Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 65

KELESTARIAN

PELANCONGAN
PERIBUMI
DI PULAU CAREY

NORAINI BINTI MOHD SHAH

P20151000933
1.1 PENDAHULUAN
• Mengikut laporan brundtland (1987), pembangunan mapan atau
pembangunan lestari merupakan pembangunan yang dijalankan secara
terancang dan berterusan serta tidak menjejaskan alam sekitar, bukan
sahaja untuk generasi kini, malah untuk generasi akan datang.

• Dalam menjelaskan konsep pembangunan mapan, beberapa sarjana


membahagikan aspek kemampanan kepada tiga dimensi yang saling
berkaitan, iaitu dimensi ekonomi, sosial dan fizikal/ekologi (Barton, 2000).
LATAR BELAKANG KAJIAN
370 juta
Menurut anggaran
Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB),
terdapat kira-kira 370 KAUM MINORITI
juta orang asal di dunia,
dan lebih kurang dua
pertiga daripada mereka Masyarakat Orang Asli
tinggal di Asia (United merupakan kaum minoriti
Nations, 2007; UNDP,
2012; Ramlee, 2013).
penduduk Malaysia dan
merupakan komuniti peribumi
Negrito, Senoi dan yang terdapat di Semenanjung
Melayu-Proto Malaysia (Ma’Rof & Sarjit,
Dari segi taburan penempatan 2008).
masyarakat Orang Asli 38% di
kawasan pendalaman, 61% di
kawasan pinggir dan 1% di
kawasan bandar. Mereka terdiri
daripada tiga kategori utama
Orang Asli iaitu Negrito, Senoi
dan Melayu-Proto. (JAKOA,
2011).
PERNYATAAN MASALAH
PERNYATAAN MASALAH

Berpendapatan Rendah
kajian oleh (Norlida et al., 2012) di kawasan
perkampungan Sungai Ruil, Cameron
Kadar Kemiskinan Tinggi Highland mendapati bahawa majoriti Orang
Rancangan Malaysia kesepuluh,
Asli masih berpendapatan rendah. Terdapat
kerajaan telah mensasarkan untuk
hanya 1.5% daripada komuniti yang
mengurangkan kadar kemiskinan dalam
mempunyai pendapatan RM1500 hingga RM
kalangan komuniti Orang Asli daripada
2000 manakala yang lain adalah kurang
50% pada tahun 2009 kepada 25% pada
daripada RM1500.
tahun 2015 (Azlina & Ma’rof, 2013).
Ekonomi Tidak Maju
kegiatan ekonomi sara diri tidak
maju dan kebanyakan komuniti
Orang Asli adalah miskin (Mohd
Pendapatan Tidak Tetap
Nur Syufaat Jamiran & Seow Ta
Kegiatan ekonomi sara diri yang diusahakan Orang
Wee, 2013).
Asli tidak menjamin pulangan pendapatan yang
tetap dan stabil kepada mereka disebabkan oleh
faktor harga pasaran yang rendah dan mereka turut
ditipu oleh pihak tengah yang mengawal harga
barangan yang di jual (JAKOA, 2011).
Pekerjaan,Tanah, Pendidikan
Tahap kemiskinan yang tinggi
berhubung rapat dengan jenis
pekerjaan, masalah status milikan
Cara Hidup Tradisi
tanah dan tahap pendidikan yang
Cara hidup tradisi Orang Asli merupakan rendah dalam kalangan komuniti Orang
punca utama komuniti tersebut berada di Asli (Khairul Hisyam & Ibrahim, 2007).
bawah paras kemiskinan (Suki Mee, 2005).
Keciciran Pendidikan
masyarakat Orang Asli
mempunyai kadar keciciran
dalam pendidikan yang tinggi
Perangkaan JAKOA mendapati pada
bermula daripada pra sekolah
tahun 1997, sebanyak 16,806 Orang Asli
sehinggalah ke institusi
yang bersekolah di sekolah rendah dan
pengajian tinggi (Doris
sebanyak 3,306 Orang Asli yang
Padmini Selvaratnam et al.,
bersekolah di Sekolah Menengah dan
2012).
hanya 10 Orang Asli yang dapat
memasuki Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA).
Keciciran Pendidikan
kadar keciciran pelajar Orang Asli adalah
lebih tinggi dalam kalangan pelajar sekolah
Kurang Modal, Ilmu dan Kemahiran menengah berbanding sekolah rendah
halangan memajukan masyarakat peribumi (Zainal Abidin, 2008)
yang terlibat dalam projek pelancongan
seperti kekurangan modal, kurang ilmu
pengetahuan dan kemahiran berkaitan
pengurusan perniagaan yang membawa
kesan kepada pembangunan pelancongan
peribumi (Zeppel, 2006).
KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Pembolehubah Tidak Bersandar
Pembolehubah Bersandar
Teori Asas Modal Insan
• Pengetahuan
• Kemahiran
• Sikap
• Keyakinan
• Budaya dan kerohanian
• Ekonomi
(Fredrick, Nancy & Kit Brooks, 2004) • Ekologi
Modal Sosial • Sosial
• Teori Pembangunan (Tikson, 2005)
• Sokongan keluarga
• Teori Kebudayaan (Edward Burnett Taylor, 1871) • Sokongan Pemimpin kampung
(Jenkies, 2003)

• Teori Kelestarian (Jenkins, 2003)) • Sokongan Pemimpin Penjawat Awam


• Teori Eko-Pelancongan (Ceballos-Lascurain, 1996) • Sokongan komuniti
• Teori Pelancongan Budaya (WTO, 1985) (Paul & Seok-Woo Kwon, 2002)
• Teori Pelancongan Peribumi (Hinch & Butler, 1996) Modal Institusi
• Institusi Tempatan Pembolehubah
• Agensi Kerajaan Moderator
• Agensi Swasta
• NGO

(Platje, 2008) • Jantina


Modal Ekonomi • Lokasi
• Umur
Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian. • Modal kewangan
• Etnik
• Infrastruktur
Adaptasi daripada Model Pelancongan • Skim pembiayaan awam dan swasta (Ramlee Abdullah, 2008; Mustaffa Omar,
Kerangka konseptual kajian. Adaptasi daripada • Pembiayaan NGO untuk usahasama eko- 2004; Hauser & Duncan,1959)
pelancongan
Model Pelancongan Peribumi (Hinch & Butler, • Pemasaran
1996); Model Berasaskan Komuniti (Vesna et
(Hinch & Butler, 1996; Scheyvens, 1999; Johnston, 2003)
al., 2014) dan Model Kelestarian Pelancongan
Modal Alam Sekitar
Peribumi (Jenkies, 2003)an Model
• Penjagaan alam sekitar peribumi
Kelestarian Pelancongan Peribumi • Sara hidup menggunakan alam sekitar
(Jenkies, 2003) (Garen, 2000 & Buckley, 2003)
Objektif kajian
i. Mengenalpasti bentuk penglibatan Orang Asli dalam aktiviti
pelancongan peribumi
ii. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kelestarian
pelancongan peribumi.
iii. Membangunkan model kelestarian pelancongan peribumi dalam
komuniti masyarakat Orang Asli.
Persoalan Kajian
i. Apakah bentuk penglibatan Orang Asli dalam aktiviti pelancongan
peribumi?
ii. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kelestarian keupayaan
pelancongan peribumi?
iii. Bagaimanakah ciri model kelestarian pelancongan peribumi dalam
komuniti masyarakat Orang Asli?
Batasan Kajian Pemilihan tempat di Mah
Meri disebabkan oleh
hanya suku kaum Mah
Meri yang
Agensi kerajaan yang terlibat
dengan pelancongan mendominasikan seni
peribumi, pengusaha ukiran ukiran kayu khususnya
dan anyaman, tok batin dan ukiran patung dan topeng.
Jawatan Kuasa Kampung
serta pemandu pelancong
dipilih sebagai sampel kajian

Kajian ini hanya tertumpu


kepada masyarakat Orang
Asli Mah Meri, Kampung
Sungai Bumbum, Pulau
Carey, Selangor,

Pengumpulan data yang dilakukan adalah


menggunakan soal selidik, temubual dan
pemerhatian.
Masukkan definisi Operasional
dan prbaiki pernyataan masaalah
Model Pelancongan berasaskan
Model Ekopelancongan- Komuniti- Hasil dua integrasi
Model Pelancongan Berasaskan
pelancongan mapan haruslah pendekatan iaitu pendekatan atas
Budaya merupakan perjalanan
berfokus tentang alam sekitar ke bawah (bottom up) dan
untuk membiasakan seseorang
dan komuniti tempatan (Ross & pendekatan bawah ke atas (top
dengan budaya yang ada di
Wall, 1999) down) dalam startegik perancangan
sesebuah kawasan (WTO, 1985)
pembangunan komuniti luar bandar
(Vesna et al., 2014).
Model Pelancongan Peribumi -
pelancongan peribumi adalah
kawalan aktiviti pelancongan Model Kelestarian-
yang mana masyarakat Orang dibahagikan kepada tiga
Asli terlibat secara langsung iaitu ekonomi, ekologi,
serta budaya mereka menjadi dan sosial (Jenkies, 2003)
intipati tarikan (Hinch &
Butler,1996 ).
METODOLOGI
• Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dengan menggunakan protokol temu
bual (temu bual secara mendalam dan bersemuka), senarai semak pemerhatian
(Bengkel Kiosk, Muzium Culture Village) dan analisis dokumen (kertas kerja berkaitan
kursus-kursus yang akan dijalankan di pusat kraftangan Kg. Sg. Bumbum Pulau Carey
dan sebagainya) sebagai alat mengumpul data.
Sambungan…
• Sampel kajian terdiri daripada 12 Orang Asli dan 13 orang agensi tempatan. 12 Orang
Asli terdiri daripada 5 orang pengusaha anyaman, 4 orang pengusaha ukiran, 1 orang tok
batin, 1 orang pemandu pelancong, 1 orang Jawatan Kuasa Kampung. Manakala 13
orang agensi terdiri daripada 6 orang agensi JAKOA, 3 orang Kraftangan Malaysia, 2
orang agensi Majlis Daerah dan 2 orang daripada Kementerian Pelancongan
menggunakan kaedah persampelan bertujuan

• Lokasi kajian- Perkampungan Orang Asli Sg. Bumbum Pulau Carey, Selangor.
KAJIAN RINTIS
• Di perkampungan Orang Asli di Lata Kinjang, Chenderiang, perak.
• Untuk menentukan tahap kefahaman peserta kajian terhadap soalan temu bual khususnya kepada
Orang Asli
• Instrumen soalan temu bual disahkan oleh 5 orang pakar dalam bidang pelancongan dan Orang
Asli.
• Justifikasi kawasan ini dipilih kerana perkampungan Orang Asli di Lata Kinjang, Chenderiang, Perak
turut mengusahakan pelancongan peribumi (JAKOA, 2016).
• pengurus yang menguruskan pelancongan peribumi, pengusaha dan pekerja produk pelancongan
peribumi, tok batin dan pihak JAKOA yang dipilih sebagai sampel kajian.
Proses Kesahan dan Kebolehpercayaan
Bil
Jenis Kesahan/Kebolehpercayaan Perlaksanaan

1
Triangulasi Melalui perbandingan data temu bual dibandingkan dengan dokumen dan

pemerhatian

2
Pemeriksaan Ahli Transkrip temu bual diberikan semula kepada informen untuk disemak,

dibetulkan dan disahkan

3
Audit Pengekodan Dua pakar dilantik bagi melihat kesesuaian terhadap proses pengekodan yang

dijalankan

4
Penglibatan yang berpanjangan di lapangan Proses kajian bermula dari Disember 2017 sehingga Oktober 2017
Sambungan
Dapatan, perbincangan dan rumusan
Objektif kajian 1: Bentuk Penglibatan masyarakat Orang Asli dalam
Pelancongan Peribumi
1. Anyaman
Menurut informen A4 kegiatan seni anyaman ini memang sudah lama
dijalankan sejak dahulu lagi dan penglibatan beliau dari segi anyaman sejak
beliau masih dibangku sekolah. Perkara ini dinyatakan oleh beliau seperti
berikut:-

“...Saya membuat anyaman sejak dari kecil…bermula daripada 2003


tarian…anyaman memang dah ada…sejak dari zaman dulu-
dulu…moyang dulu untuk guna sendiri-sendiri...kalau ada
persembahan tu untuk guna sendiri masyarakat setempat…”
(A4/P/16)
Sambungan
2. Ukiran Patung dan topeng
Orang Asli Mah Meri yang terdiri daripada kaum lelaki membuat ukiran
patung dan topeng untuk menjana pendapatan mereka.

“...Kalau masyarakat Mah Meri ni daripada ukiran je lah ukiran


patung, topeng. Kalau anyaman pulak oligami apa yang Orang
Asli buatlah…” (P2/L/16)

“…Pulau Carey ni kepakaran dia orang ni ukiran patung dan dia


ada tarian topeng kebudayaan dan kita telah bantu membina
pusat budaya di situ...” (B4J/P/20)
Sambungan
3. Tarian Jo’oh
Tarian Jo’oh yang diamalkan oleh suku kaum Mah Meri keunikannya
dapat dilihat dari pakaian yang dipakai iaitu baju terdiri daripada kulit
kayu dan hiasan yang dipakai oleh penari terdiri daripada daun yang
turut dianyam.
“…Tarian ini keunikan dia menggunakan pakaian seperti daun-
daun pun dianyam semula...setiap tarian baharu mesti
menggunakan anyaman-anyaman baharu…fresh lagi...iaitu
bajunya kulit kayu…tarian topeng…” (A5/P/22)
Sambungan
4. Cara Hidup
Semasa penyelidik menjalankan pemerhatian di perkampungan Orang Asli
Sg. Bumbum, pelancong berminat untuk mencuba kaedah menyumpit yang
digunakan oleh Orang Asli dalam menyumpit binatang bagi menampung
makanan harian mereka
Orang Asli menggunakan sumber alam sekitar seperti buluh untuk membuat
rumah dan cawan. Mereka menggunakan hasil hutan dengan sebaiknya.
Perkara ini juga merupakan salah satu tarikan pelancong untuk melihat cara
hidup yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli Mah Meri
“…Kita pakai sumpit…buluh tu kita buat rumah...kita buat
cawan...kita buat apa yang alam sekeliling kita ada ni kita
gunakan…contoh dari segi perkahwinan ke apa ke...kita
selalunya cari sumber-sumber sayuran dekat hutan…barang- barang
basah ayam ke apa ke…kat sini kalau ada ayam hutan ke apa ke
kita cari macam tu la...” (TG/P/163)
Sambungan
5. Perayaan
Budaya yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli Mah Meri dari segi
budaya dan kerohaniannya antaranya ialah sambutan hari moyang dan
upacara perkahwinan.
“…Macam budaya ni yang selalu kita amalkan contoh macam
tadilah untuk hari moyang ni…kalau macam waktu apa ni
perkahwinan tu kita buat upacara tradisional lah...memang kita
cara lama lah…adat pun cara lama jugaklah…” (P2/L/46)
Faktor-faktor yang mempengaruhi Kelestarian
Pelancongan Peribumi dari aspek Modal Insan
1. Pengetahuan
1.1 Menganyam dan membuat persembahan
Dari segi pengetahuan, Orang Asli Mah Meri pandai menganyam dan membuat
persembahan
“...macam saya lah buat persembahan...pastu tengok anyaman daripada
daun mengkuang daripada daun nipah…dan jugak saya sendiri bercerita tentang
kisah-kisah nenek-nenek moyang kami dulu...saya memang ada aktiviti kadang diaorang
(pelancong) datang rumah saya…tidor rumah saya...” (MINS: A1/P/18)

Pelancong berkunjung ke perkampungan sungai bumbum, masyarakat Orang Asli akan


mengajar cara untuk menganyam daun mengkuang dan daun nipah.
“...Jika pelancong datang sini nak bagi mereka belajar menganyam
mengkuang dengan nipah la...ajar diaorang (pelancong) menari untuk buat
persembahan...” (MINS: A3/P/18)
2. Kemahiran
2.1 Kreativiti
Suku kaum Mah Meri turut mempunyai kreativiti dari segi mewarna
produk anyaman misalnya “bookmark” atau penanda buku. Tujuan
warna dilakukan adalah untuk mencantikkan lagi produk anyaman
tersebut. Antara warna-warna yang menarik seperti warna pelangi.

“…Warna lah…buat warna-warna yang menarik...warna


pelangi….warna suram-suram...kalau bookmark banyak
pattern...tarian...ada yang saya reka ada yang ikut zaman
dulu...campur...tarian topeng zaman dulu...” (MINS: A4/P/22)
3. Sikap
3.1 Bersatu hati
pengukir-pengukir perlu mempunyai sikap usahasama dalam memperkenalkan
produk kraftangan, kesenian dan kebudayaan suku kaum Mah Meri. Mereka juga
perlu bersepakat dalam menyelesaikan isu atau masalah yang timbul.

“…pengukir-pengukir ni kena bersatu hati untuk menjual produk- produk


macam kraftangan...yang keduanya kena banyak ada usahasama la…untuk
sama-sama memperkenalkan kraftangan, kesenian dan kebudayaan tak ada
orang nak memperkenalkan sebenarnya pengukir tu sendiri kena sepakat...ketua
tu patut sama- sama berbincang walaupun dia ada pahaman
lain...walaupun ada lain-lain pemikiran ke...tapi patut bincang untuk selesaikan
masalah ni…sama-sama bincang…patutnya hal-hal ini dibawa keatasan untuk
dijadikan tindakan bersama...sebenarnya benda ni serius…tapi dia orang ni
macam ketua ni…dia macam tak memandang serius...” (MINS:P1/L/85)
4. Keyakinan
keyakinan perlu ada dalam belajar mengukir untuk menghasilkan
ukiran yang unik dan pelbagai bentuk.

“…saya nak belajar daripada ukiran muka...boleh ke tak ni…kena


yakin jugak ni...saya nak piker dalam otak saya ni la...kenapa kita
tak pelbagaikan kemahiran ukiran kita...kan ukiran patung ni
memang ada dah…nak lebih lagi daripada situ...” (MINS:
P2/L/85)
5. Budaya dan kerohanian

Budaya suku kaum Mah Meri merupakan tinggalan nenek moyang


mereka dahulu kala dan generasi muda mempunyai inisiatif untuk
mengamalkan budaya yang diwarisi oleh mereka.

“...Budaya ni itulah semua ni masing-masing jangan plak harap


kawan je kalau budaya ni saya nasihat pada anak sayalah
budaya ni awak jangan tinggal la ini nenek moyang kita dulu
kalau tak siapa lagi itu saje saya pesan kat anak saya je lah...”
(MINS: P2/L/105)
Faktor-faktor yang mempengaruhi
Kelestarian Pelancongan Peribumi dari
aspek Modal Sosial
1. Sokongan keluarga
keluarga sentiasa menyokong usaha yang di lakukan dalam
menghasilkan produk pelancongan peribumi.
“…Keluarga saya lagi menyokong...kalau boleh tu diteruskan
katanya…dulu ayah kita buat mengukir...ayah dah tak ada
kenapa adik tak teruskan…” (MS: P4/L/154)
2. Sokongan Pemimpin kampung
Tok batin sentiasa memberikan sokongan terhadap program yang
dijalankan oleh anak-anak buahnya.

...ada kalau tok batin ada jugak bagi sokongan...dia akan bagi
dorongan even kita pergi jumpa dia kita borak-borak dengan
dia...dia akan cakap la…saya sokong apa yang anak-anak buah
saya buat…” (MS: TG/P/80)
3. Sokongan Pemimpin Penjawat Awam
Pihak tourism Malaysia ada membantu dalam mempromosikan hasil
kraftangan dengan menghantar Orang Asli untuk membuat
persembahan di Langkawi
“…Tourism Malaysia dia macam hantar saya buat persembahan
dekat Langkawi...promosi kraftangan ada jugak...”
(MS:A4/P/114)
Kementerian Pelancongan membantu dalam mempromosikan produk
pelancongan peribumi kepada masyarakat luar.
“…Itu memang kementerian pelancongan punya business as long
as kita ada nak promosi Malaysia...kita ada produk
pelancongan sedia ada...so, memang kita buatlah tapi
bergantung pada perancangan bajetlah benda tu...” (B2E/P/58)
4. Sokongan Komuniti
Kawan-kawan turut memberikan komitmen terhadap perusahaan produk
kraftangan yang dijalankan. Tambah beliau lagi, persefahaman antara rakan
sekerja itu penting dalam meningkatkan kualiti hasil kraftangan
“...kawan-kawan yang mana kita boleh
percayai...komitmen...persefahaman tu adalah...”
(MS: P2/L/232)
Persembahan kebudyaan yang dilakukan oleh Orang Asli Mah Meri bertujuan
meneruskan warisan kesinambungan yang diamalkan oleh mensyarakat
Orang Asli.
“…Macam persembahan kebudayaan macam tu diaorang bagi
sokongan...yang produk-produk apa semua kan...diaorang buatlah
kalau kata program-program apa kan kita panggil la...diaorang boleh
bagi support la...” (MS: JKK/L/70)
Mengenalpasti Faktor-faktor yang mempengaruhi
kelestarian pelancongan peribumi dari aspek Modal
Institusi
1. Institusi Tempatan
Menurut informen pengukir P2 menyatakan bahawa institusi tempatan ada
memberikan galakkan dengan cara menyuruh mengekalkan budaya dan bahasa
yang telah diamalkan sejak turun temurun.
“...Ada...pertolongan tu...dia cakap awak kekalkan...ini budaya
awak…bahasa awak…cerita awak...tak boleh tinggallah katanya...rugi
katanya…NGO sama jugaklah...” (MINT: P2/L/244)
Di Kampung Sg. Bumbum IPTS turut akan masuk ke kampung untuk menjalankan
kajian.
“…macam di Sg. Bumbum pun ada IPTS akan masuk la...macam buat
kajian...hari moyang tu ari ada yang dari UM pun ada…professor daripada
UM dari kebudayaan dia tengok hari moyang...maknanya dia pun nampak
la macam mana nak highlightkan...nak promosikan...ye la macam IPTA tadi
kan…IPTA tadi dia semua buat kajian…” (MINT: B3J/L/61)
2. Agensi Kerajaan
Agensi kerajaan tidak memberi bantuan daripada segi kewangan,
bantuan hanya diberikan dari segi membawa masyarakat Orang Asli
pergi keluar untuk mempromosikan barangan.

“…Itulah…bengkel ni kraftangan Malaysia...agensi lain tak ada


lagi la...biasanya JAKOA pun ada jugak lah...dia bukannya duit
la...daripada pertolongan je la...pertolongan bawa keluar untuk
pameran itu ini lah...kalau duit tu memang dia tak
ada...peralatan pun bengkel tu pun...kekadang tu saya minta
jugak…bengkel apa mesin-mesin yang tak sesuai dipakai...saya
mintak la mesin potong kayu...meja tu...” (MINT: P2/L/246)
3. Agensi Swasta

Agensi Swasta memasuki Pulau Carey dari segi institusi JAKIM. Agensi
swasta ini masuk melalui mualaf-mualaf yang baru memeluk Islam.

“…swasta ni banyak CSR lah…dia masuk mungkin dari segi agensi


JAKIM...dia masuk on mualaf-mualaf yang baru menganut
agama Islam kan...lepas tu ada NGO ataupun syarikat swasta
yang masuk dia just buat gotong-royong beramal mesra dengan
orang kampung ada yang masuk aarr...bagi macam tenaga
solar...bantuan solar dia bagi kepada orang kampung...” (MINT:
B4J/P/62)
4. NGO
Pihak NGO turut memberikan kerjasama dalam membantu masyarakat
Orang Asli untuk memasarkan produk kraftangan mereka. Perkara ini
dijelaskan oleh beliau seperti berikut:-
“...NGO tu adalah dia amik produk-produk anyaman, ukiran dia
adalah...tapi saya tengok sejak kebelakangan ni memang hari
sabtu memang NGO ni pergi ke KIOSK-KIOSK ukiran ni tadi lah
untuk mendapatkan tempahan tu lah...itu saya kata tadi NGO
datang ke kg amik tempahan...anyaman pun begitu jugak...tikar
mengkuangnya memang NGO amik...” (MINST: TK/L/79)
Mengenalpasti Faktor-faktor yang mempengaruhi Kelestarian
Pelancongan Peribumi dari aspek Modal Ekonomi
1. Modal Kewangan
Agensi kraftangan Malaysia ada memberikan bantuan sara hidup. Perkara ini
dinyatakan oleh beliau seperti berikut:-
“...Bab tu susah sikit nak jawab tu...kadang-kadang tu...kalau nak
kutip derma dari kampung ni memang tak ada banyak la...sikit
la...kemungkinan ada daripada agensi kraftangan Malaysia...ada
bagi bantuan sara hidup...tapi dah lupa...dah lama dah...terima
kasih lah...” (ME: P3/L/130)
Pihak agensi kraftangan Malaysia ada memberikan bantuan berbentuk elaun
bahan mentah. Perkara ini dinyatakan oleh beliau seperti berikut:-
“...Elaun bahan mentah tu kalau kita amik dia bayar le...bahan
mentah yang kita amik cuma had tertentu je...tak semua semestinya
kita amik tak ada…” (ME: P4/L/215)
2. Infrastruktur
Masalah kewangan yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli untuk
menyewa tapak kedai bagi menjual produk kraftangan mereka

“…Masalah nak menyewa tapak untuk nak jual produk


kraftangan...mahal...masalah untuk nak pasarkan barang sebab
saya ada kerja lain yang lebih penting…” (ME: A4/P/148)
3. Skim Pembiayaan Awam dan Swasta
Kebanyakkan masyarakat Orang Asli tidak berminat dengan
pembiayaan pinjaman sebagai modal awal untuk memulakan
perniagaan.

“…belum ada lagi walaupun kita cuba bantu macam TEKUN


masyarakat Orang Asli belum bersedia lagi...ada yang dah
berminat tapi jumlah Orang Asli yang berminat tu kurang...”
(ME: B3J/L/84)
4. Pembiyaan NGO untuk Usahasama Ekopelancongan
JAKOA juga ada mendapat tahu terdapat NGO yang memberi dana
bantuan kepada masyarakat Orang Asli namun begitu bilangannya
adalah sedikit sahaja. Perkara ini dijelaskan oleh beliau seperti berikut:-

“…Ekopelancongan ni untuk NGO ada tapi sangat terhad


lah...aarr...saya dipahamkan ada juga NGO-NGO yang bagi dana
tapi tak sebanyak manalah…” (ME: B3J/L/86)

“...biasanya memang kerjasama dengan NGO…sebab dia industri


player...industri player memang kadang-kadang
association…persatuan-persatuan…” (ME: B2E/P/112)
5. Pemasaran
Pemasaran dari segi promosi produk kraftangan agak perlahan
disebabkan oleh sumber-sumber hasil hutan yang semakin
berkurangan.
“…saya memandang daripada mata saya sendiri promosi agak
lembap sikit tak selancar mana disebabkan oleh bahan-bahan
material agak susah…kadang-kadang mengambil masa...pastu
untuk kesenian tu untuk anyaman kebudayaan tu pun jauh
sekarang nak amik bahan-bahan tu...bahan-bahan atap nipah
tu...pucuk nipah bukan nak amik yang ni...sekarang banyak
yang...kalau nak buat anyaman untuk kesenian tu dia
memerlukan pucuk yang panjang...sebab bahan-bahan
perhiasan tu agak memanjang...panjang-panjang...banyak guna
daun...tulah...macam tu...” (ME: P1/L/65)
Mengenalpasti Faktor-faktor yang
mempengaruhi Pelancongan Peribumi dari
aspek Modal Alam Sekitar
1. Penjagaan Alam Sekitar Peribumi
Masalah untuk penanaman kayu nyireh batu disebabkan oleh apabila
masyarakat Orang Asli menjalankan penanaman semula, tanah tersebut
diteroka untuk tujuan membuat kebun kelapa sawit
“...Macam untuk tanaman semula ada dua material disini satu nyireh
batu kayu...tapi memang agak terlewat...masalah bila kita tanam
tanah tu diteroka untuk buat kebun kelapa sawit...habis...tak ada
hutan lagi sebenarnya yang ada kayu ni hanya di bibir-bibir sungai je
tu...hutan di bibir-bibir sungai je tu...tiada spek untuk hutan lagi dah
dalam seeker dua dah tak ada dah...cuma yang ada tumbuh-tumbuh
pun di persisir sungai tu...hutan paya bakau yang sungai-sungai itu je
yang tinggal...ada-ada...tapi jauh...nak tanam sekarang ni pun jadi
masalah...” (MAS: P1/L/87)
2. Sara hidup dalam membangunkan Pelancongan Peribumi
Kemusnahan hutan paya bakau yang agak teruk telah merosakkan tanam-tanaman daun
nipah yang mana daun nipah ini digunakan untuk menghasilkan produk kraftangan seperti
anyaman.

“…Untuk pucuk nipah rasanya tak ada...tak ada cerita untuk buat
penanaman semula...tapi kebanyakkannya sekarang ni untuk paya bakau agak
susah kita tengok kemusnahan paya bakau tu agak teruk...macam
hakisan…sungai tu terhakis rosakkan tanaman-tanaman nipah...” (MAS: P1/L/69)

“...Kalau boleh Jabatan Perhutanan adakan balik hutan bakau...itu yang


penting…usahkan banyak…sikit pun jadi la…ni pokok apa ni pokok apa…bukan
setakat pelancong je…anak-anak kita…generasi baru ni memang dah tak tahu
benda-benda hasil laut...contoh macam hutan bakau tu...macam mana tu...saya
rasa memang agak sedih la…sebab banyak yang hilang…” (MAS: A1/P/121)
Tema Baharu yang muncul dari dapatan kajian
empirikal
1. Keagamaan
Menurut informen anyaman A3, guru besar beliau ada membawa beliau untuk memasuki agama Islam dan
beliau turut telah memasuki agama Islam. Perkara ini dinyatakan oleh beliau seperti berikut:-

“…Guru Besar saya ada bawa peluk agama Islam...saya dah mengucap syahadah, pakai tudung…”
(MINS: A3/P/16)

Pihak JAKOA seharusnya memainkan peranan dalam menarik minat masyarakat Orang Asli untuk memasuki
agama Islam.

“…Orang Asli ni saya tak tahu beragama apa some ada yang tak ada agama…some ada yang
budhha kebanyakkan Kristian dan kita kalau bersandarkan kepada Islam kewajipan tu terletak
kepada kitalah pemerintah dan sebagainya...kita ada kuasa, maknanya kalau masuk diperingkat
penerangan apa itu Islam...apa kebaikan…apa perbezaan Islam dengan agama-agama lain rasa saya
itu JAKOA boleh mainkan peranan…” (MINS: B1E/L/40)
2. NBOS (National Blue Ocean Sea/ Kerjasama Lautan Biru)
Kerjasama daripada NGO dan agensi tourism selangor dari segi kebudayaan
dan anyaman masyarakat Orang Asli Mah Meri.
“...Ada…daripada NGO ada, daripada tourism Selangor…tourism
menyokong dari segi kebudayaan dan anyaman jugak la...” (MS:
A1/P/74)
Jabatan Pertanian dan Perbadanan Kraftangan Malaysia turut melatih dari
segi anyaman. Di samping itu, Jabatan Pertanian turut mengantikan
peralatan periuk dan rak-rak yang tidak elok lagi yang ada di bengkel.

“...Jabatan Pertanian bagi bengkel...melatih saya anyaman…aswara


melatih tarian...mengajar menyanyi, main muzik...jabatan pertanian
melatih anyaman, ganti peralatan periuk, rak-rak ni semua jabatan
pertanian digabung dengan perbadanan kraftangan Malaysia…” (MS:
A4/P/100)
3. Sayang akan Alam Sekitar
Masyarakat Orang Asli mempunyai rancangan untuk mencantikkan
perkampungan mereka. Perkara ini dinyatakan oleh beliau seperti
berikut:-
“...Contohnya kalau kata nak bersih tu...kalau boleh nak
cantikkan lagi macam hias apa-apa ke barang-barang yang
dulu-dulu tu...kalau boleh cantikkan lagi kampung kita ni...kita
punya plan tu ada...” (MAS: A1/P/113)

Dapatan ini juga turut disokong oleh agensi JAKOA, B4J yang
menyatakan bahawa masyarakat Orang Asli di kampung Sg. Bumbum
telah mula mencantikan kawasan perkampungan mereka.
“...kalau Kg. Sg. Bumbum Orang Asli dah mula mencantikkan...”
(MAS: B4J/P/86)
Model Kelestarian Pelancongan Peribumi
di Pulau Carey
Implikasi kajian (Teoritikal)
• Secara keseluruhannya, kajian terhadap Kelestarian
Pelancongan Peribumi di Pulau Carey telah menyokong kelima-
lima modal yang ada dalam kerangka konseptual kajian.
• Hasil dapatan empirikal menunjukkan pelbagai produk
kraftangan dan kebudayaan Orang Asli diketenghkan kepada
pelancong. Hasil dapatan ini turut disokong dengan teori
pelancongan peribumi yang menyatakan bahawa pelancongan
peribumi ialah keterlibatan komuniti Orang Asli yang terlibat
secara langsung dalam industri pelancongan (Hinch & Butler,
1996).
Cadangan Kajian Masa Hadapan
• Dicadangkan agar satu kajian mendalam dapat dilaksanakan di
kawasan selain daripada di Pulau Carey untuk menerokai
pelancongan peribumi yang lain bagi melihat lebih banyak
tempat-tempat yang boleh dijadikan sebagai kawasan
pelancongan peribumi.

• Dicadangkan juga agar satu kajian yang mendalam dan


berfokus menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dapat
dilaksanakan dalam melihat kelestarian pelancongan peribumi
ini. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan perspektif yang
mendalam mengenai kelestarian pelancongan peribumi
Penerbitan Jurnal & Prosiding
• Noraini Mohd Shah, Ridzwan Che' Rus, Ramlee Mustapha, Mohd Azlan Mohammad Hussain
& Norwaliza Abdul Wahab. (2018). The Orang Asli Profile in Peninsular Malaysia:
Background & Challenges. International Journal of Academic Research in Business & Social
Sciences. Vol. 8, No. 7, July 2018, Pg. 1157-1164
• Noraini Mohd Shah, Ridzwan Che' Rus, Ramlee Mustapha, Mohd Azlan Mohammad Hussain
& Norwaliza Abdul Wahab. (2018). Sustainable Tourism for Peninsular Malaysia's
Indigenous Peoples: A Summary, Background and Issues. International Journal of
Academic Research in Business & Social Sciences Vol. 8, No. 7, July 2018, Pg. 1094 - 1101

• Noraini Mohd Shah, Ridzwan Che' Rus, Ramlee Mustapha, Mohd Azlan Mohammad Hussain,
Norwaliza Abdul Wahab. (2018). Lack Of Forest Product Source For The Sustainable
Tourism Sustainability Of Mah Meri Orang Asli: A Case Study In Selangor Carey Island.
The Emerging Trends of TVET and Social Sciences in Asia Pacific Countries Vol 10, No 3-3
• Noraini Mohd Shah, Ridzwan Che' Rus, Ramlee Mustapha, Mohd Azlan Mohammad Hussain,
Norwaliza Abdul Wahab. (2018). Sustainable Indigenous Tourism: A Case Study in Tapah,
Perak. The Emerging Trends of TVET and Social Sciences in Asia Pacific Countries Vol 10,
No 3-3
SEKIAN
TERIMA
KASIH

NORAINI BINTI MOHD SHAH


P20151000933

You might also like