Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Baca e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab e-mel tersebut.

Tulis e-mel
anda itu selengkapnya. Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah
perkataan.

Daripada: Aleesya122@gmail.com
Kepada: Inasyirah139@gmail.com
Subjek: Manfaat mempromosikan makanan tradisional.
Assalamualikum w.b.t,

Apa khabar? Saya berharap Insyirah dan keluarga sihat sejahtera. Bagaimanakah
suasana belajar di Universiti Utara Malaysia (UUM)? Inasyirah, tahniah, atas tawaran
yang diperoleh untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di UUM. Minggu lepas,
kami telah menerima tugasan daripada pensyarah untuk menjalankan kajian berkaitan
makanan tradisional yang terdapat di Malaysia. Sewaktu menjalankan kajian, saya dapati
terdapat banyak keunikan makanan tradisional daripada pelbagai bangsa yang harus
dipelihara dan dipromosikan. Oleh itu, selaku bekas penganjur Pertandingan Makanan
Tradisional, saya mohon jasa baik Insyirah untuk menerangkan manfaat-manfaat
mempromosikan makanan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Saya akan menanti e-mel daripada Insyirah.

Sahabatmu,
Aleesya

You might also like