persembahan
komposisi kreatif (Universiti Malaya, 2012).

Aktiviti penyelidikan merupakan satu aspek yang sangat penting bagi


meningkatkan keupayaan dan kemahiran serta pengetahuan para pensyarah.
Melalui penyelidikan, satu ilmu baru atau pengetahuan dapat dihasilkan. Selain itu
dengan penyelidikan satu inovasi produk atau produk baru dapat dicipta. Melalui
penyelidikan, ilmu pengetahuan dapat dikembangkan dan disebar luas ke serata
tempat. Penyelidikan mempunyai rasional yang tertentu ke arah menyumbang
kepada pembinaan pengetahuan baru (Sarif et.al., 2017). Di samping itu dengan
memperbanyakkan lagi kegiatan penyelidikan di IPT akan dapat meningkatkan
hasil harta intelek dan produk penyelidikan yang mampu dikomersialkan dan
seterusnya menyumbang kepada pembentukan serta penemuan ilmu baru
(Hassan, 2015).

Namun begitu untuk membolehkan sesuatu penyelidikan itu dapat dilaksanakan


dengan berkesan dan memberi impak kepada masyarakat, antara cabaran yang
dihadapi ke arah universiti penyelidikan adalah keperluan anjakan paradigma dan
perubahan budaya kerja, pengubahsuaian program akademik dan penyelidikan,
keperluan infrastruktur, keperluan pembangunan sumber manusia, pemantapan
sistem pengurusan penyelidikan dan pengajian siswazah, keperluan dana
penyelidikan dan pengurusan serta perubahan struktur organisasi pengurusan
penyelidikan dan akademik (Samsuri & Mohamed, 2001).

Penyelidikan juga menyumbang dan memainkan peranan penting ke arah


penambahbaikan amalan sedia ada kerana maklumat baru yang diperoleh
daripada hasil penyelidikan dapat dijadikan asas kepada cadangan-cadangan
penambaikan (Idris, 2010). Namun begitu kajian sebaliknya menunjukkan bahawa
pensyarah kurang berminat untuk menjalankan penyelidikan atas sebab dua faktor
iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman meliputi sikap, pemikiran
dan perilaku pensyarah. Manakala faktor luaran melibatkan faktor prasarana,
beban tugas dan juga faktor masa. Kajian ini juga mendapati bahawa faktor
dalaman mempunyai implikasi yang lebih besar dalam mempengaruhi
kelembapan aktiviti penyelidikan (Abdullah & Salleh, 2004).

Kajian penyelidikan bukan sahaja boleh dilaksanakan oleh saintis, penyelidik


ataupun akademik, tetapi ia boleh diaplikasikan oleh semua lapisan masyarakat
bagi meneruskan ilmu pengetahuan daripada generasi hingga kepada generasi
yang akan datang dan sememangnya kajian penyelidikan merupakan
pembelajaran pengetahuan bagi sepanjang hayat yang membawa kepada
kemajuan dan perkembangan manusia sehingga ke tahap tinggi (Hua, 2016).
Selain itu kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakan pensyarah memperoleh
pengetahuan yang banyak melalui penglibatan mereka dalam penyelidikan dan
perkongsian pengetahuan daripada seminar yang dihadiri di luar Institusi. Hasil
daripada ujian regresi berganda dalam kajian yang dilaksanakan menunjukkan
bahawa pengetahuan dalam aspek penyelidikan mendorong pensyarah daripada
KIAS dan KUIS untuk kekal melaksanakan penyelidikan (Marina, Linamalini &
Khairulnazrin, 2020).

Di samping itu hasil analisis data menunjukkan bahawa pengetahuan, sikap dan
kesedaran pensyarah dalam pengamalan penyelidikan di Politeknik Premier
berada pada tahap yang tinggi dan hasil dapatan daripada ujian inferensi pula
mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan terhadap pengamalan
penyelidikan dalam kalangan pensyarah antara jabatan kejuruteraan dengan
jabatan bukan kejuruteraan di Politeknik Premier. Pengamalan penyelidikan
adalah penting untuk melahirkan jiwa penerokaan dan dalam waktu yang sama
dapat mengembangkan kreativiti dan seterusnya menyumbang kepada
perkembangan ilmu pengetahuan (Yuhanis, 2015).

4. TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan budaya penyelidikan dan penulisan
dalam kalangan pegawai akademik yang terdiri daripada pensyarah dan pegawai
pengurusan akademik di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Fokus kajian
adalah untuk mengenalpasti faktor penglibatan pegawai akademik dalam aspek
penyelidikan dan penulisan serta bantuan yang diharapkan untuk meningkatkan
penglibatan mereka dalam ke dua-dua aspek tersebut.

5. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif khusus adalah untuk mengenalpasti;

i) Mengenalpasti tahap penglibatan pegawai akademik dalam penyelidikan,


penulisan dan seminar;

ii) Mengenalpasti faktor penglibatan pegawai akademik dalam penyelidikan


dan penulisan;
iii) Mengenalpasti bantuan yang diharapkan untuk membolehkan pegawai
akademik melibatkan diri dalam penyelidikan dan penulisan;

iv) Mengenalpasti cadangan untuk meningkatkan kepakaran pegawai


akademik dalam melaksanakan penyelidikan dan penulisan.

Persoalan Kajian;

i) Apakah tahap penglibatan pegawai akademik dalam penyelidikan,


penulisan dan seminar?

ii) Apakah faktor penglibatan pegawai akademik dalam penyelidikan dan


penulisan?

iii) Apakah tahap kemahiran melaksanakan penyelidikan dalam kalangan


pegawai akademik?

iv) Adakah terdapat hubungan antara penglibatan dalam penyelidikan


dengan penulisan dalam kalangan pegawai akademik?

v) Apakah bantuan yang diperlukan dan cadangan yang diberikan untuk


membolehkan pegawai akademik melibatkan diri dalam penyelidikan dan
penulisan?

6. REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan dengan pengumpulan data


kuantitatif sebagai data utama melalui kaedah kajian tinjauan. Satu set instrumen
kajian telah diedarkan kepada pegawai akademik yang terlibat dalam kajian ini.
Instrumen tersebut meliputi lima (3) aspek iaitu seperti yang berikut;

Bahagian A : Latar Belakang Pegawai Akademik


Bahagian B : Penglibatan Dalam Penyelidikan
Bahagian C : Kemahiran Melaksanakan Penyelidikan
Bahagian D : Penglibatan Dalam Penulisan
Bahagian E : Soalan Respon Terbuka (Bantuan dan Cadangan)

Setiap item dijawab berdasarkan Skala Likert dengan 1. Sangat tidak setuju; 2.
Tidak setuju; 3. Kurang setuju; 4. setuju; dan 5. Sangat setuju. Data secara
kualitatif diperoleh melalui sesi temu bual bersama dengan XXXX orang pegawai
akademik yang berkenaan.

7. KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN


Sebelum menjalankan kajian, instrumen yang dibina telah diuji kesahan dan
kebolehpercayaan setiap item yang diuji. Bagi tujuan kesahan, pengkaji telah
menjalankan kesahan kandungan dengan merujuk instrumen tersebut kepada 3
orang pakar iaitu seorang Ketua Jabatan dan seorang Pensyarah Kanan yang juga
terlibat dalam pengajaran Kursus Asas Penyelidikan dan seorang Ketua Unit
Penyelidikan di Jabatan Perancangan Penyelidikan di salah sebuah IPG. Teguran
dan pandangan daripada 3 orang pakar ini telah diambil kira dalam pemurnian dari
segi penggunaan bahasa, kejelasan maksud dan isi kandungan setiap item yang
dibina.

Instrumen yang telah diuji kesahannya itu diuji pula kepada 15 orang pegawai
akademik lain yang tidak terlibat dalam kajian ini untuk menguji kebolehpercayaan
item yang dibina. Setelah diuji, pengkaji mendapati bahawa reabiliti instrumen
adalah 0.879 yang melibatkan 53 item. Oleh yang demikian, item yang dibina boleh
digunakan untuk tujuan kajian dan dapat mengukur setiap konstruk yang terdapat
dalam kajian ini.

8. ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

Data-data yang diperoleh dianalisis dengan berpandukan program `Statistical


Package for the Social Science (SPSS) Version 22.0. Pengkaji melaksanakan
pentaksiran skor min berasaskan pentaksiran oleh Nunnally & Bernstein (1994),
dengan mengintepretasikan min kemahiran kepimpinan dalam kajian ini seperti
yang berikut:

Jadual 1

Jadual penentuan min

BIL NILAI MIN ARAS


1 4.01 hingga 5.00 Tinggi
2 3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi
3 2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah
4 1.00 hingga 2.00 Rendah
Sumber: Nunnally, J. C. & Bernstein 1994

Populasi dalam kajian ini adalah semua pegawai akademik yang terdapat di IPG
Kampus Imu Khas. Melalui instrumen yang diedarkan, seramai 85 pegawai
akademik telah menjawab instrumen tersebut. Taburan sampel ditunjukkan seperti
dalam Jadual 2.

Jadual 2
Sampel Kajian

Bil Jabatan / Unit n % Demografi


1 Jabatan Ilmu Pendidikan 7 8.2
Lelaki= 35
2 Jabatan Hal Ehwal Pelajar 2 2.4 orang (41.2%)
3 Jabatan Pendidikan Seni Visual 7 8.2 Perempuan=
4 Jabatan Pendidikan Khas 6 7.1 50 orang
(58.8%)
5 Jabatan Pengajian Bahasa Melayu 1 1.2
6 Jabatan STEAM 7 8.2
PhD = 24
7 Jabatan Bahasa 2 2.4 (28.2%)
8 Jabatan Pendidikan Islam & Moral 9 10.6 Master = 57
9 Jabatan Pendidikan Jasmani & (67.1%)
6 7.1
Kesihatan
10 Jabatan Pendidikan Muzik 9 10.6 Sarjana Muda
= 4 (4.7%)
11 Jabatan Pengembangan
4 4.7
Profesionalisme Keguruan
12 Jabatan Jaringan Korporat &
5 5.9 Jusa C= 1
Komunikasi orang (1.2%)
13 Jabatan Perancangan, Penyelidikan
7 8.2
& Inovasi DG54=29
14 Jabatan Kecemerlangan Akademik 3 3.5 orang (34.1%)
15 Unit Praktikum 1 1.2 DG52= 15
16 Unit Penilaian & Peperiksaan 2 2.4 orang (17.6%)
17 Unit Latihan Dalam Perhidmatan 1 1.2 DG48= 31
18 Unit Pusat Sumber 1 1.2 (36.5%)
19 Unit Kokurikulum 4 4.7 DG44= 3 orang
20 Unit Psikologi & Kaunseling (10.6%)
1 1.2

Berdasarkan Jadual 2, secara keseluruhannya terdapat 85 orang pegawai


akademik yang bertugas di pelbagai jabatan dan unit telah menjawab instrument
yang diedarkan. Daripada jumlah tersebut, 35 orang (41.2%) adalah lelaki
manakala 50 (58.8%) adalah perempuan. Analisis data seterusnya menunjukkan
bahawa Pegawai Akademik yang bertugas di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
serta Jabatan Pendidikan Muzik dengan masing-masingnya mencatatkan 9 orang
(10.6%) iaitu yang jabatan terbanyak yang menjawab instrumen berkenaan.
Analisis dalam Jadual 2 juga menunjukkan bahawa 24 orang (28.2%) daripada
renponden mempunyai kelulusan PhD, 57 orang (67.1%) mempunyai master dan
bakinya 4 orang lagi (4.7%) berkelulusan ijazah sarjana muda. Dari segi gred
perjawatan pula, seorang berada di Gred Jusa C (1.2%), 29 orang (34.1%) gred
DG54, 5 orang (17.6%) gred DG52, 31 (36.5%) gred DG48 dan 3 orang lagi
(10.6%) berada di gred DG44.

Untuk menjawab persoalan pertama kajian iaitu apakah tahap penglibatan


pegawai akademik dalam penyelidikan, penulisan dan seminar, dapatan kajian
dirumuskan dalam Jadual 3;

Jadual 3

Tahap Penglibatan Dalam Penyelidikan, Seminar dan Penulisan

Penglibatan
Penyelidikan Seminar Penulisan
Bil Mengikut Kelulusan
Akademik min sp min sp min sp
i PhD 2.88 1.12 2.50 0.88 2.79 1.06
ii Master / Sarjana 2.25 1.02 1.96 0.84 2.18 0.89
iii Sarjana Muda 1.75 0.50 1.50 0.58 1.75 0.50
Keseluruhan 2.40 1.12 2.09 0.88 2.33 0.97

Berdasarkan Jadual 3, tahap penglibatan pegawai akademik dalam semua bidang


berada pada tahap sederhana rendah dengan bidang penyelidikan mencatatkan
min 2.40 (sp=1.12), bidang penulisan (min 2.33; sp= .97) manakala yang terendah
adalah penglibatan dalam seminar dengan min 2.09 (sp=.08) sahaja. Jadual 3 juga
menunjukkan bahawa penglibatan pegawai akademik yang mempunyai kelulusan
PhD mencatatkan min tertinggi dalam ke tiga-tiga bidang berbanding dengan
pegawai akademik yang mempunyai kelulusan master / sarjana dan sarjana muda.

Untuk menjawab persoalan kedua kajian iaitu apakah faktor penglibatan pegawai
akademik dalam penyelidikan dan penulisan, dapatan kajian adalah seperti dalam
Jadual 4 dan Jadual 5;

Jadual 4

Faktor Penglibatan Dalam Bidang Penyelidikan dan Penulisan


Tidak
Setuju
Item Penglibatan Dalam Penyelidikan Setuju
n % n %
B1 Atas arahan pentadbiran. 20 23.5 65 76.5
B2 Atas inisiatif sendiri. 73 85.9 12 14.1
B3 Kesedaran untuk mengatasi isu. 81 95.3 4 4.7
B4 Sekadar membantu rakan 81 95.3 4 4.7
melengkapkan kajian
B5 Meningkatkan profesionalisme 74 87.1 11 12.9
perkhidmatan.
Item Penglibatan Dalam Penulisan n % n %
C1 Atas arahan pentadbiran. 68 80 17 20
C2 Atas inisiatif sendiri. 22 25.9 63 74.1
C3 Kesedaran untuk mengatasi isu. 75 88.2 10 11.8
C4 meningkatkan profesionalisme 80 94.1 5 5.89
perkhidmatan.
C5 memenuhi masa yang terluang 81 95.3 4 4.70
C6 mengembangkan bakat semula jadi 50 58.8 35 41.2
dalam penulisan.
C7 lebih berminat melaksanakan 58 68.2 27 31.8
penulisan secara berkumpulan.
C8 lebih berminat melaksanakan 74 87.1 11 12.9
penulisan secara individu.
C9 langsung tidak berminat untuk 47 55.3 38 44.7
melaksanakan sebarang penulisan.
C10 yakin bahawa hasil penulisan dapat 11 12.9 74 87.1
memberi manfaat kepada pelbagai
pihak.

Berdasarkan Jadual 4, terdapat dua faktor utama yang melibatkan pegawai


akademik dalam bidang penyelidikan. Data menunjukkan sebanyak 81 orang
(95.3%) pegawai akademik bersetuju bahawa faktor utama tersebut adalah atas
kesedaran untuk mengatasi isu (Item B3) dan membantu rakan melengkapkan
kajian (Item B4). Seterusnya faktor penglibatan pegawai akademik dalam bidang
penulisan pula menunjukkan bahawa Item C5 iaitu memenuhi masa terluang
mencatatkan persetujuan tertinggi (81 orang; 95.3%) dan item C4 iaitu
meningkatkan profesionalisme perkhidmatan (80 orang; 94.1%).

Seterusnya untuk menjawab persoalan ketiga kajian iaitu apakah tahap kemahiran
melaksanakan penyelidikan dalam kalangan pegawai akademik, dapatan kajian
ditunjukkan dalam Jadual 5.

Jadual 5

Tahap Kemahiran Melaksanakan Penyelidikan


PhD Master / Sarjana Seluruh
Item Pernyataan Sarjana Muda
min sp min sp min sp min sp
D1 Penyelidikan asas 4.13 0.68 4.00 0.57 3.00 0.82 3.99 0.65
D2 Penyelidikan gunaan 3.79 0.59 3.33 0.93 2.50 0.58 3.42 0.88
D3 Penyelidikan tindakan 3.88 0.61 3.89 0.75 3.00 0.82 3.85 0.73
D4 Pendekatan kuantitatif 3.75 0.68 3.49 0.87 2.50 0.58 3.52 0.84
D5 Pendekatan kualitatif 3.79 0.72 3.84 0.59 3.25 0.50 3.80 0.63
D6 Pendekatan gabungan 3.92 0.78 3.67 0.79 3.75 0.50 3.74 0.77
D7 Kajian eksperimental 3.88 0.68 3.63 0.75 3.00 0.82 3.67 0.75
Kajian kuasi
D8 3.17 0.92 3.35 0.77 2.75 0.50 3.27 0.81
eksperimental
D9 Kajian tinjauan 3.13 1.03 3.19 0.72 3.00 0.82 3.16 0.81
D10 Kajian etnografi 4.21 0.72 3.96 0.60 3.75 0.50 4.02 0.64
D11 Kajian tindakan 3.33 0.76 3.23 0.96 3.00 0.82 3.25 0.90
Mengenal pasti isu
D12 4.08 0.58 3.84 0.70 3.50 1.00 3.89 0.69
untuk kajian
Menyatakan latar
D13 4.33 0.56 4.02 0.48 3.50 1.00 4.08 0.56
belakang kajian
Mengemukakan
D14 pernyataan masalah 4.42 0.50 4.04 0.57 3.75 0.50 4.13 0.57
dalam kajian
Membina kerangka 4.42 0.50 4.09 0.54 3.50 1.00 4.15 0.59
D15
konseptual kajian
Menyatakan tujuan
D16 4.17 0.64 3.70 0.76 2.75 1.26 3.79 0.80
kajian
Membina objektif 4.33 0.48 4.14 0.52 3.50 1.00 4.16 0.55
D17
kajian
Membentuk 4.46 0.51 4.14 0.48 3.50 1.00 4.20 0.55
D18
persoalan kajian
Menyatakan hipotesis 4.46 0.51 4.09 0.51 3.50 1.00 4.16 0.57
D19
kajian
D20 Memilih skop kajian 4.33 0.48 4.09 0.51 3.50 1.00 4.13 0.55
Mencari bahan 4.25 0.53 4.00 0.57 3.75 0.50 4.06 0.56
D21
tinjauan literatur
Menganalisis data 4.04 0.75 3.68 0.74 3.25 0.50 3.76 0.75
D22
secara kuantitatif
Menganalisis data
D23 3.96 0.81 3.61 0.80 3.75 0.50 3.72 0.80
secara kualitatif
Membincangkan 4.38 0.49 4.02 0.55 3.25 0.96 4.08 0.60
D24
dapatan kajian
Menerangkan impak
D25 4.29 0.55 3.93 0.59 3.50 1.00 4.01 0.63
kajian
Keseluruhan 4.04 0.64 3.80 0.66 3.28 0.78 3.84 0.69

Berdasarkan Jadual 5, analisis item menunjukkan bahawa secara keseluruhannya


tahap kemahiran melaksanakan penyelidikan pegawai akademik adalah berada
pada tahap sederhana tinggi dengan mencatatkan min= 3.84 (sp=.69). Analisis
item juga menunjukkan bahawa tahap kemahiran tertinggi dalam melaksanakan
penyelidikan adalah dalam aspek membentuk persoalan kajian dengan catatan
min= 4.20 (sp=.55). Berdasarkan Jadual 5, item D10 iaitu melaksanakan Kajian
Tinjauan mencatatkan min 3.16 (sp=.81), iaitu min terendah daripada keseluruhan
aspek kemahiran melaksanakan penyelidikan dalam kalangan pegawai akademik.

Seterusnya untuk menjawab persoalan keempat kajian iaitu adakah terdapat


hubungan antara penglibatan dalam penyelidikan dengan penulisan dalam
kalangan pegawai akademik, dapatan kajian ditunjukkan dalam Jadual 6.

Jadual 6

Hubungan antara penglibatan dalam penyelidikan dengan penulisan

Correlations
Penyelidikan Penulisan Gred
Pearson
1 .608** .054
Correlation
Penyelidikan
Sig. (2-tailed) .000 .622
N 85 85 85
Pearson
.608** 1 .011
Correlation
Penulisan
Sig. (2-tailed) .000 .922
N 85 85 85
Sig. (2-tailed) .622 .922
N 85 85 85
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Berdasarkan Jadual 6, kriteria yang dijadikan asas adalah tolak hipotesis nol (H0)
jika nilai signifikansi p-value (<0.05). Jadual 6 menunjukkan bahawa nilai
signifikansi p-value sebesar 0.000 (<0.05) maka tolak hipotesis nol (H0).
Kesimpulannya terdapat hubungan antara penyelidikan dan penulisan. Besarnya
korelasi (hubungan) adalah 0.608 atau 60.8%. Seterusnya untuk mengatahui
adakah terdapat hubungan antara penyelidikan dan gred, Jadual 6 juga
menunjukkan bahawa nilai signifikansi p-value .622 (>0.05), maka hipotesis nol
(H0) diterima. Kesimpulannya tidak ada hubungan antara penyelidikan dan gred.
Besarnya korelasi adalah 0.504.

Untuk menjawab persoalan kelima iaitu apakah bantuan yang diperlukan dan
cadangan yang diberikan untuk membolehkan pegawai akademik melibatkan diri
dalam penyelidikan dan penulisan, dapatan berdasarkan soalan respon terbuka
ditemakan seperti di Jadual 7.

Jadual 7

Bantuan yang diperlukan oleh pegawai akademik

Bil Bantuan Yang Diperlukan n


Peruntukan masa dalam jadual waktu / pengutipan
1 17
data & perbincangan kumpulan.
2 Kerjasama kumpulan dalam kalangan rakan 9
3 Motivasi / ganjaran 7
Bantuan JPPI / tajuk / literatur / analisis data /
4 27
bimbingan /mentor / kursus
5 Kewangan 7
6 Motivasi dan masa 9
Bil Cadangan n
1 Bimbingan dan galakan berterusan / bengkel 22
Setiap Jabatan diwajibkan melaksanakan satu tugasan
2 secara berkumpulan dan tugasan tersebut dibahagikan 16
kepada setiap orang.
Kurangkan bebanan tugas rasmi supaya ada sedikit
3 kelapangan masa utk beri tumpuan kpd aktiviti 10
penyelidikan atau penulisan. / masa
4 Motivasi /sokongan moral 4

Berdasarkan analisis daripada soalan respon terbuka yang ditunjukkan dalam


Jadual 7, bantuan utama yang diperlukan oleh pegawai akademik untuk
membolehkan mereka melaksanakan penyelidikan dan penulisan adalah bantuan
daripada Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi. Antara bantuan yang
diperlukan adalah untuk mengenalpasti tajuk penyelidikan, kaedah mencari kajian
literatur, menganalisis data, dan bimbingan secara berterusan daripada mentor.
Berdasarkan Jadual 7, antara cadangan yang diberikan untuk membolehkan
pegawai akademik melaksanakan penyelidikan dan penulisan adalah bimbingan
dan galakan yang berterusan serta bengkel yang berkaitan dengan proses
pelaksanaan penyelidikan dan penulisan.

apakah bantuan yang diharapkan oleh siswa guru baharu dari pihak pengurusan
kampus di IPGKIK, dapatan soalan respon terbuka telah ditemakan kepada dua
iaitu dari aspek pihak pengurusan dan yang kedua dari aspek pensyarah dan
kaunselor. Melalui respon terbuka tersebut, antara bantuan yang diharapkan dari
pihak pengurusan kampus oleh siswa guru baharu adalah;

Dapatan melalui temu bual pula adalah seperti yang berikut;

PA1: Sibuk tu adalah juga…kadang-kadang tak memang tangan dengan kerja-


kerja hakiki. Cuma aaknya kalau buat penyelidikan secara berkumpulan
barangkali kuranlah sikit stresnya…

PA2: Saya suka juga buat kajian ni…tapi kadang-kadang tu bila nak buat
kajiannya, ada-ada ajalah kekangannya. Agaknya kalau ada bengkel dan setiap
jabatan diwajibkan melaksanakan penyelidikan dan menghantar sekurang-
kurangnya satu hasil penyelidikan, barulah nak gerak agaknya…

PA3: Sebenarnya terserah kepada kemahuan setiap pegawai tu sendiri. Kalau dia
memang minat buat penyelidikan, tak jadi masalah pun. Banyak isu yang boleh
dikajinya. Tapi yalah kan…berapa ramai sangat yang minatnya?

10. PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

Berdasarkan keseluruhan dapatan kajian, dapatlah dirumuskan bahawa setiap


pegawai akademik perlulah berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan
mereka, khususnya dalam melaksanakan penyelidikan dan penulisan. Ini selari
dengan hasil daripada ujian regresi berganda dalam kajian yang dilaksanakan
menunjukkan bahawa pengetahuan dalam aspek penyelidikan mendorong
pensyarah daripada KIAS dan KUIS untuk kekal melaksanakan penyelidikan
(Marina, Linamalini & Khairulnazrin, 2020).

Kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan seseorang pegawai akademik dalam


penyelidikan dan penulisan tidak dipengaruhi oleh kelulusan akademik, gred
jawatan, dan jumlah jam mengajar. Dapatan ini juga adalah selari dengan kajian
terdahulu yang menunjukkan terdapat dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor
luaran yang menyebabkan seseorang pensyarah tidak melaksanakan
penyelidikan. Faktor dalaman meliputi sikap, pemikiran dan perilaku pensyarah.
Manakala faktor luaran melibatkan faktor prasarana, beban tugas dan juga faktor
masa. Kajian ini juga mendapati bahawa faktor dalaman mempunyai implikasi
yang lebih besar dalam mempengaruhi kelembapan aktiviti penyelidikan (Abdullah
& Salleh, 2004).
Terdapat juga pegawai akademik yang langsung tidak pernah terlibat dalam
sebarang penyelidikan, penulisan, pembentangan dan seminar. Oleh yang
demikian, setiap ketua jabatan dan ketua unit perlulah memastikan bahawa setiap
pegawai akademik di jabatan dan unit melaksanakan penyelidikan dan penulisan.
Ini kerana pengamalan penyelidikan adalah penting untuk melahirkan jiwa
penerokaan dan dalam waktu yang sama dapat mengembangkan kreativiti dan
seterusnya menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan (Yuhanis,
2015).

Selain dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa perbincangan dalam


kumpulan-kumpulan kecil boleh dilaksanakan sebagai permulaan kepada usaha
untuk melaksanakan penyelidikan dan penulisan. Ini selaras dengan kajian
terdahulu yang menyatakan bahawa bagi individu yang baharu menjadi
pensyarah, mereka perlulah mencari seorang mentor daripada kalangan senior
untuk membolehkan mereka melibatkan diri dengan aktif falam penyelidikan dan
penerbitan (Azman, 2021).

Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji mencadangkan agar Jabatan


Pengembangan Profesionalisme Keguruan bersama Jabatan Perancangan,
Penyelidikan dan Inovasi di peringkat kampus perlulah bekerjasama untuk
merancang dan melaksanakan kursus yang berkaitan dengan penyelidikan dan
penulisan. Setiap jabatan dan unit perlu menghantar wakil masing-masing untuk
mengikuti kursus dan bengkel yang berkaitan penyelidikan serta seterusnya
memainkan peranan sebagai penggerak penyelidikan di jabatan dan unit masing-
masing.

Selain itu pengkaji turut mencadangkan agar Ketua Jabatan dan Ketua Unit
perlulah mengenalpasti dan memberikan bantuan terhadap pegawai akademik
yang tidak tidak pernah terlibat dalam sebarang penyelidikan, penulisan,
pembentangan dan seminar. Mereka yang telah dikenalpasti perlulah diberikan
bantuan, dorongan dan motivasi agar akhirnya dapat melaksanakan penyelidikan
atau sekurang-kurangnya melaksanakan penyelidikan secara berkumpulan
sebagai permulaan untuk melibatkan diri dalam penyelidikan dan penulisan. Ketua
Jabatan dan Ketua Unit juga bolehkan mewujudkan mentor kepada pegawai
akademik yang tidak pernah melaksanakan penyelidikan dan penulisan

Pihak pengurusan kampus perlu juga memberikan penghargaan kepada pegawai


akademik yang aktif melaksanakan penyelidikan dan penulisan. Di samping
mengekalkan minat mereka untuk terus melaksanakan penyelidikan dan
penulisan, sedikit sebanyak ini akan menjadi pendorong dan rangsangan kepada
pegawai lain untuk turut melibatkan diri dalam penyelidikan dan penulisan.
RUJUKAN:

Abdullah, N. & Salleh, U. (2004). Kajian tentang faktor-faktor yang memberi


implikasi terhadap penglibatan pensyarah Akademi Pengajian Bahasa.
Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

Anderson, J. & Poole, M. (1970). Penulisan tugasan dan tesis, trj. Marzita Puteh,
Sadiah Baharom, Wangsa Maju. Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad, pp. 29.

Azman Che Mat. (2021, 5 November). Pensyarah mentor bantu jaya


penyelidikan. Utusan Malaysia Online.
https://www.utusan.com.my/rencana/2021/03/pensyarah-mentor-bantu-
jaya-penyelidikan/

Baba, A. (1992). Statistik untuk penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial.
Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dasar Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaya. (2012), Universiti Malaya,


Kuala Lumpur, ms: 4.

Gorg, W. R. & Gall, M. D. (1989). Educational research: An introduction (Fifth ed.).


New York: Longman.

Hanneeyzah Bariah Baharin. (2019, 3 Jun). Pensyarah elak tumpang nama


penyelidikan pelajar. Berita Harian Online.
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/07/580670/pensyarah
-elak-tumpang-nama-penyelidikan-pelajar

Harits Asyraf Hasnan. (2021, 18 Jun). KPI pensyarah perlu mencabar, namun
tidak hingga membebankan. Astro Awani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpi-pensyarah-perlu-
mencabar-namun-tidak-hingga-membebankan-apm-283563

Hassan, Y. C. (2015). Pengetahuan, sikap dan kesedaran pensyarah dalam


pengamalan penyelidikan di politeknik premier. Laporan Projek Ijazah
Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional yang tidak diterbitkan. Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat.

Hua, A. K. (2016). Mengenai penyelidikan dan kajian kes: Satu tinjauan literature.
GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12, 10,
pp. 49.
Hua, A. K. (2016). Nota revisi mengenai penyelidikan dan kajian kes: Satu tinjauan
literature. UPM Serdang, pp. 52

Hussain S., Kamarulafizam I. & Najeb M. J. (2004). Senario penyelidikan di


Malaysia: Rintangan dan cabaran, UTM, Skudai.
Ibrahim, F. (2017). Halangan penerbitan dalam kalangan pensyarah Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan: Suatu Kajian Preliminari. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Idris, N. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur, Mc Graw Hill.

Jamil, L., Kannan, B., & Mahayuddin, Z. (2016). Sikap-sikap pensyarah Jabatan
Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh terhadap
penyelidikan dan statistik. Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh. 56.

Jantan, N. (2003). Isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan penyelidikan dan


pembangunan (R&D) di Politeknik Merlimau dan Kaedah Untuk
Mengatasinya. Politeknik Merlimau, Melaka.

Li, X., Roberts, J., Yan, Y., & Tan, H. (2013). Knowledge sharing in China-UK
higher education alliances. International Business Review. 1-13.

Marimuthu, M. (2010)., Langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan


kualiti penyelidikan dan inovasi di institusi pendidikan. Politeknik Merlimau,
Melaka.

Marina Muhammad Razaki, Linamalini Mat Nafi & Khairulnazrin Nasir. (2020).
Persepsi pensyarah terhadap penyelidikan: Satu Kajian di Kias, Kuis dan
UniSHAMS. Jurnal Rabbanica Vol. 1, No.1 (November 2020) e-ISSN: 2756-
7893; 49-56.

Mohd Saharudin Abuludin & Elmiza Roslan. (2018). Kerangka pengumpulan


maklumat institusi pengajian tinggi, politeknik & kolej komuniti. Journal of
Social Sciences and Humanities, Vol. 3, 2018 eISSN 0128-2875; 151-161.

Nor Ashmiza, M. I. (2012). Key determinants of research knowledge sharing in


UK Higher Education Institution. Ph.D Thesis. University of Portsmouth.

Nunally, J. C. (1978). Psychometric theory. New York: Mc-Graw Hill Publication


Company.

Said, A. M. A. (2008). Kaedah penyelidikan perniagaan. Kuala Lumpur.

Samsuri, A. & Mohamed, Z. (2001). Ke arah mewujudkan sebuah universiti


penyelidikan: Satu Cabaran. Prosiding Persidangan Kebangsaan
Pengajaran & Pembelajaran IPTA, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Yaacob Baharudin. (2012). Membudayakan penyelidikan pendidik guru sebagai
asas kecemerlangan profesionalisme keguruan di Institut Pendidikan Guru.
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 5; 176-182.

Yaacob, Baharudin. (2011). Analisis kajian peranan pendidik guru dalam


pelaksanaan inovasi kurikulum di peringkat latihan praperkhidmatan.
Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru, 30 Oktober-2 November 2011,
1-12.

Yuhanis Che Hassan. (2015). Pengetahuan, sikap dan kesedaran pensyarah


dalam pengamalan penyelidikan di politeknik premier. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.

View publication stats

You might also like