Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAI,

PETI SURAT 60651,

91113 LAHAD DATU,

Ruj. : XBA3148/600-3/23(01)
Tarikh : 08 JUN 2023

Kepada,

Ibu bapa / penjaga


Murid tahun 6

DIALOG PRESTASI BERSAMA IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6 SESI 2023

Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

02. Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah
memutuskan untuk mengadakan dialog prestasi Ujian 1 bersama ibu bapa/penjaga murid tahun 6.
Majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 13 JUN 2023 (SELASA)


Masa : 8.00 pagi sehingga selesai.
Tempat : Bilik Gerakan, SK. Permai.

03. Dialog prestasi ini diadakan untuk memberikan maklumat secara terus terhadap pencapaian
semasa anak dalam jagaan tuan/puan, terutamanya prestasi semasa murid.

04. Untuk itu, kehadiran tuan/puan pada majlis ini adalah diwajibkan demi kecemerlangan anak-
anak kita.

Sekian, Terima Kasih

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030’’

’’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

HAJI SAINUDDIN BIN HAJI PANGGE


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Permai
Lahad Datu

Sk Fail

You might also like