Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tajuk: Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Seri Indah,
Pemanis kata selamat datang,
Salam sejahtera pembuka madah.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang arif lagi bijaksana para hakim yang budiman, yang
dikasihi guru-guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa serta rakan-rakan seperjuangan
sekalian. Assalamualaikum w.b.t.

Berdirinya saya disini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Perpaduan Nadi
Transformasi Negara”.

Hadirin,

Perpaduan bermaksud bekerjasama ataupun saling membantu. Transformasi pula bermaksud


segala pembaharuan dan kemajuan yang membawa kepada taraf hidup yang lebih baik. Oleh itu,
jelaslah kepada kita bahawa amalan bersatu padu dalam kalangan rakyat merupakan dasar
kepada kemajuan sesebuah negara.

Para pemimpin negara kita saban hari dan setiap ketika menyeru rakyat Malaysia membentuk
benteng pertahanan yang teguh menentang anasir-anasir luar. Hubungan dan kerjasama yang erat
akan memastikan negara Malaysia terus maju dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, harapan dan aspirasi pemimpin kita pada masa lalu
akan menjadi ‘angan-angan Mat Jenin’ sahaja. Perjuangan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan
Cheng Lock dan Tun Sambathan akan sia-sia sahaja. Justeru, sebagai seorang rakyat Malaysia
yang mempunyai jati diri yang tinggi dan berhati waja, kita haruslah menghargai kemerdekaan
yang telah diperolehi ini dan berusaha mengukuhkan lagi semangat perpaduan dalam jiwa kita
demi pembangunan negara.

Hadirin,

Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun
Abdul Razak pada bulan Mac 2009 merupakan usaha beliau untuk menyatupadukan rakyat
Malaysia di bawah satu slogan yang akan menjadi identiti rakyat negara ini. Hasrat mantan
Perdana Menteri untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia sekiranya mendapat sokongan padu
semua lapisan masyarakat negara ini. Mengikut beliau, segelintir masyarakat perlu membuat
anjakan paradigma daripada masyarakat yang terkongkong dengan pemikiran dangkal, cetek dan
pesimistik kepada masyarakat yang mempunyai mentaliti kelas pertama. Dengan semangat Satu
Malaysia, Wawasan 2020, aspirasi rakyat Malaysia pasti akan dapat direalisasikan.
Perpaduan menjadi asas pembentukan negara, bangsa dan ummah terbilang. Rasulullah SAW
menjadikan perpaduan asas pembentukan negara Islam Madinah dengan menyatukan kaum Aus
dan Khazraj serta mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Titik permulaan yang bermula
daripada penyatuan individu kepada penyatuan warga negara Madinah akhirnya membentuk
perpaduan umat Islam di seluruh dunia.

Hadirin,

Sebelum saya mengundurkan diri, saya berharap agar nilai perpaduan dan patriotisme akan
disemai dan dibajai dalam diri anak-anak muda. Marilah sama-sama kita berpandukan kepada
risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW ke arah pembentukan masyarakat minda kelas
pertama iaitu berpengetahuan luas, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang,
berintegriti dan memiliki kekuatan moral serta spiritual yang disebut sebagai umat terbaik.
Sesungguhnya perpaduan yang diasaskan oleh Rasulullah SAW hendaklah dijadikan model
kepada kita bagi meneruskan agenda transformasi ke tahap yang lebih cemerlang menerusi
kekuatan persefahaman dan ukhuwah Islamiyyah.

Bersatu teguh bercerai roboh,


Bermuafakat bertambah berkat,
Bersatu bertambah mutu,
Alah bisa tegal biasa,
Berbahasa kita berbangsa.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like