Kegemilangan Pelabuhan Melaka 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kesultanan Melayu Melaka

kesultanan yang diasaskan di Semenanjung (1400—1511)

Kesultanan Melayu Melaka (Jawi: ‫ )کسلطانن ماليو مالک‬merupakan sebuah kesultanan Melayu yang


berpusat di negeri Melaka, Malaysia zaman moden. Tesis sejarah konvensional menandakan
tahun 1400 sebagai tahun penubuhan kesultanan Melaka oleh Raja Singapura, Parameswara,
juga dikenali sebagai Iskandar Shah (selepas beliau memeluk Islam) yang berasal
dari Palembang.[1] Namun, tahun penubuhan Melaka telah disemak semula baru-baru ini dan
diubah menjadi tahun 1262.[2] Pada kemuncak zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15, ibu
kotanya berkembang menjadi salah satu pelabuhan pindah kapal yang paling penting, dengan
wilayah kesultanan yang meliputi sebahagian besar Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan
Riau dan sebahagian besar utara Sumatera, Indonesia zaman moden.[3]

Kesultanan Melayu Melaka

‫کسلطانن ماليو مالک‬


Kesultanan Melayu Melaka
1400–1511

Peluasan wilayah oleh Kesultanan Melaka pada abad ke


15

Ibu negara Melaka


Bahasa yang umum Bahasa Melayu Klasik
digunakan

Agama Islam

Kerajaan Monarki

Sultan  

• 1400–1414 Parameswara

• 1488–1511 Mahmud Shah

• 1511–1513 Ahmad Shah

• 1513–1528 Mahmud Shah (kali ke


2)

Bendahara  

• 1400–1412 Tun Perpatih Permuka


Berjajar

• 1500–1510 Tun Mutahir

• 1510–1511 Paduka Tuan

Sejarah  

• Didirikan 1400

• Penaklukan Melaka 1511

Mata wang Emas dan perak

Didahului oleh Diganti oleh

Kerajaan Singapura Portugis Melaka

Kesultanan Johor

Kesultanan Perak

Kesultanan Pahang

Sekarang sebahagian dari  Malaysia


 Indonesia
 Singapura

Sebagai sebuah pelabuhan perdagangan antarabangsa yang pesat, Melaka muncul sebagai pusat
pendidikan dan penyebaran Islam, dan memangkin perkembangan bahasa, kesusasteraan dan
kesenian Melayu. Kesultanan Melaka menandakan zaman kegemilangan kesultanan Melayu di
Nusantara, di mana Bahasa Melayu Klasik menjadi lingua franca Maritim Asia
Tenggara dan tulisan Jawi menjadi medium utama pertukaran budaya, agama dan intelektual.
Melalui perkembangan intelek, rohani dan budaya ini, zaman Melaka telah menyaksikan
penubuhan identiti Melayu,[4][5] Malayisasi rantau ini dan seterusnya pembentukan Alam
Melayu.[6]
Pada tahun 1511, ibu kota Melaka jatuh ke tangan Empayar Portugis, memaksa Sultan Melaka
terakhir, Mahmud Shah (r. 1488–1511), berundur ke kawasan empayarnya yang lebih jauh dari
ibu kota, di mana keturunannya menubuhkan dinasti pemerintahan baharu, Johor dan Perak.
Warisan politik dan budaya kesultanan kekal sehingga ke hari ini. Selama berabad-abad lamanya
Melaka telah diangkat sebagai contoh tamadun Melayu-Islam. Melaka telah menubuhkan sistem
perdagangan, diplomasi, dan tadbir urus yang berterusan sehingga abad ke-19, dan
memperkenalkan konsep seperti daulat yang terus membentuk pemahaman kontemporari tentang
raja Melayu.[7]

SUMBER: https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka

You might also like