Proses Penanaman Pisang

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Proses Penanaman

Tanaman pisang memerlukan suhu optimum di antara 25 - 28 °C. Suhu yang


rendah akan memberi kesan yang negatif kepada pertumbuhan batang, daun
dan juga melewatkan kematangan pokok.

Bagi memastikan pertumbuhan yang baik, pokok pisang sangat memerlukan


cahaya yang optima (ruang yang terbuka). Jika terdapat lindungan,
pertumbuhan batang palsu (pseudo) akan berterusan dan pokok akan
bertambah tinggi. Tempoh kematangan juga akan berlarutan lebih dari
keadaan biasa.

Suhu yang terlalu tinggi serta pendedahan kepada cahaya yang berpanjangan
akan mengakibatkan buah melecur. Tiupan angin turut mempengaruhi
pertumbuhan pokok pisang. Angin yang kuat akan merosakkan daun dan
mematahkan pucuk serta merendahkan mutu pisang. Penanaman pisang tidak
digalakkan di kawasan yang terdedah kepada tiupan angin melebihi 15 km/jam.

Tanaman pisang memerlukan hujan yang mencukupi, iaitu di antara 1500 - 2500
mm/tahun, terutama di peringkat pengeluaran jantung atau bunga. Manakala
kelembapan relatif adalah melebihi 60 %. Kawasan yang mengalami musim
kemarau melebihi sebulan tidak sesuai untuk tanaman pisang kecuali ada sistem
pengairan. Pisang juga tidak sesuai ditanam di Kawasan terendam air untuk
suatu tempoh yang lama. Daun pisang akan bertukar warna kepada kuning, layu
dan akarnya akan mati jika terendam dalam air melebihi 24 jam.

Penyediaan Prasarana

Penyediaan kemudahan asas ladang amat perlu supaya penyelenggaraan dan


penyeliaan di ladang lebih teratur. Jalan ladang yang terancang memudahkan
penghantaran input-input pertanian dan pengeluaran hasil ladang. Jalan
ladang perlu disediakan mengikut kawasan atau blok berdasarkan pada luas
ladang, bentuk muka bumi, kedudukan kemudahan pengurusan dan rumah
pengendalian. Saliran yang baik dan mencukupi adalah penting bagi mengelak
air bertakung.

Pembinaan sistem perparitan selebar 4 kaki x 5 kaki (dalam) di sekeliling kawasan


tanaman bagi menggantikan pembinaan pagar kawasan yang menggunakan
kos yang tinggi. Sistem perparitan ini berfungsi mengawal dan mengelakkan air
dari bertakung di dalam kawasan tananam. Selain dari itu, ia juga boleh
digunakan untuk menghalang haiwan ancaman seperti babi, lembu dan lain lain
untuk masuk kedalam kawasan tananam sekaliguss merosakkan tanaman.
Bersebelahan dengan sistem perparitan yangn dibina, jalan perlu dibina bagi
memudahkan urusan pengurusan di dalam ladang.

Penyediaan Kawasan

Oleh kerana tapak cadangan tanaman mempunyai dua zon iaitu zon bukit dan
zon rata. Maka, dua kaedah penyediaan kawasan perlu di jalankan.

Zon Bukit
Kawasan semak samun perlu di potong dan di kumpul sebelum dibakar.
Seterusnya, tunggul hendaklah di bersihkan seterusnya dijalankan proses
pembajakan yang minimum. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku
kerosakan dan gangguan ke atas permukaan tanah yang subur dan gembur.

Zon Rata
Di bahagian zon rata, pembersihan semak samun hendaklah dijalankan.
Seterusnya dibakar dan dibersihkan tunggul. Selepas kerja-kerja pebersihan di
jalankan, kawasan tersebut perlu dibajak piring dua kali dengan kedalaman 20-
25cm dan bajak putar sekali sebelum menanam. Jangka masa antara
pembajakan pertama dan kedua seelok-eloknya melebihi 2 - 3 minggu bagi
mendedahkan akar-akar kepada cahaya matahari dan biji benih rumpai yang
bercambah dapat dimusnahkan semasa pembajakan kedua, pembarisan dan
menggali lubang dilakukan selepas penyediaan tanah

Sekiranya perlu, pengapuran hendaklah dilakukan tidak kurang dari 14 hari


sebelum menanam. Secara umumnya 20 - 25 tan/ha kapur diperlukan bagi
tanah gambut baru, 2-3 tan/ha bagi tanah mineral. Pengapuran elok dilakukan
semasa kerja pembajakan dijalankan supaya kapur boleh digaulkan terus ke
dalam tanah. Kadar kapur yang digunakan adalah bergantung kepada pH
tanah sedia ada.

Penanaman Di Ladang

Persediaan Iubang berukuran 30 cm x 30 cm x 30 cm digali dan diisi dengan


campuran 100 gm baja fosfat (CIRP), 100 gm kapur (Ground Magnesium Lime,
GML), 100 gm baja NPK 8:8:8, 25 gm carbofuran dan 5 kg baja organik seperti
reputan tahi ayam, sebelum benih pisang ditanam. (sumber Jabatan Pertanian
Malaysia).

Jarak tanaman adalah 2 m x 2 m. Jumlah kepadatan pokok pada jarak ini


adalah dianggarkan 1,600 pokok sehektar. Keluasan tanah adalah lebih kurang
2 hektar. Dianggarkan dapat lebih kurang 3,000 akan ditanam. 1,000 pokok
adalah dari jenis pisang tanduk, 1,000 pokok dari jenis pisang Nangka, 1,000
pokok pisang Abu/Awak. Setiap minggu dianggarkan akan ditanam 250 pokok.
Dalam tempoh 3 bulan akan lengkap menanam 3,000 pokok di seluruh tapak
tanaman. (rujuk jadual tanaman dilampirkan)

Pokok induk dibiar tumbuh dari mula hingga peringkat berbuah. Pada 3 - 4 bulan
pertama, hanya satu anak sulur dipilih dan dibiarkan membesar di samping
pokok induk. Pada bulan ke 6 - 7, satu lagi anak sulur dipilih dan dibiarkan
membesar bersama pokok induk. Anak-anak sulur lain yang tumbuh hendaklah
dibuang bagi menjamin kualiti dan pembesaran pokok berlaku dengan baik.
Proses ini diulangi setiap selang 3 – 4 bulan pembesaran anak sulur.

Pengurusan Air / Penyiraman Kaedah Fertigrasi

Pokok pisang memerlukan air sebanyak 8 liter – 12 liter sehari. Bagi pertanian
konvensional, biasanya pokok pisang tidak dibekalkan dengan sistem pengairan.
Pokok pisang mendapat bekalan air dari simpanan air dalam tanah ataupun dari
air hujan. Kaedah ini menyebabkan pokok tidak mendapat bekalan air dan zat
atau pembajaan yang sekata. Oleh itu, pembesaran pokok menjadi tidak sekata
dan pengeluaran hasil turut tidak sekata dan kurang mencapai kualiti yang
maksimum.

Untuk menggunakan kaedah penyiraman sistem fetigrasi, terdapat beberapa


teknik pengairan yang selalu digunakan seperti under tree, furrow, overhead dan
micro sprinkler. Kekerapan pengairan dan jangka masa pengairan bergantung
kepada jenis tanah, cuaca dan penyebaran akar pisang. Jangka masa biasa
diperlukan untuk pengairan ialah antara 20 - 30 minit. Selangan pengairan
adalah antara dua hingga tiga hari.

Persediaan stesen pengurusan fertigrasi di bahagian atas bukit. Menggunakan


sistem graviti bagi mengairi tapak tanaman. Persediaan stesen fertigrasi perlu
disiapkan sebelum proses penanaman dimulakan.

Pengurusan Pokok / Catasan Pelepah

Pelepah yang tua dan berpenyakit hendaklah dicantas dari peringkat awal
tanaman. Pelepah tersebut hendaklah dikumpul dan diletakkan di pangkal
pokok bagi memastikan kelembapan pada bahagian akar pokok.

Penjagaan Tandan Pisang

Bagi mengawal mutu buah pisang kaedah membungkus tandan pisang adalah
sesuai dilakukan. Pembungkusan dapat mengelak serangan serangga pada
buah, geseran dengan daun atau kayu penyokong. Pembungkusan juga dapat
mengelak buah daripada calar atau lebam semasa penuaian, pengumpulan
dan seterusnya pengangkutan ke rumah pembungkusan.
Tandan pisang boleh dibungkus dengan sarung plastik polietilena berwarna atau
kertas perang. Kertas perang mudah terkoyak apabila terkena hujan, manakala
sarung plastik lebih lama jangka hayatnya dan boleh digunakan berulang kali.
Saiz sarung plastik berukuran 75 sm x 120 sm atau saiz yang sesuai dengan tandan
pisang boleh digunakan. Pembungkusan hendaklah dilakukan di peringkat akhir
pembentukan sisir akhir tandan buah. Sebelum pembungkusan, jantung perlu
dipotong terlebih dahulu. Tandan buah dibungkus dengan menyarung sehingga
melepasi sisir utama dan diikat kemas. Pada penghujung tandan dibiarkan
sarung plastik berlebihan menutupi kesemua sisir pisang. Penandaan perlu dibuat
selepas pembungkusan supaya tarikh penuaian dapat ditentukan semasa
penebangan.

PELAN TANAMAN

You might also like