Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

OBJEKTIF UNIT PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

SEKOLAH RENDAH AGAMA SALMAN AL-FARISI


KEM BATU KENTOMEN JALAN IPOH

 Merancang, mengurus, melaksana dan menyelaras hal ehwal peperiksaan

 Merancang, mengurus dan melaksanakan peperiksaan UPSRA

 Mengurus dan menyelaras peperiksaan UPKK di seluruh kelas KAFA Wilayah-


wilayah Persekutuan

 Merancang dan mengurus proses penyediaan soalan, dari aspek penggubalan


dan pengesahan soalan Semester 1 dan 2

 Mengurus, merancang, menyelia dan menyelaras hal ehwal berkaitan hal


ehwal murid seperti program pembangunan modal insan, kebersihan dan
keceriaan sekolah dan bantuan buku sumber / teks di peringkat sekolah, zon
dan ibu pejabat

 Mengurus dan menyelaras aktiviti ko-kurikulum di peringkat sekolah

 PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang bersifat holistik iaitu menilai
aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia terdiri
daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.
 Kategori akademik terdiri daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP)
dan Pentaksiran Sekolah (PS).

 Pentaksiran Pusat dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan


tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pperiksaan dalam tempoh tertentu
mengikut mata pelajaran tertentu berasaskan standard prestasi. Penjaminan
kualiti pentaksiran dijalankan melalui pemantauan dan penyelarasan.

 Pentaksiran Sekolah pula dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


mulai hujung tahun 2016. PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran
Sekolah dan melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap
mata pelajaran. Tahap penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi
seperti terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
semua mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSRA), Kurikulum Standard
Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Selain daripada Standard Prestasi, Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran juga dirujuk dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.

 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan


di peringkat sekolah oleh guru untuk mengukur dan menilai prestasi,
penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan
dan kokurikulum.

 Pentaksiran Psikometrik dilaksanakan di peringkat sekolah atau pusat untuk


mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran
menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid .

DISEDIAKAN OLEH

(MOHD NAIM BIN MOKSIN@HUSSIN)


SETIAUSAHA UNIT PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
SEKOLAH RENDAH AGAMA SALMAN AL-FARISI
KEM BATU KENTOMEN JALAN IPOH

You might also like