Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT

KOMUNITI

TARIKH:

14 FEBRUARI 2023 (SELASA)

TEMPAT:

MASJID MATA AYER PERLIS

ANJURAN:

JABATAN PENDIDIKAN UMUM/ UNIT TERAS UMUM


BERSAMA PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI

PELAJAR TAHUN 1 DIPLOMA


MPU2412 KHIDMAT KOMUNITI
KOLEJ VOKASIONAL ARAU

1
1.0 PENGENALAN

Program Khidmat Komuniti memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengasah


dan mengembangkan potensi diri dan kemahiran pelajar dalam pelbagai bidang luar. Selain
itu, program ini mampu mewujudkan hubungan baik antara Kolej Vokasional Arau dengan
agensi luar seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, masyarakat kampung dan sebagainya.
Program khidmat komuniti ini juga bagi memenuhi keperluan kursus MPU2412 Khidmat
Komuniti bagi Tahun 2023. Justeru Masjid Mata Ayer telah dipilih sebagai lokasi untuk
program ini.

2.0 RASIONAL

1. Pendedahan kepada pelajar mengenai aktiviti khidmat komuniti yang dijalankan di


lokasi yang dipilih.

2. Mengajar pelajar agar bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.

3. Mendidik pelajar agar berkhidmat dalam program aktiviti sukarelawan yang


dijalankan di rumah ibadat.

4. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang tingginya komitmen dan aspirasi negara
bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan bebas daripada masalah
sosial.

2
3.0 OBJEKTIF

1. Melatih pelajar bekerjasama dalam satu pasukan untuk mengendalikan kerja gotong-
royong dan kebajikan di luar kawasan kolej.

2. Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada ahli
masyarakat, golongan orang yang kurang bernasib baik dan terpinggir.

3. Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan
melalui pemerhatian terhadap golongan yang kurang bernasib baik

4. Melalui pengalaman menarik yang dijangka dapat memberikan banyak faedah


kepada para pelajar dan boleh diaplikasikan pada masa hadapan.

3
4.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

JAWATAN NAMA
Penasihat I Rohaizad bin Rezuan
Penasihat II En Azhar Saifulizan bin Zainal Abidin
Pensyarah Kursus : En Shahri bin Abd Ghani
(Penyelaras Projek)
Pengarah Projek Muhammad Ezzat Jauhari bin Jalani
Setiausaha Muhammad Thaqif bin Shahidin
Bendahari Muhammad Haikal bin Muhar
AJK : Muhammad Syafiq bin Khairudin
Pengangkutan/Peralatan
Makanan & Minuman Nur Athiqah binti Mohd Soid
Hadiah & Cenderamata Nur Athiqah binti Mohd Soid
Promosi/Banner Semua Pelajar 1 DVM Teknologi
Tugas-tugas Khas Pemesinanan Industri terlibat
(Gotong-Royong)

5.0 Butiran Program

Tempat : Masjid Mata Ayer

Tarikh : 14 Februari 2023

Hari : Selasa

Masa : 8.30 Pagi hingga 3.30 Petang

6.0 Sasaran Pelajar

15 orang (pelajar tahun 1 DVM Pemesinan Industri) bersama seorang pensyarah

7.0 Strategi Perlaksanaan

Masa Aktiviti
7.50 Pagi Berkumpul Di Dewan Kolej Vokasional Arau
8.15 Pagi Bertolak ke Masjid Mata Ayer
8.30 Pagi Tiba Di Masjid Mata Ayer
Taklimat Ringkas Oleh Pegawai Bertugas
10.00 Pagi Aktiviti Gotong-Rotong membersihkan kawasan
11.00 Pagi Rehat
11.30 Pagi Aktiviti mengecat , menyelenggara penghawa dingin masjid
1.00 Petang Makan Tengah Hari /Solat
2.00 Petang Penyampaian Cenderamata/Ucapan Penutup
3.30 Petang Bertolak balik ke Kolej Vokasional Arau

4
8.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN SUMBER


1 Peruntukan WANG PCG
BENGKEL
MPI DAN MPIBG
2 Pengangkutan Bas kolej
3 Makan pagi 16 x RM 5.00 RM 80.00 SUMBANGAN
MPIBG
Makan tengah hari 16 x RM8.00 RM 128.00 RM 80.00
RM 128.00
RM 208.00

4 Peralatan/bahan gotong-royong WANG PCG


BENGKEL

1. Plastik sampah RM 10.00 X 5 RM 50.00


2. Penyodok longkang RM 8.00 X 4 RM 40.00
3. Penyapu RM 8.00 X 8 RM 64.00
RM 154.00
JUMLAH
RM 362.00

9.0 PENUTUP

Diharap dengan menyertai khidmat komuniti ini, dapat membuka minda pelajar
disamping memberi peluang kepada pelajar untuk melihat dengan lebih dekat lagi dengan
corak kehidupan masyarakat luar dan menghargai mereka.

Disediakan oleh : Disokong oleh :

………………………………………. ………………………………………
MUHAMMAD EZZAT JAUHARI BIN JALANI EN AZHAR SAIFULIZAN BIN
Pengarah Program ZAINAL ABIDIN
Khidmat Komuniti di Masjid Mata Ayer Ketua Jabatan Mekanikal dan
Kolej Vokasional Arau Pembuatan
Kolej Vokasional Arau

Diluluskan oleh :

……………………………………….
ROHAIZAD BIN REZUAN
Pengarah
Kolej Vokasional Arau.

You might also like