Talking Points Timbalan Pengarah Kanan - Hari Terbuka PPD

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TALKING POINTS TIMBALAN PENGARAH KANAN, BPSH


SESI LIBAT URUS HARI TERBUKA PPD TAHUN 2022

TARIKH : 2 OGOS 2022 (SELASA)


MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : SECARA DALAM TALIAN
PENGERUSI : TIMBALAN PENGARAH KANAN, BPSH
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Tuan/Puan,
 Yang dihormati Pengarah JPN Perlis, JPWP Putrajaya dan
Labuan serta Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah seluruh
negara
a. Alhamdulihah, terima kasih atas komitmen tuan/puan untuk
bersama-sama dengan sesi libat urus berkaitan program hari
terbuka PPD bagi Tahun 2022.
b. Untuk makluman tuan/puan bersempena dengan bulan
kemerdekaan tahun ini, KPM telah merangka satu program khas
yang dinamakan “Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan.
Aktiviti yang telah dirancang bertepatan dengan sambutan bulan
kemerdekaan yang akan dikaitkan dengan pendidikan.

c. Program ini merupakan satu usaha kolaboratif semua Bahagian di


KPM untuk menguar-uarkan kepada masyarakat berkaitan projek
serta inisiatif ttansformasi yang telah, sedang dan akan
dilaksanakan oleh KPM.

d. Terdapat tujuh (7) kluster program dalam bulan transformasi


pendidikan iaitu:
i. Inovasi PdP;
ii. Inklusiviti dalam Pendidikan;
iii. Perkhidmatan Berteraskan Digital;
iv. Pemantapan Modal Insan;
v. Kurikulum dan Pentaksiran;
vi. Potensi dan Bakat Murid; dan

1
vii. Memperkukuh Infrastruktur.

e. Salah satu aktiviti adalah pelaksanaan Hari Terbuka PPD 2022


melibatkan 142 PPD dan tiga (3) JPN yang tiada PPD. Aktiviti ini
akan dilaksanakan mulai 19-20 Ogos 2022 (Kumpulan A) dan 20-
21 Ogos 2022 (Kumpulan B) dilokasi masing-masing.

f. Objektif Hari Terbuka PPD ini adalah:


i. Menyampaikan maklumat terkini dasar dan perkhidmatan
baharu pendidikan kepada pemegang taruh (stakeholder),
pelanggan, dan rakan strategik;
ii. Mempamerkan inovasi dan pencapaian hasil murid dan guru
melalui penerapan elemen Sekolahku SEJAHTERA.

g. Progran ini mensasarkan pelibatan bersama-sama ibu bapa,


komuniti, NGO dan orang awam, pembekal perkhidmatan/
penguasaha kantin/kontraktor pembinaan, keselamatan,
kebersihan dan penyelenggaraan serta semua warga sekolah
amnya.

h. Pengisian yang dicadangkan ialah pameran yang dibahagikan


kepada beberapa kluster:
i. Kluster Sekolah;
ii. Kluster Pembelajaran;
iii. Kluster Sukan;
iv. Kluster Kokurikulum dan Kesenian;
v. Kluster Hal Ehwal Murid; dan
vi. Kluster Perkhidmatan Digital.

i. Oleh itu, bagi memastikan program berjalan lancar tindakan


pantas perlu dibuat oleh PPD dengan mengoptimumkan sumber
sedia ada di PPD seperti PIBKS, Focal Person serta jalinan dan
jaringan bersama-sama rakan strategik masing-masing.

j. Besarlah harapan kami di peringkat KPM agar segala


perancangan yang telah dirancang ini dapat memberi impak
kepada semua yang terlibat khususnya kepada pihak JPN, PPD
dan sekolah. Kami yakin dan percaya dengan kerjasama serta
komitmen yang tinggi daripada anda semua yang hebat ini mampu
menjayakan Hari Terbuka PPD Tahun 2022 dilokasi masing-
masing.

2
Sekian, terima kasih.

You might also like