Assignment BM Komunikatif

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), laras bermaksud variasi bahasa
berdasarkan penggunaannya. Secara general, hal ini merujuk kepada pengunaan mahupun
gaya sesuatu bahasa. Penulisan serta pertuturan dikategorikan di bawah gaya, manakala
pengunaan dikaitkan dengan perbincangan, tujuan, penutur, topik, pendengar serta situasi.
Namun begitu, tokoh-tokoh kesusasteraan mempunyai konsep laras bahasa yang berlainan.

Ure dan Ellis (1977) berpendapat bahawa laras bahasa adalah jenis-jenis bahasa
yang digunakan berdasarkan situasi-situasi tertentu. Menurut Nik Safiah Karim (1982) pula,
laras bahasa merupakan gaya serta cara penggunaan sesuatu bahasa. Beliau turut
menyatakan bahawa kemunculan laras bahasa adalah selari dengan kewujudan situasi-
situasi yang memerlukan penggunaan bahasa. Ini menjelaskan mengapa kita mempunyai
variasi bahasa dalam perbicaraan seharian, formal mahupun bukan formal.

Bagi menganalisis topik ini dengan mendalam, artikel bertajuk ‘Pelan jangka panjang
tangani kesan pandemik perlu dirangka’ yang dikarang oleh Dr. Mohd Farhanulhakim Mohd
Razip Wee telah dipetik dari akhbar Berita Harian untuk mengkaji kepelbagaian laras
bahasa dalam sesuatu teks. Setelah meneliti teks ini, beberapa jenis laras bahasa yang
berlainan telah dikenalpasti.
2.0 LARAS BAHASA SAINS

Bersesuaian dengan topik utama artikel, laras bahasa sains digunakan oleh penulis
dalam penulisan tentang pandemik COVID-19 ini. Laras bahasa sains melibatkan
penggunaan istilah sains yang spesifik dalam sesebuah teks (Noor Shahida Wahab, 2016).
Ini termasuklah penggunaan istilah saintifik yang dipinjam serta moden dalam artikel
tersebut.

‘Vaksinasi berskala besar dilihat satu-satunya jalan keluar daripada COVID-19 yang diambil
kebanyakan negara dengan objektif mencapai imuniti kelompok.’

‘Vaksinasi’ serta ‘imuniti’ merupakan istilah perubatan yang sering digunakan dalam
kalangan masyarakat yang bergiat secara profesional dalam jabatan kesihatan; doktor,
jururawat mahupun pembantu perubatan. Vaksinasi merujuk kepada proses penyuntikkan
vaksin sebagai langkah perlindungan bagi mencegah sesuatu penyakit manakala imuniti
merupakan sistem pertahanan badan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007).

‘…dengan menggunakan tiga jenis vaksin iaitu Pfizer-BioNTech (Pfizer), AstraZeneca dan
Sinovac melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.’

Kata nama khas juga lazim ditemui di dalam teks yang mengandungi laras bahasa
sains. Hal demikian kerana laras bahasa ini mempunyai istilah saintifik yang spesifik. Contoh
yang dikemukakan oleh penulis adalah Pfizer-BioNTech, AstraZeneca dan juga Sinovac
yang merupakan tiga jenis vaksin yang digunakan bagi menjayakan program imunisasi
COVID-19 di Malaysia.

Jelas sekali bahawa laras bahasa sains mempunyai banyak istilah pinjaman Bahasa
Inggeris. Namun begitu, perkataan-perkataan ini mempunyai fungsi yang sama dalam
konteks Bahasa Melayu. Sebagai masyarakat yang berilmu pengetahuan, laras bahasa
sains tidak sepatutnya menjadi sesuatu perkara yang asing buat kita. Dengan bantuan laras
bahasa ini, perselisihan fahaman dapat dielakkan dengan berkesan dalam masyarakat
Malaysia yang moden. Tahap pengetahuan istilah-istilah sains yang tinggi turut dapat
meningkatkan imej kita sebagai sebuah masyarakat yang berkembang sejajar dengan arus
perdana. Kesimpulannya, laras bahasa sains bukan sahaja penting bagi penjawat
perubatan bahkan setiap warga Malaysia yang bertanggungjawab.
2.1 LARAS BAHASA EKONOMI

Laras bahasa ekonomi juga digunakan dalam penulisan teks ini. Laras bahasa ini
memaparkan maklumat secara eksplisit dan tidak mengutamakan struktur ayat. Data yang
diperoleh dinyatakan dengan jelas dan mempunyai bukti yang tertentu.
Walaubagaimanapun, laras bahasa ekonomi yang digunakan dalam artikel yang telah
dipetik dikemukakan secara umum sahaja.

‘Harga lebih murah berbanding vaksin lain mendorong pembelian besar-besaran oleh
negara berkenaan, selain pemberian secara percuma kerajaan China melalui hubungan
diplomatik.’

‘Harga’, ‘pembelian’ serta ‘percuma’ merupakan perkataan-perkataan yang


menyentuh isu ekonomi. Di samping itu, tidak dapat dinafikan bahawa kita juga
menggunakan perkataan-perkataan ini hampir setiap hari. Secara logik, pembelian berlaku
pada setiap hari dan dalam pembelian adanya harga. Kadangkala, harga menjadi percuma.
Tanpa menguasai Bahasa Melayu dalam aspek ekonomi, sudah tentu kita tidak dapat
menjalani kehidupan seharian dengan mudah kerana berlakunya kerugian dan kecurian.
Menurut Endarso Wicaksono, Muhammad Edy Susilo & Puji Lestari (2008), kepentingan
ekonomi adalah milik kerajaan, namun, tanpa orang awam, ekonomi negara tidak dapat
dikembangkan dengan lebih lagi. Justeru itu, sebagai masyarakat yang berwawasan, kita
mestilah mendalami ilmu laras bahasa ekonomi sebagai langkah mengambil cakna
perkembangan ekonomi negara.
2.2 LARAS BAHASA AKADEMIK

Laras bahasa akademik turut diaplikasikan dalam penulisan artikel ini. Ciri-ciri laras
bahasa akademik termasuklah bersifat formal dan objektif, mementingkan kesempurnaan
bahasa dan menunjukkan keintelektualan pengarang. Walaupun laras bahasa akademik
memaparkan istilah yang bersifat khusus, teks yang ditulis masih boleh difahami oleh
majoriti lapisan masyarakat.

‘Namun, realiti pahit terpaksa ditelan sesetengah negara seperti Chile, Bahrain dan
Mongolia di mana kadar kematian dan jangkitan kes baharu COVID-19 tidak menunjukkan
penurunan… Ini menyebabkan ramai pakar menuding jari terhadap keberkesanan vaksin…’

Dipetik dari artikel, penulis menghuraikan isi utamanya dengan penggunaan frasa ‘ini
menyebabkan’. Bagi menulis artikel yang berunsurkan ilmiah, huraian isi dapat
mengukuhkan lagi hujah yang dikemukakan oleh pengarang. Huraian sokongan berfungsi
untuk menerangkan idea utama dengan lebih mendalam bagi menghasilkan karya yang
matang (Sri Lestari, Pipit Rahayu & Evi Kasyulita, 2015).

‘Trend sama dilihat di Indonesia ketika ini yang sedang menghadapi peningkatan kes
jangkitan dan kematian.’

Kehadiran varian baharu yang berupaya mencetus gelombang baharu perlu diberi perhatian
sewajarnya melalui pengesanan awal.

Ayat di atas menunjukkan penggunaan ayat majmuk oleh penulis. Ayat pertama
merupakan ayat majmuk gabungan dengan pengunaan ‘dan’. Ini bermaksud, ayat tersebut
sebenarnya berasal dari dua ayat tunggal iaitu;

1. Trend sama dilihat di Indonesia ketika ini yang sedang menghadapi peningkatan kes
jangkitan.

2. Trend sama dilihat di Indonesia ketika ini yang sedang menghadapi peningkatan kes
kematian.

Ayat kedua pula merupakan ayat majmuk pancangan relatif yang menggunakan
perkataan ‘yang’ yang menghubungkaitkan fungsi ayat dengan klausa peluasannya. Merujuk
kepada ayat tersebut, jelas sekali bahawa penulis ingin menyemai kesedaran tentang
kehadiran varian baharu yang lebih bahaya dan perlu diambil serius oleh masyarakat
Malaysia.
‘Tambahan pula, keberkesanan vaksin Pfizer terhadap varian ini didapati berkurangan…’

‘Selain itu, kajian dan pembangunan ubat yang dapat mengurangkan kesan jangkitan
COVID-19 juga perlu diperkasakan.’

Lazim digunakan dalam penulisan akademik, penanda wacana merupakan elemen


penting dalam penghasilan sebuah penulisan yang mantap. Penanda wacana mewujudkan
kohesi dalam penulisan yang mendorong kepada keterbacaan teks kerana setiap isi penting
disusun dengan teratur dan efisien. Apabila wujudnya kohesi, sudah tentu teks yang
koheren juga akan dicapai.

‘Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM)…’

‘… Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)…’

Penulis juga menggunakan akronim iaitu singkatan kata dalam penulisannya untuk
menunjukkan variasi bahasa yang boleh menjadi daya penarik. Bukan itu sahaja, akronim
yang digunakan oleh penulis turut menunjukkan kesahihan fakta yang dinyatakan dalam
artikel tersebut.

Laras bahasa akademik jarang digunakan dalam perbualan harian, tetapi, dalam
konteks Bahasa Melayu, penggunaan laras bahasa ini dapat melambangkan intelek
masyarakat kita secara menyeluruh. Oleh itu, laras bahasa akademik bukan sahaja
bermakna bagi para cendekiawan, bahkan seharusnya dikuasai oleh setiap ahli masyarakat
Malaysia sebagai langkah untuk memartabatkan bahasa ibunda.
2.3 LARAS BAHASA RENCANA

Pengarang turut mengutamakan penggunaan laras bahasa rencana bagi


menghasilkan artikel ini. Antara ciri laras bahasa rencana adalah bersifat umum,
memaparkan berbagai-bagai idea mengenai satu isu dan mempunyai gaya bahasa yang
mudah untuk difahami, tidak kira muda atau tua.

‘Keputusan keberkesanan vaksin dari China melalui kajian awal fasa 3 dijalankan di tiga
negara (Brazil, Indonesia dan Turki), menunjukkan peratusan agak rendah (50 peratus di
Brazil dan 65 peratus di Indonesia) berbanding Pfizer dengan keberkesanan melebihi 90
peratus.’

Meskipun perenggan di atas membincangkan hal saintifik, isu yang kemukakan


ditulis dengan menggunakan gaya bahasa yang tidak rumit, lalu membolehkan teks itu
mudah untuk difahami oleh pembaca. Secara tidak langsung, hal ini turut membolehkan
pembaca untuk menghayati teks yang ditulis tanpa memerlukan kesungguhan yang mungkin
tidak dipunyai oleh sesetengah individu.

‘Sinopharm dan Sinovac menggunakan teknologi konvensional…’

‘Harga lebih murah berbanding vaksin lain mendorong pembelian besar-besaran…’

‘Kehadiran varian baharu…’

‘Beberapa ubat disyorkan…’

Potongan-potongan ayat di atas menampilkan kepelbagaian idea yang


diketengahkan oleh penulis dalam perbincangan pelan jangka panjang untuk menangani
pandemik COVID-19. Hal demikian menunjukkan hasrat penulis untuk memaklumkan
masyarakat tentang perkembangan semasa yang berkait dengan wabak COVID-19 ini. Ini
juga boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian kita. Sebagai individu yang terdidik, kita
sewajarnya tahu gaya bahasa yang harus digunakan berdasarkan audiens. Sekiranya
mereka merupakan kanak-kanak yang berumur lima sehingga enam tahun, kita mestilah
menggunakan bahasa yang mudah serta ringkas bagi menjamin kefahaman mereka.
Contoh lain adalah apabila kita dijemput untuk memberikan ucapan di majlis yang formal.
Bahasa yang menepati ciri-ciri kesantunan bahasa serta bersifat formal mestilah digunakan
bagi menunjukkan profesionalisme.
3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, berdasarkan artikel yang dipetik dari laman web Berita Harian ini,
penggunaan laras bahasa yang berlainan dalam satu karya dapat menjaminkan
kemantapan penulisan tersebut. Berdasarkan teks tersebut juga, saya mendapati laras-laras
bahasa yang digunakan amat sesuai dengan idea utama yang ingin disampaikan oleh
penulis. Variasi laras bahasa bukan sahaja memantapkan sesebuah penulisan, malahan
meningkat kualiti karya kreatif tersebut. Hal ini kerana gaya bahasa memainkan peranan
penting dan dianggap sebagai nadi yang menghidupkan sesebuah karya kreatif (Nik Hassan
Basri Nik Ab. Kadir, 2005).

Selain itu, penggunaan laras-laras bahasa ini juga boleh dikaitkan dengan Bahasa
Melayu dalam konteks masyarakat Malaysia. Tahap penguasaan laras bahasa bukan sahaja
dapat mencerminkan latar belakang sosial seseorang bahkan membantu kita membezakan
setiap jenis situasi mahupun faktor. Dengan ini, kita dapat menggunakan bahasa secara
pragmatik dan dapat berfikir secara rasional. Pemikiran yang rasional sudah tentu dapat
mewujudkan sebuah komuniti yang bertoleransi serta bertanggungjawab. Ini, akhirnya dapat
menghasilkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan serta disanjung tinggi oleh
masyarakat lain.
4.0 RUJUKAN

Dr Mohd Farhanulhakim Mohd Razip Wee. (2021, July 10). Pelan jangka panjang tangani
kesan pandemik perlu dirangka. Retrieved July 20, 2021, from
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/07/837740/pelan-jangka-
panjang-tangani-kesan-pandemik-perlu-dirangka

Kamus Dewan (Keempat ed.). (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lestari, S., Rahayu, P., & Kasyulita, E. (2015). AN ANALYSIS OF STUDENTS’ SKILL ON
IDENTIFYING SUPPORTING DETAILS IN READING TEXT AT FOURTH
SEMESTER STUDENTS OF ENGLISH STUDY PROGRAM IN UNIVERSITY OF
PASIR PENGARAIAN (Unpublished master's thesis). University of Pasir Pengaraian.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Pengajaran gaya bahasa dalam Bahasa Melayu.
Jurnal Pengajian Melayu, 16, 37-54.

Nik Safiah Karim. (1982). Laras Bahasa Melayu: Beberapa Pandangan (Jurnal Dewan
Bahasa). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Wahida Wahab. (2016). Analisis laras bahasa kesihatan dalam akhbar atas talian al-
Jazeera (Unpublished master's thesis). University of Malaya.

Ure, J., & Ellis, J. (1977). Register in Descriptive and Linguistics Sociology. Issues in
Sociolinguistics. Mouton., o. uribe – villages.

Wicaksono, E., Edy Susilo, M., & Lestari, P. (2008). IKLAN LUAR RUANG: ANTARA
KEPENTINGAN EKONOMI DENGAN KEPENTINGAN PUBLIK. Jurnal Ilmu
Komunikasi Terakreditasi, 6(2), 131-144.
LAMPIRAN (artikel)

Pelan jangka panjang tangani kesan pandemik perlu dirangka

Oleh Dr Mohd Farhanulhakim Mohd Razip Wee - Julai 10, 2021 @ 10:00am

bhrencana@bh.com.my

Vaksinasi berskala besar dilihat satu-satunya jalan keluar daripada COVID-19 yang diambil
kebanyakan negara dengan objektif mencapai imuniti kelompok.

Dari segi pembelian vaksin, negara mengambil pendekatan berjaga-jaga dengan


menggunakan tiga jenis vaksin iaitu Pfizer-BioNTech (Pfizer), AstraZeneca dan Sinovac
melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Terdapat juga negara menggunakan pendekatan berbeza dengan memberi sepenuh


kepercayaan terhadap vaksin keluaran Sinopharm dan Sinovac buatan China, terutama
negara Amerika Latin, (Brazil, Chile, Argentina), Indonesia dan Bahrain.

Sinopharm dan Sinovac menggunakan teknologi konvensional berasaskan prinsip


penyahaktifan virus diedarkan kepada lebih 70 negara terutama negara sedang
membangun di Afrika, Asia dan Amerika Latin.

Harga lebih murah berbanding vaksin lain mendorong pembelian besar-besaran oleh negara
berkenaan, selain pemberian secara percuma kerajaan China melalui hubungan diplomatik.

Keputusan keberkesanan vaksin dari China melalui kajian awal fasa 3 dijalankan di tiga
negara (Brazil, Indonesia dan Turki), menunjukkan peratusan agak rendah (50 peratus di
Brazil dan 65 peratus di Indonesia) berbanding Pfizer dengan keberkesanan melebihi 90
peratus.

Namun, realiti pahit terpaksa ditelan sesetengah negara seperti Chile, Bahrain dan Mongolia
di mana kadar kematian dan jangkitan kes baharu COVID-19 tidak menunjukkan penurunan
walaupun peratusan populasi divaksinasi melebihi 50 peratus dicapai sejak Jun.

Ini menyebabkan ramai pakar menuding jari terhadap keberkesanan vaksin berkenaan
walaupun terdapat juga pelbagai faktor luaran perlu diambil kira.
Trend sama dilihat di Indonesia ketika ini yang sedang menghadapi peningkatan kes
jangkitan dan kematian.

Pendekatan Malaysia menggunakan tiga vaksin berbeza dilihat berani dalam situasi di mana
kita terpaksa bergantung vaksin diimport dan bersaing dengan negara lain untuk
mendapatkan bekalan yang terhad.

Kita dapat mengetahui keberkesanan program vaksinasi dijangka November nanti, di mana
peratusan populasi menerima suntikan melebihi 50 peratus. Namun kesan positif diharapkan
belum dapat dipastikan apabila kes harian kini tidak menunjukkan trend penurunan
walaupun program vaksinasi dipertingkatkan.

Kehadiran varian baharu yang berupaya mencetus gelombang baharu perlu diberi perhatian
sewajarnya melalui pengesanan awal.

Tambahan pula, keberkesanan vaksin Pfizer terhadap varian ini didapati berkurangan
berdasarkan kajian diterbitkan jurnal The Lancet yang meletakkan Eropah dalam berjaga-
jaga di mana kebanyakan negara melonggarkan sekatan.

Inisiatif kerajaan membangunkan sendiri vaksin buatan tempatan melalui kerjasama Institut
Kajian Perubatan (IMR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) sangat bersesuaian untuk
mengurangkan kebergantungan teknologi luar.

Selain itu, kajian dan pembangunan ubat yang dapat mengurangkan kesan jangkitan
COVID-19 juga perlu diperkasakan, di mana tumpuan ketika ini lebih diutamakan terhadap
pembangunan vaksin sebagai langkah pencegahan.

Beberapa ubat disyorkan ketika ini kebanyakannya masih pada peringkat kajian dan tidak
disyorkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk digunakan secara meluas.

Apa pun, pelan jangka panjang menangani kesan COVID-19 perlu dirangka kerana
dijangkakan pandemik akan berlarutan sehingga tiga tahun.

Bekalan makanan dalam negara juga perlu ditingkatkan melalui peningkatan pengeluaran
hasil daripada sektor pertanian khususnya bagi menampung permintaan dan mengurangkan
kebergantungan kepada bekalan import.

Ini dapat dilakukan dengan menggalakkan mereka yang terkesan menceburi bidang
pertanian melalui pengenalan inisiatif dan tawaran bantuan berbentuk geran.

You might also like