Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

PERATURAN PEMARKAHAN

PERCUBAAN SEJARAH KERTAS 2 (1249/2), TAHUN 2015

1 Tamadun Hwang Ho adalah tamadun terawal di China yang memberikan sumbangan penting
kepada peradaban dunia.

(a) Huraikan konsep mandat daripada Tuhan dalam masyarakat tamadun Hwang Ho?

F1 masyarakat Hwang Ho percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil, kerajaan
dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana
pemerintahan itu direstui Tuhan
F2 mereka percaya pemerintah Shang telah kehilangan mandat itu kerana mereka
berlaku zalim.

[Mana-mana 2 X 1 m = 2 markah]

(a) Senaraikan dua golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho.
F1 Raja
F2 Bangsawan/pembesar/pegawai kerajaan
F3 Pedagang
F4 Petani
F5 Artisan
F6 Hamba
[Mana-mana 2 X 1 m = 2 markah]

(c) Jelaskan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Hwang Ho.


F1 Animisme
F2 Politeisme
F3 Tulang oracle untuk menilik nasib
F4 Konsep Yin dan Yang
F5 Konesp Feng Hsui
F6 Penyembahan roh nenek moyang
F7 Menyembah tuhan syurga (Shang-Ti) dan tuhan bumi (Tu)
F8 Penyembahan sungai, bukit, gunung
F9 Penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan korban

[Man-mana 2 X 1 m= 2 markah]

(b) Sumbangan tamadun Hwang Ho kepada peradaban manusia dalam bidang pertanian
kini sangat besar. Berikan bukti anda.

F1 Sistem pengairan/terusan

1
F2 Teknik pembajakan
F3 Penciptaan cangkul, sabit
F4 Penggunaan batas
F5 Alatan pertanian kayu ditukar kepada besi

[Mana-mana 2 X 1 m = 2 markah]

(c) Apakah iktibar yang diperolehi daripada Tamadun Hwang Ho untuk meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian di negara kita?

F1 Ilmu pengetahuan dapat memajukan pertanian


F2 Sains teknologi meningkatkan hasil
F3 Perlu kreatif dan inovasi dalam penciptaan alatan pertanian
F4 Sokongan pemimpin/kerajaan kepada industri sangat penting
F5 Pertanian adalah bidang yang menguntungkan
F6 Pertanian boleh menjadi punca pendapatan yang lumayan

[Mana-
mana 2 X 1 m = 2 markah]

2
“Perlembagaan Madinah benar-benar merupakan manifestasi pembentukan
negara keredaan Allah s.w.t berasaskan kebajikan, toleransi, demokrasi, bercirikan
pembangunan sosial, ekonomi, perhubungan antara agama dan antarabangsa yang
amat unik, dan merealisasikan kedaulatan negara dan pimpinan yang unggul”
Sumber Maklumat
Utusan Malaysia, 20/08/1999
Dr. Ismail Ibrahim
Ketua Pengarah IKIM

(a) Jelaskan kandungan Piagam Madinah dari aspek :

F1 Nabi Muhammmad s.a.w sebagai ketua Negara Islam Madinah


F2 Baginda berperanan sebagai ketua hakim
F3 Baginda menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah.
F4 Undang- undang Islam diguna pakai secara menyeluruh.
F5 Peraturan kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.
F6 Masyarakat Madinah wajib mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.

2
F7 Masyarakat Madinah mempunyai peluang ekonomi sama rata
F8 Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan.
F9 Masyarakat Madinah bekerjasama memajukan negara.
F10 Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah.
F11 Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesame sendiri
F12 Masyarakat Madinah bebas beragama
F13 Adat yang tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan.
F14 Keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mematuhi
Piagam Madinah.
[ Mana-mana 3 X 1 m = 3 markah ]

(b) Bagaimanakah Piagam Madinah dapat mengekalkan keharmonian penduduk Madinah ?

F1 Setiap kaum terikat dengan undang-undang


F2 Tiada perbezaan taraf dalam kalangan masyarakat
F3 Masyarakat hidup bersatu padu
F4 Tidak berlaku penindasan dalam masyarakat
F5 Semua rakyat mendapat hak yang sama
F6 Konsep keadilan sosial dipraktikkan
F7 Dapat menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.
F8 Setiap kaum mematuhi peraturan dan cara hidup bermasyarakat.
F9 Semua rakyat bertanggungjawab mempertahankan negara
F10 Setiap kaum menghormati agama dan kebudayaan kaum

[Mana-mana 2 X 1 m = 2 markah]

c) Beberapa ciri kerajaan Islam di Madinah sebenarnya dipraktikkan di negara kita


Malaysia. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.

H1 Semua rakyat bebas mengamalkan agama masing-masing


H2 Keselamatan negara tanggungjawab bersama
H3 Kebebasan mengamalkan adat
H4 saling bekerjasama memajukan ekonomi

3
H5 Masyarakat Madinah mempunyai peluang ekonomi sama rata
H6 Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
H7 Masyarakat dianggap sebagai satu ummah/konsep 1Malaysia
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
[ Mana-mana 2 X 1
m = 2 markah]

( d) Piagam Madinah patut dijadikan panduan kepada pemimpin dalam membina


sesebuah negara. Berikan pendapat anda.

F1 Membuat perlembagaan terlebih dahulu sebelum membina negara


F2 Satu perlembagaan yang adil
F3 Memberi keadilan sosial tanpa mengira agama/ kaum/ warna kulit
F4 Hak setiap kaum dipelihara oleh perlembagaan
F5 Tanggungjawab setiap warganegara memepertahankan negara
F6 Memberi jaminan keselamatan harta dan nyawa kepada setiap warganegara
F7 Digubal melalui musyawarah/perbincangan,perundingan
F8 Nilai hidup berasaskan semangat ukhwah
F9 Sistem ekonomi yang telus dan adil
F10 Undang-undang kekeluargaan setiap kaum boleh diamalkan
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
[Mana-mana
3 X 1 m = 3 markah]

4
Soalan Tokoh penentangan 2m
3.
F1 Trengganu 1
Haji Abdul Rahman Limbong
F2 Kelantan 1
4. Tok Janggut (2m)

b).Berikan tiga cara penentangan yang telah dilakukan oleh kedua tokoh diatas 3m
terhadap penjajahan British .
F1 Tok Janggut enggan membayar cukai 1
F2 Tok Janggut menyerang pasir Putih dan membentuk kerajaan 1
F3 Haji Abdul Rahman Limbong menentang sistem cukai dan undang-undang 1
tanah British 1
F4 Mengetuai orang kampung mebersihkan tanah di Kuala Telemong 1
F5 Melancarkan penentangan bersenjata 1
F6 Menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang 1
1
[mana-mana jawapan 3 markah] (3m)

c). Mengapakah semangat menentang penjajah wajar dicontohi oleh generasi 3m


muda hari ini
F1 Mereka telah menunjukkan semangat setia negara yang tinggi 1
F2 Mereka sanggup berkorban untuk bangsa 1
F3 Semangat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpin dan pengikut 1
telah menyumbang kejayaan
F4 Sikap disiplin dan gigih berusaha dapat menghasilkan perjuangan yang 1
Berjaya
F5 Kekalahan adalah kerana kekurangan ilmu dan senjata 1
F6 Generasi muda perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan 1
yang baik agar tidak dijajah kepada enjajahan (3m)
[mana-mana jawapan 3 markah]
d). Sebagai warganegara yang patriotik, berikan cadangan anda untuk 2m
mengelakkan negara dari penjajahan di zaman moden ini
F1 Bersikap inovatif 1
F2 Sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan diri 1
F3 Meningkatkan ilmu pengetahuan 1
F4 Meneroka bidang baharu 1
F5 Menjaga perpaduan kaum 1
F6 Menghindari permusuhan 1
Mana-mana munasabah 1
[mana-mana jawapan 2 markah] (2m)

5
Selepas kemerdekaan , Tanah Melayu terpaksa menghadapi segala kepincangan yang
ditinggalkan oleh penjajah untuk membangunkan ekonomi dan sosial demi kesejahteraan
rakyatnya. Kerajaan telah melaksanakan Rancangan Pembangunan Lima Tahun sejak sebelum
merdeka untuk memastikan kejayaan pembangunan ekonomi negara.

(a) Nyatakan tumpuan Rancangan Malaysia Kedua?


F1 Isu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
F2 Dengan menambahkan pendapatan
F3 Dan menyediakan peluang pekerjaan
F4 Bagi merapatkan jurang ekonomi
F5 Serta menghapuskan identity kaum mengikut fungsi ekonomi

[Mana-mana 2 X 1 = 2 markah]

(b) Senaraikan dua agensi kerajaan yang telah ditubuhkan dalam Rancangan Malaysia Kedua.
F1 Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) 1971
F2 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1971
F3 Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) 1971
F4 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) 1973
F5 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973
F6 Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974
F7 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

[Mana-mana 2 X 1 = 2 markah]

(c) Jelaskan peranan yang dapat dimainkan oleh pihak swasta dalam membantu kerajaan
membangunakan ekonomi negara.
F1 Memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat
F2 Menyumbang dalam pembinaan prasarana awam
F3 Membantu golongan kurang upaya/miskin
F4 Membangunkan teknologi tinggi
F5 Memberikan perkhidmatan pilihan kepada masyarakat
F6 Mengharumkan nama negara dalam bidang masing-masing
F7 Menggalakan pelabur asing/luar melabur di Malaysia
F8 Menjana pendapatan yang tinggi kepada negara
F9 Membantu negara mencapai Wawasan 2020

[Mana-mana 3 X1 = 3 markah]

(d) Sebagai warganegara Malaysia yang patriotik apakah tindakan yang boleh anda lakukan
untuk menyumbang dalam pembangunan ekonomi tanahair tercinta.
F1 Memainkan peranan yang aktif dalam ekonomi negara
F2 Sentiasa menyokong barangan buatan Malaysia
F3 Menjadi pengguna yang menyokong barangan asli bukan tiruan
6
F4 Belajar bersungguh-sungguh supaya dapat membantu meningkatkan ekonomi negara
selepas zaman persekolahan Menjadi rakyat yang sentiasa melaksanakan
tanggungjawab membayar cukai.
F5 Menjaga nama baik negara / maruah negara supaya pelancong sentiasa ramai
berkunjung ke Malaysia
F6 Memastikan keamanan negara supaya ekonomi tidak terjejas
F7 rakyat yang sentiasa melaksanakan tanggungjawab membayar cukai.
F8 Menjadi Menjaga nama baik negara / maruah negara supaya pelancong sentiasa ramai
berkunjung ke Malaysia
F9 Memastikan keamanan negara supaya ekonomi tidak terjejas

[Mana-mana 3 X 1 m = markah]

5 (a) Kemajuan dan peningkatan sesebuah tamadun berkait rapat dengan perkembangan pendidikan
masyarakat. Pada pandangan anda, jelaskan perkembangan sistem pendidikan dalam tamadun
India pada Zaman Vedik.

F1 mementingkan keagamaan/agama Hindu sebagai teras pendidikan


F2 didominasikan kaum lelaki
F3 Wanita tiada ruang dalam menerima pendidikan
F4 memberikan perhatian dalam pengajian kitab-kitab Veda
F5 bahasa Sanskrit sebagai medium pengajaran
F6 kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda
F7 tujuan pendidikan adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
F8 mementingkan pembelajaran hukum agama supaya masyarakat dapat hidup sempurna
dengan nilai-nilai murni
F9 Pendidikan bermula di istana/kuil
F10 Pendidikan tinggi bermula di Kolej Brahman
F11 Abad ke-empat, lahir universiti agama Buddha/Nalanda
F12 Tujuan pendidikan untuk menjadi Brahmin yang berpendidikan
F13 meningkatkan ilmu sains
F14 menambahkan ilmu
F15 mengatasi buta huruf
F16 mendapatkan jawatan dalam pemerintahan
[Mana-mana 6 x 1 m = 6 markah]

(b) Pendidikan bercirikan keagamaan amat penting kepada masyarakat masa kini.
Berikan komen anda.

F1 Pemantapan ilmu agama dapat memantapkan tingkah laku/akhlak individu


F2 Nilai-nilai murni mudah diterapkan ke dalam jiwa individu
F3 mengurangkan tingkah laku tidak sopan/jenayah dapat dibendung
F4 meningkatkan sahsiah pelajar di sekolah/rumah
F5 Masyarakat madani/bertamadun dapat dilahirkan

7
F6 Masyarakat mementingkan ilmu pengetahuan dapat dilahirkan
F7 meningkatkan pengeluaran negara
F8 meningkatkan mutu perkhidmatan awam negara
F9 mengelakkan gejala rasuah dalam anggota masyarakat
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
[Mana-mana 4 x 1 m = 4 markah]

(c) (i) Adakah peningkatan dalam bidang pendidikan boleh membantu meningkatkan kemajuan
ekonomi negara ? Berikan penjelasan anda.

F1 Boleh
H1a Pendidikan dapat melahirkan tenaga mahir
H1b Pendidikan menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
H1c Pendidikan membolehkan penyelidik mencipta teknologi baharu
H1d Pendidikan mempercepatkan proses pemindahan teknologi dari luar
H1e Pendidikan meningkatkan penguasaan dalam ilmu perdagangan
H1f Pendidikan melicinkan hubungan perdagangan antarabangsa
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
[Mana-mana 6 x 1 m = 6 markah]

(ii) Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk menghasilkan tenaga kerja
berpendidikan yang boleh memajukan negara.
Sejauh manakah langkah tersebut mencapai kejayaan ?

H1 Menghantar pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara berjaya menghasilkan


tenaga kerja mahir yang berpendidikan tinggi.
H2 Menambahkan bilangan institusi pendidikan tinggi dalam negara telah
membuka peluang rakyat Malaysia menimba ilmu pengetahuan.
H3 Menubuhkan kolej kemahiran tinggi telah berjaya menghasilkan tenaga kerja yang
berkemahiran.
H4 Menghantar pekerja Malaysia berkursus dalam bidang industri di negara luar dapat
meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang tersebut.
H5 Mewujudkan universiti berkembar melalui kerjasama dengan universiti asing
menambahkan lagi kebolehan rakyat mendalami bidang kajian.
H6 Melakukan transformasi dalam pendidikan negara telah berjaya
menghasilkan pelajar yang pintar .
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
[Mana-mana 4 x 1 m = 4 markah]

8
6. (a) Huraikan cara-cara pertembungan antara tamadun Islam dan 4m
tamadun-tamadun lain di dunia.
F1 MELALUI PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN 1
H1a penguasaan Islam ke Teluk Parsi, Laut Merah dan Timur Mediterranean 1
H1b membolehkan aktiviti perdagangan menjadi alat utama pertembungan dengan 1
tamadun lain

F2 MELALUI HUBUNGAN DIPLOMATIK 1


H2a Zaman Umaiyah, sekumpulan peneroka dihantar ke utara Selat Gibraltar di 1
selatan Sepanyol.
H2b Mereka menjalin hubungan diplomatik dengan orang bukan Islam di 1
Cordova, Valencia dan Rhonda.

F3 MELALUI PENAKLUKAN DAN KETENTERAAN 1


H3a Dasar perluasan kuasa dan penyebaran Islam berlaku pada zaman pemerintah 1
Khulafa’ Al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah.
H3b Bertembung dengan tamadun Eropah khususnya Tamadun Rom. 1

F4 PERTEMBUNGAN KEBUDAYAAN 1
H4a Kemasukan Islam di Sepanyol membentuk kebudayaan baru. 1
H4b Bahasa Arab bahasa utama Sepanyol. 1
H4c Golongan Mozarab, orang tempatan beragama Kristian tetapi berbahasa 1
Arab.

F5 MELALUI PERTEMBUNGAN INTELEKTUAL 1


H5a Para intelek Islam berjaya mendalami keilmuan Tamadun Eropah. 1
H5b Mereka mengembangkan lagi keilmuan tersebut mengikut pandangan 1
intelektual Islam.
(4m)
[mana-mana jawapan 2 markah]
(b) Pertembungan antara tamadun Islam dan tamadun-tamadun lain banyak
memberikan sumbangan kepada peradaban dunia. Buktikan kebenaran 6m
pernyataan tersebut.
F1 Islam mengubah kehidupan penganutnya dan juga mereka yang dibawah 1
taklukannya 1
F2 Islam membawa akidah yang penting iaitu kepercayaan kepada Allah swt 1
F3 Islam juga menyediakan sistem perundangan sendiri berdasarkan alquran dan 1
F4 hadis sebagai pedoman umatnya. 1
F5 Islam tidak menghapuskan cara hidup, adat dan budaya masyarakat setempat. 1
F6 Perluasan kawasan penyebaran dan yang diperintah oleh Islam.
F7 Melahirkan pelbagai masyarakat dan juga kerajaan dalam Dunia Islam 1
H7a seperti kerajaan Mughal di India. Terdapat masyarakat Islam di China 1
H7b walaupun tidak terbentuk kerajaan Islam di China. 1
F8 Kerajaan Islam seperti Uthmaniyyah dan Umaiyah dan Abassiyah telah 1
F9 mengamalkan kerajaan pusat yang kuat walau berbeza organisasi dan 1
9
mempunyai persamaan akidah dan syariah
F10 Membolehkan orang Islam menguasai ekonomi melalui perluasan kuasa 1
H10a Pemerintah Islam memastikan keselamatan laluan perdagangan di kawasan
naungannya membolehkan kegiatan ekonomi berjalan lancar
F11 Mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial di bandar dan kawasan 1
sekitarnya
F12 Berlaku perkembangan intelektual dan pendidikan kerana Islam menekankan 1
kurikulum yang berkaiatan sains, matematik dan teknologi.
F13 Islam mempengaruhi tatatertib kehidupan harian seperti cara berpakaian, 1
berfikir, bertutur , berdaganga dan berpolitik seperti yang dilakukan oleh
golongan mudejar.
F14 Perluasan kuasa membolehkan para cendiakawan bertukar fikiran dan 1
pendapat antara satu sama lain
F15 Sumbangan dalam bidang seni bina telah mempengaruhi perkembangan 1
ketamadunan dunia
H15a seperti Masjid Cordova, Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) dan Istana 1
Alhambra di Granada
F16 Islam juga memberi sumbangan dalam bidang kesusasteraan seperti Umar 1
Kayyam .
F17 Ramai cendikiawan Islam telah mengembara ke kawasan luar untuk 1
menambah ilmu seperti Ibn Batutta

[mana-mana 6X1 m] (6m)

(c) (i) Sejarah membuktikan bahawa kehebatan sesebuah tamadun bergantung


kepada kehebatan pemimpinnya. Menurut anda apakah yang perlu 4m
dilakukan oleh pemimpin yang hebat.
F1 Memajukan ekonomi negara 1
F2 Meningkatkan tahap keselamatan negara 1
F3 Menyatu padukan penduduk 1
F4 Menjaga kebajikan rakyat 1
F5 Membuat perubahan yang baik untuk negara 1
F6 Membuat hubungan dengan negara lain 1
Mana-mana munasabah 1

Mana-mana 4 x 1 m (4m)

C (ii) Bagaimanakah rakyat boleh memberikan pelbagai sumbangan bagi


membantu negara meningkatkan kegemilangannya. Nyatakan cadangan- 6m
cadangan anda.
F1 Mengelakakn diri dari menjadi pemalasa 1
F2 berkelakuan baik 1
F3 Menghormati orang lain 1
F4 berfikiran positif 1
F5 Meningkatkan tahap ilmu 1

10
F6 Berfikiran kreatif dan inovatif 1
F7 Melakuan ciptaan untuk negara 1
F8 Membeli barangan buatan Malaysia 1
F9 Tidak mencetuskan pergaduhan 1
Mana-mana yang munasabah (6m)
Mana-mana 11 X 2 = 6m

7. Kedatangan Islam telah membawa perubahan terhadap cara hidup atau budaya masyarakat
Tanah Melayu teutamanya dalam aspek pendidikan, kesenian, bahasa dan kesusasteraan,serta
adat dan nilai hidup mereka.

(a) Bagaimanakah masyarakat Melayu menerapkan nilai murni kepada anak-anak melalui
pendidkan tidak formal.
F1 Pendidikan tidak formal merupakan pendidikan awal atau asuhan dalam institusi
keluarga
F2 Pembelajaran berlaku melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian
F3 Nilai-nilai murni diserapkan melalui cerita-cerita lisan seperti cerita jenaka dan cerita
binatang
F4 Kaedah bercerita adalah kaedah yang paling berkesan dan digemari oleh kanak-kanak
F5 Cerita-cerita berbentuk teladan dan pengajaran selalunya diberi penekanan
F6 Kanak-kanak turut mempelajari pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan
sosial
F7 Pembelajaran juga berlaku menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki

[Mana-mana 4 x 1 m = 4 markah]

(b) Terangkan gaya hidup golongan bawahan dalam masyarakat Melayu tradisional setelah
menerima pengaruh Islam.
F1 Ibu bapa dan orang yang lebih tua hendaklah dihormati
F2 Jiran dianggap sebagai keluarga sendiri
F3 Terdapat panggilan tertentu untuk orang yang lebih tua seperti pak long dan mak long
F4 Mereka tidak boleh dipanggil dengan nama mereka walaupun ringkas
F5 Apabila bercakap dengan orang yang lebih tua, yang muda mesti rendahkan suara
F6 Tetamu dilayan dengan hormat dan selalunya dihidangkan makanan dan minuman
F7 Orang yang berziarah hendaklah memberikan salam dan tuan rumah pula wajib
menjawabnya.
F8 Apabila masuk ke dalam rumah, tetamu dan tuan rumah akan bersalam-salaman
F9 Ketika bersalaman, kanak-kanak dikehendaki mencium tangan orang yang lebih tua
F10 Ungkapan Bismillah mestilah dibaca semasa hendak makan dan minum
F11 Majlis perkahwinan, berkhatan, majlis khatam Al-Quran diadakan secara Islam
F12 Dijalankan dengan semangat gotong royong dalam kalangan masyarakat
F13 Nilai perpaduan amat ditekankan
[Mana-mana 4 x 1 m = 4 markah]

11
(c) (i) Mengapakah amalan hidup bermasyarakat perlu diamalkan oleh generasi
muda kini.
F1 Supaya semangat kejiranan dapat dihayati
F2 Supaya konsep bergotong royong dapat diteruskan
F3 Supaya nilai kasih sayang dalam masyarakat dapat dikukuhkan
F4 Supaya masyarakat akan sentiasa mudah untuk bantu membantu dalam semua
perkara
F5 Supaya dapat mengelakkan perasaan buruk sangka dan prejudis
F6 Supaya masyarakat akan hidup bersatu padu dan harmoni
F7 Supaya budaya menghormati yang tua sentiasa diamalkan
F8 Supaya semangat perpaduan terus disuburkan dalam masyarakat
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
[Mana-mana
6 x 1 m = 6 markah]

(ii) Segelintir generasi muda hari ini semakin meninggalkan amalan hidup
bermasyarakat.
Pada pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut berlaku?
F1 Alasan sibuk bekerja hingga tiada masa untuk bermasyarakat
F2 Amalan jangan’ jaga tepi kain orang’ yang negative
F3 Lebih suka mengadap ‘gajet’ terkini
F4 Leka dengan teknologi canggih terkini
F5 Sikap mementingkan diri sendiri
F6 Sikap individualistik yang tebal
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
(3 markah)

Berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah tersebut.


F7 Kempen kesedaran semangat kejiranan dihidupkan semula
F8 Wujudkan program-program yang berpusat di di Balai Raya / pusat komuniti supaya
masyarakat saling berhubung
F9 Kerajaan boleh menggunakan media massa untuk sebarkan idea kerjasama komuniti
F10 Didikan pada peringkat sekolah tentang kepentingan hidup bermasyarakat
F11 Wujudkan NGO yang berteraskan kesukarelawan untuk membantu mereka yang
memerlukan
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

(3 markah)
* 3 markah untuk sebab
* 3 markah untuk cadangan

[Mana-mana 6 x 1 m = 6 markah]

12
Soalan 8

(a) Jelaskan kegiatan pertanian komersil yang diusahakan di negara kita sebelum
pengenalan tanaman getah.

F1 Tanaman komersil yang digalakkan oleh Kerajaan British ialah ubi kayu, tebu,lada hitam,
gambir, tembakau dan kopi.
F2 Penanaman lada hitam dan gambir di Johor dijalankan melalui Sistem Kangcu.
F3 Para pelabur dari Eropah dan China banyak melibatkan diri dalam pertanian komersil
pada masa itu.
F4 Mereka mempunyai modal dan teknologi serta memperolehi konsesi tanah yang luas
dan tempoh pajakan yang lama.
F5 Pelabur Eropah menumpukan kepada tanaman kopi dan tembakau.
F6 Pelabur Cina mengusahakan gambir, lada hitam dan ubi kayu.
F7 Orang Melayu tidak terlibat dalam pertanian komersil kerana terikat dengan pertanian sara
diri.
[Mana-mana 4 x 1 m = 4 markah]

(b) Terangkan faktor yang membantu perkembangan perusahaan getah di Tanah


Melayu pada awal abad ke-20.

F1 Perkembangan Revolusi Perindustrian


H1a Getah digunakan dalam pelbagai industri

F2 Peranan H.N.Ridley
H2a H.N.Ridley meyakinkan peladang menanam getah.
H2b Beliau mengagihkan benih getah secara percuma.
H2c Beliau berjaya menemui teknik torehan ibidem (tulang ikan kering).

F3 Perkembangan industri barangan pengguna.


H3a Contohnya kasut, tayar basikal dan peralatan letrik.
H3b Ini menyebabkan harga getah melambung tinggi.

F4 Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah.

13
H4a Syarikat Eropah menubuhkan syarikat perwakilannya di Tanah Melayu.
H4b Syarikat ini membuka ladang getah di Tanah Melayu.
C4a Contoh Harrisons and Crossfield, Boustead, Guthrie dan Sime Darby.
F5 Sokongan British kepada pemodal asing.
H5a Pihak British mengenakan sewa tanah yang rendah.
H5b Mereka juga mengenakan tarif yang rendah.
H5c Syarikat perusahaan getah diberikan dividen yang tinggi
H5d Syarikat itu juga diberi pengecualian cukai eksport 50 tahun.

F6 Perkembangan infrastruktur.
H6a Jalan kereta api dibina menghubungkan ladang dengan pelabuhan.

F7 Membawa masuk buruh dari India.


H7a Diambil bekerja di ladang getah dengan gaji yang murah.

[Mana-mana 6 x 1 m = 6 markah]

(c) (i) Perusahaan getah membantu membantu memajukan ekonomi negara kita.
Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.

H1 Perusahaan getah menyebabkan sistem perhubungan dan pengangkutan dibina di negara


kita.
H2 Perusahaan getah dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.
H3 Perusahaan getah menyumbangkan pendapatan kepada negara.
H4 Hasil pendapatan daripada perusahaan getah digunakan oleh kerajaan
untuk membangunkan negara.
H5 Perusahaan getah menyebabkan industri yang berasaskan getah
berkembang maju di negara kita.
H6 Perkembangan perusahaan getah berjaya menarik minat pelaburan asing.
H7 Pelaburan dalam perusahaan getah menggalakkan pemindahan dana asing ke negara kita.
H8 Perkembangan industri berasaskan getah menyebabkan berlakunya
pemindahan teknologi asing ke negara kita.
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
[Mana-mana 6 x 1 m = 6 markah]

14
(ii) Wajarkah sektor perladangan getah di negara kita dikekalkan ?

F1 Wajar

H1a Menyediakan peluang pekerjaan


H1b Meningkatkan eksport negara
H1c Membangunkan sektor luar bandar
H1d Membantu memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan
H1e Membantu meningkatkan industri berasaskan getah
H1f Menyumbangkan pendapatan negara
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
[Mana-mana 3 x 1 m = 3 markah]

ATAU

F2 Tidak Wajar

H2a Harga tidak stabil


H2b Harga getah ditentukan oleh negara maju
H2c Tanah semakin sempit
H2d Kekurangan tanah yang subur
H2e Tanah perlu digunakan untuk tujuan pembangunan
H2f Kekurangan tenaga kerja
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
[Mana-mana 3 x 1 m = 3 markah]

15
9. (a) Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme di Asia Tenggara pada tahap 6m
kedua.
F1 Gerakan nasionalisme yang lebih radikal 1
F2 dan berorganisasi. 1
F3 Gerakan pada tahap kedua ini dipimpin oleh golongan berpendidikan serta 1
F4 berpengetahuan luas 1
F5 dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat. 1
F6 Dengan itu, mereka dapat menyedari perubahan yang memperkenalkan oleh 1
penjajah serta kesannya terhadap bangsa dan negara.
F7 Matlamat perjuangan mereka lebih jelas 1
F8 iaitu menuntut kemerdekaan 1
F9 dan membentuk kerajaan sendiri 1
(6m)

Mana-mana 6 x 1 = 6 m

b). Gerakan nasionalimse tahap kedua Thailand adalah disebabkan rasa tidak puas hati 4m
golongan rakyat. Apakah yang telah dilakukan oleh Phibul Songram sebagai
Perdana Menteri Thailand pada masa itu.
F1 beliau telah meluluskan undang-undang 1
F2 menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi orang Cina 1
F3 sekolah China 1
F4 dan akhbar China dibubarkan 1
F5 penduduk pribumi digalakkan libatkan diri dalam aktiviti ekonomi 1
F6 jawatan tertinggi dalam kerajaan adalah untuk penganut agama Buddha 1
sahaja. (4m)

Mana-mana 6 x 1 = 4 m
(c) (i) Huraikan cara-cara yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk
menghargai tokoh nasionalis negara . 6m

F1 Menyediakan peluang pekerjaan 1


F2 Memberikan bantuan kewangan 1
F3 Memberikan anugerah dan bintang 1
F4 Membuat poster dan diedarkan 1
F5 Membuat rancangan di television 1
F6 Menjadi sukatan matapelajaran sejarah 1
Mana-mana munasabah 1

16
(6m)
Mana-mana 6 x 1 = 6 m

(ii) Terdapat sebahagian kecil rakyat Malaysia tidak menghargai kedaulatan


negara. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut berlaku? 6m
Berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah tersebut.
Sebab
F1 Kerana tidak menghormati negara 1
F2 Kurang pengetahuan mengenai negara 1
F3 Tidak terlibat dalam perjuangan negara 1
F4 Terlampau terpengaruh dengan media massa yang negetif 1

Cadangan
F5 Mengetatkan hukuman 1
F6 Membanyakan siaran televisyen mengenai Malaysia 1
F8 Mengeluarkan buku mengenai kehebatan Malaysia 1
F9 Mempelbagaikan lagu-lagu patriotik 1
Mana-mana munasabah
(6m)
* 3 Markah untuk sebab
* 3 markah untuk cadangan
Mana-mana 6 x 1 = 6m

10. Tarikh Peristiwa


1 Februari 1948 British membentuk Persekutuan Tanah Melayu Jadual
berikut berkaitan
dengan perkembangan politik di negara kita sebelum merdeka.

a) Jelaskan sebab-sebab pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

F1 Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union (MU)


H1a Dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar
F2 Perpaduan orang Melayu daripada semua golongan
H2a Terdiri daripada golongan raja dan rakyat telah dapat mengatasi golongan lain yang
menyokong MU
F3 Keupayaan orang Melayu memujuk dan mendesak British untuk menghidupkan
semula dasar perlindungan telah membantu menolak MU.
F4 Sokongan bekas pegawai British
H4a Pegawai British yang pernah berkhidmat di T. Melayu sebelum Perang Dunia
Kedua menolak dasar menakluk T. Melayu
C4a Mereka termasuklah Sir Frank Swettenham, Sir R.O.Winstedt, Sir George Maxwell
dan Sir Cecil Clementi.

17
F5 Sokongan daripada pegawai tinggi British
C5a Seperti Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent dan L.D. Gammans.
F6 Sikap politik orang Melayu yang sederhana
H6a Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar, berdemontrasi, berkongres dan
memujuk Raja-raja Melayu untuk menyokong penentangan terhadap British.
H6b Orang Melayu tidak mengangkat senjata seperti Parti Komunis Malaya (PKM)
F7 UMNO tidak menuntut kemerdekaan
H7a UMNO dan Raja-raja Melayu hanya menuntut rundingan untuk menolak MU
F8 Gesaan Piagam Atlantik 1945
H8a PBB tidak menggalakkan penjajahan baru
H8b Sebaliknya meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan
sendiri kepada penduduk tempatan
C8a Pembentukan PTM 1948 merupakan satu langkah yang sesuai ke arah mencapai
hasrat PBB tersebut.
[Mana-mana 6 X 1 m = 6 markah]

b) Nyatakan ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.


F1 Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri
F2 PTM diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
F3 Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan.
F4 Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk
F5 Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu

[Mana-mana 4 X 1 m = 4 markah]

c) Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menjadi asas kukuh kepada sistem
pentadbiran Malaysia pada hari ini. Buktikan.

F1 Konsep perkongsian kuasa aantara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri


F2 Wujudnya Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
F3 Konsep Raja Berperlembagaan
F4 Raja sebagai ketua negara iaitu Yang Dipertuan Agong
F5 Sultan menjadi ketua negeri
F6 Sultan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir
F7 Konsep demokrasi berparlimen
(Mana-mana yang munasabah)
[Mana-mana 6 X 1 m = 6 markah]

d) Kemerdekaan negara telah didokong oleh pemimpin-pemimpin yang berwibawa tinggi.


Pada penilaian anda, apakah ciri-ciri utama pemimpin negara yang berwibawa.

F1 Pemimpin yang adil dan amanah


F2 Berpandangan jauh
F3 Berfikiran terbuka / rasional
F4 Mudah diajak berunding dan boleh menerima pandangan orang lain
F5 Mengutamakan kepentingan rakyat
18
F6 Memiliki semangat cinta negara yang tinggi
F7 Sanggup berkorban untuk Negara

[Mana-mana 4 X 1 m = 4 markah]

Soalan 11
(a) (i) Jelaskan maksud blok dunia ?

F1 Blok Dunia merujuk kepada negara-negara yang sehaluan bersatu dan bertindak bersama
untuk menjaga kepentingan ahlinya
F2 Blok ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk sama ada berdasarkan aspek politik, ekonomi
dan geografi.
[Mana-mana 2 X 1 m = 2 markah]
(ii) Maksud PerangDingin.

F1 Dikenali Perang Dingin kerana tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung
antara ke dua-dua blok
F2 Kedua-dua ingin membuktikan kekuatan masing-masing.
F3 Mereka berusaha menyebarkan pengaruh
F4 Berusaha memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan Asia melalui propaganda
serta bantuan ekonomi dan ketenteraan.
[Mana-mana 2 X 1 m = 2 markah]
(b) Mengapakah berlaku Perang Dingin.

F1 Ideologi politik yang berbeza.


H1a Ideologi kapitalis diketuai oleh Amerika Syarikat dan ideology komunis diketuai oleh
Soviet Union.
H1b Mereka mahu menyebarkan ideology politik masing-masing.

F2 Persaingan antara blok Amerika Syarikat dengan blok Soviet Union.


F3 Amerika Syarikat dan Soviet Union ingin membuktikan kekuatan masing-masing.
H3a Kedua-dua kuasa ingin menyebarkan pengaruh di Eropah dan Asia.
H3b Kedua-dua kuasa ingin memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan Asia.

[Mana-mana 4 X 1 m = 4 markah]

(c)(i) Perang Dingin mendatangkan banyak kesan terhadap masyarakat dunia.


Berikan penjelasan anda.
F1 Negara Dunia Ketiga menjadi rebutan Amerika Syarikat dan Soviet Union.
F2 Pembentukan blok kapitalis dan blok komunis.
F3 Penubuhan Pakatan NATO
F4 WARSAW
F5 SEATO.
F6 Berlakunya perlumbaan senjata.
F7 Memberi peluang negara baru membina identiti sendiri.
19
F8 Memberi peluang kepada negara baru menangani cabaran melalui hubungan antarabangsa
dan serantau.
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
[Mana-mana 6 X 1 m = 6 markah]

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

20

You might also like